Jan 20, 2011

Wanita Inspirasiku 2010

Sememangnya, ibu saya, iaitu Hamidah Ahmad ataupun lebih mesra dipanggil mek adalah wanita inspirasi saya sepanjang zaman. 

me with my lovely mum..

Tapi yang saya nak berkongsi di sini, bukan mengenai mek saya, tapi kenalan di alam maya, yang saya tidak kenal nama sebenarnya, tapi amat saya kagumi dengan kegigihannya dalam mendidik anak-anaknya, terutamanya dalam membaca dan menghafal Al Quran, hinggakan pada umur 3 tahun bukan setakat pandai membaca, tetapi telah menghafal 30 surah Al Quran.. Ya, 3 tahun, dan mana tahu, dengan perkongsian ini, bertambah ramai yang akan mengikuti jejak langkah wanita yang menjadi inspirasi saya pada tahun 2010 ini..


Bukan itu sahaja, beliau juga menitikberatkan penguasaan Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab hinggakan anak-anaknya lebih pandai berbahasa Arab daripada beliau sendiri.. Kalau nak tahu, anak-anaknya banyak kali keluar di suratkhabar dan digelarkan Huffaz Cilik.. Benarlah kata orang tua-tua, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Nak berkenalan lebih lanjut, jom singgah DarwishnDarwisya.


p/s : Hihihi..banyak lagi nak cerita tapi nanti terlebih 150 pulak.. Entri ini dibuat untuk contest Wanita Inspirasiku 2010, duenya 20 Jan ini.. Nak join klik sini.. Saya nak tag Mama Zharfan & Ifa.


No comments:

Post a Comment