Showing posts with label Food and Beverage. Show all posts
Showing posts with label Food and Beverage. Show all posts

Apr 13, 2011

GA Senyuman Si Cilik

Kali ni me nak join GA ini, duenya 14 April.. Nak join klik sini.. Saya nak tag semua follower yang suka join contest dan GA. 



Gambar yang dipertaruhkan..


Nama : Nuryn Zahra
D.O.B : 15 Mac 2009
Umur : 2 tahun
Nama Ibu : cikpuanhady


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Dec 16, 2010

Kenangan di Hari Asyura..

Antara yang saya tak dapat lupakan adalah, masa kecik-kecik dulu (tak surelah dah masuk sekolah rendah ke belum lagi ek), satu kampung akan bergotong royong memasak bubur Asyura.. Memang seronok dan memang meriah..

Akan ada banyak rumah yang masak pelbagai jenis bubur Asyura nih, macam dah buat agihan pulak, hangpa buat bubur kacang, yang ni buat bubur jagung, kami buat bubur yang ada daging.. Dan yang paling best sekali, depa pakat sama-sama masak, means 1 bubur asyura tu berkongsi 2 rumah camtu.. Sama-sama kacau bubur tu dalam kawah.. Yang kami, budak2 nih sibuk bermain ler..hihihi.. Dah siap nanti, kami yang dulu meluru.. Sedap tau makan panas2 dari kawah..

err..ni bukan jiran2 saya tau, saya amik gambo ni dr sini..
Kawah yang diguna bukan yang depan ni, yang kat belakang tu.. (seingat saya la..) Bukan senang tau nak kacau ni, awal2 ok lagi, bila dah mula likat dan pekat, mak oii mahu tercabut tangan..

Bila dah besau sket nih, macam dah kurang meriah sikit, ke sebab saya jarang berpeluang untuk balik kampung time Hari Asyura ni..hehehe.. Pulak tu, takkanlah saya nak gedik2 bermain cam kecik2 dulu kan, mestilah menjadi perempuan melayu terakhir gitu, duk rumah lipat kain, baju, masak..ok tu tipu..hahaha..

kalu kat tempat saya, bubur Asyura macam ni lah, kaler gelap.. tapi sodapp..
Yang menjadi peberet adalah bubur daging ngan bubur jagung.. Ada lagi ke ek jenis bubur yang lain, tak dapat recall dah.. Bubur kacang bese-bese je..hehehe, memilih pulokk.. Palign sedap makan masa awal-awal masak.. Bila dah lama tu kurang sikit..ngeee.. Oww, bila duk imagine nih yang buat tak sabau nak balik nih.. Windunyerrrr...

Dec 11, 2010

Roti Cheese Bertelur

Wahhh..ramai juga yang meminta resepi untuk Roti Cheese Bertelur yang saya publish kat entri menjamu mata hari tu.. Untuk tidak menghampakan uols, disamping juga as koleksi saya (senang kan ada rezepi kat blog nih, nak buat je, leh rujuk..) saya tepek jugakla kat sini..

Nak buat nih senang banget sebenarnya..



BAHAN - BAHAN
  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 keping slice cheese
  • 2 sudu minyak masak (tapi saya suka guna butter)
CARA - CARA
  1. Pukul telur. Nak potong bahagian tepi roti pon boleh, tak nak pon boleh.. Ikut suka..
  2. Ambil 2 keping roti, letakkan kepingan cheese di tengah2.. Belah 2, nak potong serong pon boleh, potong straight pon cantik jugak..hehe..
  3. Panaskan minyak, celup roti ke dalam telur dan goreng sampai kekuningan..
  4. Dah siap, angkat dan ngappp...hehe..Jangan sampai melecur lidah sudahh..

