Showing posts with label Pok Pek. Show all posts
Showing posts with label Pok Pek. Show all posts

Dec 31, 2010

Bermula dari hari ni, saat ini..

 ~Entri melekat~

Blog ini akan menjadi blog conway yang dijoin or dianjur oleh saya.. Takkan ada lagi kisah repekan saya kat sini..hohoho.. Ada yang rindu nak baca repekan saya dak?


Hehehe..minta maaflah sekiranya pertukaran blog ini kepada blog conway menimbulkan rasa yang tak best kat uols semua.. Memula saya plan nak buat satu lagi blog khas untuk conway, tapi melihatkan kategori conway terlalu menjuarai carta bagi blog ini, maka saya buat satu lagi blog khas untuk repekan saya dan encik suami..hehehe.. Kiranya, blog tu blog kami berdua.. Tapi rasanya sayalah yang akan banyak bercoret kat situ nanti..

Jemputlah bertandang ke Notre Belle Histoire yang akan menjadi blog utama kami.. Tapi jangan terkejut, masih dalam proses penambahbaikan..hehehe..

Dec 18, 2010

What happened to my shoutbox?

Huhuhuhu..taktaulah shoutbox den dah kena hack ke, or kenkawan terlupa nak masukkan link blog depa nih.. Tapi takkanlah lupa, coz nama sorang2 ditulis..huhuhu..mesti uols pelik kan..


Begini sebenarnya, perasan tak yang saya bulatkan merah tu..itu adalah link yang keluar apabila saya klik nama-nama kenkawan yang tinggal jejak di shoutbox saya.. Bukan sorang tau, ramai pulak tu.. Konpius saya.. Sama ada empunyer blog tu yang tinggal jejak tapi guna nama kenkawan saya, or kenkawan saya tinggal jejak tp lupa letak link diorang..huhuhu.. Antara nama yang terkena adalah
  • hazwan dah insaf
  • hunaif
  • tiefazatie
  • haliqa
  • miza yusuf
  • azi nur
  • fazzy
  • firdani
  • izyan shamba
Tapi saya syak, empunyer blog myrapbattleblogentry menggunakan nama diorang2 ni because msg yang sama digunakan, means appear 2 kali, sebijik sejibung pulak tu.. Mesti computer generated ni.. Saja nak suh saya masuk banyak kali kat blog dia nih.. Cara tak elok ni tau!!!Haishhh..

    

Dec 17, 2010

Owhh..naluri keibuanku tersentuh..

Bukan setakat naluri keibuan, tetapi naluri sebagai seorang anak juga.. Tadi masa saya berblogwalking, tersinggah ke satu blog yang memenangi hadiah utama salah satu contest yang saya juga join.. Memang sayu dan sedih pulak saya baca kisah hidupnya.. Malah di awal-awal tu, sampaikan saya tertanya-tanya btol ke ni..

Bila saya baca komen2, rupanya yang diceritakan itu memang terjadi pada adik nih.. Bukan saya sorang je yg berfikiran eh-betol-ke-cerita-ni.. Mesti uols tertanya-tanya, apakah yang berlaku kt adik nih? Pendek kata, adik nih meluahkan isi hatinya yang dia sangat sayangkan emak dia, dan dia berharap emak dia sayangkan dia macam sayangkan anak-anak (or adik beradiknya) yang lain..

saya percaya setiap mak memang sayangkan anaknya..

Maybe, lebih tepat lagi berlakunya pilih kasih.. Mungkin pilih kasih nih berlaku kat mana-mana sahaja.. Apakah punca yang menyebabkan terjadinya pilih kasih antara anak no.1, no.2 dan seterusnya? Memang sukar untuk saya jawab, subjektif terhadap pada individu itu sendiri.. En. Suami gitau, ramai parents akan favour anak yang lebih berjaya.. Tapi ada juga anak yang lebih berjaya tapi tak menjadi favourite, kan?

