Dec 10, 2010

All The Best & Good luck!!!

Hehehe.. Nak menyelit entri pasal en. Suami kejap.. Bagi can glamerkan dia kat sini..agagaga.. Esok (err..by the time entri ni publish hari ni laa..) en. Suami akan ada presentation lagi.. Waduh-waduh, presentation lagi, aritu baru je lepas candidacy presentation..


Dah namanya student kan, takkan lepas dari presentation, nak-nak student Pengajian Habis Darjah ni, lagi la presentation memang takkan habis-habis selagi tak grad kan.. Bezanya, kali ni takdela segenting macam candidacy presentation haritu.. Cumernya, yang best kali ni, akan ada seorang student dari seramai 71 calon yang akan dianugerahkan Best Poster Award..

Perghh..memang sengit tu.. Oh, lupa nak gitau, poster presentation ni sempena EDMI (Ecole Doctorale Microsystems and Microelectronics) Research Day yang memang diadakan setiap tahun khas untuk student Pengajian Habis Darjah ni.. Nak tengok poster yang dibuat oleh en. Suami?


Jangan ditanya mengenai isi poster ini, walaupun saya adalah bekas student Elektrik, namun ini bukan bidang kepakaran saya (ecehh..macam pakarlah sangat..) Amacam, agak2 dapat dak title Best Poster Award nih? Miahaha..

Untuk adik-adik yang sedang menempuhi SPM juga, gambatte neihh...

2 comments: