Dec 26, 2009

Madrid.. It's Real!

Sesampai je kt Madrid, kami cek in kt Agumar Hotel, 4 star dan ratenya jauh lg murah dr 1 star hotel kt Swiss, tp x sebest hotel kt Barcelona. Stafnya x brape friendly dan blk dia x seluas n seluxury hotel Torre. Kami bagi 3*. Then we off to Santiago Bernabeu stadium, ape laiee stadium football.. Tapi kali ni x masuk eventhough entry fee EU15. Pada pandangan saya, stadium ni nampak lagi modern n canggih buildingnya compared to Campnou stadium..

Pas puas en. Suami menatap stadium nih, kami gi makan kt tmpt yg x plan, sedap gak,tp dh lupe amende, yg ingatnyer ade california..hihih..nama makanan yg kami amik pon x ingat tp mmg sodappla.. Then we went to Prado Museum (nak tau ape dia tgk link ni..!) Punyerla ramai org beratur, sket punyer pjg lane dia, tp sbb esok dh ade plan lain, nk tak nak beratur jugak.. Sib baik sbb ada Zahra, kami dpt skip lane.. Bila nak byr rega tiket, skali dia kata arini free.. Pttla ramai bebenor, memang rezeki btollaa.. Museum ni tersgtla besau, even dh sampai nak ttp pon, kami x abih lagi jelajah museum nih.. Pastu kami gi makan paella kt tempat yg disyor kt inet, namanya ???, tapi bagi kami xdela sedap mane pon, nasi dia agak masin sedikit..huhuhu..ke memang paella camgini?

Soknya kami jenjalan kt bandar Madrid, pi park yg luas gler (walaupun ari Ahad ramai gle org, siap bnyk performance laie.. antaranya puppet show, magic show pon ade..) Pastu kami gi Plaza del Mayor. Kat sini lagi macam-macam performance ade, siap ade org lumpur lagi.. Yang paling tak tahan skali ialah kat Plaza del Sol, kt sini klu x pegang anak or bdak kecik btol2 (mak bdak pon leh gak) skali terlepas mau x dpt cr dah.. Memang sesak btol sampai berlaga bahu, nk jalan pon cam pakai kimono.. Malamnya kami cdg nak makan restoran Siam, tp x jumpa. Last2 makan dekat The Wok, bes banget!! Tapi sayang, kt Madrid je ade..huhuhu..

Last day, kami gi soping, en. Suami nak cari jeans kt El Corte Inglais, tp mak aii bapok mahal. Yang agak x mahal xdek size la plak.. Oleh kerana dah penat berjalan, so kami naik ronda2 dalam bas shj.. Hehehe.. Tapi menarik gak, leh tgk pelbagai tmpt..


Di aquarium


Di Plaza del Sol

Dec 23, 2009

Barcelona or Badalona?

Sempena cuti Xmas sminggu, kami plan utk pi jenjln, kuar dr Swiss yang sejuk nih.. Oleh kerana easyJet menawarkan harga yg agak murah utk ke Barcelona (klu tempah lg awal lg murah), so kami bercuti ke Barcelona selama 3 malam.. Kami stay kt Hotel Torre Catalunya.. Memang best hotel nih, walaupun 4 star, tapi rate dia lagi murah dari 1 star kt Lausanne. Friendly staff, kiranya dapat 5* dari kami..

1st tempat yg kami pi ialah stadium bola Campnou (the largest stadium in Europe). Ni kes en. Suami fanatik bola.. Tapi memang best gak dpt tgk stadium bola secara live.. Plak tu, ade history, jersi & piala psl team Barcelona dari 18th century.. 2nd place we went to Sagrada Famillia, gothic architecture tp syg tgh ade kren, maybe ade renovation. Pastu dinner kt Batik Restaurant (ni. en. Suami search kt inet highly recommended) tp xdela best manapon.

Then the next day, we went to the Old Town and Port Vell. Kat port ni ade L'Aquarium de Barcelona, lebey kurang cam KLCC Aquaria je.. Malamnya kami makan kt Udon (inet recommended),tp bese jek.. Hari ke-3, kami pi Montjuic, kat sini leh naik cable car utk tgk view the whole Barcelona city.. Then we went to Magic Fountain yang x magik pada hari tu, sbbnya tgh restoration dan Nadal day (maybe!) In the morning, we set off to Madrid by Renfe tren, dpt spesel price, 3 hours journey.. Tren ni best, comfortable plus ade seating n very laju, almost 300km/h (x cam tren ke Luzern)

Memang agak beza Barcelona ngan Swiss, pttla org kata Swiss lagi best.. Tapi kat sini makanannya sangat murah banding ngan Swiss, dan mcm2 pilihan ada.. Metro kat sini pon agak bagus, cover bnyk tempat, tp syg it's underground.. So tak nampak viewla (rugi sesgt kami travel guna metro) Better guna bus (tiket metro leh guna utk bus gaks..)




Pemandangan bandar Barcelona

Dec 20, 2009

De Ma Cuisine Part 1

Entri ni khas untuk M---, yg curious bebenor akan kepakaran saya dalam bidang masak memasak.. Hahaha..Frankly speaking, memang jauh lagi untuk bergelar pakar, malah xde dalam kamus cita-cita saya utk menjadi pakar memasak..hahaha..janji boleh ditelan..hihi..

Cumenyer, hati mana yg tak kembang klu masakannya dipuji, nak2 lagi dari orang yg terchenta, yer dok?

Tomyam Seafood - 4*
  • terlalu bnyk sayur (en. Suami x gemor sayur mane..)

Udang Masak Merah - 2*
  • terbanyak kuah

Daging Goreng Cili - 5*


Sup Sayur - 3*
  • sayur terlebih masak

Ini adalah rate dan komen dari en. Suami.. Untuk next masakan, akan diupload kendian.. Xleh upload bnyk2..hahaha..(padahal xdan amik gambo sbb x sabo nak makan..huihui)..




Dec 11, 2009

Juste Pour Vous

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

Teringat pesan ayah di suatu petang...
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

  1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
  2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.



YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
"Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata.
"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini."

Dec 7, 2009

Luzern

Hari ni en. Suami mengambil day off, sbbnya kami bersama-sama ngan BILs mau naik cable car kt Luzern utk menikmati pemandangan atas bukit, nk2 lagi skang nih dah snow kt atas mountain.. Tapi hari ni cuaca tak best, ujan n cloudy.. So, aktiviti utk naik cable car tu kiv dulu..

Harga tren return trip CHF61/person with half fare card, dan ini merupakan the longest journey tren ever yang pernah kami naik, which is lebey kurang 2 jam setengah.. Tapi x rasa sangat sbb sepanjang perjalanan viewnya menarik.. Kat area mane ntah, dah ade snow kt tepi2 jalan.. Bestnyer, rasa cam nak trun jap utk jamah.. Hehehe..

Tapi sayangnya, bila sampai Luzern, masih hujan n cloudy, so x nampak sangat mountain2 yg ada kt sini.. So we all decide utk jln2 kt Old Town je.. Pas makan pizza yang teramatla besau, we all decide nak naik plak cable car tu, memandangkan hujan dah makin reda plus dah x cloudy dah.. Tapi bila gi tny kt Tourist Counter, sis tu advice baek xyah naik, coz lg sejam dah nak kena trun (coz last cable car kul 4), nnt tak psl2 br je sapa atas, dah kena trun.. So, at the end we all gi soping kt Migros, Coop n Manor plus cari2 souvenir.. Cume yang x bestnyer, hujan makin lebat, nk bergambau pon x syok.. Nampak gaya, kena mai lagi nih.. Hihihi..



View 1




View 2

Dec 6, 2009

Vevey & Mt. Pelerin

Oleh kerana BILs mai, so kami bawak pi jenjln kt sini.. Memang Vevey antara tempat yg kami nak pi, tp tak berkesempatan lagi nak berkunjung.. Ni 1st time kami kuar jenjalan ari Ahad, besenya kami kuar ari Samedi je.. Bukan pe, takut sejuk nnt tak dapat nk masuk kedai klu ari Dimache sbb bnyk kedai ttp.. Tapi kali ni, weather sangat menarik, kurang sejuk dan sunny..

Memang menarik tempat nih, ada lake dan mountain.. Nak- nak skang nih dah ade snow kt mountain dan nampak dengan jelas.. As usual, datang sini naik tren, CHF9.60/person return ticket with half fare card.. Kat sini ade tempat nak skating, bestnyer klu dpt skate..huhuhu (cam pandai je..)

Pastu kami nak tren ke Mount Pelerin, harga CHF7/person return ticket with half fare card.. Kat atas nih lagi clear n very nice viewnya.. Kami siap meneropong utk tgk mountain, x sangka ade rumah kt atas mountain yg dah bersnow tuh..




View dari Renens Gare ke Vevey

Dec 5, 2009

Ace wo Nerae


Setelah lama tidak melayan crite2 series dari Japan dan Korea (seingat sayala dr awal thn 2008), maka berputik kembali bunga2 kemaruk dalam melayani crite2 sebegini.. Kalau dulu, saya tgk cd/dvd, skang saya tgk online.. Hihihi.. Lagi save budget, tapinyer pilihan terhad plus kualiti gambonyer takdela sebest cd/dvd..

Setelah melihat sinopsis di sini, saya interested utk tgk crite nih. Hasilnya, saya memang melekat dan hampir tak terbuat keje2 lain.. Nak2 lagi saya memang suke main tenis.. (huhuhu..tringat zaman mude2 main ngn M---, L---, Y-- ) Memang kaki tenisla, pepagi pas subuh dah terpacak kat court.. X kirala weekdays ke weekend..

Crite nih ala-ala seangkatan Slam Dunk, dan saya memang suke btol ngn Ueto Aya (1st time tgk dia dalam crite Attention Please, trus jatuh cinta!)

p/s: Jadi kalu blog ni x diupdate selalu, pepaham la ye.. Hehehe..

Dec 1, 2009

Groceries oo Groceries..

Actually dah lame nak wat entri nih, tapi tak terbuat je.. Since ramai yang tanya, cemana cost duk sini, buah murah ke tak, senang ke nak dapat makanan yang halal, etc.. So, kt bawah ni barang2 yg bese kami beli..

