Sep 30, 2010

Peraduan dari OhPemandu.com

Harap-harap sempatla ni.. Kali ni saya nak join Peraduan dari OhPemandu.com. Duenya hari ni, so kalu nak join, klik aje kat sini..

http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/
Kenapa saya suka melayari website OhPemandu.com?

Sebenarnya, ini adalah kali pertama saya melepak di OhPemandu.com. Terjumpa ngan website ni pon sebab duk berblogwalking sana sini..hihihi.. Yang menariknya website ni, ada macam-macam jenis gambar kereta, motor, lori (pendek kata semua jenis kenderaan la..) yang pelik2 tapi benar & unik. Selain tu, ade juga tips2 pemanduan ketika di jalan raya.. Paling best, suke tengok gambo motosikal gagah.. Tercari-cari jugak gambo motor yang boleh bertukar menjadi kereta, tapi terjumpa ngan gambar moto @ kereta..


Cadangan tagline

Serba serbi tentang kenderaan & ragam pemanduan

Pelik tapi benar : Semuanya berkaitan kenderaan & ragam pemandu

Mari menjamu mata & bergelak ketawa dengan ragam pemandu & keunikan kenderaan

U and Me Rayer Together2 Contest :

Hihihihi.. me join lagi U & Me Rayer Together2 Contest anjuran Mama Rifqy bagi kategori bukan BABY.. Saje nak memeriahkan contest ni.. Kalah menang belakang citer!!! Tapi kalu ade rezeki, tidaklah ditolak... Nak join, klik aje kat sini..



Gambar raya me together-gether with my hubby..

Gambar ni diambil di pagi raya pertama, sebaik sahaja selepas sesi bergambar bertiga, ada pulak sesi bergambar berdua-dua.. Ini tahun pertama kami beraya di rantauan orang, sangat tak best!! Sib baik ade Zahra & en. suami yang menemani.. Kiranya gambar ni adalah untuk mengubat rindu bagi keluarga di tanahair..

Sape suka Yogurt?

Silalah angkat kaki jika anda suka makan yogurt...hihihi.. Saya pon suke jugak yogurt nih, tapi tidaklah setegar macam en. Suami.. Dalam sehari leh abis dua bowl.. Nak2 lagi kalu jenis yogurt yang camni..


Dalam yogurt ni, ade rasa lemak-lemak berkrim sebab dicampurkan ngan cheese.. Memang tak menang tanganla dua beranak tu (Zahra & en. Suami) kalu duk makan yogurt nih.. Sekejap je dah licin!! Sape penggemar cheese & yogurt, memang heavenla sampai menjilat sudula makan mende alah ni..

Raya Sakan Contest by Insan Tinggi


Jom ramai-ramai join Raya Sakan Contest by Insan Tinggi anjuran cik Zack nun jauh di NZ. Duenya 30 Sept ni, jadi ape tunggu lagi, klik aje kat sini..


Oleh kerana cik penganjur mahu muka aii jugak yang comel lote ni ade dalam gambo, maka inilah gambo yang paling sakan semasa berhari raya kat sini (Coz rasenyer takde orang len dah yang sakan beraya kat Suisse ni..) Sakan sebab pakai tudung mengelip-ngelap ngan batu permata, sakan buka mulot nak ucap Selamat Hari Raya kat anak-anak buah, sakan duk tunjuk angpow raya kosong..hihihihi!!!

Apa Ada Dengan Bella Enveeus???

Mesti uols tertanya-tanya kan, siapakah gerangan Bella Enveeus kan.. adakah seorang actress? adakah seorang ahli pemuzik? adakah seorang pelukis? Mari sama-sama kita layanzz hasil kajian yang telah berjaya diselidiki setakat ini...

