Showing posts with label StoryTales. Show all posts
Showing posts with label StoryTales. Show all posts

Mar 1, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA


Jom ramai-ramai memeriahkan contest ini, duenya 1 Mac ini.. Nak join klik sini atau banner..




Siapa yang memilih dan kenapa nama NURYN ZAHRA dipilih? Selain dari maksud yang baik, lagi.. senang criter meh nak story mory kisah saya dan encik suami mencari nama ketika Zahra belum dilahirkan dan diketahui jantinanya..



Sekian suda.. Dan sememangnya anak gegel kami, Zahra sangat comel (comel=cantik..beselah..anak sendiri mesti nampak comel..) dan menyerikan lagi hidup kami..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!




Feb 6, 2011

Contest Sweet Couple


Jom ramai-ramai memeriahkan Contest Sweet Couple, duenya 6 Feb ini.. Nak join klik sini..


Yang masa zaman-zaman bergelar kasih kekasih tanpa ikatan, saya takmo citer walaupun memang ada yang shuuuweeeettt sangat, antaranya sanggup masak coklat kat fakulti semata-mata nak buat strawberri cokolat ..kuikui.. Nak buat kat rumah segan ngan parents..kuikuikui..


Kay, saya nak citer pas kahwin, masa tu saya tengah pregnant, di awal-awal bulan kandungan. Oleh kerana tuntutan kerja, saya berada di Pahang, suami di Johor . Hujung minggu je baru dapat bermanja-manja dan menggediks .. Nak dijadikan cerita, saya mengalami pendarahan di hari yang sepatutnya suami pulang ke Johor.. Kami pi hospital dan doktor nasihatkan saya supaya berehat sepenuhnya, kalau boleh baring atas katil je, jangan gerak mana-mana..hohoho..


Oleh kerana risaukan saya, suami tak jadi balik ke Johor, burnlah tiket bas malam tu.. Dan selama 4 hari saya bercuti tu, dialah yang uruskan makan minum, kemas rumah, pendek kata semualah dia .. Saya hanya berehat di atas katil je , time makan barulah bangun..ngeee.. Alhamdulillah, saya mendapat suami yang baik dan penyayang lagi prihatin.. Saya sayang kamoo!!



http://www.emocutez.com
Dari mata turun ke hati.. Dup dap dup my heart berbunyi
Lalu cinta terus bersemi.. Aww, pandai u ngorat aii ni
Tali ikatan yang suci sudah terpateri.. Semoga kekal abadi

Dikaulah si jantung hati.. I love u, biey!!


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

The Most Memorable Moment Contest

Kali ni saya nak join The most Memorable Moment Contest, duenya 6 Feb ini.. Nak join klik sini..



The Most Memorable Moment

Saat yang paling berdebar + indah + syahdu +  dalam ingatan saya, selain dari saat sah menjadi isteri dan menerima kucupan pertama di dahi daripada suami, adalah saat mengandungkan dan melahirkan Nuryn Zahra Ab Al Hadi..

Pertamanya, saya mengetahui khabar berita yang saya confirm pregnant adalah 4 hari selepas ulangtahun kelahiran saya.. Ianya adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya, satu anugerah yang terindah dari Ilahi..

Keduanya, dua kali saya mengalami pendarahan di awal bulan kandungan, dalam tempoh tersebut, saya hanya dibenarkan berehat di atas katil dan tidak melakukan sebarang kerja yang berat.. Memang berdebar coz ada juga kawan saya yang mengalami pedarahan lalu kehilangan zuriat yang dikandungnya.. Yang saya mampu adalah memohon agar zuriat dalam kandungan saya ini akan terus membesar dengan sihat..

Ketiganya, dalam bulan ketiga saya mengandung, waktu tu bulan Ramadhan, saya ingat lagi masa tuh ala-ala nak kul 11 malam, masa tu saya tengah tdo-tdo ayam gitu, tetiba rasa bergetar kat dalam perot, nak gitau exact feeling susah, word getar je la yang boleh saya describe kan, terus saya tersedar dan tersenyum, dalam hati nih, eh eh tu baby tengah kicking ke ape ek.. Perasaan saya masa tu, hanya Allah je yang tau, betapa happy, rasa rendah diri dan takjubnya dengan kuasa dan kehebatan Allah S.W.T, inside my womb there's a living human.. Betapa nikmatnya perasaan merasai tendangan manja my baby.. 

Keempat, detik melahirkan, walaupun sakit dan penat hasil dari meneran, namun bila dengar tangisan baby, tersa begitu syahdu sekali.. Nak-nak bila Zahra diletakkan sebelah saya untuk diberi susu, perasaan saya masa tu sumer bercampur, happy, penat, terharu.. semua ada, tak sangka akhirnya baby yg saya kandungkan selama 9 bulan nih dah keluar dengan selamat, cumel plak tu..hihihi..rasa cam sekejap je..

Last but not least, kini Zahra telah pun berusia 1 tahun 11 bulan, membesar dengan cergas dan cerdas, menjadi cinta hati kami dan menyerikan lagi hidup kami. Gelak tawanya bisa membuatkan hati ini yang bertambah girang.. Kehadirannya melengkapkan hidup kami.. Semoga kami dapat menjaga amanah ini dengan sebaiknya..


Pantun khas untuk anakku, Nuryn Zahra

(gambar ni saja ditayang..bukan untuk contest yer..ngeee..)

Wahai anakku, permata hatiku.. Comel pulak tu.. ;p
Keletahmu memang mencuit jiwa nuraniku.. Kekadang menguji perasaanku.. ;p
Tanpamu, kurang berserilah duniaku.. Juga kurang sepahlah rumah tanpamu.. ;p
Dikau adalah kesayanganku.. I love u!!

Wahai anakku, jiwa nuraniku
Semoga membesar dengan sihat, cerdas dan kuat
Moga-moga menjadi anak yang solehah, itu doaku
Dan juga berjaya di dunia dan akhirat

Mama sayang Zahra!!



Jan 5, 2011

Gambar Kenangan Percutian 2010

Antara kenangan percutian yang terindah dalam tahun 2010 yang tak dapat dilupakan adalah percutian ke Paris yang juga dikenali sebagai Isle de France.. http://www.emocutez.com Ataupun, mungkin lebih femes dengan Kota Cinta Abadi.. Perghh, memang betul, environment kat Paris ni, akan buat uols rasa dilamun cinta.. http://www.emocutez.com hehehe..


Gambar kat atas ni semasa kami pi jenjalan kat Les Invalides. Kat sini ade Musee de l'Armee, tapi kami hanya meninjau2 kat area luar sahaja, takla masuk musee nih.. Kat depan Invalides nih, ade padang besau, ramai btol orang duk riadah kat sini, boleh diorang nih main bola dan ragbi kat sini padahal sebelah tu adelah jalan raya utama.. http://www.emocutez.com



Taraaa.. Inilah dia Notre Dame yang glamor tu.. Memang ramai betol orang kt sini.. Kat tepi Notre Dame nih, ade ramai yang buat pertunjukkan, ade yang main alat muzik berkumpulan(sangat besst..) , ade yang beraksi dengan skateboard, roller blade, macam2 laa.. Dan yang gambar paling meriah dan classy tu adalah Printemps, dekat ngan Galeries Lafayette. Sape yang kaki shopping taula tempat nih..huhuhu.. Memang sape yang kaki shopping kalau mai kat sini, mesti akan rasa gatal tangan.. http://www.emocutez.com hohoho..memang lawo2 betol la baju2 kat sini, sapa rasa terjuling bijik mata den, tapi lagi lawo harganyer..huhuhu..



Dan yang ni, takyah saya gitau memang semua dah tahu..hohoho.. Mula2 sebelum sampai kat sini, terpikir gak, apela yang menarik sangat tower nih, tower je pon kan, tapi bila sampai, dan perhati betol2 kat tower nih, yeah.. it's unique, lame2 pandang boleh jatuh cinta laks.. http://www.emocutez.com ngeee


Gambar di atas sebelah kiri dan di sebelah bawah kanan adalah Musee du Louvre, di mana terletaknya gambar Mona Lisa yang menawan hati (hmm..nape kat mata den cam biaso je..hahaha..ade je lagi gambo lain yang secun gambo Mona Lisa..opss..) Dan lagi dua gambar tu diambil semasa kami gi outside Paris, kat suburb iaitu di Versailles. Tujuan utama nak gi tengok Chateau de Versailles yang mempunyai park yang tersangatlah luas.. Perghh!!! http://www.emocutez.com



