Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Mar 29, 2011

Beli Belah Sambil Beramal

Kali ni saya nak promote dua blog yang menjual pelbagai produk yang menarik pada harga yang berpatutan. Jemput jengah kedua-dua blog ini sekiranya ada yang menarik perhatian uols. Sambil membeli belah, uols dapat membantu meringankan beban dua blogger ini yang mengalami dugaan dan ujian sekarang ini..

http://scentsnsecrets.blogspot.com/

Blog Scents and Secrets ni bukan sahaja ada perfume dan beg berjenama, malah turut menjual set pinggan mangkuk jenama Corelle yang memang menjadi kegilaan para ibu dan wanita sekalian..hehehe.. 


Selain itu, terdapat juga handbag berjenama, antaranya Coach yang sememangnya menjadi idaman kalbu saya..hehehe.. Confirm harga yang dijual lagi murah dari butik-butik kat Malaysia tu..opss..


Dan kenapa saya kata uols boleh membeli belah sambil beramal? Ini kerana Ana aka empunya blog Scents and Secrets ni tengah mengumpul dana melalui jualan di blogshopnya ini untuk  menampung pembedahan jantung puterinya yang tersayang, Rayhan Sophia pada bulan September 2011 ini, iaitu yang terakhir setelah berjaya mengharungi 3 pembedahan.. 

Rayhan Sophia masa awal kelahiran
Sophia yang kini membesar dengan aktif

Kalau uols nak sedekah aje tanpa membeli barang pon boleh aja.. Untuk makluman lanjut, uols boleh menjengah blogshop Ana di Scents and Secrets.. Kalau uols nak baca kisah pasal Sophia, klik aje under label My Buah Hati.

Blog kedua ialah blog yang tak asing lagi iaitu blog KakYong's Shoppe yang menjual susu kambing Higoat,, sphyru Coffee, pakaian kanak-kanak seperti busha legging dan rompers serta cloth diapers, sememangnya dengan harga yang sangat berpatutan..

http://kakyongshoppe.blogspot.com/


Dan sekarang ni, kak yong tengah membuat jualan penghabisan stok, memang harga runtuhla uols. Rugi kalau tak rebut peluang keemasan ni..


Selain tu, kak Yong juga ada menerima tempahan design header, watermark, signature, pendek kata kalau uols nak make over blog, serah ajelah kat kak Yong, pasti hasilnya nanti uols tersengih sampai ke telinga..hehehe.. Oh ya, nak tau kenapa saya kata uols boleh membeli belah di KakYong's Shoppe sambil beramal? Ni saya paste dari blog kak Yong..

Kami sebenarnya amat2 perlukan cash.. sekurang2 nya RM1k lagi untuk settlekan ansuran rumah yang sudah 3 bulan tertunggak.. biarlah ibu rahsiakan jumlah yang sebenarnya..

actually sejak dari tahun lepas lagi, kami akan terima surat dari peguam 2 bulan sekali menuntut bayaran instalment yang tertunggak.. kalo kurang dari 2 bulan, bank takkan antor surat peguam. 

hati jadi semakin sedih dan riso sekiranya bank tarik rumah kami ni.. Sad smile dulu ibu riso jugak.. tapi tidak serisau kali ini..

Owh, jangan salah faham.. ibu bukan nak minta kome sedekah duit kat ibu.. tapi nak mintak tolong kome… beli produk yang ade di Kakyong’s shoppe..

Kalau uols nak bersedekah pon boleh aja, dan kalau uols nak memanjang-manjangkan entri ini pon sangat-sangat dialu-alukan.. Untuk makluman lanjut, boleh layari blog KakYong's Shoppe.


~Bantu membantu amalan mulia~


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Feb 20, 2011

Contest Review Blog Kak Ina KL Dot Com

Kali ni me nak join Contest Review Blog Kak Ina KL Dot Com, duenya 20 Feb ini.. Nak join klik sini..


First sekali, apa yang saya suka mengenai blog kak Ina adalah, penceritaan di blognya adalah lahir dari hati, rasa sangat keikhlasannya di situ.. Jadi keep it up..


Yang saya rasa boleh diperbaiki lagi adalah header blog kak Ina skang ni.. Bukannya tak comey, comeyy.. Tapi bagi saya, warnanya kurang berseri, dan gambar akak macam tenggelam sedikit.. Kalau dapat ceriakan warna gambar tersebut mesti lagi best..



Keduanya, tentang menu tab blog kak Ina.. Saya rasa lagi menarik kalau tab menu kak Ina lebih stand out sedikit dari sekarang ni.. Contohnya word itu diboldkan ke, warna yang memenuhi kotak tab itu berlainan dengan warna background.



Last sekali, panjang sidebar dengan entri tidak seimbang, pendek kata sidebar blog akak melorot panjang ke bawah.. Ianya bukanlah satu masalah yang besar, tapi sekiranya kak Ina mau blog kelihatan lebih cantik dan lebih kemas, mungkin akan boleh letakkan scroll box di entri lama, bloglist dan feedjit..


Rasanya itu ajer.. Yang lain semua dah tip top.. Semoga blog kak Ina terus maju dan maju lagi..


kakinakl.com sedang mengadakan contest. Jomlah join...hadiah menarik menanti anda.