~ Empunya blog Enveeus.com hanya dikenali sebagai Bella, a mysterious woman yang sangat sukakan mask..~



~ Nickelodeon adalah salah satu fav. channel utk melayan citer2 cam Art Attack, selain dari tu, suka nengok National Geographic Channel, E!, MTV & AXN~



~Vivid personality, passionate dalam membuat sesuatu perkara, malah seorang yang berbakat dalam penulisan & kraftangan, furthermore she can play piano!!!~



~ English adalah medium bahasa yang digunakan sepenuhnya dalam penulisan blog, tapi Bella adalah anak melayu jati Malaysia.. Embark on an exciting journey adalah motto blog ini..~


~ E-biz turut dijalankan, sape nak usha handbag, earrings malah Ipod Nano pon ade jual kat sini..~



~Uniknya Bella, blog Enveeus & shop@Enveeus ini adalah kerana globalisasi dalam berblogging (siap ade kawan bloglist dari oversea tu..) dan juga e-biz yang membuat shipment to all over the world..~



~ Sekarang, Enveeus.com tengah buat contest dan hadiahnya tersangatlah lumayan.. Leh menang sampai RM200 tu beb!! Nak join, klik aje kat Enveeus.com ~



Sep 29, 2010

Ade Kejutan Untuk Uols.. Tunggu!!!!

Hihihihi..seperti biasa, tajuk mesti poyo!! Tapi memang sesuatu akan berlaku.. Serius tak tipu.. Dapat idea bernas ni pon masa tengah duk kira-kira kambing untuk bagi mudah tidur..

credit

Semua duk beria-ria buat contest la, buat lucky draw la, buat giveaway la, main kejar-kejar no follower yang bertuah la..hihihi.. Me nak buat ape, nak buat salah satu dari yang atas ke? Owhh..tidak..tidak.. Belom masanya lagi, tapi me ade nak buat sesuatu yang spesel, khas buat yang sudi bertandang ke teratak belle ini.. Jadi tunggu!!!

The Best Picture with My Baju Raya

Kali ni me nak join The Best Picture with My Baju Raya Contest anjuran Mizz Miza. Duenya 5 Oct ini.. Kalau nak tahu, klik aje kat sini..


Gambar me with my baju raya..



Pernah tak..

Pernah tak uols ade macam-macam idea nak tulis kat blog, tapi pada masa tu uols takde depan lappy or komputer. Jadi uols hold on dulu.. Sampai je kat depan lappy or komp, tetibe idea tu hilang ke laut ntah ke mana...

Saya biasa gak jadi camtu.. Tapi lagi biasa duk berjam-jam depan lappy, tapi idea tu tak muncul2 jugak!!! Last2, duk hanyut baca blog-blog kenkawan.. Maklumlah, semua entri mengancam gitew!!

Lagi satu, saya suka join contest.. Nak-nak skang ni sumer pakat buat contest.. Memang meriah btol laa.. Lagi teruja saya nak join.. Bila tengok contest ni, wah menariknyer, bila tengok contest tu, mesti join nih.. Tapi oleh kerana terlalu banyak contest yang nak dijoin, sampaikan idea (eceh..macam bnyk idea je..) dah bercampur baur lalu trus hang, macam ram komp yang terlebey data sudaa..

Uols yang kaki contest @ blog ade mengalami simptom-simptom camni dak?

Me Dapat Award dari Penganjur Contest Mulianya Ramadhan

Hihihi..walaupun bukan menang 1st prize, tapi me nak kecoh satu dunia gak yang me dapat award dari penganjur Contest Mulianya Ramadhan iaitu cik Reena. Terima kasih yer cik Reena coz sudi bagi award yang comel ni..





Kalau nak tengok pemenang2 bagi contest ni, leh tengok kat sini.. Senang2 buatla lagi contest..hihihi..kompom saya akan join..ngeh ngeh ngeh..

Sep 28, 2010

Beratnya Kamooo!!!

Berat 175.87? Dah boleh digenapkan kepada 176 tuh.. Iskhh..iskhh.. Manyak berat btol la kamu ni Bila mau diet nih? Ni dah lebey dari tahap obess nii.. Kena ade special regime utk kamo ni.. Nak kena operate dan buang segala menda yang tak perlu ni..



Huhuhu.. tapi saya tak tau la ape mende yang perlu dibuang? En. Suami kata gambo yang diupload tu kena kecikkan sket, camtu ke? Owhh.. my Belle blog, kesian kamoo!! Terlebey berat sudaa..

Uols pon nak cek berat blog uols? Kalu nak cek, leh gi MariBinaBlog. Saya jumpa blog ni pon masa berblogwalking. Bagus blog nih, banyak btol tutorial dan tip2 berblog. Malah SEO tips pon ade..