Risau juga bila dah mempunyai anak lebih dari sorang, takut-takut nanti anak-anak saya terasa mereka tidak dilayan dengan saksama.. Setakat ni, saya rasa saya akan sayang semua anak saya dengan sepenuh hati, maklumlah nak melahirkan tu bukan senang.. Tapi tu lah, sebelum menjadi mak kepada 3-4 orang anak, takleh nak cakap apa lah sebab baru sorang je.. Taktaulah perasaan pilih kasih tu akan datang dengan sendiri bila melihat perbezaan karakter antara anak-anak tu.. Because secara logiknya, kita akan favour anak-anak yang behave, rajin dan pandai.. Tapi kan..tapi kan, janganlah sampai anak yang bukan menjadi favourite tu terasa yang dia dipinggirkan.. Patutnya kita turut bagi galakan dan dorongan supaya mereka turut berjaya.. kan, kan? Dan tak semestinya kalau dia tak berjaya skang ni, dia tak akan berjaya di masa hadapan, kan?


p/s : Untuk adik yang tabah, akak cadangkan agar adik meluahkan apa yang adik rasa tu kat emak adik secara berhemah, mungkin emak adik tak perasan yang adik terasa macamtu.. Selebihnya, adik bermohonlah pada Dia Yang Satu, agar dibukakan pintu hati emak adik untuk menyayangi adik sepenuh hati.. Suatu hari nanti, emak adik akan sedar yang adik adalah anaknya yang sangat baik. Semoga kesihatan adik bertambah baik dan berjaya di dalam pelajaran..

Dec 16, 2010

Kenangan di Hari Asyura..

Antara yang saya tak dapat lupakan adalah, masa kecik-kecik dulu (tak surelah dah masuk sekolah rendah ke belum lagi ek), satu kampung akan bergotong royong memasak bubur Asyura.. Memang seronok dan memang meriah..

Akan ada banyak rumah yang masak pelbagai jenis bubur Asyura nih, macam dah buat agihan pulak, hangpa buat bubur kacang, yang ni buat bubur jagung, kami buat bubur yang ada daging.. Dan yang paling best sekali, depa pakat sama-sama masak, means 1 bubur asyura tu berkongsi 2 rumah camtu.. Sama-sama kacau bubur tu dalam kawah.. Yang kami, budak2 nih sibuk bermain ler..hihihi.. Dah siap nanti, kami yang dulu meluru.. Sedap tau makan panas2 dari kawah..

err..ni bukan jiran2 saya tau, saya amik gambo ni dr sini..
Kawah yang diguna bukan yang depan ni, yang kat belakang tu.. (seingat saya la..) Bukan senang tau nak kacau ni, awal2 ok lagi, bila dah mula likat dan pekat, mak oii mahu tercabut tangan..

Bila dah besau sket nih, macam dah kurang meriah sikit, ke sebab saya jarang berpeluang untuk balik kampung time Hari Asyura ni..hehehe.. Pulak tu, takkanlah saya nak gedik2 bermain cam kecik2 dulu kan, mestilah menjadi perempuan melayu terakhir gitu, duk rumah lipat kain, baju, masak..ok tu tipu..hahaha..

kalu kat tempat saya, bubur Asyura macam ni lah, kaler gelap.. tapi sodapp..
Yang menjadi peberet adalah bubur daging ngan bubur jagung.. Ada lagi ke ek jenis bubur yang lain, tak dapat recall dah.. Bubur kacang bese-bese je..hehehe, memilih pulokk.. Palign sedap makan masa awal-awal masak.. Bila dah lama tu kurang sikit..ngeee.. Oww, bila duk imagine nih yang buat tak sabau nak balik nih.. Windunyerrrr...

Dec 13, 2010

Ohh.. Monday Blues..

Wah..wahh..wahhh.. Bukan setakat pekerja je yg mengalami monday blues.. Blogger aka saya pon mengalami monday blues..

Walau ada 1-2 perkara yang leh dijadikan as entri, tapi dek kerana monday blues punyer pasal, saya hold dulu.. Hehe, salahkan monday blues pulak..

Sebenarnya, skang ni saya tengah tak puas hati.. Terkilan pon ada, geram pon ada.. Perasaan saya skang ni berkecamuk, membuatkan saya takleh nak perah idea untuk berblog.. Kes apa ni yang buat saya tak puas hati? Tak pernah2 lagi saya war-warkan ketidakpuashatian saya kat sini..

Ni lain tak bukan kerana si Terry Jones lah ni.. Hari tu dia buat hal untuk buat pembakaran Al Quran secara beramai-ramai sempena memperingati tragedi 9/11 tapi mujurnya tak menjadi cadangannya.. Dan baru-baru ni pulak dia dijemput untuk berucap tentang 'menentang kejahatan serta kebinasaan Islam'.. 

Semalam, masa saya tengah tengok berita, ada wawancara dengan Terry Jones, yang paling menyirap darah saya ialah apabila dikatakannya Islam is Evil, malah siap ada website lagi pasal ni, dan siap jual mug, baju yang bertulisan camtu.. 