credit : My Resepi

Dec 8, 2010

Mari Menjamu Mata.. ^_*

Hihihihi..rasanya dah lama tak buat entri berkaitan makanan.. Oleh kerana sekarang ni musim sejuk, maka memang selalu craving makanan yang panas-panas.. Tapi jangan tak tau, aiskrim tetap menjadi dessert yang dicari selepas makan, tapi takdela aiskrim yang besau2 tu, aiskrim yang kecik comey-comey je cam Mars Ice Cream..

roti cheese bertelur
roti sardin bertelur
Hehehe..tak sah kalu takde telur...agagaga.. Skang ni saya tak dapat nak sertakan resepinya, maybe bila dah lapang sket, dah tenang sket, baru saya update dan tulis resepinya.. Memang sodappp, esp roti cheese bertelur tu..pergghhh!!! Act, senang je nak buat tu.. takyah resepi pon rasanya uols dah tahu kan cane nak buat..hehehe..

Oct 10, 2010

Cerita Ceriti @ 10-10-10

Wahhh..ramai btol yang membuat entri pasal 101010.. Ramai jugak yang memilih tarikh 101010 untuk mendirikan rumahtangga, mengabadikan kenangan indah di hari yang unik ini..

Apetah lagi, skang ni memang tengah hot ngan persandingan kayangan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ngan isterinya Datin Dr. Halina Yunus.. Huhu, kuhanya mampu baca kat blog kenkawan aje la, nak tengok tak dapek.. (sekali bila dah lepas, baru dpt tau leh tgk streaming Gua.com..chess) Mesti sumer dah siap2 duk depan tv, nunggu jam 9 untuk tengok majlis persandingan, kan?

Teringat pulak masa perkahwinan Dato Siti Nurhaliza dulu, me pon siap2 bertenggek kat depan tv, nak nengok kemeriahan perkahwinan Dato Siti dulu.. Uols pon camgitu gak ke? Pehtu mula la berangan, cane la my wedding nanti..(masa tu masih single lagi.. :P)

Ok, ok, dah abih cerita ceriti pasal selebriti, kali ni me nak citer plak pasal orang yang perasan selebriti aktiviti kami seharian di 101010 ni.. Oleh kerana 101010 jatuh pada hari Ahad, maka rutin hari Ahad kami adalah mengemas rumahhh, nak keluar pon sumer kedai tutup kat sini.. Kalu rasa terlebey rajin, kami akan masak spesel, together-gather.. Jadi..tara..inilah Nasi Ayam TenTenTen kami..

Sungguh me tak sangka..

Masa duk membuat kunjungan ke blog-blog sahabat, saya terbaca mengenai Senarai Restoran Terkenal yang disahkan HALAL dan ditarik balik sijil halal oleh JAKIM. Antara yang mengejutkan saya adalah Chicken Rice Shop tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. Walaupun saya bukan peminat tegar restoran tu, tapi rasa tersentak jugakla coz ramaiii sangat yang makan kat restoran ni..

Lagi satu, Rotiboy Bakeshoppe di KLCC, tidak mendapat pengesahan halal JAKIM? Huhuhu..dulu masa duk KL, selalulah jugak me singgah beli rotinyer yang sedapp tu...(kalu line beratur tak berapa pjg..tak ingat nama pe dah..)yang ramai giler beratur tu.. Huhu..

Baru-baru ni pulak Restoran Burger King ada wat promotion kan, RM1 untuk satu burger kalu tak silap, dengar2nya ramai jugak yang berpusu-pusu, yelaa coz murah bebenor kan, mana nak cari burger RM1. Tapi sehingga kini, JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal kat restoran ni.. Jom tengok kedai makan mana lagi yang tidak HALAL..

Tolong sebar luaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. 

Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. 

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . 

Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal

Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. 

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. 

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. 

King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapiStarbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
 
 
sumber dari UmiAlya, sumber asal : Hanieliza Cooking

Open House or House Open?

Hehehe.. tak tau nak taruk tajuk ape, maka kira aci la ek kalau sebegitu ruper tajuknyer.. Entri ni memang related pon ngan hari raya, tapi takdela segrand sebest open house yg uols buat.. Ingat lagi tak entri yang saya gitau ade rombongan dari Malaysia datang beraya kat umah kami?

inilah kawan2 + adik Waheeda..cuba teka mana satu Waheeda?

