Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Dec 13, 2010

Ohh.. Monday Blues..

Wah..wahh..wahhh.. Bukan setakat pekerja je yg mengalami monday blues.. Blogger aka saya pon mengalami monday blues..

Walau ada 1-2 perkara yang leh dijadikan as entri, tapi dek kerana monday blues punyer pasal, saya hold dulu.. Hehe, salahkan monday blues pulak..

Sebenarnya, skang ni saya tengah tak puas hati.. Terkilan pon ada, geram pon ada.. Perasaan saya skang ni berkecamuk, membuatkan saya takleh nak perah idea untuk berblog.. Kes apa ni yang buat saya tak puas hati? Tak pernah2 lagi saya war-warkan ketidakpuashatian saya kat sini..

Ni lain tak bukan kerana si Terry Jones lah ni.. Hari tu dia buat hal untuk buat pembakaran Al Quran secara beramai-ramai sempena memperingati tragedi 9/11 tapi mujurnya tak menjadi cadangannya.. Dan baru-baru ni pulak dia dijemput untuk berucap tentang 'menentang kejahatan serta kebinasaan Islam'.. 

Semalam, masa saya tengah tengok berita, ada wawancara dengan Terry Jones, yang paling menyirap darah saya ialah apabila dikatakannya Islam is Evil, malah siap ada website lagi pasal ni, dan siap jual mug, baju yang bertulisan camtu.. 

Dia diundang oleh EDL, sebuah kumpulan pelampau yang baru dibentuk pada 2009 bagi menyekat penyebaran Islam dan undang-undang syariah di Britain.
Akhbar The Guardian memetik paderi itu sebagai berkata di laman webnya, dia berhasrat melawat Luton, sebuah bandar di utara London yang dihuni masyarakat kecil Islam semasa satu demonstrasi EDL pada bulan Februari ini.
Malas nak cakap bebanyak.. Uols bacalah kat Utusan nih.. Klik sini.. 



p/s : I LOVE ISLAM.. Allahu Akbar!!

Nov 5, 2010

Hadis Palsu Tentang Adab Memotong Kuku

Rasanya ramai yang pernah membaca tentang adab memotong kuku macam kat bawah ni, malah ramai juga yang publish di blog.. Bukan itu sahaja, dari kecik lagi, saya sering diingatkan oleh kedua ibu bapa untuk potong kuku pada hari-hari tertentu sahaja.. Tapi adakah yang kita amalkan tu bertepatan dengan sunnah? Adakah hadith yang diberikan itu sahih?





RAHSIA MEMOTONG KUKU:


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

 *HADIS TERSEBUT PALSU DAN TAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH*
  
Berikut adalah jawapan dari SINI:
Berdasarkan pencarian beliau, ini yang diketemui:

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، 

ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب
Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."


Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net 
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh. 

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء


Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

 "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Kesimpulan:

1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu.
2. Apa yg thabit/sahih adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut.

Aisyah Ummul Mukminin beliau mengatakan,
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal." (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Islam mengutamakan kebersihan untuk ummatnya. Maka memadai dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW berkenaan kebersihan berdasarkan hadis soheh, tidak perlu menjadikan hadis dhaif sebagai hujjah untuk kita beribadah. 

kredit : ummuabdullahsyaakir

p/s : Saya juga pernah terbaca, mengenai amalan berjimak pada hari2 tertentu, tak silap saya juga itu pon belum dipastikan kesahihan hadithnya.. Kalau ada yang ingin berkongsi, dipersilakan..
  

Oct 13, 2010

Mari Berdoa dengan Menadah Tangan secara Betul

Sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama agar menjadi panduan buat saya dan kawan-kawan


Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

Mari mencari keberkatan doa dengan memperkemaskan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada

2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) pastikan urat tangan bertemu, dan ia akan menjadi seperti huruf ba seperti yang diperjelaskan di atas.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya. jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-Razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi Muhammad SAW

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya Allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

sumber : C2U

Sep 9, 2010

Amalan Sunat Di Hari Raya

Sempena hari raya yang akan menjelma esok hari, sukalah saya untuk share ngan kawan-kawan akan amalan sunat di hari raya.. Renung-renungkan dan selamat beramal..

  • mandi sunat hari raya sebelum pergi ke masjid untuk solat sunat hari raya
  • makan buah kurma dalam bilangan ganjil (makanan lain pon boleh..) sebelum pergi menunaikan solat hari raya
  • melaungkan takbir ketika keluar rumah sebelum menuju ke masjid, sehinggalah solat hari raya bermula. Untuk hari raya AidilAdha, takbir diteruskan pada hari2 tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  •  mengucapkan selamat dan tahniah seperti Taqabbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima daripada kami dan kamu amalan-amalan baik)
  • memakai minyak wangi (bagi lelaki) dan pakaian terbaik (yang ada & mengikut kemampuan) yang menutup aurat
  • jalan yang dilalui ketika pulang dari masjid berbeza (yakni jalan lain) dengan jalan yang dilalui ketika pergi ke masjid

Sumber rujukan.

Sep 24, 2007

Hidup Kita Cuma Di Dalam 3 Hari


1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


Hehehe..ni wa amik dr wanyer x-blog..hihihi.. Kebetulan artikel ni wa pos ms lan posa gaks..

Kelebihan membaca 7 surah..

1. SURAH AL-KAHFI

> Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
> "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
> bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.
> Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

2. SURAH AS-SAJDAH

> Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
> "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan
> Al-Mulk"

3. SURAH YAASIN

> Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata:

> "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat
> dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas
dari
> dibawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan
> surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".

4. SURAH AD-DUKHAN

> Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
> "Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya
> 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".

5.SURAH AL-WAQIAH

> Rasulullah saw bersabda:

> " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan
> menjadi miskin selama-lamanya"

6.SURAH AL-MULK

> Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
> "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan
> semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu
> dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di
> hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya
> Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga
selamat
> dari siksaan kubur!"
> Dan Nabi saw bersabda:
> "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

7. SURAH AL-HASYAR

> Nabi saw bersabda:
> "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah
> swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga
> waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"


BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,

ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.