Sep 9, 2010

Amalan Sunat Di Hari Raya

Sempena hari raya yang akan menjelma esok hari, sukalah saya untuk share ngan kawan-kawan akan amalan sunat di hari raya.. Renung-renungkan dan selamat beramal..

  • mandi sunat hari raya sebelum pergi ke masjid untuk solat sunat hari raya
  • makan buah kurma dalam bilangan ganjil (makanan lain pon boleh..) sebelum pergi menunaikan solat hari raya
  • melaungkan takbir ketika keluar rumah sebelum menuju ke masjid, sehinggalah solat hari raya bermula. Untuk hari raya AidilAdha, takbir diteruskan pada hari2 tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  •  mengucapkan selamat dan tahniah seperti Taqabbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima daripada kami dan kamu amalan-amalan baik)
  • memakai minyak wangi (bagi lelaki) dan pakaian terbaik (yang ada & mengikut kemampuan) yang menutup aurat
  • jalan yang dilalui ketika pulang dari masjid berbeza (yakni jalan lain) dengan jalan yang dilalui ketika pergi ke masjid

Sumber rujukan.

No comments:

Post a Comment