  1. Susu CHF1.25/liter
  2. Jus CHF2.30/liter
  3. Nescafe CHF8.90/180gram
  4. Milo CHF18.50/kg
  5. Gula CHF4/kg
  6. Yogurt CHF1/125gram
  7. Aiskrim CHF9/liter
  8. Chocolate CHF1.40/100gram - ni yang basic, xde nut bagai laa.. ada jugak yang lagi mahal
  9. Cereal CHF4.80/375gram
  10. Pizza CHF5.50/350gram
  11. Croissant CHF0.55/piece
  12. Roti coklat CHF4.80/8 pieces
  13. Spagetti CHF3.30/kg
  14. Beras Jasmin CHF18/10kg
  15. Minyak CHF3/liter - yg paling murah
  16. Bawang besar CHF1.95/kg
  17. Bawang putih CHF12.25/kg
  18. Carrot CHF2/kg
  19. Brokoli CHF3.95/kg
  20. Cauliflower CHF3.95/kg
  21. Tomato CHF3.95/kg
  22. Banana CHF3.60/kg
  23. Apple CHF4.50/kg
  24. Pear CHF4.50/kg
  25. Grape CHF7.95/kg
  26. Ayam CHF12/ekor - tapi saiznya sama cam RM6-7 kt Malaysia
  27. Udang CHF20/kg - ni kt kedai Cina, murah sket berbanding Migros & Coop
  28. Ikan Salmon CHF30/kg
  29. Daging CHF30/kg
  30. Telur CHF4.90/10biji
Basically, ade yg murah dan ade yang lagi mahal berbanding ngan Malaysia.. Cumenyer, ayam halal kt sini lagi mahal dari ayam kt soping (dalam RM6/kg) Tapi kat sini, ayamla yang paling murah berbanding dengan ikan dan daging.. Huhu teringat daging kt Kelantan RM15/kg.. Kat sini ade Asian store, pernah beli timun (CHF4/piece saiz M) dan babycorn (CHF4/kotak yang kecik tu, ade dalam 10 piece je..), sangat mahal..

Nov 27, 2009

Pertama Kalinya..



Ini merupakan kali pertama kami beraya di negara asing.. Rasa cam tak beraya pon ader.. Huhu.. Tapi sekurang-kurangnya dapat dengar soro famili pon dh ok.. Kedengaran suara meriah nephews pon terubat jiwa yang lara.. Cume, cam sebak plak bile my sis gitau yg my mum sebulan berair mata ingatkan cucu dia kt sini.. Huhu.. Ayah plak lately kerap demam n pening (ingatkan anak bongsunya kt sinikah??) Ikutkan hati nih rase cam nak balik je beraya bersama, tp apakan daya.. Xperla, nnt klu ade rezeki lebey, insyaAllah, kami akan pulang.. mana tau untuk beraya bersama ke? Apa2pun, Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin.. Untuk keluarga mertua yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji mabrur..

p/s : Off topic jap, tp related ngn tajuk, Dimanche lepas pertama kali saya menggunting rambut en. Suami..hehehe..nak gelak pon ade..sib baek ok eventhough xdela cam gunting kt kedai..

Nov 21, 2009

Geneva : Jardin Anglais & Parc des Bastions

Plan nak gi Geneva dari last wik lagi, tp sebab Zahra kurang sihat, maka plan ni terpaksa ditunda ke minggu ni.. Hehe.. akhirnya, tercapai jugakla hasrat hati kami nak jejakkan kaki ke Geneva.. Bukan pe, selalu jugak dengar time studi n keje dulu2, ade exhibition kt Geneva, siap ade prof2 bawak balik medal sbb menang dalam exhibition nih..

Cam bese, pengangkutan kami adalah menggunakan tren, pergi balik CHF19 per person sbb ade half fare card.. Perjalanan mengambil masa lebey kurang 40 mins.. Sampai2 je, my 1st impression was lebey kurang cam Montreux in terms of buildingnya (agak berlainan ngan Lausanne..) Tapi yang menariknya, kt sini ade tram (ade rail di jalan plus guna kabel letrik gaks). Jalan rayanya agak luas tp banyak keta gak..

1st tempat yang dituju adalah city centre market, hehehe, bukan pe.. saya ni sronot btol tgk buah2, sayur2 dan pelbagai bentuk roti yg ade kt market. Tapi market kt sini quite different ngn market kt Lausanne. Sket je booth dier, tp depa stay sapa petang (kt Lausanne kul 2ptg dah xde!) Pas mencuci mata kt market, we off to Old Town, kat area sini jalannya adalah daripada batu bata, cam kat Melaka tu.. Lagi satu, sini dia punyer bukit bukau ngalahkan Lausanne, fuyoo..mau tercabut kepala lutot.. Sib baikla viewnya menarik..

Lepas turun naik bukit, we all sampai kt Parc des Bastions.. Kate en. Suami, tempat ni memang glamer sbb ade Geneva Reformation Statue.. Tapi bagi saya, yang plg menarik kt sini ada giant chess n checkers, plus ramei plak tu yg tgh main mendealah nih.. Saya cam konpius plak, leh nampak the whole game ke utk pk strategi..hmmm..

Then en. Suami ajak gi Jet D'eau, tempat air pancut.. Katanya klu malam lagi lawo sbb ade cahye berwarna warni.. Huhuhu,tp sayangnyer kami xle stay sapa malam.. Tapi yg lg sayang, sesampai je kami kt situ, air pancut tu tak on pon, sbb tgh ada maintenance.. Huhuhu.. Dahle en. Suami kata time winter dah xde.. Huhuhu.. X lama lagi dah nak winter.. Jawabnyer thn depanla br dpt tgk.. Punyerla ramai juga yg dtg utk tgk, sib baikle ade swans n ducks yg dapat hiburkan hati yg lara..huahuahua.. Airnya pon sangaaaattt jernih..

