Showing posts with label Life in Suisse. Show all posts
Showing posts with label Life in Suisse. Show all posts

Dec 20, 2010

Aktiviti Terbaru di Hujung Minggu..

Hihihihi, berikutan dengan entri akhirnya, dapat melepaskan perasaan, oleh kerana dah berjumpa port yang best, maka bermulalah aktiviti terbaru kami di hujung minggu..

Hehehe, aktiviti apa lagi kalau bukan berskating.. Dan yang paling best, Zahra tido time pi ke tempat untuk berskating tu.. Lagi sakanlah kami main.. Nak-nak orang tak ramai, sebab weather agak sejuk berbanding last week.. Lagi puas dapat hayun dengan sesuka hati sebab takde kes teragak-agak nak melajukan diri sebab takut terempuh orang lain, kes tak reti nak brek lagi..hihihi..

pakcik yang terer ice dancing tu kat belah kiri hangpa..
 Time kami main tu, ada sorang pakcik nih, kasut dia pakai cam saya laks, ada heels.. Tak cam kasut en. Suami yang jelas nampak kemachoan..hehehe.. Rupanya tu kasut dia sendiri, and guess what, pandai pakcik nih, aksi cam Kim Yuna lagi.. Tapi takdelah melompat2 tu, cuma skating ke belakang, angkat kaki dan skate ngan satu kaki je.. Cayolah pakcik!!

en. Suami yang dah terer berskating..hoho..
Pastu, ada satu sorang pakcik lagi ni, yang ni bukan style ice dancing, tapi gaya cam ice hockey player.. Laju giler dia skate dan steady je brake mengejut.. Dia tengah ajar 2 orang doternya yang kiut.. Anaknya lagi terer dari saya..hehehe..

Lama jugakla dapat berskating Sabtu lepas, baru berbaloi bayar CHF10 for two person (untuk kasut..). Kalau ikutkan nak main lagi, tapi sebab hidung dan berair sebab sejuk, pulak tu dah makin ramai orang, sambung minggu depanlah pulak..hehehe.. Paginya sempat jugak kami mengusha kasut untuk skating nih, tapi rega memang mahal lorr, banyak yang CHF100 ke atas..hohoho.. Lainla kalau kat tepi umah kami ni ada lake yang beku, boleh main hari-hari baru berbaloi nak beli.. Pulak tu, nak tunggu Zahra umur 3 tahun, baru nak mencari kasut, leh main tiga-tiga orang..hehehe..

curam dan agak tinggi bukit ni..
Gambar kat atas ni, aktiviti terbaru kami jugak, tapi tu pon kalau snow turun dan agak tebal, baru leh main dengan syoknya..hehehe.. Kalau kat entri ni, kami main kat tempat yang tak berapa thrill, kali ni main kat tempat baru yang lebih thrill..hihihi..

Zahra dengan aktiviti terbarunya, berguling2 di atas snow..

Dec 18, 2010

Misi tercapai, walaupun sekejap sahaja...

Hehehe..ingat lagi dak entri keEXCITEDan yang melampau, hehehe.. Sebenarnya dah lama saya teringin nak main sled or ada juga yang panggil sleigh.. Dari tahun lepas lagi, bila naik bas tu, akan ramai yang bawak sled ni, otw ke taman2 untuk bermain sled ni lah..

sled yang baru dibeli..ngeeee

Tapi masa tu, Zahra kecil lagi, jadi takdela beriya sangat.. Walaupun dalam hati tu berkata, bestnyerrr!!! Jadi tahun ni, beriyalah kami mencari sled yang affordable.. Puas tunggu sale untuk sled ni, nampak gaya lepas Xmas or bila dah habis Winter baru ada diskaun nih.. Oleh kerana dah tak sabau, maka kami rembat jugakla yang paling murah, sesuai untuk kami bertiga.. Nak tahu brape? Hohoho, kalau yang Mama Zharfan beli GBP10, kami punyer darab sepuloh lagi, cuma dalam matawang CHF lorrr.. Sini susahlah sikit nak cari benda yang murah, cari yang second hand sled kat inet pon tak jumpa.. Tapi oklah, sebab nak guna 4 tahun kan, kasi ganyang sama itu sled..hehehe

semput jugak tarik si kecik ni kat bukit landai pon..tepi rumah aje ni..

Walaupun snow takdelah tebal mana, tapi oklah.. Slide jugaklah..hehehe.. Masa awal-awal, main kat cerun yang tak berapa curam, 1st time testing kan.. Bila dah lama-lama tu, mulalah mencari tempat yang curam sket..Agagaga.. Kata en. Suami, cam roller coster pon ada bila time turun dengan lajunyer kat bukit curam tu..hihihi.. Yang bestnyer, ada handle dan brek.. Jadi senang nak maneuver..

mulut mak budak yang takleh nak tutup sebab seronok..

Aiseymen..bila nak upload video, ada error lah pulak..hari tu pon camtu.. Nape ek? Tengok kat blog orang lain, boleh je depa upload video ni..Aiggooo!! Layan gambo aje ler.. Gambar kat bawah ni kat bukit yang curam skit, tapi takdelah tinggi mana.. Jadi sekejap aje rasa thrill tu..hehehhe..

bapak budak & budak yang seronok bermain sled.. juga area rumah..

Dec 17, 2010

Oleh kerana keEXCITEDan yang melampau..

Maka, entri pasal hal lain, terpaksa di hold dulu.. Nak gitau yang snow dah turun balik..wihhhuuu...(bunyi orang yang masih jakun dengan snow..) Punyerlah beria-ria menunggu.. Bila ek last turun snow? Hehehe..dah tak ingat suda.. Mengalami short term memory suda..

excited cam buaya berjumpa air..hehehe
 Naperlah saya beria sesangat nih, mengalahkan budak dapat cokolat? Hehehe.. Sebabnya, dah lama kami plan, turun je snow, saya, Zahra dan en. Suami akan membuat misi yang mencabar tapi pasti enjoy.. Nak tahu misi apa tu? Hmm..adakah membuat snowman lagi supaya lagi hensem dari snowman pertama kami ni? Ataupun misi main baling-baling manja lagi..hehehe.. Tunggu..


p/s : Harap2 snow turun dengan lebat lah malam ni (sila jgn pelik..entri ni autopublish..dibuat pada malam Jumaat..hihihi) Baru syok main.. Tapi takmolah sampai heavy snow macam kat Paris tu.. Siap Eiffel Tower, sistem bus dan main airport di Paris semua tutup sebab terlalu bahaya.. Tapi takmolah nipis jugak, hek..hek.. Nanti tak syok nak main..agagaga..

Dec 12, 2010

Akhirnya.. Dapat Melepaskan Perasaan!!!

Hehehe.. Melepas perasaan? Btol ke ayat tuh.. Bantai aje lor.. Agagaga.. Ingat lagi tak ngan entri saya pasal kerinduan untuk berskating?

Rupanya banyak je tempat untuk berskating yang berdekatan, ada yang free tapi nak kena guna shoe sendiri.. Ada gak yang free dan disediakan shoe untuk disewa.. Tapi, biasanya yang free tapi kena guna shoe sendiri ni ring dia tersangatlah luas..

Jenis kasut untuk wanita yang disewakan

Dan semalam, alang2 kuar weekend shopping kat Lausanne, kami ushalah tempat untuk berskating, yang menyediakan shoe untuk disewa.. Ok jugak ring skatingnya.. Takdela luas mana dan takdela kecik mana..hehehe.. Alang-alang dah usha nih, kami mainla seround dua.. Harga sewa kasut CHF5.. Murah ke mahal? Hmm..tak surveylah pulak kat tempat lain cemana..

Budak kecik2 dah laju je skating..jeles btol!!! Hehehe.. Siap buat aksi lagi.. Saya? Agagaga, cam budak baru belajar nak bertatih..pelan-pelan kayuh..hehehe.. Tapi memang seronok.. Hihi.. Tak puas main..miahahaha..

Zahra pon nak skate jugak..
mak budak yang baru nak belajar berskating..

Dec 2, 2010

Snowman & Gunung Alps versi Kami..^_*

Semalam, snow telah turun sekali lagi tanpa henti dari malamnya hingga ke petang/malam semalam.. Kali ni lagi tebal dari yang kali kedua snow turun.. Oleh kerana en. Suami tengah bertungkus lumus menyiapkan posternya, maka tak dapeklah kami gi shopping sleigh lagi..hohoho..

Oleh kerana takmo melepaskan peluang bermain dengan snow (maklumla last year tak main ponn..), maka kami try membuat snowman..agagga.. 1st time nih nak buat snowman, main hantam je.. Nak tengok hasilnya? Hehehe..sila jangan gelak kay..agagaga..

ada rupa snowman tak? miahaha
Actually, aktiviti membuat snowman ni pada petang Ahad lepas, otw nak gi print, singgah jap main snow..hehehe.. Masa hari Ahad tu, snow dah tak turun.. Ini adalah snow saki baki yang turun pada hari Sabtu lepas.. Time ni, snow ni senang nak kepal-kepal jadi mampat, kalau baling pon agak sakit compare pada hari pertama turun snow..hehehe

budak yang sonot dapat main snow..
bapak budak yang terlebih seronok main baling snow
sangatlah dalam dan tebal snow, kat depan rumah ni..
mak budak yang sempat lagi nak berposing dalam snow..iskh..iskh..
budak & mak budak yang gigih membina gunung, kekononnya mahu setinggi Gunung Alps

Ha, ni baru gambar fresh from oven nih, yang diambil ketika main snow semalam.. Tepi rumah aje ni.. Kalau time awal2 snow turun, snow tersangatlah halus dan lembut, jadi bila kepal2 tu dia akan berterabur.. Kalau nak main baling2 pon memang tak sakit, malah blom sampai kat badan orang tu, dah bersepah (ke word berterabur lagi sesuai ek..agagaga) dulu.. Hajat di hati mau buat snowman lagik, yang lagi hensem, tapi dek kerana snow yg terlalu lembut, maka terpaksa ubah plan kepada membuat gunung..hikhik..

Nov 28, 2010

Hari Pertama Bermain dengan Salji...

Patutnya entri ni publish semalam coz hari yang bermain ngan snownyer semalam, tapi sebab takdan nak buat entri, maka saya publish hari ni la.. Ingat lagi tak entri yang gitau pertama kali snow turun? (Tak ingat leh klik sini..)

Ha, kesinambungan dari entri itu, bangun2 pagi soknyer, snow dah takde.. Cerah disinari mentari lagi, tapi suhu tetap sejuk, cuma bukan bawah 0 Celcius aje laa.. Tapi pagi Sabtu (semalam..) bangun2 je, tengok dah memutih padang kat sebelah rumah ni.. Wah, kami apa lagi.. Bersiap2 pakai ski jaket (macam orang nak gi ski pulak..agagaga..) padahal main kat tepi rumah je.. Yela, nak simpan baju tu gi ski, ntah bila dapat pakai coz tak reti nak berski ni..huhuhu..

awal2 pagi..tak cukup putih lagi ni..
dah makin tebal apa lagi, yukk..main baling2 yukk..
Gambar kat bawah ni on the way keluar untuk groceries shopping.. Main jap kat parking kereta di EPFL. Tapi kejap je main baling2 snow, sebab tak pakai gloves.. Takdan brape balingan, tangan dah mula kebas, tak rasa apa pun..agagaga

Zahra yang bz duk nguis2 snow..
Pas habis shopping, kami pi park yang berdekatan ngan rumah ni jap.. Masa ni baru kul 6++, tapi cam dah kul 9 kan..hehehe..biasala, skang ni siang memang pendek.. Ada jugak a few people yang jalan2 kat park ni, semua teruja sebab hari pertama snow turun dari pagi sampaila ke petang/malam.. Kami pulak duk cari port untuk main slide..ngeh ngeh ngeh..

kat Saint Sulpice Park
sangat tebal dan dalam..basah habis seluar!!
Dalam giler kan? Huhuhu, habis basah saya punyer stokin, kasut malah seluar pon.. Rasa sejuk giler kat kaki.. Baru je ingat takmo pakai boot tinggi tu, tapi kalu camginilah jawabnyer, kena cari jugak satu.. Baru syok main lari2 kat snow yang tebal..miahaha..

Nov 26, 2010

Weee..snow dah turun.. ^_*

Wahhh..tak sangka betul, bulan Nov dah turun snow!! Last year, pertengahan bulan Dis baru turun kat Lausanne ni.. Yang memula perasannya adalah my doter, Zahra. Khusyukkk je dia tengok kat luar tru pintu-style-kaca tu..

Memula me ngan en. Suami tak perasan, bila dah Zahra beriya-iya tengok kat luar, me pon turut tengok sama, sekali...eh..eh.. snow lahh!! Ingatkan hujan dah tadi.. Terus me dan en. Suami join sekaki ngan Zahra tengok kat luar.. Nak tengok gambar yang sempat en. Suami amik?

ha..nampak tak titisan (err.. titisan ke ek..agagaga) snow tu..
Masa perasan ni nak dekat kul 10 malam camgitu.. Hihihihi..sonot2.. Tak sabau nak main snow.. Tapi en. Suami kata, awal2 je seronok, pastu mulalah tak sabar nak summer sebab tak tahan sejuk..agagaga.. Pastu, bila tengok kat news, London dilanda snow yang agak lebat hari (ke malam ek) tadi.. Patutla nak tengok citer dari UK, siarannya cam tersekat2 cam piring astro kena hujan.. Nak tengok keadaan padang bersebelahan rumah kami setengah jam kemudian?

makin putih padang ini diselaputi ngan snow..
Tapi lepas tu, snow dah brenti.. So mesti pagi esok (by the time entri ni publish pagi ini), snow dah hilang.. Unless, kalu time kami syok tido ni, snow turun balik dan tak brenti sampai pagi, mesti putihhhh je padang ni nanti.. Hehehe..tunggu dan lihat ajela nanti.. ^_*

Oct 31, 2010

Masa Dah Berubah..

Wahhh.. hari ni hari yang kalut bagi saya (tapi kalu ikut hari uols, hari semalam la....hehehe).. Kalut nape? Sebab banyak contest due hari ni, tapi saya tak terbuat lagi.. Hohoho.. Itu yang dikalutnya..hahaha.. Poyo je kan, orang lain duk kalut ngan keje rumah ke, study ke..hehehe..

Pulak tu, hari ni due untuk buat Belle of the Month lagi.. Argghh..tak sempat jugak nak publish jam 12 malam uols, huhuhu..soweyla dear.. Berkenaan ngan Belle of the Month ni pon ade sedikit perubahan. Nak citer kat sini ke? Lain entry la..


Back to the story, masa yang berubah? Mesti uols pelik kan.. Saya pon penin gak memula.. (maklumla masa en. suami gitau tu, duk blur2 sebab baru bgn tdo..hahaha) Sebelom ni, beza waktu sini ngan Malaysia 6 jam aje, bermula hari nih dah beza 7 jam disebabkan oleh Day Light Saving Time. So, tu yang menambahkan kekalutan tuh..

Kalu due contestnya jam 11.59 malam, saya nak kena siapkan entry tu before 5, sblom ni before 6.. Kiranya saya rugi sejam..hehehe.. Mindsettingpon kena adjust balik coz sblom ni senang je nak ingat. Kalu sini pukul 9 pagi, kat Malaysia pukul 3 petang sekarang dah kul 4 petang.. Aiyooo..

Pasni masa blogwalking saya pon turut berubah juga, act. klu ikut jam sini sama la, jam uols je la beza, lewat sejam gitu..huhuhuhu.. Bese uols menerima kunjungan saya kul 7++ petang, bermula dari hari ni mungkin kul 8++ la pulak.. Bukan ape, takut uols tertunggu-tunggu je..ahaks.. Ade ke? Tu je yang nak bagitau.. *_^

Oct 24, 2010

Double Trouble!

Hehehe..tajuk ni en. Suami yang kasik.. Sebab entri ni totally & definitely berkaitan ngan dia. Saya tak bersabit.. Nak tahu ape yang double troublenyer? Meh nak citer.. Act, bukan ade trouble pon.. Cume nak gitau, skang ni kan season baru Champions League dah start. So, dalam satu hari ade 8 game on, serentak pulak tuuu.

Kat sini, kami ada a few channels dari Swiss, UK, France & German. So, kalu nak tengok game dari 4 teams ni biasanya leh tengok kat tv je.. Selain tu, jawabnyer kena streaming laa.. Alkisahnya, pada suatu hari (act. bnyk kali dah..) akan berlakulah episod tak tahu nak fokus yang mana satu, sebab semua nak layan. Jadi, kat tv pon layan, kat lappy pon layan..

 
Bagi saya, tak pernah dibuat dek orang (or lebey tepat lagi..me tak pernah tgk orang macam ni..) Ni dah lebey dari tahap gila bola ni.. hehehe..Tak ke penin tu, kejap tgk kat tv, kejap tgk kat lappy.. Nak fokus pon takleh (klu me tgk citer mesti nak fokus, br syok & faham).. Tapi kata en. Suami, ade je golongan seperti dia ni (ayat coverline nihh..) Siap gitau ramai pulak tu..

Saya tak kisah pon, janji time tu xde criter best kat tv.. Kalu ade..ngeh ngeh ngeh.. Ade ke orang gila suka bola ni, layan kat tv sambil2 layan kat lappy jugak, cam en. Suami saya ni?

Oct 15, 2010

Here We Go!!!

Semasa entri ini dipublish, saya bukan berada di depan komputer. Malah, saya tidak berada di rumah pon. Di mana saya? Mungkin juga saya tengah sakan berjalan-jalan.. Mungkin juga saya tengah duduk.. Mungkin juga saya tengah baring atas katil baru. Yang pasti, saya bukan di rumah!! (Sila jangan muntah baca perenggan ini..terlebey poyo di situ..)

Semalam kan saya ade gitau yang kami akan pi berjalan-jalan. Trip singkat ini sempena en. Suami dah abih present dan juga kerana ingin meraikan hari yang istimewa dalam hidup kami. Agak-agak uols la kan, ape dia hari istimewa tu, adakah hari anniversary kahwin @ tunang @ couple or hari lahir @ graduan @ ape ape aje la.. Jom pakat2 teka.. Sape dapat teka ngan betul, dapat hadiah tepukan gemuruh dari saya..hehehehe..


Inilah tempat yang kami tuju.. Agak-agak kat ne ek? Hihi.. Klue yang kedua adalah, tempat ni adalah salah satu town di Ticino, Switzerland.. Memang glamer la jugak.. Kat sini depa cakap Italiano.. Bukan French, bukan German.. Hohoho, ternganga la sampai sana nanti..

Buat kawan2 yang sudi singgah sini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Jangan lupa untuk tinggalkan jejak, akan saya balas kunjungan uols nanti. Walaupun mungkin saya tak dapat nak bolgwalking secara lebam like before (macam kat umah), tapi mana tahu saya berkesempatan nak update + blogwalking secara slow-slow (maklumla hotel yg kami duk ade free inet..hihihi..)

Oct 14, 2010

~ Happy Mode ~

Senangnya dalam hati
Sengih sampai telinga
Terasa dunia ini
Ana yang punya

Wahh..siap menyanyi lagi..cube teka mirip2 lagu siapa di atas? Hihihi..sesuka hati saya telah menukar baris kedua lagu glamer tersebut.. Bukan ape, sangat tidak sesuai baris itu untuk saya gunakan.. Berbalik kepada tajuk di atas, yes, i'm in super duper happy mode.. Memang sungguh best & teruja laa.. Nak tau kenapa saya happy sangat? Mainly, ada 2 sebab..

Satunya, sebab saya berjaya taruk image bagi link komen di bawah entri.. Maklumla template saya ni link komennyer kat atas. This is not favorable. Dah lame saya duk godek2 cane nak bagi link komen tu kat bawah, sehinggakan saya terfikir untuk tukar template yang link komennya kat bawah.. Sekali, saya terjumpa cara untuk menambah image for comment link. Pada awalnya image tu kat atas jugak, duk godek2 dapat reposition image tu bagi duk bawah.. ^_^

comel dak image utk comment tu?

Yang keduanya, hujung minggu ni kami sekeluarga akan gi jalan-jalan buang makan angin.. Dah lamer saya nak gi kat tempat ni.. Huwahuwa.. Nafsu keperempuanan aka shopping saya dah membuak2.. hahaha, tanduk pon dah mula nak naik nih, tapi oleh kerana menggunakan duet en. Suami dan sumber kewangan kami sepenuhnya bergantung kepada elaun yg cukup2 sahaja, maka terpaksala memborong secara berhemah...hmm.. Yang penting, dapat jalan-jalan sambil cuci mata pon jadi la.. Nak tahu ke mana? Surprise!!! Kluenya dalam Swiss ni aje... hehehe..

Oct 11, 2010

Ingatkan ade sarkas, tapi rupenyer..

Punyerla beria saya ajak en. Suami untuk meninjau-ninjau khemah besau yang ade kat perkarangan EPFL skang ni, mana tahu kot2 ade show sarkas kan.. Menarik tuuu.. (Ayat orang tak pernah tengok sarkas secara live..) Maklumle dari jauhh dah nampak lori kontena sarkas..

macam khemah sarkas kan?
Alih-alih en. Suami bagitau, tu bukan untuk show sarkas, tapi tu tempat untuk konvo.. Huh??? Speechless sekejap saya.. Tempat untuk konvo? Awat camgitu rupenyer, tak grand langsung!! Kot ye pon takdek dewan besau cam Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya tu, sewa ajela kat dewan mana-mana ponn.. Kesiann pulak kat bakal graduan-graduan EPFL..

takde feeling berkonvo langsung..
Tapi yang paling mengejutkan saya sekali, bila en. Suami gitau, untuk Pengajian Habis Darjah lagila, langsung takde convocation. Sahkan dewan, khemah pon takdek.. Selepas viva dan konpom dah lulus, diorang akan ada Public Defense merangkap convocation diorang.. Masa ni diorang akan present sekali lagi kat orang ramai aka famili yang datang untuk celebrate. Selepas present, supervisor akan datang shakehand & serahkan certificate. Kalau ramai, akan dibuat kat lecture hall.. Kalau sikit, jawabnyer kat kelas aje lerr.. Plak tu, no jubah no hat yang burok tu.. OMG!! Trus mematahkan semangat saya untuk sambung kat EPFL (eceh..cam ye ye je nak menyambungnyer..)

Oct 10, 2010

Open House or House Open?

Hehehe.. tak tau nak taruk tajuk ape, maka kira aci la ek kalau sebegitu ruper tajuknyer.. Entri ni memang related pon ngan hari raya, tapi takdela segrand sebest open house yg uols buat.. Ingat lagi tak entri yang saya gitau ade rombongan dari Malaysia datang beraya kat umah kami?

inilah kawan2 + adik Waheeda..cuba teka mana satu Waheeda?

Ha, skang baru berkesempatan nak stori mori pasal rombongan cik kiah yang sakan beraya, sampai ke sini tuu.. Bukan stakat kat sini, depa siap pi beraya kat London, Paris ngan Rome tuu.. Gempak gitew.. Tapi saya nak citer pasal depa beraya kat umah kami, pasal depa beraya kat 3 negara kat Europe tu takmo citer. Kalau nak tahu, hangpa pi la interview depa..hihihi..

Kalau nak kira, kami takdela wat open house pon, malah tak dikira as open house. Coz kami masak mihun goreng ngan puding roti aje, as a late dinner coz katanya, depa dah makan malam (ntah btol ntah tidak tu..hehehe..jawab cik waheeda jawab..) Ajak datang weekend, depa sibuk beraya kat 3 negara Europe tu ler, jadi hanya dapat datang hari Jumaat, coz soknyer depa dah nak balik Malaysia.. Sakan btol korang jalan ek..

huhu..kenyang ke tak korang makan aritu..

Daripada criter2 depa, Swiss ni paling MAHAL.. Ha, kan omak den dah cakap..hahaha.. Siap ade status kat facebook kena bawak duit berguni-guni yer..hihihi.. Especially tang tiket metro ler, kalu kat negara lain, leh beli day ticket, lagi menjimatkan untuk meronggeng ke sana-sini.. Kat sini jangan haraple, pergi saja (satu arah) mau CHF3.90 (i think..coz me pakai half fare card dapat CHF2) Walaupun matawang euro or pound lagi mahal dari swiss franc, tapi bila convert, still sini lagi mahal..*Duhhh..

Lagi satu, depa pesan, kalau nak berjalan2 kat Rome, especially naik metro, kena hati2 coz ade pickpocket.. Nak-nak bila padat dalam tren.. Dua kali beg kena seluk, sib baik perasan. Huhuhu, seriau me dengar.. Same gak time BIL (brother in-laws) gi jenjalan kat Milan, depa kena pow gak.. Huhu.. Cane nak gi meronggeng kat sana, dahla me ngan en. Suami halus mulus je orangnya..

Apapun, semoga uols had a pleasant journey.. Senang2 datangla sini lagi.. Datang time winter pulak, sini glamer ngan tempat main ski..ngeee...

Oct 5, 2010

Sudah Setahun Berdendang Perantau..

Sedar tak sedar dah setahun kami duk kat sini.. Tapi rasanya masih banyak lagi yang kami tak tau (especially saya ler..) pasal Swiss nih.. Masik banyak lagi tempat belom dijelajah..hihiihi.. Waheeda lagi expert dari kami bab-bab meronggeng (maksud ronggeng di sini adalah meronda yer..) kat Swiss nih..

Nak tahu first impression bila sampai sini? Leh baca Bienvenue Part 1. Hihihi, tapi saya warning awal2, a little bit lengthy sket..hihihi..sebab tu la terpaksa dipecahkan kepada Bienvenue Part 2. Tapi yang second ni ade citer sket2 pasal harga rumah kat sini dan a small routine on weekend.

suka beriadah kat sini..
Yang tak besnyer, kat sini memang ciputtt je orang Malaysia, orang Melayu apetah lagi.. Kalu kat EPFL tu ade 3 orang Malaysian, sorang Chinese, sorang lagi Malay + mix coz dah stay kat oversea 12 tahun, sorang lagi en. Suamiku laa.. Tapi yang kami kenal, Waheeda aje lorr (dia student UNIL). Yang paling tak best, sini living costnyer agak tinggi compare ngan tempat2 lain.. Bukan saya sorang je yang cakap tau..

Yang besnyer pulak, sebab ni negara bermusim, so bestla dapat nikmati suasana musim yang berbeza-beza.. Lagi, bak kata en. Suami, dapat tengok mountains ngan lakes yang indah (bagi saya, tak ke semua mountain & lakes memang indah..)

Oct 4, 2010

Bila dah lama tak pekena Kari buatan Malaysia

Bila last ek makan kari buatan Malaysia nih? Ermm..jap pikir.. Hmm rasanya last stok abih lan 12 haritu.. Lamer kan? Lepas abih stok tu, macam-macam jenis kari kami try..

