Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Nov 30, 2010

Hatiku Kembang Setaman..

Wahh..wahh.. Haritu pipi yang kembang semangkok, skang ni pulak dah berjangkit kat hati, bukan takat ada taman, malah berkembang-kembang mengalahkan Taman Tasik Titiwangsa...hehehe.. Sape tak kembang kan, bila ada yang mengatakan yang dia suka kat kita..awww.. Tipu di situ..agaga..

Sebenarnya, kak Mega, empunya blog Kelip Kelip Kehidupan suka kat blog Belle ni haa.. bukannya empunyer blog..agagaga.. Sungguh perasan tuan punya blog Belle ini.. Terima kasih akak.. Terharu sangat2 sebagai empunyer blog Belle ini.. Maklumlah, empunya blog ni bukanlah terer sangat dalam coding mencoding nih, hanya berkongsi sedikit ilmu..


Terima kasih juga buat Qila, empunya blog Story of My Life yang buat spesel entri mengenai blog Belle ini.. Hehehe, malu pulak rasanya.. Sumbangan yang dianggap oleh cik Qila tu, kecikkk aja.. Terharu akak sampai sanggup buat entri..


Saya juga nak amik kesempatan ini, untuk ucapkan terima kasih kepada blog2 yang menjadi rujukan saya untuk tutorial2 yang dimuatkan dalam blog Belle ini, yang banyak berjasa kepada saya dan kawan2 yang lain.. Juga kepada semua Ma Belle visitors, kerana semalam, trafik blog Belle pecah rekod lagi, sebanyak 245 UV (yang last hari tu 244 UV..) Tanpa uols, siapalah blog Belle ini..

Nov 27, 2010

Kembang Semangkuk Pipiku..

Awww..sekali lagi tajuk tidak boleh tahannnn..agagaga.. Tapi hati siapa tidak berbunga-bunga, bagaikan dalam hati ada taman bunga yang sedang mekar dan mewangi..hehehe..Ok, ok dah..dah.. Jangan melalut.. Straight to the point.. Apa yang menyebabkan pipi tembam saya ni makin tembam? Hehehe..bukan kerana aiskrim mahupun cokolat, tetapi dek kerana penghargaan oleh teman-teman bloggers.. Terasa diriku blog ini begitu berharga..wink..wink..

Pertama sekali, saya blog Belle adalah salah satu dari 5 blog yang tersenarai dalam kesukaan Bila Hidayaida Menulis, blog siapa lagi kalau bukan cik Aida yang comel.. Awww, memang terharulah sangat2..Akak join conway ni pon untuk suka2 dan yang mana sempat aje, sebagai sokongan kepada blogger2 yang anjurkan conway ni..

Errr..akak ni mesra ek..? Agagaga..
Keduanya, blog Belle ini dimuatkan dalam entri empunya blog Kelip Kelip Kehidupan, iaitu Kak Megawati dan empunya blog Duniaku, iaitu Tina.. Awww, sekali lagi merasa terharu.. Tutorial yang ada kat blog ni pon bukanlah hasil ciptaan sendiri, tapi rujukan di blog2 tutorial, disimpan untuk kegunaan di masa hadapan sekiranya bertukar domain ke (koya lagi di siteww..), bertukar template ke, juga untuk kegunaan kenkawan yang lain..

nampak tak nama aii tu..miahaha
owww..rindu pulak ngan header lama ni..
Last but not least, komen2 dorongan, sokongan dan yang membina lagi de' best dari uols semua memang menceriakan dan menambahkan semangat saya untuk terus berblogging.. Nak letak semua komen tu kat sini, nanti penuh sampai ke bawah lah pulak, nanti lain segmen saya wat ek.. Semoga kehadiran saya juga menceriakan dan menambahkan semangat uols untuk terus berblogging.. Hug ketat2 uols semua... Muahsss!!!

Oct 25, 2010

~ Teman Tapi Mesra ~

Wahhh.. tak sangka me merupakan salah seorang dari Teman Tapi Mesra Ummu Abdullah Syaakir & Hajar. Walaupun me tak bertuah dalam Giveaway ke 3 yang dianjurkannya, tapi ummu sudi juga menghadiahkan Teman Tapi Mesra kat me.. Terima kasih yer ummu..
Ummu pon adalah teman tapi mesra me jugak kat alamaya ni.. Moga2 persahabatan kita di alamaya ni berkekalan hendaknya, dan mana tau, kalu ade jodoh, leh berjumpa di alam realiti, dak gitu?