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Jan 5, 2011

Best of The Best Contest


Jom ramai-ramai join Best of The Best Contest, duenya 5 Jan ini.. Nak join, klik sini.. Saya nak tag

Bee
Nana
Cute Mum

Cara nak join senang aja, meh tengok ni..

1)tag 3 orang (make sure kawan kene tag tu tahu )
2)follow this blog
3)letak banner di atas dalam contest post dan blog sidebar ( banner boley resize)
4)sila linkkan banner yang dekat sidebar dan dalam post tu ke link contest ini
5)submit link post anda kat comment post 
dan sekarang cara cara laksanakan contest ini (skema gile.lol ) :
  • peserta pilih satu entry dari blog woot woot.yang mane korang rasa itu entry paling superb,or paling panas or paling kelakar or watsoeva lah .kirenye pilih satu entry yang korang berkenan di hati,tak kisah mengenai ape..lepas tu buat satu entry kat blog korang bertajuk ' Best of the best contest'
  •  COPY and PASTE undang2 wajib contest and cara cara contest ini ke dalam entry anda
  • after that,tulis kat  situ which entry yang korang suka ..
  • pastu korang tulis SEBAB kenape korang suke entry itu (contoh " gua suke betol entry ni sebab entry ni buat gua rasa panas..jage ko woot woot..pastu bla bla bla dan sebagainya" )
  • mcam itu lah lebih kurang yer..nak maki maki pon boley..markah tak tolak..haha

Kalau diikutkan ada beberapa entri yang me berkenan sesangat.. http://www.emocutez.com Tapi nak wat cane, dah tuan penganjur suh pilih satu je.. Dah puas me pikir punya pikir, sekejap nak yang tulis gitau yang tu, sekejap nak gitau yang ni.. http://www.emocutez.com Terpaksalah me main lat ta li lat..hihihi.. Ok, ok, me serius skang.. Entri yang me paling enjoy dan seronok baca sampai tak sedar dah habis pon, adalah entri Gua Blogger Hebat! (tips). Nak tahu nape me suka sesangat ngan entri ni?
  • Satunya sebab me masih baru lagi dalam dunia blogging ni, banyak benda lagi yang belum diteroka, jadi dengan adanya tips2 sebegini, sedikit sebanyak amat membantu dalam persediaan menjadi blogger hebat..cheewaaahhh.
  • Duanya, gaya penulisan entri tersebut tersangatlah santai tapi berisi, sehinggakan me tak perasan yang me dah di hujung entri.. Rasa cam nak jerit, nak lagi..nak lagi.. ;p
  • Tiganya, me setuju sesangat dengan point2 yang disampaikan, sampai tahap rasa nak high 5, especially point yang ke TUJUH dan ke SEPULUH..hihihi..
  • Yang last sekali (takleh banyak-banyak..nanti terawang-awang pulok..hihihi), entri itu disudahi dengan moga moga kita semua jadi blogger yang di sayangi Allah !! :) Aminnn.. ^_*

Jan 3, 2011

Saya sudah jatuh chenta pada COACH!!!

Kalau diikutkan, saya bukanlah kaki shopping handbag ataupun bag yang tegar.. Tapi tak bermakna saya bukan seorang yang gilakan bag.. Owwhh, dah namanya wanita, pasti sukakan handbag yang comey2.. http://www.emocutez.com Tapi dek kerana skang ni, kalau keluar pasti dengan encik suami yang akan membawa backpacknya, maka syokla saya melenggang kangkung tanpa perlu bawa handbag..http://www.emocutez.com Pulak tu, skang ni saya seorang suri rumah sepenuh masa, jadi ruang untuk gunakan handbag tu amatlah jarang sekali..

Tapi sejak berjumpa dengan blog ILuvBag Inc., setelah godek-godek e-boutique ini, perasaan mahu memiliki handbag dari COACH makin meluap-luap.. http://www.emocutez.com Cuba uols tengok koleksi handbag COACH kat blog ILuvBag Inc. Perghhh..lawo-lawolah..



COACH Poppy Tartan Glam Tote


COACH Poppy Petal Print Rocker


COACH Poppy Pop C Jazzy Hobo

Actually banyak lagi handbag COACH yang comey2 kat ILuvBag Inc, kan tak cukup satu page untuk saya tepek semua yang saya berkenan kat sini.. Ni pon dah rambang mata saya nak pilih yang mana nak letak kat sini.. http://www.emocutez.com Oww, sumernya lawa-lawa.. Tinggal fulus je tak berapa nak lawa, maklumlah encik suami masih belajar lagi..

Kalau nak tahu, macam-macam jenama handbag ada kat ILuvBag Inc, Burberry, Gucci, LongChamp, LV dan macam-macam lagi lah.. Pilih saja mengikut kemampuan uols dari bawah RM500 sehinggalah melebihi RM10000..wahahaha..sediakan fulus aje.. http://www.emocutez.com Tapi kalau nak kira, harga kat ILuvBag Inc mengikut outlet price tau.. Bag untuk lelaki pon ada!!!

Dan, melalui ILuvBag Inc ni lah, saya dapat tahu mengenai Frollic Shoes.. Siriyess, sebelum ni memang saya tak tau pasal kasut ni.. Saya memang seorang shoeholic, or lebey tepat lagi sandalholic..hihihi.. Tapi macam yang saya gitau kat entri Kasut berharga RM600 ni, semenjak dua menjak ni, minat pada ballerina shoes sudah berputik kembali.. Dan Frollic shoes ni ala-ala kasut ballerina, except dia ringan dan boleh digulung..Ye, boleh digulung!!