Ade yang beli time pasar pagi (besenya pak Arab yang jual..tapi mahal!!), ade gak beli kat kedai cina (murahla sket, tapi rasanya tak sedap mane..), ade gak kami beli kari jenama The Wok time kami gi jenjalan kat Madrid (yang ni besh banget..tapi sayang The Wok hanya ada kat Madrid je..) dan yang biasa kami beli kari kat Migros or Coop supermarket. Yang ni acceptable jugakla rasanya, bolehlaa..

brand ni la yang selalu kami beli kat Migros or Coop
Tapi haritu bila masak pakai perencah kari Adabi, mak oiii.. Memang lainla rasanyer, ada umpphhh!!! Rasa cam makan gulai kenduri orang kawin pon ade.. Memang sedaaap!!! Tersangatla kawww sampai menambah-nambah 3-4 pinggan (exaggerated punyer ayat!!) Ni yang buat rasa tak sabar nak balik nih..

Sep 22, 2010

It's Autumn Already.. ^_^

Genap sudah 4 kitaran musim sejak kami menetap kat sini.. Antara 4 musim ni, yang saya paling suka adalah Autumn.. Kenape? Hmm.. mungkin sebab time ni dapat tengok macam-macam kaler daun.. Rasa cam meriah gitew.. Suasana pon nampak sangat berbeza bila time Autumn ni, compared to Summer @ Spring. Very colorful..


Mesti ada yang tertanya-tanya nape Spring tak meriah ke, or tak colorful ke? Kan musim Spring ade bunga-bunga yang bermacam-macam warna? Memang musim Spring akan ada bunga-bunga cinta yang bermacam-macam warna, tapiiii tu kalau pergi taman bunga je.. Memang akan penuh dengan bunga, (tapi kat sini saya tak jumpa lagi taman bunga cam kat UK yang sangat lawo...) Setakat kat tepi2 jalan tu, tak meriah mane. Takleh lawan kemeriahan warna-warni daun apabile musim Autumn. Daun kan lagi banyak dari bunge...

Sep 21, 2010

Kejadian di Pagi Isnin

Macam biasa, en. Suami akan bersiap-siap untuk pergi ke schoolnya, jaraknya dalam 6 minit gitu (jalan kaki aje lorr..)

Sesudah breakfast, bersalam-salaman & bercium-ciuman, dah bagi lambaian kasih kekasih, saya meneruskan kerja-kerja eksekutif sebagai seorang surirumah mithali. Tak sempat saya nak bersilat kat blog dapur, tibe-tibe bunyi tepon pulak.. Rupa-rupanya en. Suami yang teponnn!!

Katanya tertinggal purse wallet, jadi tak dapat nak masuk ke apartment kami. (nak masuk apt ni kena guna kad student ala-ala touch n in dan kad tu dalam walletnyer!!) Saya dah pelik dah, nape balik semula, ade tertinggal apa-apa ke.. Rupe-rupenyer arini cuti bagi canton Vaud (dan ade 2 lagi canton turut cuti hari ni..) Patutla kat parking keta nampak lengang, kata en. Suami. Dah sampai pon kat fakulti, sekali tak dapat masuk (kalau cuti pintu akan autolock, nak buka kena guna kad student)

itulah apt. kami..ni view dari EPFL

Punyerla en. Suamiku bersemangat waja merentas bukit (sini memang berbukit-bukau) nak gi siapkan keje, sekali cuti daaa.. Saya ape lagi, amikla peluang nih ajak en. Suami jalan-jalan sambil wat photoshoot Zahra (kes nak join contest lah ni..hihihi..) Kalau nak tengok gambo-gambo Zahra, leh tengok kat Ep. 2 : Zahra & Photoshoot. Bukan senang nak ade peluang macam ni, coz Suisse nih tersangatlah ciput aje public holidays nyer berbanding Malaysia..

Sep 3, 2010

Persiapan Raya???

Uwaaa.. Klu duk berblogwalking, sumernye sibuk membuat persiapan raya, membeli belah baju raya, menshopping kuih-muih utk dijamu time hari raya nanti, malah ade yang duk berkira-kira berapa hari mau cuti utk balik berhari raya di kampung.. Sungguh jeles rasanya..hohoho..

Tahun ni, kali pertamala kami akan beraya tanpa keluarga tersayang, sanak saudara dan rakan taulan.. Perasaan?? Speechlesss.. Nanti bila pas raya nnt kot2 ade adegan tangis menangis homesick akan diupdate kendian..hohoho.. Yang pasti, memang xde perasaanla utk beraya.. Nak wat kuih raya pon xde feel..(harharhar..cover baek punyer..padahal malas!!!) Lagipun kt area sini hny kami ngan cik Waheeda je org Malaysia.. Kalu kt Geneva tu ramaila jugak, mesti meriah.. Kata en. Suami, raya nnt mau berjalan2 ke sana, tp x sure lagila coz skang ni en. Suami bz ngan proposalnya..

