Nov 7, 2010

Dari mana datangnya IDEA dan MOTIVASI untuk BERBLOG?

Hmm..memang soalan cepu emas betul la.. Sampaikan nak jawab soalan ni mengambil masa berhari-hari..hehehehe.. Kay, saya jawab nih berdasarkan perkembangan blog Belle ni la.. Dari fasa kelahiran, sampaila sekarang..

2007
Saya baru je lepas dan bebas dari zaman gelap kalut ribut dan berhibernasi dengan assignment, exam dan project presentation, dan diserap pulak untuk menjadi pemberi kalut ribut kepada generasi muda (wakaka..senang citer..kira masa untuk balas dendam..)

IDEA : Jadi, masa ni sangat banyak idea untuk dikongsi, yelaa.. freshie kan penuh lagi sarat dengan idea-idea baru.. Maka, bila berblog banyak bercerita mengenai semangat berkobar-kobar untuk further studies, hal ehwal tempat kerja yang baru, pengalaman2 baru semasa pi training..

MOTIVASI : Kawan seopis yang beriya-iya suh saya berblog..wakakaka.. Sebab utamanya, dulu2 saya pernah berblogging di friendster, tapi dek kerana bz ngan study, maka minat merapu menulis tu terpaksa dilupakan..
2008
Alam bekerja rupanya lagi busy dari alam study..agagaga.. Jadi tahun ni kurang sket produktifnya.. Walaupun banyak event2 yang menarik, saya tak sempat untuk titipkan memori itu di diari online saya ni..

IDEA : Oleh kerana di hemat fikiran saya, blog ini adalah diari online saya, maka saya ceritakan almost everything that happens in my life

MOTIVASI : Blog2 opismate saya sumer rajin berupdate.. Blog saya je jarang-jarang update..wakakaka.. Tapi sebab takmo bagi senyap sunyi diari kesayangan saya ni, kekadang diupdate juga.. (padahal jeles tengok blog orang meriah dengan entri baru..)

2009
Tahun ni..banyak sket entrinyer.. Kenapa? Sebab saya bertukar status kepada SAHM (Stay at Home Mother), jadi ada masa untuk berceloteh di blog ini.. Selain tu, kami juga berhijrah ke Swiss kerana memenuhi tuntutan pengajian en. Suami..

IDEA : Oleh kerana sudahpun bergelar mama, maka banyak pengalaman2 manis yang ingin dikongsikan bersama, especially mengenai perkembangan my sweet daughter.. Selain tu, sebab berada ditempat baru, maka banyak benda yang nak diceritakan, dari segi budaya, makan, living cost kat sini..

MOTIVASI : Blog menjadi salah satu penghubung antara kami di sini dengan keluarga di tanahair dan juga di Jeddah (keluarga mertua berhijrah ke Jeddah) Melalui blog, kami dapat bertukar-tukar cerita berada di negara orang..

2010
 Tahun ni barulah saya mengenali alam blogging yang sebenarnya.. Sblom2 ni syok sendiri aje.. Agagaga.. Bermulalah era saya mengenali kenkawan di alamaya (sblom ni hanya kenkawan yg memang kenal di alam nyata yang ada blog je..) Wah.., rupanya sungguh luas dunia blogging ni, malah di tahun ini juga baru saya mengenali otai-otai dalam arena blogging nih..

IDEA : Bila jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang boleh saya rumuskan bila saya mengenali ramai blogger kat alamaya ni, bila duk baca2 entri depa, kekadang memberikan saya idea untuk berblog.

MOTIVASI : Bermula dari suka-suka join contest, timbullah minat untuk mendalami ilmu2 berblogging..eceh..poyo di situ.. Bila dah selalu jenguk blog-blog kenkawan, blog-blog yang menjadi sumber inspirasi, menyebabkan rasa cinta makin mendalam untuk berblogging. Nak-nak pula, apabila entri yang dibuat mendapat feedback dari pembaca, memang menambah semangat untuk menulis. Selain itu, bila tengok trafik semakin meningkat, membuatkan diri berkobar-kobar untuk terus berkarya berblogging.

CONCLUSION


Buat Ailyna, dalam dunia blogging ni biasala ada masa-masa kita akan sarat dengan idea untuk menulis, kadang-kadang ada masa-masa kita akan kekeringan idea untuk menulis (kekadang pasal kekeringan idea ni pon leh wat entri jugak, contohnyer macam ni). Tapi bagi saya, it's ok, dun pressure yourself, kita berblogging ni pon sebab we love blogging. Time-time tengah takde idea nak nulis tu, cuba Ailyna take a break, watch tv or go out, maybe u'll get the idea..

Motivation? It's a lie if i say, money is not playing a part in motivating me to blog. But the most satisfying is, when readers give feedback and comments to my entries. Another x-factor to actively blogging is when you see continuously increasing traffic, which means my blog is accepted by the online community.

Ultimately, the main reason is because i love to blog.



p/s : Entri ini dibuat sebagai syarat untuk join contest, berminat untuk join, leh klik kat sini

No comments:

Post a Comment