Pendek kata, memang x sempatla nak ronda satu Geneva ni dalam masa satu hari.. Ni pon gi tempat2 yg penting2 je dulu.. Rasa cam tak puas.. Bila en. Suami ajak balik, siap tny dah nak balik ke? Huahuahua.. Padahal kaki dah lenguh gle.. Lagipun cuaca makin lama makin sejuk, plus sumer kedai dah almost tutup.. Xper2, nnt kite datang lagi ek bang ek.. Ngeh ngeh ngeh..

View dari Renens Gare ke Geneva

Nov 20, 2009

Antara Dua

Lately saya banyak surf inet pasal HOUSE WIFE atau lebih tepat lagi mengenai SAHM. Mengapa tetibe saya duk surf psl bende nih? Adakah sbbnya skang nih saya dah bergelar full time house wife dan saya tak lagi bergelar working mum?

Sebenarnya, saya dah lama berangan untuk menjadi SAHM (tapi masa tu xde anak lagi n x merasa lagi life as SAHM. Masa tu dalam kepala saya, jadi suri rumahtangga ni beh, leh wat ape saja yang kita suke (termasukla lepak, nonton tv, tdo, masak2 etc..) Tetapi selepas sahaja saya bergelar MOTHER dan berada dalam tempoh pantang, sedikit sebanyak saya merasakan life as SAHM ni cam xde life (waktu tu duk umah mak.. jadi kejenya makan tdo.. Zahra plak kerap tdo n malas nak berinternet) Tapi bila saya dah lepas tempoh pantang n mak pon dah start membzkan diri ngn kejenya, masa tu saya merasakan agak memenatkan dan susah life as SAHM berbanding ngan keje.. Sehinggakan saya pernah gitau kt en. Suami yang saya x seswai jadi full time housewife..

Sampaila saya dan suami berhijrah ke sini, maka tanggungjawab memasak dan menjaga Zahra sepenuhnya di atas bahu saya (semasa suami gi keje) Lagila saya terasa akan kepayahannya (esp dr segi nak manage masa) mana nak jaga Zahra lagi, mana nak masak, nak ngemas rumah, nak layan inet..hahaha.. Sekali lagi saya bagitau kt en. Suami yang SAHM ni nampak je senang, tp sbnornyer lg memenatkan dr keje (pada pandangan saya laa..) Bangun pagi-pagi nak sediakan bekpes utk en. Suami dan anak (sib baik makan cereals n roti je..yg Zahra leceh sket sbb nak kena lenyek n perah), pastu nk masak makanan Zahra utk lunch n dinner, pastu nak mandikan Zahra (ni yg agak melenguhkan blkg sbb mandi dlm tub, kena membongkok), nak tdokan Zahra (Zahra tdo mesti ngn mamam - klu dalam umah) pastu wat keje umah sket2, sdr2 en. Suami dah nak balik, klu rajin terlebih saya akan wat minum petang, pendek kata pas en. Suami balik keje, saya masih bekerja sampaila Zahra tdo malam (tu pon kejap2 jaga coz Zahra skang kerap nyusu malam compare ngn dulu2) Ni baru anak sorang, tak menang tangan dibuatnya. Saya memang mengagumi kaum2 ibu yang dapat menguruskan rumahtangganya dengan baik. Betapa saya sekarang ini amat menghargai pengorbanan insan bergelar ibu, tak terbalas rasanya dengan lautan intan berlian sekalipun. Terima kasih ibuku kerana melahir dan mendidikku, terima kasih ibu mertuaku kerana melahir dan mendidik en. Suamiku..

Walau bagaimanapun, makin lama makin saya jatuh cinta dengan KERJA saya sekarang, adakah kerana saya sudah get used dengan keadaan sekarang? Saya rasa jadi SAHM ni banyak benefitnya, antaranya saya dapat anto & sambut en. Suami gi/balik dari keje (impian saya sejak dulu dapat ditunaikan skang..) Saya makin enjoy main2 ngan Zahra (even kekdg tu tak sabo nak dia tdo or tdo lame sket sbb nak surf inet) Tak sabar nak Zahra pandai jalan, leh bwk dia jenjln kt dpn rumah/apt (skang ni berat nak dukung plus leceh nak guna stroller sbb ade tangga) Tak sabar nak Zahra pandai cakap, leh layan borak sesama.. Dapat masak2 dengan happynyer..

Nak2 lagi apabila saya surf kt ratuhati n blog, bnyk yg mengenai housewife, bnyk mende yg kita leh wat. Yang penting, kerajinan mesti ada. Yang paling menarik perhatian saya ialah homeschool. Cam beh je klu dpt homeschoolkan anak2 sendiri. Pastu saya teringin nk blaja masak2 kek, kueh ngan jahit baju (klu jadi SAHM forever n ever laa..n klu rajen..haha)

Jadi adakah saya akan trus menjadi SAHM even after en. Suami berjaya mendapatkan PhDnya? Bagaimana dengan cita-cita saya untuk menyambung study (walaupun dalam hati ni masih gerun dgn title Dr.)? Bagaimana dengan niat saya untuk menyumbang jasa & bakti pada UMP yang saya sayangi? Kalau saya bekerja nnt, bagaimana dengan Zahra? Sanggupkah saya tinggalkan Zahra pada nursery? Adakah saya mampu melayan en. Suami dan Zahra sebagaimana saya melayan mereka seperti sekarang? Adakah saya mampu mengurus rumahtangga saya dengan sebaiknya?