Frollic Shoes


Awww, nak COACH handbag dan Frollic shoes ni.. Agak2 bila la ek dapat memiliki dua barang yang sangat comey ni? http://www.emocutez.com Agak2 encik suami akan terbaca dak entri ni lalu mengabulkan hajat dihati wifenya ini..agagaga.. http://www.emocutez.com


p/s : Kalau nak tahu, kat ILuvBag Inc, bukan ada handbag dan frollic shoes aje, malah jam tangan, sunglasses, belt dan aksesori seperti bracelet dan charms pon ada kat sini.. Even, kalau barang tu takde kat blog ILuvBag Inc, uols leh tanya ILuvBag Inc untuk orderkan.. No hal!! Tunggu apa lagi, jom usha ILuvBag Inc, Authentic Designers E-Boutique..

Nov 30, 2010

Hatiku Kembang Setaman..

Wahh..wahh.. Haritu pipi yang kembang semangkok, skang ni pulak dah berjangkit kat hati, bukan takat ada taman, malah berkembang-kembang mengalahkan Taman Tasik Titiwangsa...hehehe.. Sape tak kembang kan, bila ada yang mengatakan yang dia suka kat kita..awww.. Tipu di situ..agaga..

Sebenarnya, kak Mega, empunya blog Kelip Kelip Kehidupan suka kat blog Belle ni haa.. bukannya empunyer blog..agagaga.. Sungguh perasan tuan punya blog Belle ini.. Terima kasih akak.. Terharu sangat2 sebagai empunyer blog Belle ini.. Maklumlah, empunya blog ni bukanlah terer sangat dalam coding mencoding nih, hanya berkongsi sedikit ilmu..


Terima kasih juga buat Qila, empunya blog Story of My Life yang buat spesel entri mengenai blog Belle ini.. Hehehe, malu pulak rasanya.. Sumbangan yang dianggap oleh cik Qila tu, kecikkk aja.. Terharu akak sampai sanggup buat entri..


Saya juga nak amik kesempatan ini, untuk ucapkan terima kasih kepada blog2 yang menjadi rujukan saya untuk tutorial2 yang dimuatkan dalam blog Belle ini, yang banyak berjasa kepada saya dan kawan2 yang lain.. Juga kepada semua Ma Belle visitors, kerana semalam, trafik blog Belle pecah rekod lagi, sebanyak 245 UV (yang last hari tu 244 UV..) Tanpa uols, siapalah blog Belle ini..

Nov 27, 2010

Saya Suka Awak..eh silap, Blog Awak La!!

Hahahaha..saja mengonarkan tajuk yang BA bagi..hihihi.. Harap takdela membatalkan penyertaan dari blog Belle ini ek.. Sapa nak join, klik sini.. Dapat tau dari mana lagi kalau bukan blog BA..


Ok, sebelum saya mengenengahkan 5 blog yang saya suka baca, saya mahu buat declaration statement (uiss..ayat tak hengat punyerr..) Sebenarnya, masih banyak lagi blog2 yang best dibaca yang belum saya jumpa, maklumla dunia blogging ni terlalu luas. Memang takkan habis diselongkar..

Pulak tu, BA hanya mahu saya senaraikan 5 aje, padahal punyerlah banyak blog yang saya suka skodeng.. Jadi pikir punya pikir, dah abih pikir main lat ta li lat ngan en. Suami pulak, tak dapat wat keputusan jugak, akhirnya saya wat oo som je..hehehe.. So, inilah dia 5 blog (not in particular order) yang saya suka baca..

1. Joegrimjow - hmm..nape ek..nak senang cuba uols baca satu perenggan entri dia, mesti akan habis satu entri tu uols baca.. tak cukup ngan satu entri tu, mesti uols akan baca lagi next entri..hehehe..itulah yg berlaku kat saya..orang kata, macam kena pelaris..hahahaha..senang citer, bagi saya, entri joe ni ada pengisian yang padat tetapi bersahaja..setiap isu/entri yang dibuat tu ada mesej yang ingin disampaikan..

2. GeniusBabyOnBoard - oleh kerana saya dahpun bergelar Mama, semestinyalah salah satu genre blog yang disukai adalah mengenai kids' education. Banyak tips2 yang menarik dan praktikal dalam kaedah mendidik anak yang dikongsikan dalam blog ini..

3. Ben Ashaari - suka dengan entri BA yang banyak memberi semangat dan galakan untuk keep on blogging, di samping tips2 yang menarik dan praktikal untuk digunapakai dalam berblogging. Selain itu, blog ni juga menjadi penghubung dengan blogger2 lain..

4. Mysuperkids - antara blog terawal yang saya suka baca sebelum saya berkecimpung secara aktif dalam dunia blogging. Menjadi tempat rujukan terutamanya dalam hal-hal parenting dan breastfeeding..

5. UZAR - nengokkan nama blog ni semua dah tahu kenapa blog ni adalah salah satu dari blog yang suka dibaca. Untuk apa lagi kalau bukan menjadi tempat rujukan dalam hal-hal keagamaan..

