Oct 26, 2010

Jom Derma.. Adik Nur Anis perlukan RM44k!

Marilah sama-sama kita hulurkan bantuan, meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga adik Nur Anis Emelia Mohammad Zambri yang memerlukan RM44 000 dengan kadar yang segera bagi menampung kos pembedahan akibat penyakit jantung berlubang.



Adik Nur Anis Emelia Mohammad Zambri yang baru berusia 3 minggu memerlukan RM 44 000 untuk menampung kos pembedahan kerana adik ini menghidap penyakit jantung berlubang. Bapa kepada bayi ini merupakan seorang operator kilang dan hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM 750 sebulan. Manakala ibunya seorang suri rumah. Mereka perlu menyara lagi dua orang anak yang berusia tiga dan sembilan tahun.

Buat masa sekarang keadaan adik Nur Anis Emelia agak kritikal dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Adik Nur Anis Emelia juga perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera kerana masalah jantung yang agak kronik.

Orang ramai yang ingin menderma, boleh menghantar cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ke Bahagian Kewangan / Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak itu di belakang cek berkenaan – Sumber Berita Harian.


p/s : Tak dapat tidak, RM10 pon boleh juga mengurangkan beban mereka. Bayangkan kalau dah 1000 orang, dapat gak kumpul RM10k.. Selain tu, titipkan juga doa semoga kesihatan adik Nur Anis Emelia bertambah baik..

No comments:

Post a Comment