Ntahla, saya pon x pasti. Yang saya tahu, skang ni saya nak live the fullest as a SAHM. Saya ada 3-4 tahun untuk decide. Biarlah masa yang menentukan. Lagipon, saya x try lagi kehidupan as a working mum kan. Manalah tau kot2 saya dapat handle ke.. Tapi mesti x sama cam SAHM kan?

Nov 9, 2009

Ouchy & Musѐe Olympique

Sebenarnya kami prnh gi Ouchy, time tu masih duk kt Hotel du Marche lagi.. Memang viewnya cantik, sbb ade lake ngn leh nampak France. Tapi masa tu lupe bawak kamera. So, weekend lepas kami gi skali lagi, sbbnye en. Suami beria-ria nak gi Musѐe Olympique (aritu masa gi Ouchy, xdan nak masuk musѐe). Ouchy ni dekat je ngn Lausanne, naik metro je. Tapi oleh kerana kami dah berpindah ke Renens Gare, so, dari ujung ke ujunglaa..but still nak gi tghari blk ptg pon dan..

Menurut kata en. Suami, org mai Lausanne sbb nak gi tgk Musѐe Olympique laa.. Kirenyer ni one of the main attractions kt sini laa.. Saya xdela beria2 sgt nak tgk (almaklum sajala bukan peminat muzium, unless best gler) tp dek kerana saya ni suke berjalan, maka on ajelaa.. Rega nak masuk CHF15/person.. Ape yang menarik mengenai Musѐe Olympique ni (ni pendapat en. Suami ye.. bagi saya bese je..!!) ia adalah the world's largest archive of the olympic games. Dalam museum nih ada sejarah olimpik yg ditunjuk secara interaktif beserta memoriblia, semua jenis medal olympics dari 1894 - Beijing 2008 (yg ni saya mmg suke), preview next olimpik games kt Vancouver 2010, sportsgear daripada olympic heroes (termasukla kasut bola Pele) yg didonate kepada museum. Pendek kata sumer yang berkaitan dengan olympic ada di sini.

Rupenyer, ramai btol org kt Ouchy kali ni (masa 1st time pi (ari Samedi) x ramai camgini, maybe sbb arini ari Dimanche, sume soping mall ttp) Siap kuda berpusing (mainan bdak2) tu on (ms kitorang pi aritu ttp) lagi.. Gamaknyer, ari Ahad nih depa suka gi jejln kt park bersama famili.. Btw, weather kat sini makin lama makin sejuk.. Pakai bj sejuk pon still rasa sejuk. Nampak gayanyer kena pakai fleece + bj sejuk.. Ni baru autumn, klu winter cemanala gamaknyer, kena pakai 3-4 lapis bj sejuk.. Tapi x sabau nak jamah snow (maklumla jakun ngn snow nih..!!)

Nov 4, 2009

Mak aiii...

Entri kali ni pasal food.. Yeah, food.. Actually dh lame nak wat entri nih, tapi masa je tak mengizinkan.. Plak tu saya ni jenis pelupa, lupa nak amik gambo, lupe nak bawak kamera, lupe yg hs zaman skang dh leh amik gambo.. Kekadang tuh, bila dah abih baru tringat nak amik (hihihi..ni kes tak sabau nak melantak la nih..)

Ini adalah nasi goreng udang, bukan saya yang wat..hehehe..kami beli kt kedai cina..sedap woo..sampai menjilat sudu (ni kes klu makan kt situlaa..) Nasi dia tersangatlah banyak, klu saya makan dpt abihkan separuh je (padahal sejak datang sini kemain saya makan, sbb sejuk kot!hehe..)

Lihatlah, betapa banyaknyer.. harga pon agak mahal, CHF16.90..huhu..tringat kt nasi goreng Restoran Singgah Selalu, paling mahal pon RM6 (nasi goreng isi ketam) Tapi udang dia taruk agak banyakla, dalam 10 ekor camtu..

Ni plak roti tuna yg en. Suami beli kt u dier.. Sedap gak.. Katanya ni roti arab..Besar kan? Harga dia agak murahla berbanding ngan panini n roti sandwich lain, CHF5 je.. Kami makan roti ni pon share. X abihla nak makan satu sorang..

Yang ni plak,huhuhu..saya yg berdegil nak beli.. en. Suami dah warning tak sedap.. Saya nak jugak.. Manala nak tau sedap ke tak kan klu x try.. Ingatkan cam pretzel Auntie Anne ke, x pon cam maruku ke.. (saya kan suke benda2 ngunyah nih..) Sekali rasa, mak aii, masin bebenor.. Saya yang suka masin ni pon xleh nak terima tahap kemasinannyer memang melampau.. Sampai tahap saya terpaksa buang mende2 putih tu..

Nov 1, 2009

tmp

My Header : Version 1

Montreux & Chateau de Chillon

Semalam kami gi jenjalan ke daerah Montreux.. Kenapa ke sana? Sbbnye en. Suami dah buhsan asyik weekend je gi Lausanne, weekend je gi Lausanne, cam xde tmpt lain.. (ni kes mencari bj sejuk & kasut i la nihh..) So, kali ni kami telah menaiki tren (reganya CHF24 return trip per person) selama 45 mins untuk ke Montreux.

Lagik satu nape kami sesuka hati leh gi berjalan2, sbb en. Suami br lepas abih midterm exam (padahal open buk je.. tu pon nak kecoh kan!) Satu lagi tempat ni mmg famous sbb Bill Gates & Shania Twain duk kt sini (ade kami kesah??) Hahha.. sbbnyer kt sini viewnya adalah one of the most beautiful walks along the lake (ni bukan kami je yg kata..rujuk link nih..)

Jauh jugakla kami jalan, dr Centre Commercial Montreux sapala ke Chateau de Chillon (translatenye adalah Castle of Chillon) Sib baekla viewnyer menarik, plus mmg ramai org duk jejln (ade yg guna scooter, roller blade pon ade) skali, so x merasala penatnye.. Nak2 skang ni musim autumn kan, mmgla cantik..

Sampai je kt chateau tu, en. Suami xdan2 nak membeli keychain (ni kes dia dah lame mencarik, sbb nak taruk kunci umah & opis) Ramai jugak orang duk beratur beli tiket nak masuk, ade yg cakap Nihongo, ade yg cakap Espanol, ade yg cakap German, kami je yg bercakap bahasa Melayu.. huhuhu.. Rega tiket masuk CHF12/person. Chateau ni mmg dah lame, sejak 1005 lagi.. On 13th century, this castle was greatly expanded (ni en. Suami yg suh tulis.. dia kan suke mende2 historic camgini)

Dalam chateau ni, ade 46 places of attraction yg leh dilawati.. Rasanya cam lebey kurang castle lain la kot.. Ada bilik king & queen, guest room, formal dining room, etc.. Tapi yang menarik perhatian saya ialah bilik lukisan moden (kt sini bnyk lukisan tmpt2/view yg menarik & cantik skali kt Switzerland..) Memang chanteekk bangett.. The moment yg photoghrapher tu amik mmg perfect dr segi timing (nak nak saya nih jenis suka kan lukisan!) Lagik satu bilik prison,hehe, bukan pe, blk prison ni kt basement yg xdek view pa pe, n bkn jenis grill tau, dia just rantai kt kaki. Dlm blk nih, ade sorang prisoner, namanya Francois de Bonivard (maapla ye.. entri ni historic sket sbb hubby ade kt seb. duk monitor) Mmg glamer la kot mamat nih, leh search kt inet (klu rajen yer..) sape mamat nih..

Kami balik dalam kul 5++ (tu pon sbb tunggu tren sejam skali..) Masa tu dah gelap, jadik x dapat nak tgk view mengadap laut (sbb ms pi duk ngadap bukit bukau..) Bila sampai je rumah, baru rasa ala-ala crammed kt kaki.. Malamnyer, tdo awaii.. Totally flaatttt!! (Ngan Zahra skali sbb dia x dpt makan..huhu)



Ni view dari tren Renens Gare ke Montreux

Oct 27, 2009

Shopping for Winter

Ca va? Skang beza masa ngan Malaysia dah 7 jam, coz 25hb aritu berlakunya Daylight Saving Time, so lag sejam lagi ngan Malaysia. Klu nak tau what is DST, and when does DST happen? Searchla inet..hehe.. saya pon baru tau (tu pon en. Suami yg inform)Haru jugak nak sesuaikan diri kul 5++ dah morib..huhuhu..terkejar-kejar rasanya.. Time en. Suami balik, dah gelap, cam x best nak kuar gelap2 (even ade lampu jalan or lampu kedai)padahal baru kul 5++..

Apapun, Samedi lepas saya telah berjaya membeli baju sejuk dan kasut untuk winter. Kenapa saya kata BERJAYA? Huhuhu.. sbnornyer dr last two wiks lg dah mengusha bj sejuk n kasut, tp xde yang berkenan di hati (pembetulan: ade yg berkenan tp saiz xdekla..) Sib baik la weather masih x tahap sejuk gaban.



Inilah hasilnya. Actually, utk Zahra dah beli dari last two wiks. Ikutkan saya, nk belikan baju sejuk yg unisex je utk Zahra, blehla adik dia pakai nnt (kot2 dpt adik laki kan..!) Tapi oleh kerana En. Suami dah berkenan btol kt bj tu,cepat2 nak gi bayor, saya turutkan ajelahh (dah dio yg byr pon kann..) Ha, jgn taktau kasut saya tu jenama BATA, harga agak murahla CHF39.90. Cantik dak? Sket punyer payah nak carik, bkn pe, kt sini stylenyer pakai boot yg tinggi tu. Saya adela gatai mentrynyer, en. Suami kata nampak cun gaks,saya tgk pon cun gaks (mmg lawo la kasut tuh!)tp kt pandangan perasaan nih, cam baru blk dr ladang joo..huhuhu.. tapi sebenornyer mmg smart la pakai boot tinggi tuhh.. mentaliti saya je x terubah laiee..

Okeylaa..nk sambung blaja French.. un,deux,trois..

Oct 16, 2009

Bienvenue to Switzerland! Part 2

Bonjour.. Ape ek nak sambung utk Part 2 ek? Hahaha.. bnyk benda utk dicerite, tp arini cam xdek inspirasi. Huhuhu..

Lets continue psl umah. Ha, sib baikla ari Sabtu (10hb) tu dpt jupe rumah furnished persendirian yang disewakan (2 stop nk ke EPFL, dlm 15 min gitu). So move in pada hari Ahad, nak tau brape rega umah nih, CHF 2700 but ade 10% diskaun for EPFL affiliates. Umah ni 3 tingkat, plus ade lower ground (tempat penyewa ni duk!). We duk kt ground floor, 1 bedroom. Rumah ni was build in 1935, bayangkan betapa klasiknya rumah ni, but of course dh go tru many renovations. Kat my fotopages ade gambo umah nih. Ha, since we moving ke umah nih, weather makin sejuk, maklumla dh nak winter. Kluar kejap je dh freezing jari + pipi. Takleh bayang time winter cemana. Huhuhu.. Rasa cam x sabar nk warm sket. Tapi, we all x settle down lagi, rent kt sini sapa 6hb Nov je, coz pastu nk pindah ke umah my hubby's fren ( Egypt guy, dia blk sana till end of this year), sewanya murah sket CHF1500/month kt Renens Gare (lg jauh tmpt ni nk ke EPFL dr tmpt yg kami duk skang, tambah lg 3 tren's stop). The main reason why we still nomading coz bulan Mars ni nak duk dlm EPFL (dh dpt apartment fully furnished n reganya CHF1440 tp lan 3 br leh duk.. harganya maybe murah sbb skang ni msh xde groceries' stores n jauh ngn transport). So, utk lan Janvier & Fevrier ni tak tau lagi nak duk mane. Dahla time tu dh winter, ade jugak karang yg membeku tgh jalan.

inilah rumah yang disewa..floor bawah je..
Ha, tertinggal plak psl event on Samedi (Sabtu) ni, before gi tgk umah ni, we jejln dulu kt area city centre tu, rupenyer ade market, morning market actually. Ada bnyk stalls, buah2an, sayur2an, roti, cheese, daging, sausages, bunga, and even stalls baju. So we buy strawberi ngn roti. Uis, strawberi dia manis btol (en. Suamiku suke giler, me biasa je coz dia tak crunchy cam kt Malaysia tu although x manis) But anyway, beggars (bkn yg mainkan muzik n tadah topi) pon ade. I thought negara yang maju camgini xde, plus like my hubby always said, Switzerland xde benda crappy n smua benda mahal n ade cost, cemanala depa ni leh survive yer..

Ramai btol orang kuar hari Sabtu berbanding ngn hari Ahad. Kat sini almost all kedai tutup hari Ahad. Hari Sabtu depa buka sapa kul 6 jek. X puas nak window shopping. Klu weekdays sapa kul 7. Unlike Malaysia kan, pelik btol la. Orang time weekend la br sempat nak shopping, dh weekdays bz ngn keje. Ni tak, w'end depa tutup. So nak tak nak, klu nak beli groceries, en. Suamiku akan pulang awal sedikit dlm kul 5, then we off the Migros yang berdekatan (dalam 6 mins walk). So, dalam tren sesakla sket klu ari Sabtu.

ni lah scooter..tak berapa clear sbb amik ngan hs
Lagi satu yang wa perasan kt sini, ade paintings (act. leh kate contengan.. sape pernah tgk citer Step Up 2 : Street Dance.. ha contengan yg dibuat oleh kump. 410.. macam tu la!) kt wall. Sangat bnyk, kt mana2 je ade (especially kt wall di railways). Klu naik tren tu leh nampak sepanjang jalan (maybe terexaggerated sket..), tp serius la, rasa cam eh biar btol nih, kata Switzerland ni negara yang terjaga.. Hahaha, bnyk btol yg wa condemn, act. bukan pe, cume cam bizarre la mende2 camgini kan, septtnya xdela kan.. Tapi yang coolnye ialah, kt sini scooter dijadikan as one of transport. Klu kt tmpt kite kan, bebudak je yg ada, tu pon main2 kt pdg or dpn rumah ke. Jarang bwk gi jejln. Kat sini x sah klu x nampak, kt mana2 je ade. Plus, bkn bdak2 je, teenagers, adults n makcik pon pernah kami nampak pakai scooter ni. Lawak pon ader. Lagi satu yg wa agak kagum, gi je la kt mana pon, klu jupe sesapa even strangers depa akan say bonjour. Kan best klu bg salam dijadikan amalan kt tmpt kita. Huhuhu..

Rasanya itu sajela yg wa nak citer dlm entri BIENVENUE ni. So, this is the end. Apapun, memang btol la org kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.. Ececece.. Kay, a bientot..



Lupe nak upload pemandangan dari Geneva ke Lausanne daa...

Oct 15, 2009

Bienvenue to Switzerland! Part 1

Salut.. Wah, akhirnya sampai juga kaki wa ke Switzerland.. Sedar x sedar dah 12 hari wa berada di perantauan.. Rasa cam semalam je baru sapa.. Rasa cam tak cayer je wa bukan lagi berada di Malaysia.. Sedey pon ade.. Cam x sabor plak nak blk.. Huhuhu..