Ha, skang baru berkesempatan nak stori mori pasal rombongan cik kiah yang sakan beraya, sampai ke sini tuu.. Bukan stakat kat sini, depa siap pi beraya kat London, Paris ngan Rome tuu.. Gempak gitew.. Tapi saya nak citer pasal depa beraya kat umah kami, pasal depa beraya kat 3 negara kat Europe tu takmo citer. Kalau nak tahu, hangpa pi la interview depa..hihihi..

Kalau nak kira, kami takdela wat open house pon, malah tak dikira as open house. Coz kami masak mihun goreng ngan puding roti aje, as a late dinner coz katanya, depa dah makan malam (ntah btol ntah tidak tu..hehehe..jawab cik waheeda jawab..) Ajak datang weekend, depa sibuk beraya kat 3 negara Europe tu ler, jadi hanya dapat datang hari Jumaat, coz soknyer depa dah nak balik Malaysia.. Sakan btol korang jalan ek..

huhu..kenyang ke tak korang makan aritu..

Daripada criter2 depa, Swiss ni paling MAHAL.. Ha, kan omak den dah cakap..hahaha.. Siap ade status kat facebook kena bawak duit berguni-guni yer..hihihi.. Especially tang tiket metro ler, kalu kat negara lain, leh beli day ticket, lagi menjimatkan untuk meronggeng ke sana-sini.. Kat sini jangan haraple, pergi saja (satu arah) mau CHF3.90 (i think..coz me pakai half fare card dapat CHF2) Walaupun matawang euro or pound lagi mahal dari swiss franc, tapi bila convert, still sini lagi mahal..*Duhhh..

Lagi satu, depa pesan, kalau nak berjalan2 kat Rome, especially naik metro, kena hati2 coz ade pickpocket.. Nak-nak bila padat dalam tren.. Dua kali beg kena seluk, sib baik perasan. Huhuhu, seriau me dengar.. Same gak time BIL (brother in-laws) gi jenjalan kat Milan, depa kena pow gak.. Huhu.. Cane nak gi meronggeng kat sana, dahla me ngan en. Suami halus mulus je orangnya..

Apapun, semoga uols had a pleasant journey.. Senang2 datangla sini lagi.. Datang time winter pulak, sini glamer ngan tempat main ski..ngeee...

Oct 4, 2010

Bila dah lama tak pekena Kari buatan Malaysia

Bila last ek makan kari buatan Malaysia nih? Ermm..jap pikir.. Hmm rasanya last stok abih lan 12 haritu.. Lamer kan? Lepas abih stok tu, macam-macam jenis kari kami try..

Ade yang beli time pasar pagi (besenya pak Arab yang jual..tapi mahal!!), ade gak beli kat kedai cina (murahla sket, tapi rasanya tak sedap mane..), ade gak kami beli kari jenama The Wok time kami gi jenjalan kat Madrid (yang ni besh banget..tapi sayang The Wok hanya ada kat Madrid je..) dan yang biasa kami beli kari kat Migros or Coop supermarket. Yang ni acceptable jugakla rasanya, bolehlaa..

brand ni la yang selalu kami beli kat Migros or Coop
Tapi haritu bila masak pakai perencah kari Adabi, mak oiii.. Memang lainla rasanyer, ada umpphhh!!! Rasa cam makan gulai kenduri orang kawin pon ade.. Memang sedaaap!!! Tersangatla kawww sampai menambah-nambah 3-4 pinggan (exaggerated punyer ayat!!) Ni yang buat rasa tak sabar nak balik nih..

Sep 30, 2010

Sape suka Yogurt?

Silalah angkat kaki jika anda suka makan yogurt...hihihi.. Saya pon suke jugak yogurt nih, tapi tidaklah setegar macam en. Suami.. Dalam sehari leh abis dua bowl.. Nak2 lagi kalu jenis yogurt yang camni..


