Sep 24, 2007

Hidup Kita Cuma Di Dalam 3 Hari


1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


Hehehe..ni wa amik dr wanyer x-blog..hihihi.. Kebetulan artikel ni wa pos ms lan posa gaks..

Kelebihan membaca 7 surah..

1. SURAH AL-KAHFI

> Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
> "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
> bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.
> Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

2. SURAH AS-SAJDAH

> Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
> "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan
> Al-Mulk"

3. SURAH YAASIN

> Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata:

> "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat
> dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas
dari
> dibawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan
> surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".

4. SURAH AD-DUKHAN

> Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
> "Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya
> 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".

5.SURAH AL-WAQIAH

> Rasulullah saw bersabda:

> " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan
> menjadi miskin selama-lamanya"

6.SURAH AL-MULK

> Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
> "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan
> semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu
> dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di
> hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya
> Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga
selamat
> dari siksaan kubur!"
> Dan Nabi saw bersabda:
> "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

7. SURAH AL-HASYAR

> Nabi saw bersabda:
> "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah
> swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga
> waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"


BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,

ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

No comments:

Post a Comment