Dia diundang oleh EDL, sebuah kumpulan pelampau yang baru dibentuk pada 2009 bagi menyekat penyebaran Islam dan undang-undang syariah di Britain.
Akhbar The Guardian memetik paderi itu sebagai berkata di laman webnya, dia berhasrat melawat Luton, sebuah bandar di utara London yang dihuni masyarakat kecil Islam semasa satu demonstrasi EDL pada bulan Februari ini.
Malas nak cakap bebanyak.. Uols bacalah kat Utusan nih.. Klik sini.. 



p/s : I LOVE ISLAM.. Allahu Akbar!!

Sungguh Me Terharu...

Hikhik..berzaman baru dapat buat entri ni.. Dek kerana kekangan masa, peh tu nak buat entri ni dengan sepenuh hati, tu yang ambil masa sikit nak buat..hehehe

1st sekali, me terharu sebab Dahlia sudi masukkan blog me dalam bloglistnya, iaitu under DJ Active Visitor, dan juga sudi pilih me untuk Projek Disember DJ2B yang telah pon berlangsung..(eceh, ayat cam hape je..)



Keduanya, me terharu sebab Ben Ashaari sudi lagi meletakkan blog Belle ini under kategori Ku Menjeling.. Terima kasih coz sudi jugak mejeling kat blog Belle ini..hehehe.. Begitu juga dengan GTO yang sudi meletakkan blog Belle ini under I Read This Blog category..


Ketiganya, yang buat lagi me terharu, apabila Dni siap buat entri khas, semata-mata kerana komen yang me tulis di blognya.. Aww, rasa macam komen dihargai sesangat..hehehe.. walaupun memang semua komen di entri kita, memang kita hargai kan.. Me komen camtu pon sebab takmo Dni rasa pressure, penin2 dan serabut pasal result ga yang blom diannounce, yang penting concentrate pada exam dulu..

Last but not least, ingat lagi tak ngan entri Maila Vote Saya? Kat entri tu saya takde janji apa-apa pon sebagai balasan buat yang vote saya, tapi masih ramai juga yang sudi vote saya. Terima kasih diucapkan kerana uols yang sudi bersusah payah untuk vote saya dan juga kepada yang wish me luck. Walaupun saya tak menang, tapi saya tetap merasa gembira dan terharu sesangat. Sebagai menghargai jasa2 uols tu, insyaAllah, untuk 3rd contest (bukan yang akan dianjurkan tak lama lagi..maybe contest yang bulan 5-6 nanti..waahh..lama lagi tu dah announce awal-awal..) uols akan mendapat kelebihan (tu pon kalu uols sudi join contest tu nanti..)..hehehe.. Berikut adalah orang yang baek hati tersebut..

Dec 12, 2010

Akhirnya.. Dapat Melepaskan Perasaan!!!

Hehehe.. Melepas perasaan? Btol ke ayat tuh.. Bantai aje lor.. Agagaga.. Ingat lagi tak ngan entri saya pasal kerinduan untuk berskating?

Rupanya banyak je tempat untuk berskating yang berdekatan, ada yang free tapi nak kena guna shoe sendiri.. Ada gak yang free dan disediakan shoe untuk disewa.. Tapi, biasanya yang free tapi kena guna shoe sendiri ni ring dia tersangatlah luas..

Jenis kasut untuk wanita yang disewakan

Dan semalam, alang2 kuar weekend shopping kat Lausanne, kami ushalah tempat untuk berskating, yang menyediakan shoe untuk disewa.. Ok jugak ring skatingnya.. Takdela luas mana dan takdela kecik mana..hehehe.. Alang-alang dah usha nih, kami mainla seround dua.. Harga sewa kasut CHF5.. Murah ke mahal? Hmm..tak surveylah pulak kat tempat lain cemana..

Budak kecik2 dah laju je skating..jeles btol!!! Hehehe.. Siap buat aksi lagi.. Saya? Agagaga, cam budak baru belajar nak bertatih..pelan-pelan kayuh..hehehe.. Tapi memang seronok.. Hihi.. Tak puas main..miahahaha..

Zahra pon nak skate jugak..
mak budak yang baru nak belajar berskating..

Dec 8, 2010

Hadiah Sudah Dipos!!!

Buat semua pemenang2 My Belle Giveaway, hadiah2 sudahpun siap dibungkus malam tadi, dan akan dipos pada hari ini oleh puan penaja..

Maaf yer di atas kelambatan menghantar hadiah ini... Hehehe, saya yang lambat bagi information kat Watie.. Tapi Watie memang pantas, dapat je details dari saya, terus bungkus hadiah, siap2 untuk hantar hari ni sebab semalam kan cuti.. Berikut adalah details hadiah dan pemenang..
  • PFA 8cc wanita - Miza
  • PFA 8cc lelaki - Mama Zharfan
  • PFA 5cc wanita + audio cd - Kak Yong
  • PFA 5cc lelaki + video cd - Ekin
Tahniah buat semua pemenang, dan tahniah juga buat semua peserta My Belle Giveaway.. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menyertai giveaway pertama yang saya anjurkan.. Buat yang tak menang, dun worry, uols ada advantage untuk next giveaway @ contest yang akan saya anjurkan nanti dan mempunyai peluang yang lebih besauuu untuk memenangi hadiah dari Swiss..

Hehehe, sodapp je announce awal2, sekali tak jadi buat, wat malu je..ahaks!! Yang pasti bukan dalam 2-3 bulan ni, huhuhu... Awal-awal cadangnya nak buat bulan 2 camtu coz plan bulan 3 nak balik Malaysia jap, tapi plan itu terpaksa ditunda..hohoho..sedey betol!!!

awww..rindu bebenor dah ni!!

Tapi takpe, conway yang hadiah Swiss tu kita hold dulu, dalam masa terdekat ni (terdekat ke ek..next year tu kira dekat jugaklah kan..agagaga) akan ada contest yang akan dianjurkan.. Wahhh, dah announce lagi, padahal masih dalam perbincangan lagi nih..agagaga.. Tapi yang ni, untuk peserta My Belle Giveaway yang lepas takde kelebihan.. Semuanya sameee je untuk semua orang..

Aissyy, takleh jadi nih.. kena stop menulis nih.. Kang lagi banyak yang saya buka pekung di dada bagitahu awal2 padahal benda tak kompom lagi nih.. Aisyy, uols jangan pasang angan tinggi2 sangat ek.. Jangan jadi cam saya yang dah berangan besaauuu bila bab-bab conway nih.. Maklumler, seronok tau join dan anjur conway nih..hehehe..

skang ni tengah berangan, bestnyer kalau pandai skating.. Penangan duk tengok video Kim Yuna..aisyy!!

p/s : Kalau ada yang mahu sponsor hadiah, kecik tapak tangan, sebesau padang skating saya tadahkan.. aww!!!

Dec 7, 2010

Bestnya kalau hari ni hari Public Holiday.. ;p

~Entri berangan bercampur dengan nada jeles sekejap~

Wuwuwu.. kan best kalau hari ni hari cuti.. 
Dapatlah saya bersantai-santai, memanjakan diri.. 
Hehehe..macamla sebelum ni tak bersantai kat umah yer dak? Memang 24 jam duk lepak kat umah ni.. Nak kuar, semalam hujan.. Dan dengar-dengarnya, kat Kelantan (esp. Pasir Mas) hujan rintik-rintik tak berhenti-henti sejak 4 hari yang lepas lagi..
Tak nampak sinar mentari pon.. kata kakak saya ni..

gambar untuk tatapan..hehe

Kalaulah cuti, dapatlah saya ajak en. Suami 
untuk skodeng-skodeng tempat yang boleh skating.. 
Paling tidak pon, leh usha-usha kat mana yang jual sleigh murah..agaga.. 
Tapi nak buat cemana, hari ni bukan hari cuti, 
pulak tu en. Suami tersangatlah busy.. 
Last2, layan Zahra main sambil berblogwalking..

Aiii..nape pulak entri saya ini..
Dah macam gurindam pulak ni..
Sebelum saya melalut lagi..
Saya nak gitau, bestlah uols, dapat cuti satu hari...hoho..


Dec 6, 2010

Rindunya nak skating..

Semalam masa duk berblogwalking, terjumpa satu entri ni bercerita pengalaman pertama dia skating.. Wahh, terus menggamit memori dulu2 masa mula2 skating di Sunway Piramid, perghh..memang bes la!!

Oleh kerana saya ni bukan orang KL, juga tak belajar di KL, maka jarangla saya dapat berskating, rasanya baru 2-3 kali saya berskating.. Sekali sekala bila turun KL, barula dapat melepas gian berskating di Sunway Piramid.. Tu pon tak selalu coz susah nak pi ngan public transport.. Ke skang dah senang ek? Agagaga.. Tahap pon beginner lagi, tak reti nak main brek2..miahaha..laju je ke depan, kalau tiba2 ada orang ke dinding ke kat depan dan takleh nak lari ke tmpt lain, jawabnya langgar ajela..hehehe

gambar sekadar hiasan

Kat sini? Hmm..baru jumpa satu tempat skating, tu pon kat Vevey, agak jauh.. Kan best kalu ada tempat skating kat depan rumah ni..hehe.. Nak kena mencari nih tempat utk skating, dah rasa gian balik..hehehe, tapi tu lah kan ada Zahra ni, kena main gilir2 lorrr..

Kalau Sukan Olimpik tu, antara games yang akan saya layan adalah Figure Skating.. Dan baru2 ni, Sukan Olimpik 2010 yang buat kat Vancouver, Canada yang main languagenya adalah French, pertama kali saya tengok Kim Yuna beraksi..pergghh, memang lemah gemalai tapi sharp la.. Memang selayaknya menang Gold Medal..


Hebat kan? Saya takdela berangan sampai nak terer camtu.. Cukup setakat boleh skating dah ar.. Leh kayuh dan leh brek.. Janji takde accident sudaaa... Uols pernah berskating?

 

Dec 1, 2010

Hari Ini Hari Bermarathon!!!

Errr...sebenarnya, hari semalam yang bermarathon (by the time entri ni publish kan..) Hari ni dah kurang sket.. Marathon apa ni? Adakah berkaitan dengan Sukan Komanwel? Hehehe..bukan..bukan.. 

Sebenarnya, kalau perasan, semalam entri saya penuh dengan entri join contest...agagaga.. Dah rasa cam belog untuk contest pon yer.. Bukan apa, semalam banyak sangat contest yang due..uiss..mahu kena pecut nih, bermarathon menjoin contest..hehehe.. Ada ke sampai camgitu skali?


 Tapi ada jugak yang tak sempat join.. Buat mana yang sempat aje ler..hihihi.. Kalau giveaway ke lucky draw, cepat je saya join.. Tapi kekadang kalu due lambat saya hold jugak dulu, coz nak selesaikan yg due lagi awal.. Maklumla nak kena seimbangkan dengan entri luahan perasaan berpok pek jugak kan..

Kalau yang contest, biasanya saya hold dulu..agaga.. Bukan apa, nak kena perah idea lagi.. Pehtu, nak kena mengarang lagi.. Kalau yang bergambar, nak kena godek2 album dulu.. Jadi, senang citer hold dulu.. Bila dah nak due, mula lah kalut ribut..agaga..


Kekadang rasa cam nak buat satu lagi blog, blog khas untuk conway, baru tak bercampur baur ngan entri syok sendiri, pehtu sesuka hati je dalam satu hari tu nak join 10 conway pon takpe.. Takdelah orang mai kul 10 pon entri conway, kul 5 pon entri conway, dak gitu? Apa pendapat uols, patutkah saya buat satu lagi blog untuk contest?

Nov 27, 2010

Kembang Semangkuk Pipiku..

Awww..sekali lagi tajuk tidak boleh tahannnn..agagaga.. Tapi hati siapa tidak berbunga-bunga, bagaikan dalam hati ada taman bunga yang sedang mekar dan mewangi..hehehe..Ok, ok dah..dah.. Jangan melalut.. Straight to the point.. Apa yang menyebabkan pipi tembam saya ni makin tembam? Hehehe..bukan kerana aiskrim mahupun cokolat, tetapi dek kerana penghargaan oleh teman-teman bloggers.. Terasa diriku blog ini begitu berharga..wink..wink..

Pertama sekali, saya blog Belle adalah salah satu dari 5 blog yang tersenarai dalam kesukaan Bila Hidayaida Menulis, blog siapa lagi kalau bukan cik Aida yang comel.. Awww, memang terharulah sangat2..Akak join conway ni pon untuk suka2 dan yang mana sempat aje, sebagai sokongan kepada blogger2 yang anjurkan conway ni..

Errr..akak ni mesra ek..? Agagaga..
Keduanya, blog Belle ini dimuatkan dalam entri empunya blog Kelip Kelip Kehidupan, iaitu Kak Megawati dan empunya blog Duniaku, iaitu Tina.. Awww, sekali lagi merasa terharu.. Tutorial yang ada kat blog ni pon bukanlah hasil ciptaan sendiri, tapi rujukan di blog2 tutorial, disimpan untuk kegunaan di masa hadapan sekiranya bertukar domain ke (koya lagi di siteww..), bertukar template ke, juga untuk kegunaan kenkawan yang lain..

nampak tak nama aii tu..miahaha
owww..rindu pulak ngan header lama ni..
Last but not least, komen2 dorongan, sokongan dan yang membina lagi de' best dari uols semua memang menceriakan dan menambahkan semangat saya untuk terus berblogging.. Nak letak semua komen tu kat sini, nanti penuh sampai ke bawah lah pulak, nanti lain segmen saya wat ek.. Semoga kehadiran saya juga menceriakan dan menambahkan semangat uols untuk terus berblogging.. Hug ketat2 uols semua... Muahsss!!!