Dalam yogurt ni, ade rasa lemak-lemak berkrim sebab dicampurkan ngan cheese.. Memang tak menang tanganla dua beranak tu (Zahra & en. Suami) kalu duk makan yogurt nih.. Sekejap je dah licin!! Sape penggemar cheese & yogurt, memang heavenla sampai menjilat sudula makan mende alah ni..

Sep 28, 2010

Suka Btol ngan Mars Bars Ice Cream!!!

Kalau diikutkan, saya ngan en. Suami takdela penggemar fanatik no. 1 cokolat Mars, biasa-biasa aja.. Tapi bila pekena ice cream Mars, sedap pulak rasanya.. Menyebabkan kami jatuh chenta ngan aiskrim nih..


Suka sangat makan aiskrim ni pas dinner, ala-ala cam dessert gitew.. Zahra pon dah pandai mengendeng-ngendeng kat kitorang bila nampak makan aiskrim ni.. Rasa aiskrim cokolat putih yang bercampur ngan caramel, disalut pulak dengan kepingan cokolat yang crunchy, slurrpp.. memang sodap!! Tapi tak perasanla pulak aiskrim ni masa duk kat Pahang dulu..

Sep 27, 2010

TQ Waheeda.. Susah-susah Aja!!

Akhirnya, kawan kami kat sini dah selamat sampai dari Malaysia.. Amboii, mesti seronok berpuasa & beraya kat kampung kan.. Jelesss aiii!!!

Oleh kerana kami tak pulang beraya, cik Waheeda dengan baik hatinya telah bawak macam-macam buah tangan dari tanah air.. Tak sangka begitu banyak yang Waheeda bawak untuk kami.. Terima kasih yer, terharu aii!!!



Siap bagi meggi lagi kat kami.. Hehehe, dapat la kami melepas gian perasaan makan meggi yang pedas lagi meletops. Maklumla, kat sini meggi karinya kurang kawww giteww.. Langsung tak pedas!!

Tapi, dia datang sini bukan sorang-sorang tau, siap bawak satu rombongan lagi..hihihi..rombongan cik kiah giteww..hihihi.. Next entri saya stori mori diorang datang beraya kat rumah kami.. At last, ade jugak tetamu datang beraya kat umah kami ni.. ^_^

Sep 16, 2010

Kuih Muih & Raya Part 2

Sambung lagi ngan cerita pasal kuih muih kesukaan di hari raya.. Ha, aritu lupe nak habaq, saya suke sangat ngan BISKUT KACANG. Saya juga suka KEREPEK UBI yang biasa dan pedas. Dolu-dolu, nak raya je mesti cari kerepek kat Stesen Bas Larkin. Kat situ bnyk gak choice. Nak gi Ayer Hitam jauh sangat. Lagi saya suker sangat ngan MINI POPIA yang berintikan sambal daging.

x kisahla yang simpul ke tak..
Kay, ni kegemaran en. Suami pulak. Kalu bab-bab kerepek, dia suka KEREPEK BAWANG. Kalu biskut pulak, dia pantang tengok BISKUT ALMOND LONDON & BISKUT TART, especially tart nenas. Hehe, duk ngadap biskut tu ajela.. Tak pandang dah biskut lain.

ni lah rupanya..
Lagi, KEK GULA HANGUS pon dah jadi kegemaran en. Suami. Ni kes terpengaruh ngan saya la yang suka bebenor kat kek nih.. Selain tu, dia suka sangat kat KUIH BAKAR (ade ke org buat time raya??), especially yang pandan tu.

Rasanya tu ajerla kuih muih yang sangat dicari-cari ketika awal2 raya.. Bila dah pertengahan ke, dah nak abih Syawal tu, mana2 biskut or kerepek yang masih ada, makan je..hihihi..


p/s : Uols pulak, suka kuih ape bila raya?

Sep 14, 2010

Kuih Muih & Raya Part 1

Semua dah pulang dari kampung ke? Dah get back to work? Alahai.. tapi, semestinya mood beraya tu masih menguasai diri kan..hihihi.. Xpe, uols leh sambung kat kejiranan uols pulak... Weekend2 leh gi beraya lagi kat umah kenkawan yang lain, teman2 sekerja.. Tak cam saya ni, hari raya pertama aje yang beraya.. Kedua, ketiga dan seterusnya, cam hari2 biasa saja..*sigh..oppss.. tak baik mengeluh..

Kay, untuk menambahkan keceriaan di bulan Syawal ni, saya nak citer pasal kuih muih kegemaran yang memang dicari-cari ketika hari raya.. Sebelom ni dah citer pasal juadah, leh tengok kat sini dan sini..

Kalu raya je, saya sukerrr sangat pesan kat Uteh suh belikan KEK LAPIS SARAWAK, sedappp!!! Tak kisahla perisa ape-apepon, asalkan kek lapis Sarawak, saya memang suker.. (memang saya hantu kek pon..hehehe) Teringat masa sekolah menengah dolu-dolu, cikgu BM saya pandai sangat wat kek ni sbb beliau pernah ngajar kat Sarawak.. Uiss..dah nak terlocor ayaq liuq nih..

nampak sedap kan? nak buat tak reti..
Lagi satu, kalu time jenjalan rumah orang, tetibe dia hidangkan KEK GULA HANGUS, memang saya akan sambar tanpa segannya..hihihi.. Nak2 kalu sedap, memangla ilang trus rasa malu.. Tapi, payah nak cari yang btol2 jadi dan sedap..

bila la leh makan lagi nih..
Ok, rasanya tu je kek2 yg memang saya crave during raya, kek2 lain tu memang sumer suker, tapi ni kan nak citer pasal kuih muih yang spesel nak makan di hari raya.. Ermm, kalu biskut pulak, x banyak sangat coz biasalah, time raya nih mana pandang biskut2 nih.. Bila dah abih raya, barulah duk sebuk2 nanya mana biskut2 sumer sampaikan habuk2 pon mentekedarah makan gak..hehehe..

BISKUT ALMOND LONDON adalah antara biskut kesukaan saya time raya. Lagi BISKUT SUJI BADAM, tapi saya jerla yg duk makan, almost all my families tak berapa gemor..huhuhu.. Fav terbaru adalah BISKUT CHIPS COKLAT macam famos amos tu.. Sedapp, raya 2 tahun lepas, almost separuh balang dah abih, belom raya lagi tu.. Tak sedar duk ngupngap sambil tgk tv.. Oppss, dah nak kul 6, time to beriadah..eceh.. Sambung lagi ye next time..

Sep 12, 2010

Juadah Di Hari Raya Part 2

Ok, kita sambung lagi about juadah kegemaran di hari raya.. Tapi kali ni nak story mory pasal en. Suami punyer fav. Katanya, dia sangat suker makan NASI MINYAK AYAM PEDAS hasil tangan mok (ini adalah mak dlm bahase Ganu..)hehehe..nape bukan hasil tangan saya? Yela.. mana boleh sama air tangan saya ngan mok, mesti lagi sedap yang mok nyer (ini bukan ayat bodek taw!!)

Lagi, en. Suami nih memang hantu KETUPAT, tak kirala ketupat nasi ke ketupat pulut, semua balun makan (owwhh..sudah..isterimu ini dua2 ketupat tidak pandai buat..) Dia suker sangat makan ngan rendang (ai pon suker rendang gak..suker giler sangat!!)

daku tak reti nak buat nih..nasi impit leh bang?
MEE KARI & LAKSAM juga  fav en. Suami. Hihihi, bila makan nih, kami suka bertanding, sape lagi banyak makan. Lagi satu, dia juga suka LAKSA, saya biasa2 aje.. Last but not least, en. Suami suker sangat makan MEE @ MEE HOON SOTO.. Saya prefer mee hoon soto.. Compared to en. Suami, saya suker taruk sambal banyak2, dan juga bawang goreng banyak2..slurrpp..pedas, rangup dan sedaapppp..
 
nilah mee soto..
Tu je la kot..tanya lebey2 karang kang ade yang suh wat..hihihi.. Cumenyer nak tambah kat sini sape peminat lontong? Saya biasa2 aje, tapi kan..tapi kan..saya suke sangat sambal kelapa lontong tu. Saya lagi prefer makan nasi impit tu cicah sambal lontong tuh, fuhh..sedappp!! Sambal kelapa lontong nih lain tau ngan sambal kelapa nasi dagang.. Masing2 ade keunikan dan kesedapan yang tersendiri..

bukan yg sambal lada tu, yg seb. kanan tu..

p/s : Tapi kan..tapi kan.. Orang laki ni, makan je ape yang ade kat depan mata, kan..kan? Next, nak citer pasal kuih muih raya kegemaran laks..

Sep 11, 2010

Juadah Di Hari Raya Part 1

Hahaha.. entri ini bukan nak citer pasal juadah ape yang kami makan di pagi raya tahun ni, tapi nak citer pasal juadah apa yang kami suka/ biasa makan di hari raya tahun sudah-sudah..

Kesukaan saya, semestinya saya sukakan NASI DAGANG hasil tangan my mom. Biasanya, orang-orang lain suker makan nasi dagang ngan ikan aya bagi ore klate ngan ganu panggil @ ikan tongkol @ ikan kayu bg sebelah utara. Tapi saya lagi suker makan ngan GULAI UDANG. Same je gulainya, yang bezanya taruk udang. Jadi mek terpaksa mesti wat 2 lauk.. Ha, yang speselnya adalah SAMBAL KELAPA yang dimakan bersama ngan nasi dagang ni.. Saya suker taruk banyak2 itu sambal.. Sedap wooo..(tgh taip ni pon rasa cam nak meleleh ayaq liuq) Jadi tak dapatla nak taruk gambar nasi dagang, sebab search punyer search xdek yang sama cam my mom wat.

Lagi satu, kalau raya je, mesti mek akan wat KETUPAT PALAS berintikan SAMBAL DAGING dan ketupat palas biasa (yang ni kosongla..). Biasanya mek akan wat sendiri sambal daging tu. Tapi ketupat yang bersambal ni mesti cepat abih (hehehe..sapela yg makan bnyk tu..). Tapi saya suker yang saiznya comel2 aje (mmg akan request suh wat yg kecik2..nak wat sendiri tak pandai..)

ini rupenyer..
Fav saya seterusnya, adalah MEE KARI. Hihihi..yang ni, rumah sepupu saya yang suka wat time raya.. Kuahnya pekat, rasa semua cukup! Ha, kat umah dia pon ade TAPAI PULUT BERAS. Yang ni saya suker makan sejuk2.. Tapi sebab tahun lepas saya fully breastfeed Zahra, jadi tak berani nak makan bnyk2..(auuww..sedey sudaaa..)

ini lah dia..
Lagi, saya suker sangat ngan ROTI JALA, tapi saya lagi prefer ngan gulai ayam. Yang ni pon bese makan kat umah dua pupu dan my 1st sis aka Kak Long (tapi bukan dia yg wat..tempah aje lorr) Ermm, lagi saya suke makan LAKSAM. Ha, jangan tak tau, raya pon oghe buat gak nih.. Jiran saya suker wat, sedappp, tapi saya kurang gemar taruk ulam2 + sambal (eventho saya suka pedas..) sbb saya rasa cam serabut plak (dari segi rasa..) means, rasa kuah tu dah bercampur baur.. klu kes nak makan jugak ngn ulam2 tu, kena makan 2 kali (selepas puas menikmati kuah laksam yang sedap dan pekat itu shj..)hehehe..

Opss..dah terpanjang sudaa..Ni baru my fav raya food, blom en. Suami punyer fav..hihihi..Sambung lenkali je la ek psl makanan raya kesukaan, tapi ni macam area2 Kelate je ni, ade gak makanan belah2 Johor yang aii sukerr sangattt..


p/s : Uols cane, ape raya food yang suker sangat melantak makan?

Sep 6, 2010

Kembar?

Pernah tak uols tgh2 nak masak tu kan, pecahkan sebiji telur then nampak ade dua biji telur kuning dalam satu biji telur tuh? Ni 1st time saya ternampak telur kembar.. Kalu strawberry ke, pisang ke, biasalah jugak kan (ke ai je tak pernah nampak telur kembar??) Cam terkejut plak bukak2 tu ade dua biji telur kuning.. Trus terpk, kalu ler telur tu dieramkan, agak2nyer kluar 2 ekor anak ayam tak? Inilah rupa twin egg yolks tu..


Rupe2nya kan, bukan setakat sebiji tu je, almost separuh dari satu kotak telur yang kitorang beli tu ade telur kuning kembar.. Barangkali dari ibu yang same agaknyer tak.. Oleh kerana saya terlalu teruja ngn penemuan telur kembar, maka en. Suami dukla usha inet lalu terjumpa site ini, rupenyer memang biasa, malah kembar 4 pon ader.. Subhanallah..


p/s : Cite2 pasal kembar ni kan, ade tak yang teringin anak kembar? Ngeee..

Aug 29, 2010

De Ma Cuisine Part 4

Wah, cepat sungguh masa berlalu kan.. Sedar tak sedar dah 20 hari kite berpuasa.. Tak lame lagi dah nak raya.. Tapi xmo citer psl raya lagi, kali ni nak update psl starters cum desserts time berbuka..

hihihi.. x dpt makan karipap sardin, makan roti sardin pon jadila ek.. senang dan sedaaappp..


cube teka, ni kueh ape? ape dia? hahaha..agak-agak ade yang teka puding jagung dak? cari punyer cari tp tak jumpe gak tpg kastard, maka daku guna semoule de ble dur coz kt dpnnya ade gambo puding.. skali x sekuning tpg kastard daa..


sape yg meleleh ayaq liuq sila lap segera yer..hihihi..kang pelik pulak org sebelah tgk..

Aug 20, 2010

De Ma Cuisine Part 3

Taraaa... inilah beberapa starters yang sempat dibuat sempena Ramadhan kali nih.. Nak wat yang rumit-rumit, saya baru di tahap beginner dalam kelas memasak (self learning at own kitchen...) Plus, tahap kerajinan saya xdela melampau tinggi mane....hahaha.. Sekadar untuk hilangkan kerinduan kuih muih di tanah air, dan juga memeriahkan suasana dan mempelbagaikan rasa ketika berbuka..


1st time wat cekodok pisang sendiri..hehehe..selama ni guna tepung cekodok segera je..klu kes terlebih rajen dolu2, pergi aje ke gerai2 kt tepi jalan..


1st time jugak wat bread pudding nih...ingatkan nak wat kuih ni leceh, plus dolu2 saya bukanla peminat kuih nih... Tapi bila tgk resepi kt sini, alahai..sangat senang dan sangat sedap giteww...


Ni memang fav kuih saya.. Start kenal ngan kuih nih masa kt skool dolu2, time minggu keusahawanan.. My classmate yang wat, perghh sedap sehh, trus jatuh cinta..hikhikhik.. Nak2 utk wat kuih nih tersangatla senang, lgla i loikkkeeee...


Aug 3, 2010

Nasi Lomak..ooo..Nasi Lomak..


Tetiba rasa cam nak makan Nasi Lemak..hehehe..yola, nak makan pulot durian tak dapek, maka kita buat ape yang dapek buat ajolaa..

Jun 22, 2010

Masakan Di Hari Spesel..

Oleh kerana dah lame x masak spesel, maka sempena Hari Bapa nih, inilah juadah spesel di hari yang spesel..hehehe.. Ikan masak tiga rasa..