Rasanya cukup takat tu aje la, lebih-lebih karang penat pulak nak baca..hihihi.. Kalau nak tahu lebih details lagi, leh tengok kat entri Paris.. Isle de France yang pernah saya publish dulu.. Oh ya, sebelum terlupa hotel yang kami stay adalah Hotel Ibis yang terletak di luar kota Paris. Oleh kerana gambar yang diambil mengandungi unsur2 tidak menutup aurat, maka saya letak gambar yang diambil dari internet, takpe kan? http://www.emocutez.com hehehe..
credit
Mengenai tempat makan pula, dun worry, kat Paris ni banyak restoran halal.. Antara restoran yang kami pi untuk makan adalah Le Wok Saint Germain. Uniknya restoran ini bukan sahaja dari segi interior design, malah dari segi masakannya. Whereby, kita yang pilih ingredients ape yang nak dimasukkan dalam kuali including rempah ratusnya..hohoho.. Cam biasa, kami ni memang tersangat jarang amik gambar time makan, bukan sebab pemalu ke hape, tapi sebab tak sabau-sabau untuk melahap sampai lupa untuk amik gambar.. http://www.emocutez.com Jadi, saya tepek gambo dari internet ek..

credit


Tadi dah habaq kata cukup takat ni, sekali tersambung lagi citer pasal hotel & restoran.. Maklumlah, tersangatlah excited dan tersangat banyak benda untuk diceritakan kat Paris ni.. Ok, sebelum saya melalut lebih lagi, sebagai ringkasan ;


Percutian ke Kota Cinta Abadi, Kota Paris

Hotel : 2.5 (tapi kalau nak kira ngan harga mungkin boleh dinaikkan menjadi 3..ngeee)

Makanan : Kalau kat hotel kami ambil breakfast, tapi tak semua boleh makan.. Jadi, 3 je la..hohoho.. Memang tak sebest macam makan kat hotel yang halal..kikiki.. Kalau kat Le Wok Saint Germain, saya bagi 5

Kemudahan : Saya gemarkan bilik hotel yang ada fridge. Malangnya hotel ni takde. So saya bagi 3 je..huwahuwa.. Kemudahan transport kat Paris adalah superb!! Nak metro, bus semua ada, tapi jalan sedikit jammed.. Saya bagi 4.5 lah..

Kebersihan : Kat hotel memang oklah, so saya bagi 4. Kalau kat kota Paris, dibandingkan dengan Swiss, Swiss jauh lagi nampak clean.. So saya bagi 4 lah..

Extra info : Kalau nak booking hotel kat Paris, better cek banyak2 hotel, coz kekadang ada je hotel dekat dengan city yang harganya berpatutan.. Sekiranya berpeluang untuk ke Paris nanti, saya cadangkan uols stay minimum seminggu..hihihi.. Bukan apa, terlalu banyak tempat yang menarik untuk dilawati.. Sekiranya masa uols terhad, better ambil pakej tour bus, menjimatkan masa dan memudahkan uols untuk pergi ke tempat2 yang menarik.. Rasanya tu je lah kot.. Ni pon dah panjang berjela ni.. Happy Holidayssss.. http://www.emocutez.com (err..skang dah abih musim bercuti kan..takpe, untuk next musim cuti..hihihihi)


Entri ini dibuat untuk menyertai Contest Deqlis Gambar Kenangan Percutian 2010, duenya 5 Jan ini.. Nak join klik sini..



p/s : Entri ni melekat sehingga 5 Jan yer..hihihi..

Jan 3, 2011

Little Fingers Contest 3


Jom ramai-ramai join Little Fingers Contest 3, duenya 4 Jan ini.. Nak join, klik sini.. Saya nak join untuk ketiga-tiga kategori..hihihi..tamak btol..