Nov 26, 2010

Me Kecundang Akhirnya...

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan sudah tiba.. Result untuk menjadi ngetop model bagi American Next Top Model Apo2 Yolah Next Top icon sudahpun keluar.. Jom layan sapa yang bakal dinobatkan Top Icon bagi Apo2 Yolah.. (padahal dari tajuk tu dah leh tau.. ;p)


Tahniah buat Nonor kerana berjaya merangkul gelaran Apo2 Yolah Next Top Icon.. Tahniah jugo buat Atok, juri2 dan krew Apo2 Yolah Next Top Icon kerana menganjurkan contest yang superb ini.. Cayolah!!! Walaupun me tidak berjaya, namun me tetap berpuas hati kerana me berjaya mara hingga ke peringkat akhir.. Dan semua ini takkan berlaku tanpa sokongan, dorongan dan undian dari uols yang baek hati lagi fantastik!!! Muahss berbijik-bijik kat uols..

Masa awal2 join contest ni, untuk suka-suka aja.. Nak tengok entri penyertaan, leh klik kat sini.. Tapi lama kelamaan tu, best pulak melayan dan menyahut challenge2 dari Atok.. Cabarannyer memang tak tercapai dek akal me laa.. Hehehe.. Kat bawah ni adalah kronologi challenge2 bagi Apo2 Yolah Next Top Icon dan yang sebelahnya itu adalah my entri for that particular challenge..
  1. Challenge pertama - I am Unique
  2. Challenge kedua - Saat yang memalukan
  3. Challenge ketiga - Ini resepi den
  4. Challenge keempat - Menjadi Kaunselor yang bergelar Tok Wan
  5. Challenge kelima - Kenapa Saya Patut Dipilih
Kalau untuk cikgu Dahlia, blogging is her way of getting to know herself, saya pulak, melalui join contest ni adalah salah satu cara juga untuk lebih mengenali diri saya. Tak sangka melalui Apo2 Yolah Next Top Icon ni, saya boleh menjadi orang Nogori Sembilan, kaunselor walaupun tak bertauliah, malah mampu berposing dalam pose2 yang memang me tak pernah bermimpi untuk berposing camgini.. Especially untuk pose bagi entri Saat yang Memalukan, Ini Resepi Den & Menjadi Kaunselor.. (Yang I am Unique & Kenapa Saya tu..memang diambil dari simpanan album je..agagaga)

Kalau uols juga nak merasa ke'best'an menyahut cabaran yang memang ummmpphhhh ini, uols boleh vote di poll blog Atok agar terus mengadakan Apo2 Yolah Next Top Icon ini bagi musim kedua.. Mana tahu, rezeki uols untuk bergelar Apo2 Yolah Next Top Icon musim kedua..hehehe.. Leh me vote uols pulak nanti.. ^_*

Nov 16, 2010

Akhirnya Saya Memilih Untuk Bersuara..

Hehehe.. bersuara tentang apa ya? Tajuk cam serius je, tapi intro poyo lah pulak.. Hmm.. Sebenarnya, masih dalam dua lagi nak publish entri ini, ataupun tidak.. Maklumlah, entri camgini bukan menjadi pilihan saya.. Entri apa ya?

Rasanya, ramai yang sudah tahu mengenai kes Cinta Syhhh tu..huhuhu.. Saya pon baru jugak tahu, semalam (eh kalau ikut waktu entri ni publish, dah 2 hari la..), dari Blog Sensasi.. Yang menjadi persoalan awal2 bila tengok tajuk tu, saya terpaku sekejap, siapa Uncle Seekers ni? Hahaha..boleh tak, saya tak kenal? Maklumla walaupun saya peminat no. satu criter Twillight ngan Vampire Diaries, tapi saya tak berapa gemor tengok citer2 mencari hantu ni..

Lepas baca, macam biasa, saya memang tak amik port sangat, benda2 camgini saya tak berminat nak berkongsi ngan Ma Belle readers, sebabnya ape ek? Bukan saya kedekut ilmu (coz bagi saya takde pekdahnya benda ni..) Biarlah uols dapat tahu dari blog yang lain2..

