Dec 17, 2010

Owhh..naluri keibuanku tersentuh..

Bukan setakat naluri keibuan, tetapi naluri sebagai seorang anak juga.. Tadi masa saya berblogwalking, tersinggah ke satu blog yang memenangi hadiah utama salah satu contest yang saya juga join.. Memang sayu dan sedih pulak saya baca kisah hidupnya.. Malah di awal-awal tu, sampaikan saya tertanya-tanya btol ke ni..

Bila saya baca komen2, rupanya yang diceritakan itu memang terjadi pada adik nih.. Bukan saya sorang je yg berfikiran eh-betol-ke-cerita-ni.. Mesti uols tertanya-tanya, apakah yang berlaku kt adik nih? Pendek kata, adik nih meluahkan isi hatinya yang dia sangat sayangkan emak dia, dan dia berharap emak dia sayangkan dia macam sayangkan anak-anak (or adik beradiknya) yang lain..

saya percaya setiap mak memang sayangkan anaknya..

Maybe, lebih tepat lagi berlakunya pilih kasih.. Mungkin pilih kasih nih berlaku kat mana-mana sahaja.. Apakah punca yang menyebabkan terjadinya pilih kasih antara anak no.1, no.2 dan seterusnya? Memang sukar untuk saya jawab, subjektif terhadap pada individu itu sendiri.. En. Suami gitau, ramai parents akan favour anak yang lebih berjaya.. Tapi ada juga anak yang lebih berjaya tapi tak menjadi favourite, kan?

Risau juga bila dah mempunyai anak lebih dari sorang, takut-takut nanti anak-anak saya terasa mereka tidak dilayan dengan saksama.. Setakat ni, saya rasa saya akan sayang semua anak saya dengan sepenuh hati, maklumlah nak melahirkan tu bukan senang.. Tapi tu lah, sebelum menjadi mak kepada 3-4 orang anak, takleh nak cakap apa lah sebab baru sorang je.. Taktaulah perasaan pilih kasih tu akan datang dengan sendiri bila melihat perbezaan karakter antara anak-anak tu.. Because secara logiknya, kita akan favour anak-anak yang behave, rajin dan pandai.. Tapi kan..tapi kan, janganlah sampai anak yang bukan menjadi favourite tu terasa yang dia dipinggirkan.. Patutnya kita turut bagi galakan dan dorongan supaya mereka turut berjaya.. kan, kan? Dan tak semestinya kalau dia tak berjaya skang ni, dia tak akan berjaya di masa hadapan, kan?


p/s : Untuk adik yang tabah, akak cadangkan agar adik meluahkan apa yang adik rasa tu kat emak adik secara berhemah, mungkin emak adik tak perasan yang adik terasa macamtu.. Selebihnya, adik bermohonlah pada Dia Yang Satu, agar dibukakan pintu hati emak adik untuk menyayangi adik sepenuh hati.. Suatu hari nanti, emak adik akan sedar yang adik adalah anaknya yang sangat baik. Semoga kesihatan adik bertambah baik dan berjaya di dalam pelajaran..

No comments:

Post a Comment