Suatu hari di awal bulan Syawal (bulan Ogos ke, Sept ke idakla saya tau..) di zaman saya masih belum bersekolah, waktunya di kala bulan mengambang (ooppss.. tak ke awl raya adelah bulan sabit..ni nak bgtau waktu malam sebenornyerr...ngeee..) setelah penat mengumpul duet2 raya di sebelah siangnyer (jauh tu jalan..abih satu kampong jelajah kutip duit raye..hihihi) ape lagi..malamnya time utk berseronok-seronok berkinja-kinja dengan bermain bunga api, meriam buloh, fireworks (alahai..ape name dah yang bila kite tanam, nyala ngan api, then terpancutla bunga2 jaluran api ke atas lalu menjadi corak2 bergemerlapan di awangan tapi takle sehebat fireworks tu.., sambil bunyi poww..poww.... - huk alohss ayat..tak hengat nyerr..)
Yang mainnyer, saya ngan kakak saya yg ke-4 (panggil aje Uteh) aje la (coz kakak ke-3 dah matured dah..form 4 katakan..), masa tu Uteh darjah 6 (kami beza 6 thn..)

Uteh yang tecik tu.. (comel dak??)
Uteh ni sangat independant dan berani, saya berani gak, tapi kurang skettt je dr Uteh tu....ngeee.. Dah sronok2 main mercun katak dan mercun lontar2 tuh, tibelah masa utk bermain yg cam fireworks tu..

Dah siap tanam2 kat tanah, then Uteh nak gi nyalakan api, tapi saya yg berkeras nak nyalakan.. Tapi saya berani dalam tak berani, kirenye gi nyala cpt2 pastu trus lari.. Skali fireworks tu tak kuar pon jaluran2 api tuh.. Apehal kan? Saya dah tak berani nak gi tgk, terpaksala Uteh yang berani tu gi tgk, skali dia amik pegang kat tangan daaa.. Time tu jugak fireworks tu trus mengeluarkan api dan powww... Abih hitam legam plus lebam sket kt area tgh ibu jari ngan jari telunjuk.. Uteh langsung tak nanges, saya plak yg ala-ala nak nanges..weee..

Pas dari hari tu, xde maknanyer dah utk kami main mercun2 lagik..takat bunga2 api tu leh laa..bukan sbb kami tak mau main, tp sbb dah xleh maa...ayah sudah maraahhh...Skang ni anak2 buah saya laks yg sronok main bunga2 api + mercun2 yang simple tuh.. tp klu tok ayahnyer tgk, mesti kena bebel lalu diungkit kisah silam nii..


p/s : Err, nama manja saya masa tecik-tecik dulu sampai la ni adalah sue.. Maklumlah, anak bongsu katakan.. Tapi bila dah dapat anak buah ni jadi usu pulokss..



Dec 22, 2010

Giveaway Gift from Cameron

Kali ni saya nak join Giveaway Gift from Cameron, duenya 24 Dis ini.. Nak join klik sini.. Saya nak tag

Ekin
kak Teratai
Cute Mum


Saya nak suggestkan agar Lisa sekeluarga pi melencong melancong ke Bukit Tinggi, Pahang. Nak buat lawatan sehari pon boleh, nak bermalam kat sana pon boleh.. Meh saya kongsikan cerita ceriti ketika makan angin kat Bukit Tinggi, Pahang. Dah lamer sebenornyer saya nak gi sini, dan alhamdulillah, jejak juga akhirnya kat Bukit Tinggi ni pada 27 Jan 2009. Walaupun tak bermalam, tapi saya tetap puas hati. Kalau ade rezki lagi, saya mau menjengah ke sini lagi..


Tempat pertama yang kami tuju adalah Botanical Garden. Kat sini ada hutan hujan tropika seluar 4 hektar. Jangan tak tahu, kat sini pon ade tempat tanaman epal, pir dan 7 jenis strawberi.. Dah penat hirup udara nyaman, leh makan-makan kat restoran sambil tengok nemo ikan berenang2 dalam kolam..

Next, Lisa sefamily leh gi ke negara Jepun.. eh silap, ke Japanese Village. Kat sini ada macam-macam, ada taman Jepun yang dihiasi ngan air terjun, rumah Jepun dan spa ala-ala Jepun. Pastu leh jenjalan kat atas jambatan sambil tengok ikan koi yang keemas-emasan duk berenang.