Ha, yang lain2 jangan kecik hati.. Bukan bermakna saya tak suka baca blog uols.. No..no..no.. Masing2 ada keistimewaan yang tersendiri.. Malah kalau uols nak tahu, jumlah komen saya di blog uols lagi banyak dari jumlah komen di lima blog yang tersenarai ini.. Hahahaha..kantoi di situ!!! Kenapa? Dah BA nak saya senaraikan yang suka baca, bukan yang suka komen...wakakakaka.. Reasonnya, tak lain tak bukan, lepas saya baca entri diorang, bila rasa nak komen je, tengok2 dah ada orang komen macam apa yang nak dikomen.. Jadi, saya tak komen laa..hehehe..


p/s : Update jam 1.26pm : Huhuhu..entri ni autopublish, dibuat dari sebelum subuh tadi, sbb hari Sabtu kan hari outing kami..hehehe.. Nak2 arini snow turun, mestila mau pi main.. Tapi baru tadi dpt tau BA dah tutup, tapi den nak publish juo..agagaga..Choww..

Kembang Semangkuk Pipiku..

Awww..sekali lagi tajuk tidak boleh tahannnn..agagaga.. Tapi hati siapa tidak berbunga-bunga, bagaikan dalam hati ada taman bunga yang sedang mekar dan mewangi..hehehe..Ok, ok dah..dah.. Jangan melalut.. Straight to the point.. Apa yang menyebabkan pipi tembam saya ni makin tembam? Hehehe..bukan kerana aiskrim mahupun cokolat, tetapi dek kerana penghargaan oleh teman-teman bloggers.. Terasa diriku blog ini begitu berharga..wink..wink..

Pertama sekali, saya blog Belle adalah salah satu dari 5 blog yang tersenarai dalam kesukaan Bila Hidayaida Menulis, blog siapa lagi kalau bukan cik Aida yang comel.. Awww, memang terharulah sangat2..Akak join conway ni pon untuk suka2 dan yang mana sempat aje, sebagai sokongan kepada blogger2 yang anjurkan conway ni..

Errr..akak ni mesra ek..? Agagaga..
Keduanya, blog Belle ini dimuatkan dalam entri empunya blog Kelip Kelip Kehidupan, iaitu Kak Megawati dan empunya blog Duniaku, iaitu Tina.. Awww, sekali lagi merasa terharu.. Tutorial yang ada kat blog ni pon bukanlah hasil ciptaan sendiri, tapi rujukan di blog2 tutorial, disimpan untuk kegunaan di masa hadapan sekiranya bertukar domain ke (koya lagi di siteww..), bertukar template ke, juga untuk kegunaan kenkawan yang lain..

nampak tak nama aii tu..miahaha
owww..rindu pulak ngan header lama ni..
Last but not least, komen2 dorongan, sokongan dan yang membina lagi de' best dari uols semua memang menceriakan dan menambahkan semangat saya untuk terus berblogging.. Nak letak semua komen tu kat sini, nanti penuh sampai ke bawah lah pulak, nanti lain segmen saya wat ek.. Semoga kehadiran saya juga menceriakan dan menambahkan semangat uols untuk terus berblogging.. Hug ketat2 uols semua... Muahsss!!!

Nov 25, 2010

Projek Disember DJ2B - 31 Blogger

Jom ramai-ramai memeriahkan Projek Disember DJ2B - 31 Blogger, duenya 30 Nov ini.. Nak join, klik sini..

Kenapa Dahlia perlu memilih blog Belle ini as one of the 31 chosen blogs? Check it out in pantun bersahaja but not pantun cincai kay..hehehe..^_*

walaupun blog Belle ini sudah 3 tahun umurnya
tetapi 3 bulan lepas baru mengaktifkan diri
kerana dolu2 untuk suka-suka saja
namun kini, sudah ada visi dan misi

walaupun trafik tidaklah menggunung tinggi
namun tetap berpuas hati
bukan bermakna tidak mahu terus meningkat lagi
sapa yang tak mahu blognya diterima dan dikenali

dahlia membuka peluang keemasan ini
masakan saya tidak menyertai
untuk menjadi 31 blogger yang lucky(i)
dikomen dan direview memang disukai

lagi reason nape Dahlia perlu pilih saya
semestinya kerana saya memenuhi semua kriteria
salah seorang dari list Active DJ Visitor adalah saya
dan moga2 entri ini menarik perhatian Dahlia
 
pulak tu follower saya bukan riban-riban ya
namun saya tetap menghargai depa
kerana tanpa mereka, siapalah saya
merekalah tonggak kejayaan saya

bersama entri ini saya sertakang (slang ganu..)
trafik mingguan dari nuffnang
paling latest yang boleh di print screeng (slang ganu lagi..)
agar memenuhi syarat sekaligus menjadi pilihang..


Nov 10, 2010

Sungguh best rasanya apabila direview oleh OTAI..

Yer, memang best!! Pertama, sebab mendapat input2 dari orang yang lebih berpengalaman, secara tak langsung kita boleh tahu di mana kekurangan ataupun kelemahan blog yang ditatang bagai minyak yang penuh ini.. Keduanya, owhh..terasa glamer lah pulak diri ini..oppsss..silap, glamer blog Belle ini apabila ditayang di muka depan blog Riwayat Hariku ini..hehehe..