Tapi kenapa tetiba saya berubah hati nih? Hoho.. Sebabnya selepas baca ngan entri Joegrimjow ni, saya seakan-akan terpanggil untuk berkongsi dengan Ma Belle readers, supaya menjalankan tanggungjawab sebagai blogger, untuk report abuse 'blog tu'.. Nak tau cane nak report abuse, leh rujuk entri joe kat atas tu..huhuhu..

Nov 14, 2010

Hari Mengemas Sedonia..

Heheheh..sekali lagi tajuk tak boleh tidak tanpa poyo..agagaga.. Sebenarnya, memang hari Ahad hari kami mengemas rumah, vakum sini, mop sana.. Standard la tuh.. Tapi yang speselnya hari ni, dari A sampaila Z kami mengemas.

Hehehehe..buat pertama kalinya en. Suami merajinkan diri untuk mengelap cermin2 pintu dan tingkap rumah.. Bilik air pon dicucinya putih bersih sampai berkilat tuuu.. Bese takdela sampai berkilau-milau (ada ke word ni?..) Kenapa tetiba en. Suamiku terlebih rajen ni? Adakah sebab semua assignment sudah siap dihantar?

err..skang dah Autumn..hehehe..
Hehehe..tak lain tak bukan kerana esok, kami akan menerima kunjungan dari Jeddah, sapa lagi kalau bukan parents en. Suami laa..hehehe.. Tu yang beria-ia mengemas segenap inci dalam rumah ni..hehehe.. Tapi standardlah rumah yang ada anak baru nak membesar nih, baru je nak best-best tengok rumah suci bersih lagi kemas, tak dan berapa minit pehtu kembali berselerak..hohoho.. Ni baru anak sorang ni..

It's the final countdown!!

Akhirnya, setelah mengharungi sesi kelayakan dan 4 cabaran yang memang botui2 mencabar minda & fizikal, at last, cabaran terakhir bagi Apo2 Yolah Next Top Icon bagi cycle 1 telahpun diumumkan..Hohoho.. Tapi sebelum kita tengok apa cabarannya, meh kita layan dulu sesi penyingkiran..


Waaa..pertama kali me paling ngetop..biasanya me nyawa-nyawa ikan yo.. Thanks buat Atuk dan juri-juri yang memilih me, dan juga buat teman-teman yang sudi vote me.. Uols memang best lah.. Muaaahssss!! Dan sekaligus, me berjaya mara ke peringkat akhir.. Alhamdulillah.. Tahniah juga buat Nonor.. Tahniah juga buat Rome, walaupun anda tersingkir, tapi anda adalah top 3.. It's a great achievement!! Ok, nak tengok apo laie cabaran untuk minggu ni? Meh layan..


Mak aiii..tu dia..kena jual diri promote diri ni.. Huhuhu..rasa cam nak masuk temudugo yo..*aikss..molokat laie slang nogori ni..ahem..ahem* Apa yang me nak goreng kali ni ek? Tang diri sendiri ni lah yang paling payah sekali..


Nov 6, 2010

Pheww.. Tapi..

Wahhh..copat botol result bagi Challenge ke-3 keluor.. *Eceh..molokat laiee slang Nogori ni haa.. Terima kasih yer Atuk sebab maklumkan pada saya.. Hangpa nak tengok ape resultnyer? Moh layan.. Zass..


Hohohoho..suspens betul.. Ingatkan dah kena prepare ucapan perpisahan dah tadi.. Thanks yer buat Atuk dan juri-juri yang memberikan imuniti kepada me.. Thanks juga to all my frens yang sudi vote me.. Muahss berbijik-bijik..

Tapi, challenge ke-4 dah pun diannouncekan.. Fuyyooo, kali ni lagi canggih-manggih.. Pernah dulu2 menjadi cita-cita untuk berkecimpung dalam arena ni, tapi terpaksa dilupakan sebab macam takde bakat yo.. Meh nengok challenge kali ni..

Ha, nampak dak tu? Saya kena berlakon jadi kanselor..hohoho..cemana ni.. Masalahnya, saya lebey kurang Raina je.. Awal-awal memang soganlaa.. Aiyoo.. Cemana mau buat ni?

Nov 3, 2010

Jangan Muntah Darah!!!

Hehehe..sekali lagi, tajuk di atas adalah penuh dengan kepoyoan di situ..Agagaga..sila jangan naik angin naa..