Contest Teka Duit Syiling 50 Sen


Jom ramai-ramai join Contest Teka Duit Syiling 50 sen anjuran Elyies. Duenya 30 Sept ini, jadi ape tunggu lagi, klik aje kat sini..


Harap2 mengena lah nih..hihihi.. Saya teka ada 196 keping syiling 50 sen, menjadikan jumlahnya RM98.. Btoi kaa??


Suka Btol ngan Mars Bars Ice Cream!!!

Kalau diikutkan, saya ngan en. Suami takdela penggemar fanatik no. 1 cokolat Mars, biasa-biasa aja.. Tapi bila pekena ice cream Mars, sedap pulak rasanya.. Menyebabkan kami jatuh chenta ngan aiskrim nih..


Suka sangat makan aiskrim ni pas dinner, ala-ala cam dessert gitew.. Zahra pon dah pandai mengendeng-ngendeng kat kitorang bila nampak makan aiskrim ni.. Rasa aiskrim cokolat putih yang bercampur ngan caramel, disalut pulak dengan kepingan cokolat yang crunchy, slurrpp.. memang sodap!! Tapi tak perasanla pulak aiskrim ni masa duk kat Pahang dulu..

Tak boleh nak Insert Image?

Uols mengalami problem ni tak? Ke saya sorang je.. Huhu.. Dah nak masuk 3 hari dah camni.. Bila klik icon insert image kat blogspot je mesti jadi camgini..


Page add images tu akan stay je la camgitu forever & ever.. 'Hang' le tu jawabnyer!! This thing happens kalu saya guna updated editor..



Kalu guna old editor ok je.. Tapi letihla nak guna old editor je, coz saya suka guna strikethrough ni, dan macam-macam lagi la.. Tapi bile nak insert image kenala tukar setting balik.. Blog uols camgini jugak ke?

Couple T Contest



Kali ni, saya mau join Couple T Contest anjuran Lynn. Duenya 1 Oct ini, kalau nak join, klik aje kat sini..


Gambar ni diambil semasa berhunimun di Bali.. Tak sangka pulak kami bawak baju kaler sama dan pakai pada hari yang sama.. Kat belakang tu ialah gunung berapi yang glamer kat sini, depa siap buat restoran mengadap gunung ni. Sambil makan sambil tengok pemandangan berapi indah kat sini.. ^_^

Sep 27, 2010

Contest Couple Muka Seiras

Jom ramai-ramai join Contest Couple Muka Seiras anjuran Lynn. Duenya 1 Oct ini.. Jadi ape tunggu lagi, klik aje kat sini.. Saya mau tag

Whitey Mommy
Cute Mum



Gambar me with my other half..



Tukar Profession?

Agak-agak saya leh jadi Stylist untuk Mango dak? Hehehe.. jadi stylist utk diri sendiri boleh laa.. Kadang-kadang, utk diri sendiri pon main hantam je, entah ade ke tidak style tuh!! Jom layan hasil mix & match yang saya create kat Mango..

Ini hasil pertama saya..hehehe.. Ayu dak?

Jenis seluar ni saya tak minat, tapi bila dipadankan camgini, nampok lawa la plak..

Suke ngan kot camgini, tapi untuk ai yang kurang tinggi comel ni rasanya kurang sesuai..

Amacam yang ni, ranggi dak?

Sambil2 uols klik iklan ad Nuffnang Mango ni, cubela mix & match kan, dah alang2 buat tuh, cube hantar, mana tau kot2 terpilih nanti.. Syok jugak buat mende nih, leh 'rghalik' bak kata ore Klate..hihihi..

TQ Waheeda.. Susah-susah Aja!!

Akhirnya, kawan kami kat sini dah selamat sampai dari Malaysia.. Amboii, mesti seronok berpuasa & beraya kat kampung kan.. Jelesss aiii!!!

Oleh kerana kami tak pulang beraya, cik Waheeda dengan baik hatinya telah bawak macam-macam buah tangan dari tanah air.. Tak sangka begitu banyak yang Waheeda bawak untuk kami.. Terima kasih yer, terharu aii!!!



Siap bagi meggi lagi kat kami.. Hehehe, dapat la kami melepas gian perasaan makan meggi yang pedas lagi meletops. Maklumla, kat sini meggi karinya kurang kawww giteww.. Langsung tak pedas!!

Tapi, dia datang sini bukan sorang-sorang tau, siap bawak satu rombongan lagi..hihihi..rombongan cik kiah giteww..hihihi.. Next entri saya stori mori diorang datang beraya kat rumah kami.. At last, ade jugak tetamu datang beraya kat umah kami ni.. ^_^

Contest Lebaran Si Manja


Jom ramai-ramai join Contest Lebaran Si Manja anjuran Puan Chubby. Duenya 5 Oct ini, jadi apa tunggu lagi, klik aje kat sini..


Gambar si manja di hari raya..

Nama : Nuryn Zahra Ab Al-Hadi
Umur : 1 tahun 6 bulan
Status : Anak Kandung
Nama Pengirim : Haszuraidah Ishak

Sep 26, 2010

I LOVE YOU CONTEST

Kali ni me nak join I LOVE YOU CONTEST anjuran Miss Ash. Duenya 30 Sept ni.. Kalau nak tahu, klik aje kat sini.. Saya mau tag

Ain
PrincessQish
Fatin




Gambar me with my honey bunny


Although sometimes we're different in some ways, but we're so much alike in many ways..That makes u complete me in all the way..

Tutorial Marquee Code : Scrolling Image

Kali ni, saya nak share bagaimana uols boleh buat blog uols nampak lebey organize dengan bantuan Marquee code.. Apa gunanya Marquee code? Banyak sebenarnya yang leh buat ngan Marquee code nih, tapi untuk entri ni, saya nak kongsi tips membuat scrolling image dengan menggunakan Marquee code..

Kalu uols perasan, kat sidebar blog nih, ade part Won, part ni saya gunakan Marquee code laa.. Actually, nak buat gambar tu gerak dari kiri ke kanan pon buleh, and the other way round pun boleyy..

First skali, copy code ni..

<marquee direction="up" width="200" onmouseover="this.stop()" scrollamount="4" onmouseout="this.start()" height="200" align="center">
<img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinMKgUyTpfM_STummWpcjeEtp6YQxZi_lwU9Dv2S3tpmM6PVqR4Soo9XkhG5Bu9_10KyfzkMdDW205_e78c9NuJygwI-jT_gy-2gGvK1k0dQ5-3Z9fZicLhvKZdEdHhy7AS0jVx1hrk8Mf/s320/aidilfitri_s.jpg" width="160" height="160" /align="center" /><p><a href="http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/10/me-bertuah-in-ramadhan-raya-ga.html">One of the Lucky Winners</a></p>
</marquee>

Yang warna merah tu, uols leh tukar ikut suka hatila.. Cumenyer part scrollamount = 4 tu adalah halaju gambar. Kalau nak lagi laju, guna nombor lagi besau dari 4, cthnyer 5 -10. Kalau nak slow, kurangkanla..

Yang part kaler hijau, img src tu adalah image location (yang ni uols leh dapat ngan right click then select copy image location) bagi gambar tersebut, a href tu adalah link blog/entri..

Yang kaler biru tu adalah text yang dilinkkan kepada url blog/entri.. Ok, sekian suda.. Kalau nak buat cool effects yang lain2 guna coding Marquee leh tengok kat sini..

Sweet & Cute Baby Exploration Time Contest

Jom ramai-ramai join Sweet & Cute Baby Exploration Time Contest anjuran MamaLieyna. Duenya 20 Oct ini, kalau nak tahu, klik aje kat sini..


Gambar pilihan my doter yang tengah syok meng'explore' ...

Nama : Nuryn Zahra Ab Al-Hadi
Umur : 1 tahun 3 bulan

Ini adalah salah satu fav port Zahra untuk melepak..hehehe.. Suka benor dia panjat & duduk kat atas tu, tapi bila nak turun xleh, mulalah wat2 bunyi mitak tulungg..

Sep 25, 2010

Lynn's First Lucky Draw


Kali ni me nak join Lynn's First Lucky Draw anjuran sape lagi klu bukan cik Lynn kita.. Duenya 25 Oct ini, kalau nak join klik aje kat sini..

