Sep 21, 2010

Kejadian di Pagi Isnin

Macam biasa, en. Suami akan bersiap-siap untuk pergi ke schoolnya, jaraknya dalam 6 minit gitu (jalan kaki aje lorr..)

Sesudah breakfast, bersalam-salaman & bercium-ciuman, dah bagi lambaian kasih kekasih, saya meneruskan kerja-kerja eksekutif sebagai seorang surirumah mithali. Tak sempat saya nak bersilat kat blog dapur, tibe-tibe bunyi tepon pulak.. Rupa-rupanya en. Suami yang teponnn!!

Katanya tertinggal purse wallet, jadi tak dapat nak masuk ke apartment kami. (nak masuk apt ni kena guna kad student ala-ala touch n in dan kad tu dalam walletnyer!!) Saya dah pelik dah, nape balik semula, ade tertinggal apa-apa ke.. Rupe-rupenyer arini cuti bagi canton Vaud (dan ade 2 lagi canton turut cuti hari ni..) Patutla kat parking keta nampak lengang, kata en. Suami. Dah sampai pon kat fakulti, sekali tak dapat masuk (kalau cuti pintu akan autolock, nak buka kena guna kad student)

itulah apt. kami..ni view dari EPFL

Punyerla en. Suamiku bersemangat waja merentas bukit (sini memang berbukit-bukau) nak gi siapkan keje, sekali cuti daaa.. Saya ape lagi, amikla peluang nih ajak en. Suami jalan-jalan sambil wat photoshoot Zahra (kes nak join contest lah ni..hihihi..) Kalau nak tengok gambo-gambo Zahra, leh tengok kat Ep. 2 : Zahra & Photoshoot. Bukan senang nak ade peluang macam ni, coz Suisse nih tersangatlah ciput aje public holidays nyer berbanding Malaysia..

2 comments:

  1. samalah keadaannya di Perth..krg sgt cuti sampaitak tersedar bila cutinya..

    ReplyDelete
  2. hihihi..tu la pasal, memang tak tahu pon hari isnin tu cuti..dalam setahun tu, berapa hari je cuti..

    ReplyDelete