Sebenarnya, nak habaq jangan naik jemu sudahhh tengok entri sejak dua menjak nih.. Asyik join giveaway jer.. Kalu tak giveaway, contest.. Agaga.. Takde mende lain.. Hihihi.. Kalau dulu, saya limitkan dalam sehari paling banyak buat entri pasal join ga dalam 2-3 camtu.. Sebab takmola muka depan dari atas sampai bawah penuh ngan ga jer kan.. Tak menarikla camtu.. Lagipun ni bukan blog semata-mata untuk contest..dak gitu?

Tapi disebabkan desakan hidup keluarga mertua nak datang next kepada next week, maka, dalam 2 minggu ni terpaksala bermarathon dalam join giveaway dan contest..Entri merepek harian pon belum di draftkan lagi ni..hohoho.. Nak kena ready awal2 coz takkan la depa datang dari jauh, saya duk ngadap lappy pulak kan..hohoho..

Nov 2, 2010

Macam mana boleh tak perasan ni???

Uwaa..sib baik tak terlepas duedate, kalu dak.. Mau kena singkir bulat-bulat je..hehehe.. Maklumla last wik ngan this wik hectic sket.. Tak dan nak menjenguk ke semua blog2 kenkawan.. Huhu, sowey yer.. Tapi dun worry, pasti diterjah jua nanti..

Ingat lagi dak pasal contest ANTI tu? Ha, last time kena buat entri Maluuuu bagi Challenge yang ke - 2, haa.. resultnyer pon dah keluar.. Nak tengok, layannnn video kat bawah ni..


Tak sangkalah pulak me menang imuniti.. Ingatkan dah nak terkeluar sebab me terperasan yang ada orang undi keluar my entri tu.. Sedey dak..sedey kan? Huhuhu.. Nak wat cane, takleh memuaskan hati semua pihak.. But thanks to my frens yang sudi vote me dan pihak juri yang telah memilih gambar tersebut untuk menang imuniti.. (Aiseyy..bunyi cam org bagi ucapan lepas dapat award pulak!!) To Cimot, all the best for ur exam yaa..

Dan yang paling debommm skali, challenge ke-3 sudahpon keluar dan me baru tahu!!! Aiyoo, sempat ke nak buat preparation nih.. Coz contest ANTI ni bukan calang-calang challenge dia.. Hohoho.. Silap2 leh migrain 2 hari sebab memerah otak untuk kasik idea yang best keluar bagi contest ni.. Nak tahu ape dia next challenge? 


Mak oiii, yang ni dikatanya simple? Iskhh..iskhh.. Ke bagi korang simple jugak? Ahaks.. me dah ponin2 nih, mikiokan resepi ape yang nampak hebat.. Agak2 kome, nak masak ape ye? Dahler tu, kena guna loghat Nogori, klu pelat Qelate tu, boleh la me goreng kaw kawww punyer.. ^_*


Oct 30, 2010

Kasut yang berharga RM600..

Hehehe.. dah lama nak buat entri pasal kasut ni.. Tak dan je.. Kasut ape yang berharga RM600 ni? Best sangat ke? Lawo sangat ke? Uols tengokla sendiri..

Cun tak? Inilah dia kasut yang berharga CHF200 ++, selepas convert, maybe dalam RM600 lebey, tapi saya genapkan aje jadi RM600.. Kalu diikutkan, saya bukanlah penggemar  kasut yang tegar, saya lebey suka pakai sandal. Sebabnya nape ek? Maybe sebab tiapkali saya beli, pakai 4-5 kali pastu mesti melecet kat belakang... auww.. memang tak suka.. Kalu kasut yang bertali pulak, bilamana nak buka dan pakai balik tu yang leceh..hikhik..


Tapi sejak dua menjak nih, saya sudah jatuh chenta kembali ngan kasut ballerina.. Chomel jek kat mata saya ni, nak pakai pon senang. Cume tinggal melecet ke tak melecet je.. Sebab tu saya ingat nak cari kasut ballerina yang comfortable macam kat atas ni.. Memang comfortable sangatlah bila try kasut kat atas ni, tapi harganya mak aiii.. Kesian pulak kat en. Suami, plus elaun kami sekadar cukup2 je, takkan nak habiskan CHF200 kat kasut ni..

Paling mahal kasut aka sandal yang pernah saya ada (seingat saya) adalah RM100++, jenama Scholl sebab sangat comfortable bila pakai (beli pon masa saya peknen..) Uols pulak suka kasut cemana ek?


p/s : Hehehe..lupe pulak nak gitau jenama kasut kat atas tu.. Kasut Prada tuuuuuu!!!