Jutaan terima kasih buat Sop coz sudi meluangkan masa untuk review blog picisan me ini.. Segala input2 yang Sop beri tu akan me cuba improvekan lagi. Kalau uols juga mahu direview oleh Riwayat Hariku, jangan berlengah lagi.. Silalah ke blog Riwayat Hariku.. Kat sini juga macam-macam ada, me pernah rujuk tutorial kat sini, contoh terbaik yang me buat adalah fresh entries ngan related post tu.. nanti me sharekan jugak tutorial tu kat sini..

Nov 2, 2010

Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku


Tanpa segan silunya me nak join Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku.. Hehehehe.. Bukan senang nak dapat peluang orang review blog kita kan, apetah lagi dari blogger glamer lagi arif seperti gnesop.com. Diharapkan gnesop sudila mengreview blog picisan me yang serba kekurangan ini, nak jugak tau ape2 yang boleh diperbaiki lagi kan.. Kalau kenkawan nak direview jugak, leh klik kat banner kat atas tu..

Jul 18, 2010

Berlin.. Guten Tag!!!

Trip kali ni agak spesel coz 2 in 1, conference and vacation..hehehe.. Oleh kerana PRIME 2010 dibuat kt Berlin, maka dapatla kami jenjln kt sini.. Kami stay kt Excelsior Hotel, lokasinya mmg menarik (dekat ngan zoo, europa center, tren dan bas) dan promotion rate lebey kurang sama ngn hotel kt Zurich yg kami duk aritu. Saiz bilik pon lebey kurang sama, cume xde free internet dlm blk dan x bg air botol mineral. Malah utk iron bj, seterika x disediakan..hohoho.. So kami bagi 3* kt hotel nih..

Skang nih musim summer, memang musim org jenjln, so agak ramaila jgk tourists kt sini. Nak masuk Reichstag utk tgk panoramic view sket punyer pjg line nyer. So kami pusing2 kt area situ sebelum gi tgk Brandenburger Tor, gate yang memisahkan East dgn West German. Pastu gi kt Checkpoint Charlie, kt sini ramai yg jual aksesori military, macam-macam dan memang menarik esp tang gas mask. Then we off to see the remaining Berlin Wall and learn history about Nazi, pusing2 kt Gendarmenmarkt, skali ade concert rehearsal. Best sbb gabungan orkestra dan gitar letrik. Malamnya kami ada boat ride yang dianjurkan oleh pihak conference, selama 3 jam kami duk atas boat.. Jenuh bontot jugakla esp time dah last2 tu plus dah penat & ngantuk..

Esoknya, kami gi Zoo Berlin yang mmg terkenal ngn bnyknya spesis dalam zoo nih. Memang luas dan lagi best dari Zoo Zurich. Jenuh nak menapak dan mengejar Zahra, tp sayang nak masuk Aquarium (which dalam zoo jugak) kena bayar lagi EU6. Then we off to Tv Tower utk tgk the whole city of Berlin sebelum pusing-pusing kt area situ.

Last day, kami gi jenjalan kt suburb of Berlin yang glamer ngn palace of Prussian Kings. Mmg luas btol kawasan park of palace nih.. Yang bestnyer Berlin nih, sangat banyak tempat makan, asian food takyah cakapla, sangat berlambak. Kat area kami duk, ade kedai nama Kaimug, sedap gak n plus ade Pizza Hut, i loiikee.. Pastu kt Oranienburg Strasse ade Kamala Restaurant, jgn tak tau ni adelah Thai restaurant yang sangat sedap. Kalau nak positive eating (sgt bnyk sayur..), silalah bekunjung ke Cha Cha Restaurant di Stadtmitte, juga Thai restaurant yang sedap. Nak soping juga best kt sini sbb bnyk choices kt sini (rase cam lg bnyk dr Swiss).





Jun 15, 2010

Zurich

Trip kali ni agak spesel coz kami telah bermalam selama 2 malam di Crowne Plaza Hotel yang kami booking melalui booking.com (lagi murah dari website hotel tersebut..) Walaupun bukan dalam city (sbb kes nk cr hotel yg murah..) tapi hotel ni agak dekat ngan tram station dan walaupun biliknya agak sempit, yang penting fridge ade.. So, kami bagi 3.5* kat hotel nih..

Seperti biasa, kami gi naik tren, dengan half fare card, return trip ke Zurich adalah CHF67 per person. Sesampai je kt Zurich HB (setelah 2 jam perjalanan ye..), kami lunch kat Nordsee, restoran seafood yang ada kat tren station nih.. Tak sangka sedap pulak makanan kat sini. Macam-macam ada, buffet ade, fast food ade even nak beli ikan/udang/sotong utk wat balik masak kt umah pon boleh.. Pas check in hotel, kami gi pusing2 kt city of Zurich. Ramai yang tengah lepak kat Zurichsee, siap ade yang mandi lagi.. Memang besarla city of Zurich nih, cam KL rasanya, compared to Lausanne yang agak kecik cam Kuantan.. Mula-mula nk masuk Swiss National Museum, tp sbb dah tutup (kul 5 dah tutup..), maka kami lepak kt park sebelah museum nih.. Ramai gak yang duk baring atas rumput aka padang kecik kt sini, ade gak yg duk atas benteng sambil tgk air sungai yang membiru.. Malamnya kami mencari kedai utk dinner (maklumla kt hotel agak mahal klu nk makan..) terjumpala Mishio, kedai Asian, dan sekali lagi makanan kat sini memang variety dan sedap..