Malah, kalu Lisa terasa mau pakai kimono pon kat sini ade!!! Tapi saya tak pakai ponnn, tak dan.. Next time saya datang lagi, saya mau sarung itu kimono..ngehehe..


Last stop, kami meronda-ronda di Colmar Tropicale. Kat sini paling glamer sebab bangunan & living style kat sini sebijik sejibung macam kat France. So, bila Lisa sekeluarga dah sampai sini je, leh ngaku dah sampai France la..hihihi.. Kebetulan kami datang ni time Cuti Raya Cina, so tersangatlah meriah ngan tanglung2, malah siap ade tarian singa!!! Kat sini pon ade kolam gak, tapi kolam ni spesel sket, coz ade white swan & black swan..


Banyak lagi benda leh wat kat sini, contohnya leh gi tengok arnab yang kiut miut kat rabbit park, pastu kalu terasa nak naik kuda, leh gi horse riding.. Nak bergolf pon buley, tapi saya tak minat la golfing nih.. ngehehe.. Tak sabar nak datang lagi ke Bukit Tinggi nih!!!


Dec 16, 2010

Kenangan di Hari Asyura..

Antara yang saya tak dapat lupakan adalah, masa kecik-kecik dulu (tak surelah dah masuk sekolah rendah ke belum lagi ek), satu kampung akan bergotong royong memasak bubur Asyura.. Memang seronok dan memang meriah..

Akan ada banyak rumah yang masak pelbagai jenis bubur Asyura nih, macam dah buat agihan pulak, hangpa buat bubur kacang, yang ni buat bubur jagung, kami buat bubur yang ada daging.. Dan yang paling best sekali, depa pakat sama-sama masak, means 1 bubur asyura tu berkongsi 2 rumah camtu.. Sama-sama kacau bubur tu dalam kawah.. Yang kami, budak2 nih sibuk bermain ler..hihihi.. Dah siap nanti, kami yang dulu meluru.. Sedap tau makan panas2 dari kawah..

err..ni bukan jiran2 saya tau, saya amik gambo ni dr sini..
Kawah yang diguna bukan yang depan ni, yang kat belakang tu.. (seingat saya la..) Bukan senang tau nak kacau ni, awal2 ok lagi, bila dah mula likat dan pekat, mak oii mahu tercabut tangan..

Bila dah besau sket nih, macam dah kurang meriah sikit, ke sebab saya jarang berpeluang untuk balik kampung time Hari Asyura ni..hehehe.. Pulak tu, takkanlah saya nak gedik2 bermain cam kecik2 dulu kan, mestilah menjadi perempuan melayu terakhir gitu, duk rumah lipat kain, baju, masak..ok tu tipu..hahaha..

kalu kat tempat saya, bubur Asyura macam ni lah, kaler gelap.. tapi sodapp..
Yang menjadi peberet adalah bubur daging ngan bubur jagung.. Ada lagi ke ek jenis bubur yang lain, tak dapat recall dah.. Bubur kacang bese-bese je..hehehe, memilih pulokk.. Palign sedap makan masa awal-awal masak.. Bila dah lama tu kurang sikit..ngeee.. Oww, bila duk imagine nih yang buat tak sabau nak balik nih.. Windunyerrrr...

Nov 21, 2010

PREGNANCY MOMENT CONTEST -> 22/11/10

Kali ni me nak join Pregnancy Moment Contest, duenya 22 Nov ini. Kalau nak join, klik sini.. Saya nak tag

Miakiddles
Alyyani
Mama Syafi


Saya mula bergelar isteri pada 24 Mei 2008, tetapi dek kerana perhubungan jarak jauh, bila weekend je baru dapat tinggal sebumbung.. Setelah 2 bulan bergelar weekend housewife, di malam birthday saya, saya masih tidak didatangi my best friend seperti biasa.. Saya dan en. Suami membuat keputusan untuk membeli pregnancy test di Guardian pada malam tu.. There's so many choices, and oleh kerana ni 1st time, kami mmg jakun, tak tau nak beli yg mane, main amik je.. Masa wat test tu, kami berdebar gak.. Sekali tgk, ada satu jalur merah menjadi terang, satu jalur lagi cam ada cam xde. We're confused, ape maknanyer nih?? Baca arahan dia berkali-kali, tapi tak paham2 gak.. Klu ikutkan positive, tapi nape line satu lagi tu tak berapa clear??

