Oct 2, 2010

AKU MALUUU


Kali ni me nak join Aku Maluuu Contest, duenya 3 Oct ini.. Kalu uols nak join, klik aje kat sini.. Me nak tag

Eira
SuzieRahman
Whitey Mommy

Kejadian ni berlaku masa zamanku muda-muda dulu, masa masih bergetah, cun melecun single-mingle lagi.. Kiranya waktu masa hormon remaja masih membuak-buak lagi.. Di suatu universiti 'tuttt', dekat fakulti 'tuttt', ade sorang jejaka malaya nih, memang menjadi pojaan bualan ramaila especially gals yang gedik-gedik dek kerana wajahnya yang ensem, gayanya macho malah bermotosikal harley lagiii... Hanya dikenali sebagai Jay (bukan nama sebenar!!)

Satu hari dalam kelas 'tuttt', last kelas untuk 2nd sem, saya duk kat line tengah, selang lima orang ade Jay ngan machonyer duk kat situ (duduk pon maintain macho gak!!) Tiba-tiba dia ngan machonyer melambai-lambai ke arah saya.. Pastu mulut gerak2 cakap ape ntah, tak dapat nak tangkap sbb kelas bising (paham-paham ajela dah di minit-minit terakhir kelas) Saya ngan konpidennya sengih kambing dan melambai balik, sambil jerit, "Ape die, tak dengar la.." Pastu siap buat isyarat tak dengar ngan gerak2 tangan ke atas cam Mami Jarum (cume takde gelang sampai ke siku je..)

Sekali, dia bangun ngan machonyer menuju ke arah saya. Saya dah mula nak control ayu dah, tangan dah btol-btolkan tudung bagi nampak lagi comey, kaki mula nak menguis-nguis tanah lantai dah.. Makin dia dekat, makin berdegup kencang jantung saya, muka dah naik tegang sebab duk maintain senyum ayu, sekali selamber ajer dia berjalan melepasi saya.. Chesss, rupenyer dia melambai kat Kay (bukan nama sebenar!!!) bespren dia, yang duk selang 2 orang dari saya.. Siap dua orang tu sengih kerang lagi kat saya.. 

Saat tu saya taktau nak buat ape dah, rasa panasss je kat muka ni.. Takyah nak pakai-pakai blusher lagi dah, memang merah satu muka!!! Nak masuk bawah meja, mejanya kecik aje (ala..meja yang attach to kerusi tuuu..) Nak sorok muka bawah kain, pakai t-shirt ngan sluar la plak.. Last-last ajak member sebelah kuar kelas cepat2.. Sib baikla my bespren tu tak sedor akan kes kemaluan yang memaluuukan aii tadi.. Siap tanye, nape muka nampak merah, demam ke? Huhu.. Dalam hati ni sib baik dah nak cuti sem.. Kalau tau, owwhh tidak!!!!

4 comments:

  1. oh my god. malu tu :">

    btw thx join eik!

    ReplyDelete
  2. sis..suzie br on9 ni..hurmm..btw gud luck

    ReplyDelete
  3. hamizah : hihihi..kenangan dolu2..

    kila : thanks juga anjurkan contest ni..hihihi..agak2 ade can menang dak?

    suzie : haa..jgn lupe join tau!!

    ReplyDelete