Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Dec 10, 2010

All The Best & Good luck!!!

Hehehe.. Nak menyelit entri pasal en. Suami kejap.. Bagi can glamerkan dia kat sini..agagaga.. Esok (err..by the time entri ni publish hari ni laa..) en. Suami akan ada presentation lagi.. Waduh-waduh, presentation lagi, aritu baru je lepas candidacy presentation..


Dah namanya student kan, takkan lepas dari presentation, nak-nak student Pengajian Habis Darjah ni, lagi la presentation memang takkan habis-habis selagi tak grad kan.. Bezanya, kali ni takdela segenting macam candidacy presentation haritu.. Cumernya, yang best kali ni, akan ada seorang student dari seramai 71 calon yang akan dianugerahkan Best Poster Award..

Perghh..memang sengit tu.. Oh, lupa nak gitau, poster presentation ni sempena EDMI (Ecole Doctorale Microsystems and Microelectronics) Research Day yang memang diadakan setiap tahun khas untuk student Pengajian Habis Darjah ni.. Nak tengok poster yang dibuat oleh en. Suami?


Jangan ditanya mengenai isi poster ini, walaupun saya adalah bekas student Elektrik, namun ini bukan bidang kepakaran saya (ecehh..macam pakarlah sangat..) Amacam, agak2 dapat dak title Best Poster Award nih? Miahaha..

Untuk adik-adik yang sedang menempuhi SPM juga, gambatte neihh...

Dec 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Wahh..cepat betul masa berlalu kan.. Sedar tak sedar dah masuk tahun baru, dah 1432 Hijriah pon.. Dan tak lama lagi, akan masuk tahun 2011..


Dan usia pon makin bertambah jugak..awww.. ;p.. Bagaimana dengan azam tahun lepas? Adakah semuanya berjaya dicapai? Bagaimana pula dengan tahun ini, apakah azam baru pada kali ini, ke memperbaharui aje azam tahun lepas? Hehehe..

Apapun, semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi khalifah yang lebih baik dari hari semalam.. Jom layan lagu Maal Hijrah sambil mengenangkan kembali peristiwa bermulanya tahun Hijriah dan kenapa kita patut menyambut Maal Hijrah..


Dengar lagu ni teringat jugak zaman sekolah-sekolah dulu time sambutan Maal Hijrah, mesti akan ada nasyid Maal Hijrah yang ni.. Memang memberikan semangat btol lah lagu ni, sampai naik bulu roma saya..hehehe.. Salam Maal Hijrah 1432H dari kami sekeluarga..

                                        

Oct 4, 2010

Good Luck yaa..

Hari yang ditunggu-tunggu bakal menjelang tiba.. Debaran kian memuncak (awat ayat semacam je nihh..) Inilah detik yang menentukan segalanya.. Inilah saat yang mengesahkan, samaada berjaya mara ke hadapan, ataupun terpaksa mengundur dan bermula dari garisan yang baru..


 
Hehehe..ayat poyo kan kat atas tu..bukan ape, nak kasi debar lebey sket kat en. Suami saya.. Esok en. Suami akan present proposal Pengajian Habis Darjah depan Supervisornya, kalu dah dapat green light dari spvr, maka hari Rabu kena present depan panel2 pulak..

Kalu pass, kami staylah kat sini lagi 3 tahun. Kalu dak, jawabnyer kena bungkuslah sumer kain baju, siap2 utk balik semula..kwang kwang kwang.. Mesti berdebar kan nak present? Huhu..takleh imaginelah kalau saya di tempat en. Suami.. Chaiyok, chaiyok!!!



p/s : All the best juga untuk adik-adik yang bakal menghadapi PMR.. Fighting!!!

Sep 10, 2010

Salam Aidil Fitri

Ini adalah entri melekat sehingga 10 Sept. Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah.. 
Pesanan penaja : SILA JANGAN GELAK BILA TGK E-CARD ye.. Itu 5-min punyer e-card (bkn aii yg wat, en. Suami yg wat..hihiihi)


Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat keluarga tercinta di Kelantan, keluarga mertua tersayang, keluarga angkat di Kuantan, sanak saudara dan sahabat handai di mana jua anda berada, jua kepada rakan-rakan blogger sekalian.. Mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, salah dan silap kami bertiga.. Semoga ukhuwah di antara kita kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.. Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga yang nun jauh di negara orang, ngan ucapan, makan kuih raya tu, ingat-ingatlah kami kat sini ek..



p/s : Gambar raya tahun lepas (Zahra baru 6 bulan), tema hijau ngan cream.. Tahun ni? Sob..sob..sob..

p/ss : Ingat nak bg e-card ni kat all my buddies aka follower ngan kawan2 blog, tapi macam x chomey je.. Tapi kalu uols sudi terima, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.. ;D 

Jun 20, 2010

Happy Father's Day



Selamat Hari Bapa buat ayoh, aboh, ayah M---, buat en. Suamiku, abg-abg iparku, sahabat2ku yang bakal/sudah menjadi bapa dan semua bapa di seluruh pelusuk dunia. Buat bapa-bapa muda seperti en. Suami saya, semoga hari ini menaikkan semangat lagi supaya menjadi bapa yang mithali/terbaik untuk anak-anak generasi akan datang.

Untuk renungan bersama di hari yang berbahagia ini, saya petik a few words dari sini

Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah. Justeru, bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakannya.

Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar. Maka dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan keikhlasan, kesediaan, kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semua aspek ini mempunyai pendekatan berbeza yang wajar dilakukan oleh setiap bapa dengan perasaan yakin dan tenang. Setiap aspek memerlukan kemahiran dan kemampuan khusus yang perlu dikuasai oleh kaum bapa. Kemahiran kebapaan bukan lahir secara ‘kebetulan’ apabila bergelar bapa. Semuanya memerlukan usaha ke arah itu. Seorang bapa dapat mendalami ilmu kebapaan dengan menghadiri kursus, berkongsi pengalaman, pembacaan dan penghayatan terhadap tugas.

Tugas bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada anak-anak. Bahkan belum sempurna tugas tersebut biarpun telah berjaya memberi kemewahan material kepada anak-anak. Keperluan bapa melaksanakan tanggungjawab adalah meliputi keperluan fizikal dan rohani. Kedua-dua keperluan itu sama penting.

Sebenarnya memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT adalah satu jihad bagi seorang bapa untuk mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT. Setiap masa yang diluangkan untuk mendidik dan bermesra dengan anak dan ahli keluarga juga adalah sebahagian daripada jihad. Apa yang dilakukan tidak sia-sia. Setiap tenaga yang dicurahkan dan wang yang dibelanjakan untuk keluarga adalah sedekah. Balasan pahala yang disediakan amat besar. Bapa mithali mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Sebenarnya, bapa wajar sentiasa mengambil pendekatan terbaik untuk membentuk hubungan mesra dan ceria dengan anak-anak. Ajarkan kepada anak apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Beritahu mereka mengapa begitu dan begini terjadi. Malah, bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik. Di waktu itulah juga masa yang sesuai dijelaskan kaitan larangan dengan kehendak agama dan undang-undang kerana semua yang betul dan salah mempunyai alasan yang perlu diperjelaskan kepada anak. Jika ada perkara yang belum mampu mereka fahami, beritahu mereka “apabila dewasa nanti baru
faham. Sekarang ini cukuplah tahu kena buat, jangan buat, boleh dan tidak
boleh buat”.

Amat penting bagi bapa agar sentiasa berpegang bahawa konsep mendidik anak hendaklah berterusan. Bapa adalah contoh ikutan untuk membentuk peribadi anak. Oleh itu anak memerlukan masa bersama-sama bapa untuk memerhati dan mencontohi apa yang dilakukan oleh bapanya. Bapa adalah guru yang paling berkesan. Anak mudah ‘percaya’ apa yang diberitahu oleh bapanya.

Bapa mithali akan sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan anak dan ahli keluarga. Bahkan anak menjadi inspirasi kepada seseorang bapa untuk terus berusaha lebih gigih dan sentiasa mengutamakan keluarga. Sebab itulah keletihan dan tekanan kerja akan hilang apabila melihat wajah anak-anak serta mendapat layanan mesra daripada isteri.

Oleh itu para bapa janganlah mengambil mudah kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh anak. Para bapa tidak boleh beranggapan bahawa sudah memadai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu.

May 24, 2010

Happy 2nd Anniversary



Wah..sedar tak sedar dah 2 tahun kami berkongsi hidup.. Rasanya baru semalam kami mengikat janji untuk sama-sama melayari bahtera di depan tok kadi. Sungguh cepat masa berlalu, sedar tak sedar benih cinta kami sudahpun bergelar toddler.. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami, masih banyak lagi yang kami perlu harungi bersama..



Semoga cinta dan kasih sayang antara kita akan mekar selamanya. Dan semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkatiNya.. Untuk suamiku yang dicintai, thank you for being a wonderful husband, for being an amazing dad..




May 16, 2010

Happy Teacher's Day




Saya ingin amik peluang ini untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di atas muka bumi ini, terutamanya kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Othman Talib sesi 1988-1992, Sekolah Menengah Tendong sesi 1993 - 1996, Sekolah Menengah Sains Machang sesi 1997, MRSM Taiping 1997-1998, Universiti Teknologi Malaysia sesi 1999-2007, kakak-kakak saya dan juga kepada kawan-kawan saya... Lagu dari Mirwana ini ditujukan khas untuk mereka..


TERIMA KASIH GURU


Masih..jelas diminda...
Bisikan suaramu memanggil...
Di situ langkahku bermula...
Mengejari cita kau di sisi...
Lantas kuutuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...

Terima kasih guru...
Kerna hulur tanganmu...
Ku menghargai setulus jiwaku...
Bicaramu guru kan kuingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya...

Guru… ibarat pelita…
Sentiasa menyinar kamar hidupku…
Guru…kau pewaris ilmu…
Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan…
Kan ku petik bintang-bintang…
Ku jadikan hadiah untukmu…
Moga Tuhan merahmatimu…
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

May 9, 2010

Selamat Hari Ibu



Kebetulan Suisse menyambut Hari Ibu sama dengan Malaysia.. Jadi kurangla kepelikan di situ sekiranya saya membuat entri ini.. (neway, Hari untuk Ibu kan x semestinya hanya disambut hari ini shj, malah bgs klu dirai setiap hari..!!!)

Walaupun saya baru dua tahun jagung bergelar ibu (tp Zahra ditrain pggl saya mama), masih cetek ilmu di dada, pengalaman pon x seberapa, tapi itu x bermakna saya tidak mengerti dan sedar betapa besarnya kasih sayang, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh mek kepada kami adik beradik, apatah lagi kepada saya sebagai anak bongsunya yang sudah pasti lagi banyak karenahnya. Jua kepada mok (ibu mertuaku....), yang mendidik en. Suami saya, bersama 6 adik beradiknya yang lain, yang sanggup mengorbankan karier demi menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan anak. Tidak lupa juga buat Mak M---, yang sudi menyayangi, mengasihi dan menjaga saya bagaikan anak sendiri, walaupun kami tiada pertalian darah.

Sesungguhnya, tiada intan berlian atas muka bumi ini yang boleh digunakan untuk membalas setiap titik keringat yang ditumpahkan oleh mereka, para ibu yang sanggup bersekang mata, memerah idea dan tenaga bagi menyediakan yang terbaik untuk anak mereka.. Jua bukan mereka mengharap timbunan emas dan permata yang dihulurkan, tetapi ingatan tulus ikhlas dan doa dari anak yang soleh/solehah..




Selamat Hari Ibu buat mek, mok, mak m---, buat diriku (hahaha..nak masukkan jugak..), kakak2ku, sahabat2ku yang bakal/sudah menjadi ibu dan semua ibu di seluruh pelusuk dunia.. Buat ibu-ibu muda seperti saya, semoga hari ini menaikkan semangat lagi supaya kita menjadi ibu yang mithali/terbaik untuk anak-anak generasi akan datang..



May 2, 2010

Numb3rs

Dah lama saya tak melayan Numb3rs.. Lately, baru sambung balik and I'm still at Season 4.. Huhu.. Xperla klu orang len sumer dah berlari, saya masih terkedek2 cam kura-kura, lamer2 nanti sampai jugakla saya ke Season 6 tuh.. Ni ringkasan citer ini..Walaupun saya ini bukan orang Matematik, jua bukan mahir dalam konsep Lagrange dan seangkatan dengannya, tp saya sangat suka dengan pendekatan yang digunakan utk menyelesaikan pelbagai jenis masalah..



p/s : Selamat Hari Pekerja buat semua yang bekerja (i think i'm included too even tho i work at home with no pay.. ;p)

Nov 27, 2009

Pertama Kalinya..



Ini merupakan kali pertama kami beraya di negara asing.. Rasa cam tak beraya pon ader.. Huhu.. Tapi sekurang-kurangnya dapat dengar soro famili pon dh ok.. Kedengaran suara meriah nephews pon terubat jiwa yang lara.. Cume, cam sebak plak bile my sis gitau yg my mum sebulan berair mata ingatkan cucu dia kt sini.. Huhu.. Ayah plak lately kerap demam n pening (ingatkan anak bongsunya kt sinikah??) Ikutkan hati nih rase cam nak balik je beraya bersama, tp apakan daya.. Xperla, nnt klu ade rezeki lebey, insyaAllah, kami akan pulang.. mana tau untuk beraya bersama ke? Apa2pun, Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin.. Untuk keluarga mertua yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji mabrur..

p/s : Off topic jap, tp related ngn tajuk, Dimanche lepas pertama kali saya menggunting rambut en. Suami..hehehe..nak gelak pon ade..sib baek ok eventhough xdela cam gunting kt kedai..

Sep 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Rasanya x sabar nak beraya tahun ni.. Semua persiapan almost done.. Tinggal nak ngemas rumah sket2 lagi.. Kalau tahun lepas kami beraya berdua + both family, kali nih kami beraya bertiga + my family je.. coz family mertua dah pi Jeddah (bapak mertuaku dah start keje kt sana dari pertengahan puasa aritu)

Tapi, dalam x sabar tu, rasa cam sedey juga ader.. Kenapa? Kerna tahun ini merupakan tahun terakhir kami beraya bersama families + sanak saudara + rakan taulan (tapi tak taula kot2 ade rezki lebey kami leh balik beraya nnt!!) Tak dapat imagine cemana la gamaknya berpuasa + berhari raya di perantauan.. Huhuhu.. Almaklum sajala wa x pernah beraya selain di Malaysia..

Apapun, wa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin buat semua, doakan kepergian dan kepulangan kami dengan selamatnya..

Dec 29, 2008

Maal Hijrah 1430 & Happy New Year 2009

Just wanna wish Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Happy New Year 2009. Semoga tahun baru yang mendatang ini akan membawa lembaran baru yang lebih baik dan lebih bermakna buat anda semua.. Moga-moga pada tahun ini kita akan menjadi insan yang lebih baik dari segala segi daripada tahun-tahun yang lepas.. InsyaAllah..

p/s: Huhuhu.. masih ada lagi perancangan tahun lepas yang tak dijayakan..

Dec 11, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan pada smua.. Maaf zahir & batin dipinta buat smua.. Tahun ni wa telah mencatat sejarah, dengan tidak beraya di kampung (mahupon kampung mertua)(rasanya ni la kot 1st time x blk, ms blaja dulu rasanya sumer blk.. tp x ingatlaa.. aci la ek..!!).. Besenya, tiap2 raya mesti blk, apetah lagi ini adalah raya korban.. Huhuhu.. Kenapa wa x balik? Hmm.. let see.. Klu ikutkan hati, mmg tersgtlah nak blk, x kisahla walaupon beraya di umah mak mertua.. Yang penting beraya kan.. Hmm.. tapi knape thn ni wa beraya di Kuantan shj? (walaupun feelingnyer x cam raya pon..)

Mungkin kerana some of family member pi Mekah? But then wa leh blk umah mak mertua kan utk beraya.. So, rasanya the main reason ialah nak simpan cuti.. Huhuhu.. Cuti wa tinggal x bnyk, nk simpan utk the BIG EVENT nnt.. InsyaAllah.. harapnyer plan menjadi laa..

So, ingatkan stay kt Kuantan time raya ni, nakla jugak merasa kemeriahan hari raya, adela plan nak berkunjung ke umah mak m---, jejln kt umah kekwn ke, tp dek kerana halangan cuaca dan juga halangan ketiadaan air di rumah, maka kami menyambut hari raya berdua saje, sambil ditemani tv.. Sib baik ade karan.. Klu x, x dpt tgk suasana hari raya.. Huhu.. Sadis btol..

Tahun ini dalam sejarah juga,kerana keesokkannye selepas hari raya, wa telah masuk bekerja.. Hahahaha.. Tu la, sbb nak simpan cuti kan, so keje la.. Sib baik bukan wa sensrg yg bekerja.. Mmg terasa sunyi sgt, even ke hari ni.. Masih ramai lg yg masih beraya/bercuti di kg masing2.. Xper2,nnt ujung thn ni wa akan bercuti.. Cuti sakan.. Hehehe.. Oklah.. nk blk dah.. Adiosss..

Oct 9, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

Cakk... hehehe.. idup lagi rupenye blog wa nih.. Baru sminggu blk dari cuti raya.. Tahun nih, bnyk tempat wa beraya.. Almaklum sajala sekarang dah ada 2 families.. Satu kt klate, satu kt jb. Tapi family kt jb beraya kt tganu, so thn ni beraya kt klate ngn tganu je la.. Sib baik dekat je.. Tapi rasanya next wik trun jb, xtaula.. depends pada keupayaan n kesihatan diri.. Baru smlm kena fever.. sib baik x teruk sangat, leh gi keje lagi walaupun kemalasan tengah melanda diri (masih dalam mood raya!!)

Rasanya x dpt nak coret bnyk sgt, sbb dh x sabar nk blk umah.. Hahaha, skang ni dah malas nak lelama kt opis, kul 6 je mesti nak blk, eventhough xde sesapa pon kt umah.. :( .. Oklah, sambung lenkali jek.. Adiosss...

p/s: Banyak btol jemputan openhouse ujung minggu nih, dan wa pon sangat bersemangat utk bertandang.. Hehehe...

Jan 9, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 & Maal Hijrah 1429

Wah.. sedar x sedar dah masuk tahun 2008 dan esoknya adalah Maal Hijrah yang ke 1429. Cepat sungguh masa berlalu dan umor semakin meningkat, tapi rasanya banyak benda lagi yang masih belum dicapai.

Sem pon dah start, oleh kerana ini adalah pengalaman yang baru, maka bnyk yg wa perlu belajar, dari segi pengurusan masa dan subjek. Kelam kabut jugakla.. Hahaha.. Kesian my student.. Xperla, sesama kite belajar ek (almaklumla dapat subjek last minute, plak tu main dengan 010101 je..)

Oleh kerana masa itu emas (buat masa skang ni laa...hihihi),maka wa x dpt tulih pepjg laa.. Ape2pn, diharapkan dengan tahun baru ini, semangat baru (bersemangat ke??),azam laru (lama + baru), moga-moga kita dapat mencapai apa yang ditargetkan untuk tahun ini dan seterusnya untuk masa depan..

p/s: huhuhu.. sib baik kelas start lan Dec, sempat introduce umor 26 lagi.. Tapi tadi ade kenalan baru tanya umor brape, tercakap 26 (luper yang di thn ini umor dah bertambah).. cemana ek?

Oct 9, 2007

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin


Get Your Graphic Here



Wah, sedar x sedar dh nak raye ruponyer.. Aii kejap je rasanya bulan Ramadhan, dh nk masuk Syawal.. Pejam celik, pejam celik, cepat sungguh masa berlalu.. Rasanya masih bnyk perkara yg perlu digapai.. Sedangkan makin lama makin bnyk masa meninggalkan kita.. Dari itu, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. Segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan harap dimaafkan.. Halalkan makan & minum.. Yang mana tersengaja or sengaja.. hehehe.. Kepada perantau seperti saya, yang pulang ke kampung menggunakan kenderaan sendiri, harap2nye bawakla kenderaan tersebut dengan berhati-hati,ingatlah orang yg tersayang yg setia menunggu kepulangan anda dengan selamat. Lagik satu, memandangkan pelbagai juadah akan dihidangkan sempena menyambut hari yang mulia ini, makanlah secara berhemah, bukannya secara melantak je..hehe..(nasihat ini ditujukan terutamanya pada diri yg menulis ini..huhu).. Sehingga berjumpa lagi di coretan yg seterusnyaa...

Sep 10, 2007

Yuhuuu..!!

Sedar x sedar dah 10 hari kite menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-50. Tahniah Malaysia. Smuga bahang kemerdekaan akan terus hangat dan membara di setiap jiwa rakyat Malaysia. Moga-moga kita akan lebih menghayati nikmat kemerdekaan dan tidak melupakan jasa nenek moyang yang telah berkorban jiwa dan raga.

Tak lupa juga, untuk Ramadan Al Mubarak yang akan mengunjung tiba, selamat menjalani ibadah puasa.. Smuga dengan kedatangan bulan yang mulia ini, akan mendekatkan lagi kita denganNya..!!


p/s : Saya memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang telah dilakukan...