Jadi, persiapan raya kami, bukan tahap sederhana dah ni, kira xde persiapan langsunglah.. Ntah2 di hari raya pertama nanti, en. Suami beraya di opisnya, saya ngan Zahra beraya kt umah.. sob..sob..sob.. Almaklumla sini tak cuti..

p/s : time2 ginila saya akan question en. Suami, nape x sambung kt UK or US aje, kt tempat yang ramai Malaysians..owwwhhhh..

Aug 6, 2010

Cabaran Mendatang...

Hehe..poyo sket tajuknya.. Bukan ape, x lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, dan menjalani ibadah puasa..

Kalau 2 tahun lepas, saya mengandungkan Zahra, time tu klu tak silap masuk 3 bulan camtu.. Alhamdulillah morning sickness xlah teruk mana, maka dapatla saya berpuasa penuh.. Sronot jugak sbb tak perlu ganti.. Tahun lepas pulak, Zahra baru 5 bulan, masih menyusu dada sepenuhnya. Awal-awal bulan puasa tu, lembik jugakla saya (walaupun pada masa tu, saya duk umah je..) Time buka puasa je, bergelen-gelen (exaggerated punya ayat) air saya minum..hehehe.. Tapi dah lepas beberapa hari tu, saya dah dapat cope..

Tahun nih, Zahra nak masuk 1 tahun 5 bulan, masih menyusu (or lebey tepat lagi mengempeng..), tapi dah dicampur ngan susu kotak, cumenyer yang menjadi cabaran pada tahun ni, tempoh berpuasa jauhhh agak panjang dari yang pernah saya berpuasa sebelom-sebelom nih.. Klu diikutkan, kena bersahur before 4.15, dan berbuka pada 8.50 camtu..hohoho.. Nak-nak skang ni musim panas, hohoho..

Harap-harapnye weather akan comfortable lah sepanjang bulan Ramadhan ni dan kami sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya.. Bila fikir juadah berbuka time bulan Ramadhan ni, huhuhu, ni yang buat rasa nak terbang balik ni.. Hanya mampu pujuk hati ni, sabo je la.. 4 tahun jo laiee.. tolak tahun nih, lagi 3 tahun jooo..hohoho..


p/s : Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berterawih..

Jul 3, 2010

Summer sudaaa...

Skang nih dah masuk Summer, act dari 21 Jun aritu lagi.. Cumer skang nih makin terasa ke'hot'an summer yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang.. Kalau ikutkan saya, saya lagi suka time Spring dan Autumn sbb nyaman dan selesa giteww.. Malah klu suh dipilih antara Summer ngan Winter, saya pilih Winter..hehehe..

Memang weather time Summer sronok untuk berjalan-jalan, it's sunny and bright, compare ngn time Winter, it's windy and cold. Tu memang saya x nafikan. Cumenyer, bagi kes saya yang bnyk spend masa kt umah compare ngn en. Suami yang bnyk spend masa duk ulang alik rumah-school, saya x rase sgt kesejukan time Winter. Nyaman je sbb heater kt umah ni tip top.. Tapi yang tak behnya, klu time Summer, kt dalam umah lg rasa panas dari kt luar (sbb kt luar klu ade angin kurang sket rs panas) Maklum sajala umah nih xde aircond or kipas.. Dari pengalaman kami yang bnyk pindah randah nih (malah pernah duk 2 hotel b4 settle down..), smuanya xdek aircond or kipas. Kata en. Suami, aircond kan menyumbang kpd air pollution, oleh krn Swiss nih famous ngan clean air country, maybe that's the reason nape xde aircond. Kot ye pon xmo pakai aircond, pasangla kipas siling ke, kipas dinding ke.. Jangan tak tau, kt opis en. Suami langsung xdek aircond /kipas.. Watla keje sambil menahan bahang panas n peluh.. Xleh bayang canela nak wat keje yang memerah otak dalam keadaan panas dan x selesa.. Owwhh..tak sanggup mak nokssss.. Yang duk lepak santai kt umah nih pon tak selesa canela ngn org yg bekerja..hohoho..

Lagi satu, time Summer nih bnyk plak benda2 terbang/merayap aka serangga yang cube masuk rumah...owhh..saya dahla kurang suker ngan serangga2 nih..huhuhu.. Pantang bukak pintu/tingkap, ade je yang akan cuba untuk masuk.. Ni yang buat tak sabar nak Autumn nih..hahaha..