May 9, 2010

Selamat Hari Ibu



Kebetulan Suisse menyambut Hari Ibu sama dengan Malaysia.. Jadi kurangla kepelikan di situ sekiranya saya membuat entri ini.. (neway, Hari untuk Ibu kan x semestinya hanya disambut hari ini shj, malah bgs klu dirai setiap hari..!!!)

Walaupun saya baru dua tahun jagung bergelar ibu (tp Zahra ditrain pggl saya mama), masih cetek ilmu di dada, pengalaman pon x seberapa, tapi itu x bermakna saya tidak mengerti dan sedar betapa besarnya kasih sayang, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh mek kepada kami adik beradik, apatah lagi kepada saya sebagai anak bongsunya yang sudah pasti lagi banyak karenahnya. Jua kepada mok (ibu mertuaku....), yang mendidik en. Suami saya, bersama 6 adik beradiknya yang lain, yang sanggup mengorbankan karier demi menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan anak. Tidak lupa juga buat Mak M---, yang sudi menyayangi, mengasihi dan menjaga saya bagaikan anak sendiri, walaupun kami tiada pertalian darah.

Sesungguhnya, tiada intan berlian atas muka bumi ini yang boleh digunakan untuk membalas setiap titik keringat yang ditumpahkan oleh mereka, para ibu yang sanggup bersekang mata, memerah idea dan tenaga bagi menyediakan yang terbaik untuk anak mereka.. Jua bukan mereka mengharap timbunan emas dan permata yang dihulurkan, tetapi ingatan tulus ikhlas dan doa dari anak yang soleh/solehah..




Selamat Hari Ibu buat mek, mok, mak m---, buat diriku (hahaha..nak masukkan jugak..), kakak2ku, sahabat2ku yang bakal/sudah menjadi ibu dan semua ibu di seluruh pelusuk dunia.. Buat ibu-ibu muda seperti saya, semoga hari ini menaikkan semangat lagi supaya kita menjadi ibu yang mithali/terbaik untuk anak-anak generasi akan datang..



No comments:

Post a Comment