Dec 3, 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

Jom ramai-ramai memeriahkan Kawaii Gadget's Contest, duenya hari ni.. Nak join, klik sini.. Saya nak tag

Kak Teratai
Ekin
Nadia

Referral saya adalah Terataibungaindah


Lagu yang menjadi pilihan adalah lagu New York by Alicia Keys. First time saya dengar lagu ni kat tv, masa tu tengah berlangsung The Britain Awards, terus terberenti buat kerja, terpaku dengar kesedapan lagu ni, sampai naik bulu roma saya..hehe.. Tak caya, cuba uols dengar lagu ni..


Kan, sedap kan? Lepas dengar tu, terus saya cari kat youtube.. Masa saya dengar kat tv tu, Alicia keys nyanyi ngan Jay Z, tapi bila kat youtube ada terjumpa yang Alicia Keys nyanyi sorang je, laaaaagiiii sedappp!!! Alunan pianonya yang best, ngan suara Alicia Keys yang gemersik, suara back up yang senada dan melodi yang merdu beserta ritma yang rancak & catchy, membuatkan saya turut menyanyi sama sambil goyang2 badan mengikut rentak..hehehe.. Awww, lagi la buatkan saya jatuh hati kat si Alicia Keys yang memang comey lagi berbadan bersuara berbakat besar ni..


Tak cukup dengan tu, saya siap cari lirik tuuu, sebab nak tahu the whole story of this song.. Yela, nak gak tahu kan apa full liriknya yang sampai berjaya buatkan bulu hidung roma saya naik.. Rupa-rupanya, lirik lagu ni sangat bermakna.. Patutlah bulu2 roma saya naik, rupanya deria 6th sense saya dah faham betapa very inspiring dan very powernya lirik lagu yang super duper best ini.. Jom hayati lirik lagu ni..


Kalau nak kira, semua bait kata-kata lagu ni saya suka, tapi part yang palingggggg saya suka adalah

Even if it ain’t all it seems, I got a pocketful of dreams
Baby I’m from New York!
Concrete jungle where dreams are made of
There’s nothing you can’t do
Now you’re in New York!
These streets will make you feel brand new
Big lights will inspire you
Hear it for New York, New York, New Yooork!

Memang memberi semangat btol lah kat saya.. Membuatkan saya berkobar-kobar nak further study (masa awal2 dengar lagu ni..skang ni hampeehhh bz takdan nak mikir pasal sambung..hohoho) Memang very inspiring lah, membuat saya memasang angan-angan untuk turut mencipta nama..hohoho..terlebih koya di situ.. Ok, serius.. Bila saya tengah down ke, kurang motivasi ke or rasa teragak-agak ke, bila dengar lagu ni akan membangkitkan rasa kesungguhan saya untuk mencapai yang diinginkan..

Sebagai tanda yang menunjukkan saya memang jatuh cinta tahap tersungkur takleh bangun dah bila dengar lagu ni, saya sudahi dengan serangkap pantun..

Alicia Keys memang kawaii
Suara gemersik itu sudah pasti
Nyanyi lagu New York sungguh sedap sekali
Membuatkan saya terbuai-buai diulik lagu ini


7 comments:

  1. wah2....ciap ada pantun lagi..heheh

    ReplyDelete
  2. honey : hihihi..sekali sekala..

    suzie : panjang ek..agagaga..thanks dear..

    ReplyDelete
  3. TQ join contest Mommy Pinky..gudluck >_< !!

    ReplyDelete
  4. dni : thanks dear..

    mp : thanks juga anjurkan contest ni..

    ReplyDelete
  5. terima kasih sebab join contest..good luck..:)

    ReplyDelete