Sep 15, 2010

Di Mana Perikemanusiaan Mu?

Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak

15/09/2010 6:45pm

SIBU 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah. Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi. Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara pukul 9 hingga 10 malam. – Utusan


Kot ye pon tak mahu bayi itu, janganlah buat macam tu sekali.. Bagilah kat orang lain, klu segan letakla bayi itu elok-elok kat tempat yang selamat & mudah ditemui. Banyak lagi cara, nape cara terkutuk itu diguna utk get rid of that baby? Sudah hilangkah hati perut mu?

2 comments:

  1. kesian aku membaca apakah nasib budak ini bila dewasa..sedangkan binatang pun sayangkan anaknya

    ReplyDelete
  2. tu lah..nama je manusia, tapi perangai mengalahkan binatang..

    ReplyDelete