Keesokkannya, kami gi Zurich Zoo yang sememangnya terkenal dengan the largest zoo in Suisse.. Kami gi naik tram (kat sini mmg bnyk tram..), otw tuh nampak ETH Zurich dan Universitat Zurich. Cantik gak buildingnya, x cam uni..hehehe.. Kat zoo ni, ade Masoala Rainforest, kekononnya macam rainforest kt Malaysia (act nak bg sama cam kt Masoala, Madagascar) gitu in terms of humidity, temperature etc.. Then we off to Uetliberg, kt sini leh nampak panoramic view of Zurich. Memang berbaloi panjat bukit sebab time kami pi, ade wedding ceremony, whereby the newlywed naik chopper..waa..kelasss gitewww.. Malamnya sebelom gi makan kt Mishio (again..hehehe..coz malas nak cr kedai lain..), nampak ade funfair and night market.. Wahh, ape lg memang kami singgahla sbb x payah nak jupe event during the night kt sini.. Nak kata murah barang-barang kt night market, xdela jugak sbnornyer..huhuhu..

Last day, kami nak pi ke Rheinfall, the largest waterfall in Europe, tapi tersesat sampai ke Stein Am Rhein. Building kt sini agak unik, ade lukisan yang seolah-olah menceritakan sesuatu. Lagi satu, selamba aje bdak2 kt sini (i guess..coz takkan guest plak kan..) terjun dari bridge untuk mandi..memang nampak seronok pon..sampai rasa besnyer klu terer berenang..hehhe.. Sesampai je kt Rheinfall tu, kami terjumpa ngan 3 family Malaysia.. Yes, orang MALAYSIA.. Hahaha..sronot btol.. Rupanya diorang dari Geneva, bekerja kt WTO.. Wah, ade geng lah ni even agak jauh...hohoho.. mesti W------ kenal coz gomen servant gak.. Memula saya berangan lehla mandi air terjun (kan kt Malaysia klu gi ari terjun bese motif utamanya utk mandi), sekali hampeh...naik bot bolehlaa..huhuhuh.. Memang lain la air terjun kt sini.. Hanya utk tatapan..hohoho..

Basically, ape yang saya leh kata, Zurich lagi happening dari Lausanne, brape kali saya gitau kt en. Suami, sayang dia tak apply ETH Zurich, eventhough this side speak Allemand (that's the reason nape en. Suami tak apply) tapi kan ke ramai yang gitau bahasa German senang nak blaja (walaupun kt telinga saya cam xleh nak terima soundnyer..) Malam-malam pon masih ade ramai orang duk lepak2 kt luar restoran, kedai pon tutup lagi lambat dari Lausanne, malah ari Ahad pon ade some of kedai yang bukak..




Some of countryside view along the journey

May 10, 2010

17 Again

Bagi saya, cerita ini menarik, bnyk sketsa-sketsa yang menghiburkan.. Sangat santai, tetapi ade mesej bagus yang ditonjolkan.. Saya bagi 3.5* kat this story.. Anda boleh tgk ringkasan cerita ini..


Apr 22, 2010

Marley & Me


Memula tgk citer ni cam x berapa menarik, pas a few mins, this story gets our attention. Leh tgk ringkasan crite ini kt sini..
Besides the main story about the lovely but rambunctious dog, crite nih juga memaparkan kehidupan rumahtangga John and Jenny yang saya kira memang serupa dengan realiti.. Saya bagi 3.5* utk crite nih..

Apr 8, 2010

Paris.. Isle de France

Sempena cuti Easter, kami telah pergi mencuci mata di Paris..hehehe.. Act, mmg kami dh plan lame nk gi Paris time cuti Easter nih, tapi bila pas pindah umah baru, plan ini terpaksa dicancel.. Sbb? Huhuhu, dh bnyk abih duet utk pindah umah nih.. Tapi x disangka2 la plak nak dkt cuti tuh, elaun masyukkk (hahaha..ni kes salahguna duet elaun nih..), nak2 plak tren TGV wat promosi utk ke Paris.. So ape lg, kami amikla peluang nih utk berjalan-jalan di Paris.. Kami stay kt Hotel Ibis kt outside the city coz nak save budget, maklumla hotel kt Paris nih mhl cam Swiss gak.. Huhu, mmg agak sempitla blknya, padanla ngn harga kan. Tapi yg x behnya xde fridge, so sgtla x seswai utk kami coz kami suke minum susu time malam.. So kami bg 2* kt hotel nih..

