Jan 14, 2011

Tazpunyeblog's 3rd Year Anniversary Contest





Jom ramai-ramai join Tazpunyeblog's 3rd Year Anniversary Contest, duenya 15 Jan ini.. Nak join, klik sini..

Ok, meh saya nak kongsikan tips-tips kejayaan gilang gemilang saya ketika menjadi pelajar sarjana, berbanding dengan kejayaan yang tak berapa nak gemilang ketika menjadi pelajar sarjana muda...hehehee.. Tips-tips ni boleh digunapakai oleh semua lapisan pelajar, tak kiralah tadika ke, sekolah rendah ke, menengah ke, atas dari menengah ke ataupun dah masuk alam universiti.. Bezanya, antara rajin ke tak rajin uols nak gunapakai kekdah ini..hehehe..



  • Pertamanya, instead of uols study sensorang, apa kata uols study beramai-ramai (better jangan lebih dari 4 orang..kalau terlebey nanti, lain pulak jadinya.. Unless, kalau semua orang dalam group tu dapat disiplinkan diri dan stick pada matlamat untuk study group, bukan borak group) Tapi, jangan silap paham di sini, maksud study reramai ni bukan bermakna uols baru nak mentelaah subjek tersebut..no..no..no.. Uols dah siap2 study kat bilik sensorang, then buat study group untuk diskus yang mana susah nak paham or tersalah paham..ngeeee
  • Keduanya, untuk subjek yang memerlukan korang paham konsep ataupun menghafal, buat group, preferably secara bercouple, bukan suh hangpa berkapel dan bincang pasal love story, aipp..aipp, maksudnya ada 2 orang, sorang akan bertanyakan soalan (sediakan skema jawapan) yang berkaitan dan sorang lagi akan cuba menjawab mengikut pemahamannya dan bergilir-gilir menjadi penyoal dan penjawab..
  • Ketiganya dan yang last sekali, part yang uols tak paham tu, even after buat study group pon tak mencapai persetujuan, cepat-cepatlah pi bertanya kat teacher/lecturer uols tu.. Jangan tunggu sampai nak dekat exam baru tergedek-gedek cari teacher/lecturer.. 

Itu aje..selamat mencuba dan semoga mendapat keputusan yang gilang gemilang..ngeee


1 comment: