Nov 14, 2010

Daia 1st Giveaway From Over The Sea

Kali ni me nak join Daia 1st Giveaway From The Sea, duenya 14 Nov ini.. Kalau nak join, klik sini..


Meh me jawab soalan Daia dengan berpantun secara sempoi ek..

Daia adalah nama timangan
mungkinkah juga itu panggilan manja
antara suami dan teman-teman
dan juga di kalangan keluarga

Daia memang penggemar conway
sehati sejiwalah kita nampaknya
kali ini Daia membuat giveaway
Daia 1st GA From Over The Sea diberi  nama

Daia mahu saya meneka
Manakah destinasi honeymoon kali ke 4 ini
yang akan Daia pergi bersama suaminya
pada hujung tahun nanti

Sungguhlah pada saat ini
saya memerlukan nujum pak belalang
agar dapat membantu diri ini
supaya terpilih menjadi pemenang

punyerla panjang pantun saya
tapi belum menjawab soalan
kesnya nak menang giveaway Daia
entri kreatif menjadi buruan

ok..ok..dah tiba masanya
untuk meneka secara hantam
saya teka ke indonesia
lebih tepat lagi ke pulau batam

sebelum saya mengundurkan diri
mahu wish happy 4th anniversary(i)
semoga kekal bahagia buat Daia & suami
dunia akhirat, senantiasa diberkati


5 comments: