Kali ni saya nak join The most Memorable Moment Contest, duenya 6 Feb ini.. Nak join klik sini..
The Most Memorable Moment |
Saat yang paling berdebar + indah + syahdu + dalam ingatan saya, selain dari saat sah menjadi isteri dan menerima kucupan pertama di dahi daripada suami, adalah saat mengandungkan dan melahirkan Nuryn Zahra Ab Al Hadi..
Pertamanya, saya mengetahui khabar berita yang saya confirm pregnant adalah 4 hari selepas ulangtahun kelahiran saya.. Ianya adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya, satu anugerah yang terindah dari Ilahi..
Keduanya, dua kali saya mengalami pendarahan di awal bulan kandungan, dalam tempoh tersebut, saya hanya dibenarkan berehat di atas katil dan tidak melakukan sebarang kerja yang berat.. Memang berdebar coz ada juga kawan saya yang mengalami pedarahan lalu kehilangan zuriat yang dikandungnya.. Yang saya mampu adalah memohon agar zuriat dalam kandungan saya ini akan terus membesar dengan sihat..
Ketiganya, dalam bulan ketiga saya mengandung, waktu tu bulan Ramadhan, saya ingat lagi masa tuh ala-ala nak kul 11 malam, masa tu saya tengah tdo-tdo ayam gitu, tetiba rasa bergetar kat dalam perot, nak gitau exact feeling susah, word getar je la yang boleh saya describe kan, terus saya tersedar dan tersenyum, dalam hati nih, eh eh tu baby tengah kicking ke ape ek.. Perasaan saya masa tu, hanya Allah je yang tau, betapa happy, rasa rendah diri dan takjubnya dengan kuasa dan kehebatan Allah S.W.T, inside my womb there's a living human.. Betapa nikmatnya perasaan merasai tendangan manja my baby..
Keempat, detik melahirkan, walaupun sakit dan penat hasil dari meneran, namun bila dengar tangisan baby, tersa begitu syahdu sekali.. Nak-nak bila Zahra diletakkan sebelah saya untuk diberi susu, perasaan saya masa tu sumer bercampur, happy, penat, terharu.. semua ada, tak sangka akhirnya baby yg saya kandungkan selama 9 bulan nih dah keluar dengan selamat, cumel plak tu..hihihi..rasa cam sekejap je..
Last but not least, kini Zahra telah pun berusia 1 tahun 11 bulan, membesar dengan cergas dan cerdas, menjadi cinta hati kami dan menyerikan lagi hidup kami. Gelak tawanya bisa membuatkan hati ini yang bertambah girang.. Kehadirannya melengkapkan hidup kami.. Semoga kami dapat menjaga amanah ini dengan sebaiknya..
Pantun khas untuk anakku, Nuryn Zahra
(gambar ni saja ditayang..bukan untuk contest yer..ngeee..) |
Wahai anakku, permata hatiku.. Comel pulak tu.. ;p
Keletahmu memang mencuit jiwa nuraniku.. Kekadang menguji perasaanku.. ;p
Tanpamu, kurang berserilah duniaku.. Juga kurang sepahlah rumah tanpamu.. ;p
Dikau adalah kesayanganku.. I love u!!
Salam,
ReplyDeletetq sudi follow blog sy...
tq sudi join contest ni...
saat yg paling membahagiakn buat pasangan suami isteri ialah mendengar berita kehamilan n menyambut kelahiran...
salam ukhwah n salam perkanaln drp sy...