Gi jenjalan kat Cameron.. Masa ni 4 bulan preknen..

Keesokkannya, barulah kami berjumpa ngan doktor dan keputusannya adalah POSITIF!! Memang tak dijangka btol lah. Sebabnya, kami bercadang untuk dapatkan baby after 1 year of marriage. Tapi dah rezeki Allah nk bagikan, hanya Dia yang Maha Mengetahui, setiap yang diberiNya ada hikmahnya, maka kami terima dengan hati yang penuh syukur. Nak-nak lagi, ini merupakan hadiah yang paling teristimewa dalam sejarah ulangtahun kelahiran saya.

Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan yang teruk sangat sepanjang kehamilan dan saat pertama merasa baby kicking adalah saat yang paling best, tak reti nak describe cemana. Namun perasaan saya masa tu, hanya Allah je yang tau, betapa happy, rasa rendah diri dan takjubnye dengan kuasa dan kehebatan Allah S.W.T, inside my womb there's a living human.. Betapa nikmatnya perasaan merasai tendangan manja my baby..

Masa ni 8 bulan lebih camtu.. Gi jenjalan kat Bukit Tinggi kekononnya nak bagi mudah beranak..

Tanggal 15 Mac 2009, lebey kurang dalam kul 5.30 pagi, tengah syok tido, tetibe saya terasa basah & panas kt seluar, rupa2nya itu adalah tanda2 mahu bersalin.. Dah check in kat spital, bukaan baru 1-2cm dan masih belum rasa sakit lagi, tapi doc tak bagi balik. Oleh kerana jam 5 petang, saya masih belum ada tanda sakit untuk bersalin, maka saya telah diinduce.. Dalam pukul 8 lebey, saya dah mula pusing kiri dan kanan, dah takleh nak duduk diam. Dalam kul 9 camtu, mula masuk labour room, tapi bukaan baru 6 - 7 cm, jadi lepakla kejap kt dlm labour room tu.. Contraction kejap rasa, kejap tak.. So bile tak rasa tu, bleh borak-borak lagi, tapi bila rasa sakit tu, rasa cam nak meneran je.. Tak lama tu, doc mai tgk n suh get ready utk push.. Saya pon ape laiee.. Amik nafas dedalam dan push.. pastu contraction xdek, lepak jap.. Pastu bile rasa sakit push lagi, br je nak lepak doc kate push lg sbb baby dh kuar, saya siap tny kt doc haa..push lagi ke? So dengan sehabis daya saya teran lagi, akhirnya kuarla Nuryn Zahra dengan selamatnya tepat jam 10.32 malam.. Setelah setel dibersihkan dan diiqamahkan, Zahra diberi kat saya untuk diberikan susu. Perasaan saya masa tu sumer bercampur, happy, penat, terharu.. sumer ada, tak sangka akhirnya baby yg saya kandungkan selama 9 bulan nih dh kuar dgn selamat,cumel plak tu..hihihi..rs cam kejap je..tgk2 baby dh ade kt sebelah sambil mulut cumel duk nyut2..alahai geramnyer tgk..ilang kejap rasa penat.. ^_*

Nov 7, 2010

Dari mana datangnya IDEA dan MOTIVASI untuk BERBLOG?

Hmm..memang soalan cepu emas betul la.. Sampaikan nak jawab soalan ni mengambil masa berhari-hari..hehehehe.. Kay, saya jawab nih berdasarkan perkembangan blog Belle ni la.. Dari fasa kelahiran, sampaila sekarang..

2007
Saya baru je lepas dan bebas dari zaman gelap kalut ribut dan berhibernasi dengan assignment, exam dan project presentation, dan diserap pulak untuk menjadi pemberi kalut ribut kepada generasi muda (wakaka..senang citer..kira masa untuk balas dendam..)

IDEA : Jadi, masa ni sangat banyak idea untuk dikongsi, yelaa.. freshie kan penuh lagi sarat dengan idea-idea baru.. Maka, bila berblog banyak bercerita mengenai semangat berkobar-kobar untuk further studies, hal ehwal tempat kerja yang baru, pengalaman2 baru semasa pi training..