Best Widget Counter For Blog Selain Widgeo

Oleh kerana semua dah tau akan keburukan kekurangan widgeo nih, kali ni saya nak share mengenai widget web counter lain yang uols leh gunapakai..

Huh, tak tau akan kekurangan Widgeo? Nak tahu leh tengok kat Jangan Guna Widgeo? ni.. Ok, macam yang saya bagitau kat Misi Gagal, Tapi.., selain dari leh tepek kat blog info mengenai jumlah visitor harian, jumlah pageviews seharian, Hitstat juga ada memaparkan analysis mengenai 1st time visitors, average visit lengths dan macam2 lagi la details mengenai blog kita tuh..

4 lines Hitstat
Some of analysis in Hitstat

Lagi satu, yang menjadi kegemaran masa kini..(eceh..aii tak wat survey bertulis ek..ini hanya survey secara observation shj..) Google Analytics. Kenapa? Hmm.. mungkin sebab dia lebey user-friendly & interface-friendly compared to Hitstat (pada mata pandangan saya yang sepet ni la..) Kalu nak kira, details between Hitstat & GA nih lebey kurang sama je. Lagi satu, GA ni takde widget utk ditepek kat blog (mengurangkan loading time blog maybe..) just letak coding kat template shj..

Some of analysis in Google Analystics

Kalau nak tahu lebey details mengenai cara nak tepek coding GA, leh gi kat Dunia Dayat. Kat situ dia bagitau step by step cane nak register & paste coding tu.. Saya dapat informasi ni pon, dari Dayat la..

Tapi kan, kat blogspot pon dah ade tab Stat, yang membolehkan kita analyze our blog's performance, cumenyer tak sedetail Hitstat & GA la..


Giveaway Cuti2 Malaysia

Jom ramai-ramai join Giveaway Cuti2 Malaysia anjuran cik Bihah kita.. Duenya 25 Sept ini.. Kalau nak tahu, klik aje kat sini..



Saya nak kongsikan cerita ceriti ketika makan angin kat Bukit Tinggi, Pahang. Dah lamer sebenornyer saya nak gi sini, dan alhamdulillah, jejak juga akhirnya kat Bukit Tinggi ni pada 27 Jan 2009. Walaupun tak bermalam, tapi saya tetap puas hati. Kalau ade rezki lagi, saya mau menjengah ke sini lagi..



Tempat pertama yang kami tuju adalah Botanical Garden. Kat sini ada hutan hujan tropika seluar 4 hektar. Jangan tak tahu, kat sini pon ade tempat tanaman epal, pir dan 7 jenis strawberi.. Dah penat hirup udara nyaman, leh makan-makan kat restoran sambil tengok nemo ikan berenang2 dalam kolam..



Next, kami gi ke negara Jepun.. eh silap, ke Japanese Village. Kat sini ada macam-macam, ada taman Jepun yang dihiasi ngan air terjun, rumah Jepun dan spa ala-ala Jepun. Pastu leh jenjalan kat atas jambatan sambil tengok ikan koi yang keemas-emasan duk berenang.



Malah, kalu terasa mau pakai kimono pon kat sini ade!!! Tapi saya tak pakai ponnn, tak dan.. Next time saya datang lagi, saya mau sarung itu kimono..ngehehe..



Last stop, kami meronda-ronda di Colmar Tropicale. Kat sini paling glamer sebab bangunan & living style kat sini sebijik sejibung macam kat France. So, bila dah sampai sini je, leh ngaku dah sampai France la..hihihi.. Kebetulan kami datang ni time Cuti Raya Cina, so tersangatlah meriah ngan tanglung2, malah siap ade tarian singa!!! Kat sini pon ade kolam gak, tapi kolam ni spesel sket, coz ade white swan & black swan..



Itulah saje trip kami kat Bukit Tinggi.. Tapii, banyak lagi benda leh wat kat sini, contohnya leh gi tengok arnab yang kiut miut kat rabbit park, pastu kalu terasa nak naik kuda, leh gi horse riding.. Nak bergolf pon buley, tapi saya tak minat la golfing nih.. ngehehe.. Tak sabar nak datang lagi ke Bukit Tinggi nih!!!