Pas check in, kami trus menuju ke Les Invalides. Kt sini ade Musee de l'Armee etc, tp kami just meninjau2 kt area luar shj, xla masuk musee nih.. Kt depan Invalides nih, ade padang besau, ramai btol org duk riadah kt sini, boleh diorang nih main bola n ragbi kt sini pdhal sebelah tu adelah jalan raya utama..hmm.. Otw ke Pond Neuf (utk naik night cruise..yeay..!!), kami singgah jap kt Notre Dame.. Makk aiii, ramai btol org kt sini.. Kt tepi Notre Dame nih, ade ramai yg wat pertunjukkan, ade yg main alat muzik berkumpulan(sgt beh..) , ade yg beraksi ngn skateboard, roller blade, mcm2 laa.. Then kami mengisi prot kt Le Wok Saint Germain (leh search kt inet), restoran yg halal (kt Paris nih bnyk kedai halal..jelesss btol..) Sangat unik restoran nih, bkn dr segi interior design tau, but dr segi masakannya. Whereby, kita yang pilih ingredients ape yg nak dimasukkan dalam kuali inclu rempah ratusnya..hohoho.. Tapi saya bukan pakar masakan, so saya just inform je nak masakan sweet n spicy, ingredients ape nak msk terpulang pd chefnya..hahaha..senang koje..

Hari kedua, kami mengambil pakej L'Open Tour bus selama 2 hari (kes malas nk cr sendiri interesting places plus nak jimat masa sbb trip nih kejap je..), so destinasi pertama yg kami brenti di Printemps, dekat ngan Galeries Lafayette. Sape yg kaki shopping taula tmpt nih..huhuhu.. Memang sape yg kaki shopping klu mai kt sini, mesti akan rasa gatal tgn..hohoho..mmg lawo2 btol la bj2 kt sini, sapa rasa terjuling bijik mata den, tp lagi lawo harganyer..huhuhu.. Sapo yg kayo-mayo n x sayang duet mehla bersoping kt sini... Kami mai sini bkn nak bersoping (sbb mmg sdr diri bkn kayo mano pon..), tp nak tgk betapo lawonyer inside this building.. Kat area nih juga ade the largest theater/opera, tp kami x amik gambo coz tgh renovate.. Tapi mmg dasatla architecturenyer.. Then we off to Place de la Concorde, ramai gak org kt sini.. Ni br low season nih.. Xtau la time high season cane, sure bersesak2.. Sape prsn tmpt nih ade digunakan dalam crite Star Trek Universe & The Devil Wears Prada? Pas layan fountain kt sini, kami naik bus plak utk ke destinasi seterusnya, which is Arc de Triomphe. Kat sini pon ade renovation sket, tp yg menariknya, pas kami naik bus tuh, kami ternampak cam ade ceremony kt sini, pttla ade ramai gak yg duk berkumpul..

Sesampainyer di Eiffel Tower, fulamakkk.. lg ramai umat manusia.. Memang menjadi tumpuan ramai la tmpt nih.. Xyah nak mimpi la utk naik kt atas sbb lane nya tersgtlah pjg, mau 2-3 jam duk beratur lom tentu lg dpt naik.. Mula2 b4 sampai kt sini, terpk gak, apela yg menarik sgt tower nih, tower je pon kan, tp bila sapa, n perhati btol2 kt tower nih, yeah.. it's unique, lame2 pandang leh jatuh cinta laks.. Pas puas bergambo ngan ET, we off to Montparnasse Tower, utk tgk 360 degrees night view in Paris. Memang superb, sgt cantik ngn lampu2. Leh nampak lagi Eiffel Tower and The Opera. Hajatnyer nk gi makan kt Restoran Indonesia, tp sbb kekangan masa, maka terpaksa dilupakan hasrat tuhh..

Hari ketiga, kami singgah di Latin Quarter, kt sini ade Universites de Paris, UPMC (klu x dtg Suisse nih mau dtg sini..) and The Opera, plus Jardin du Luxembourg yang sangat wangi.. Memula cam xmo masuk coz nampak cam bese je, tetibe lalu kt tepi bau wangi sangat, trus masuk.. N know what, jardin nih cantik gak, plus glamer nih.. ade palace lagi.. Ramai yang lepak kt sini sambil makan.. Then we off to Bastille, tapi kali nih x trun, just tgk view dr atas bus.. Bila sapa kt Place des Vosges, barula kami turun untuk je tamannya. Tempat nih cam Plaza del Mayor kt Madrid plak coz square camtuh.. Unik gak buildingnya.. Pastu kami bercadang untuk brenti di Sacre Coeur, tp disebabkan cuaca x berapa mengizinkan, plak tu dgn kekangan masa, kami meneruskan perjalanan ke Musee du Louvre, di mana terletaknya gambar Mona Lisa yang menawan hati (hmm..nape kt mata den cam biaso je..hahaha..ade je lg gambo lain yg secun gambo Mona Lisa..opss..) Pon x sempat nak abihkan muzium nih jugak kes xdan..huhuhu..

Last day, kami gi outside Paris, kt suburb iaitu di Versailles. Tujuan utama nak gi tengok Chateau de Versailles, tp x sempat jgk nak masuk coz nak kejar tren utk balik ke Swiss. Sempat menjengah ke jardinnya yg sememangnya saujana mata memandang.. Mak aihh.. kena naik keta golf tu klu nak meronda ke setiap pelusuk taman nih.. Sememangnya, Paris nih definitely a must visit place utk sesape yg ade kt Europe nih..hehehe..boley nak bagi ayat camgituh??..Walaupun Paris nih x sekemas ( or maybe sebersih) Swiss, tp architecture of buildingnya agak magnificent dan superb compared to Swiss.. Definitely kami akan datang lagi ke sini (i'm very looking forward to this...hehehe..),harap2nya ade rezeki lebey nnt.. Lagi best klu dapat datang berDUA sahaja (hahaha..jgn mare ye Zahra, bkn mama & abah xmo bwk..tp bg can la..hahaha..koya..koya..)