MOTIVASI : Kawan seopis yang beriya-iya suh saya berblog..wakakaka.. Sebab utamanya, dulu2 saya pernah berblogging di friendster, tapi dek kerana bz ngan study, maka minat merapu menulis tu terpaksa dilupakan..
2008
Alam bekerja rupanya lagi busy dari alam study..agagaga.. Jadi tahun ni kurang sket produktifnya.. Walaupun banyak event2 yang menarik, saya tak sempat untuk titipkan memori itu di diari online saya ni..

IDEA : Oleh kerana di hemat fikiran saya, blog ini adalah diari online saya, maka saya ceritakan almost everything that happens in my life

MOTIVASI : Blog2 opismate saya sumer rajin berupdate.. Blog saya je jarang-jarang update..wakakaka.. Tapi sebab takmo bagi senyap sunyi diari kesayangan saya ni, kekadang diupdate juga.. (padahal jeles tengok blog orang meriah dengan entri baru..)

2009
Tahun ni..banyak sket entrinyer.. Kenapa? Sebab saya bertukar status kepada SAHM (Stay at Home Mother), jadi ada masa untuk berceloteh di blog ini.. Selain tu, kami juga berhijrah ke Swiss kerana memenuhi tuntutan pengajian en. Suami..

IDEA : Oleh kerana sudahpun bergelar mama, maka banyak pengalaman2 manis yang ingin dikongsikan bersama, especially mengenai perkembangan my sweet daughter.. Selain tu, sebab berada ditempat baru, maka banyak benda yang nak diceritakan, dari segi budaya, makan, living cost kat sini..

MOTIVASI : Blog menjadi salah satu penghubung antara kami di sini dengan keluarga di tanahair dan juga di Jeddah (keluarga mertua berhijrah ke Jeddah) Melalui blog, kami dapat bertukar-tukar cerita berada di negara orang..

2010
 Tahun ni barulah saya mengenali alam blogging yang sebenarnya.. Sblom2 ni syok sendiri aje.. Agagaga.. Bermulalah era saya mengenali kenkawan di alamaya (sblom ni hanya kenkawan yg memang kenal di alam nyata yang ada blog je..) Wah.., rupanya sungguh luas dunia blogging ni, malah di tahun ini juga baru saya mengenali otai-otai dalam arena blogging nih..

IDEA : Bila jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang boleh saya rumuskan bila saya mengenali ramai blogger kat alamaya ni, bila duk baca2 entri depa, kekadang memberikan saya idea untuk berblog.

MOTIVASI : Bermula dari suka-suka join contest, timbullah minat untuk mendalami ilmu2 berblogging..eceh..poyo di situ.. Bila dah selalu jenguk blog-blog kenkawan, blog-blog yang menjadi sumber inspirasi, menyebabkan rasa cinta makin mendalam untuk berblogging. Nak-nak pula, apabila entri yang dibuat mendapat feedback dari pembaca, memang menambah semangat untuk menulis. Selain itu, bila tengok trafik semakin meningkat, membuatkan diri berkobar-kobar untuk terus berkarya berblogging.

CONCLUSION


Buat Ailyna, dalam dunia blogging ni biasala ada masa-masa kita akan sarat dengan idea untuk menulis, kadang-kadang ada masa-masa kita akan kekeringan idea untuk menulis (kekadang pasal kekeringan idea ni pon leh wat entri jugak, contohnyer macam ni). Tapi bagi saya, it's ok, dun pressure yourself, kita berblogging ni pon sebab we love blogging. Time-time tengah takde idea nak nulis tu, cuba Ailyna take a break, watch tv or go out, maybe u'll get the idea..

Motivation? It's a lie if i say, money is not playing a part in motivating me to blog. But the most satisfying is, when readers give feedback and comments to my entries. Another x-factor to actively blogging is when you see continuously increasing traffic, which means my blog is accepted by the online community.

Ultimately, the main reason is because i love to blog.



p/s : Entri ini dibuat sebagai syarat untuk join contest, berminat untuk join, leh klik kat sini