Aksi berdekatan Notre Dame




View dari Montparnasse Tower




View sekitar Louvre

Dec 26, 2009

Madrid.. It's Real!

Sesampai je kt Madrid, kami cek in kt Agumar Hotel, 4 star dan ratenya jauh lg murah dr 1 star hotel kt Swiss, tp x sebest hotel kt Barcelona. Stafnya x brape friendly dan blk dia x seluas n seluxury hotel Torre. Kami bagi 3*. Then we off to Santiago Bernabeu stadium, ape laiee stadium football.. Tapi kali ni x masuk eventhough entry fee EU15. Pada pandangan saya, stadium ni nampak lagi modern n canggih buildingnya compared to Campnou stadium..

Pas puas en. Suami menatap stadium nih, kami gi makan kt tmpt yg x plan, sedap gak,tp dh lupe amende, yg ingatnyer ade california..hihih..nama makanan yg kami amik pon x ingat tp mmg sodappla.. Then we went to Prado Museum (nak tau ape dia tgk link ni..!) Punyerla ramai org beratur, sket punyer pjg lane dia, tp sbb esok dh ade plan lain, nk tak nak beratur jugak.. Sib baik sbb ada Zahra, kami dpt skip lane.. Bila nak byr rega tiket, skali dia kata arini free.. Pttla ramai bebenor, memang rezeki btollaa.. Museum ni tersgtla besau, even dh sampai nak ttp pon, kami x abih lagi jelajah museum nih.. Pastu kami gi makan paella kt tempat yg disyor kt inet, namanya ???, tapi bagi kami xdela sedap mane pon, nasi dia agak masin sedikit..huhuhu..ke memang paella camgini?

Soknya kami jenjalan kt bandar Madrid, pi park yg luas gler (walaupun ari Ahad ramai gle org, siap bnyk performance laie.. antaranya puppet show, magic show pon ade..) Pastu kami gi Plaza del Mayor. Kat sini lagi macam-macam performance ade, siap ade org lumpur lagi.. Yang paling tak tahan skali ialah kat Plaza del Sol, kt sini klu x pegang anak or bdak kecik btol2 (mak bdak pon leh gak) skali terlepas mau x dpt cr dah.. Memang sesak btol sampai berlaga bahu, nk jalan pon cam pakai kimono.. Malamnya kami cdg nak makan restoran Siam, tp x jumpa. Last2 makan dekat The Wok, bes banget!! Tapi sayang, kt Madrid je ade..huhuhu..

Last day, kami gi soping, en. Suami nak cari jeans kt El Corte Inglais, tp mak aii bapok mahal. Yang agak x mahal xdek size la plak.. Oleh kerana dah penat berjalan, so kami naik ronda2 dalam bas shj.. Hehehe.. Tapi menarik gak, leh tgk pelbagai tmpt..


Di aquarium


Di Plaza del Sol

Dec 23, 2009

Barcelona or Badalona?

Sempena cuti Xmas sminggu, kami plan utk pi jenjln, kuar dr Swiss yang sejuk nih.. Oleh kerana easyJet menawarkan harga yg agak murah utk ke Barcelona (klu tempah lg awal lg murah), so kami bercuti ke Barcelona selama 3 malam.. Kami stay kt Hotel Torre Catalunya.. Memang best hotel nih, walaupun 4 star, tapi rate dia lagi murah dari 1 star kt Lausanne. Friendly staff, kiranya dapat 5* dari kami..

1st tempat yg kami pi ialah stadium bola Campnou (the largest stadium in Europe). Ni kes en. Suami fanatik bola.. Tapi memang best gak dpt tgk stadium bola secara live.. Plak tu, ade history, jersi & piala psl team Barcelona dari 18th century.. 2nd place we went to Sagrada Famillia, gothic architecture tp syg tgh ade kren, maybe ade renovation. Pastu dinner kt Batik Restaurant (ni. en. Suami search kt inet highly recommended) tp xdela best manapon.

Then the next day, we went to the Old Town and Port Vell. Kat port ni ade L'Aquarium de Barcelona, lebey kurang cam KLCC Aquaria je.. Malamnya kami makan kt Udon (inet recommended),tp bese jek.. Hari ke-3, kami pi Montjuic, kat sini leh naik cable car utk tgk view the whole Barcelona city.. Then we went to Magic Fountain yang x magik pada hari tu, sbbnya tgh restoration dan Nadal day (maybe!) In the morning, we set off to Madrid by Renfe tren, dpt spesel price, 3 hours journey.. Tren ni best, comfortable plus ade seating n very laju, almost 300km/h (x cam tren ke Luzern)

Memang agak beza Barcelona ngan Swiss, pttla org kata Swiss lagi best.. Tapi kat sini makanannya sangat murah banding ngan Swiss, dan mcm2 pilihan ada.. Metro kat sini pon agak bagus, cover bnyk tempat, tp syg it's underground.. So tak nampak viewla (rugi sesgt kami travel guna metro) Better guna bus (tiket metro leh guna utk bus gaks..)




Pemandangan bandar Barcelona