Masih ingat lagi betapa lamenyer ( plus perit jgk laa.. sakit blakang eden.. maklumle 12 jam duk atas krusi, tu pon br sapa Amsterdam) berada dalam flight, sib baik sengal2 badan dah ilang.. Klu nak dikirakan lebih dr 24 jam perjalanan dr Malaysia (Klate specifically..) ke Lausanne, Switzerland. Bkn senang, 2x flight (KLIA ke Amsterdam, Amsterdam ke Geneva) plus ngn train (Geneva ke Lausanne). Dalam hati ni, napela en. Suami memilih untuk blajo ke sini, padahal bnyk lg tempat yang boleh pi. Tapi dah itu yang dicita-citakannya, wa ikutkan aje la. Cumenyer, kesian kt my little Zahra. Sib baek la dalam flight tu tdo je kejenya, bila 2 jam lg nak sapa Amsterdam br dia bgn (seb baik jgk dia muat dlm crib yg MAS sediakan)

Sesampai je kt Switzerland, weather agak sejuk tp sib baek sejuk cam Cameron gitu.. Skang ni musim autumn and soon will be winter. First impression sapa sini (plus en. Suami pon ade tny!) wa rasa cam biasa aje,hahaha.. en. Suami x dpt trime. Tapi yang tak tahan kat sini bentuk muka buminya agak berbukit bukau (xla tinggi sangat sampaikan xleh redah tp bagi den yang biasa ngn tanah rata ni tinggi jugakla.. penat nak menapak!) Sepanjang naik tren dari Geneva tu, wa nampak 3-4 rumah atas bukit then kelilingnya penuh ngn tanaman. Kirenyer cam agriculture part of their industries. Bagus2 wa suke. Hahaha. Hijau mata memandang gitu..

Area city centre, kt atas bridge for walkers

First, we all menginap kt Hotel du Marche, then Hotel Crystal and then go back to Hotel du Marche. Why? We booking till Tuesday je, ingatkan dapat rumah secepat yang mungkin. Sekali sket punyer leceh nak dapatkan rumah. Nak kena pi register kt Lausanne Communale ( x silap nama penuh Administrater Communale.. ni cam pejabat daerah la..) then wait for residence document then baru leh dapat permit B (dunno what it is..) then baru leh apply for rumah (act. klu dpt residence doc dh leh apply, tp klu guna permit B lg senang nak dpt) Ha, jgn tak tahu, rumah kat sini mahal tak hengat punyer.. Rumah jenis 1 bedroom plg murah (yg en. Suami cr la mengikut kriteria dia..) CHF 1400 ke atas tu without furnished. Yang furnished tp style studio, no bedroom CHF 2300 ke atas.. Huhuhu.. Cemana nak save money utk gi jejln.. But then a again, lg murah la dr duk hotel sebulan kan.. Kt du Marche ni CHF135 per night, ni pon hotel budget (blk ni skali ngn bathroom, bilik dia oklaa.. cume bathroom dia sempit!) Ok back to the story, tetibe nak prolong la our stay kt sini on Tuesday tu, skali hari Tuesday tu full (mase nak buking tu hari Ahad) cek la hotel2 budget yang lain, semuanya full.. Pelik btol, bile tny kt receptionist tu ada ape hari Tuesday, dia gitau nothing in particular.. So terpaksa duk kt Hotel Crystal dua malam yg reganya CHF219 (blk dia best, siap asing ruang bedroom ngn ruang santai n bathroom memang best gilerss compared to du Marche) Cumenyer, hotel ni terletak in city, so agak bisingla sket ngn bunyi jam (always ringing on 9 - 9.30 and 6 - 6.30 yg den perasanla.. kuat btol..) Jalan sket je ade Mc Donalds (siap ada Magnum Mc Flurry + wedges.. ade jual doughnuts gak..) Pastu ada Coop (shopping complex), Starbucks, butik2 etc.. Ha, jgn tak tau, area city centre pon berbukit jugak.. Wa siap bagitau kt en. Suami, leh kurus camgini.. Hahaha.. Tapi x rasa penat sgt, sbb duk sibuk tgk environment, almaklum sajala tempat baru..

ni lah city centre..
Ha, hari Ahad tu (sehari selepas sapa, 4 Oct) kami gi jejln. Kebetulan en. Suami ternampak ade Baby Planet 2009 kt one of brochure dalam blk. Baby Planet tu cam ekspo, all about baby punyer stuff plus ade diskaun. Tapi nak masuk tu kena byr, CHF7 per person (tu pon sbb diskaun, klu x CHF10) Utk kids x pasti plak berapa byran, for sure utk baby free. Kt sana, we buy huggies + 1 toy je utk Zahra. Cari softbook + flash cards tapi x jupe. Nak beli yang lelain such as playpen + car seat x leh lagi coz still x duk umah, nnt nak pindah susah coz skang pon brg dh bnyk giler. Ha, huggies dia murah coz ade diskaun (CHF 21.90 harga asal, tp dpt CHF14.60 utk 44 pieces, type 4.. Kat sana depa x guna S,M,L but guna nombor, 3,4,5..) Rasa cam x sbr nak tunggu next yr plak, leh borong sakan nnt.

Apa yang wa leh kata, basically kt Lausanne ni xdela best sgt.. Hahaha.. Or more precise lg, xdela seperti yg wa expect (maybe wa expect terlalu tinggi kot) Kt city centre tu bnyk je putung2 rokok, compared dgn area du Marche tu lg bersih. Pastu wa pelik btol, cemanala Switzerland known as the cleanest air, coz agak ramai yg duk isap rokok, sambil jalan la, duk lepak kt krusi la, rasa cam x best nak lepak situ ngn Zahra (kekdg wa bwk Zahra lepak kt bench sementara menunggu en. Suami pulang) Plak tu, jln rayanya xdela besor, agak kecil (cume tak pernah nampak jam) Maybe sbb ramai yg lebih suka berjln n menggunakan transport awam (bus + tren) Teksi dia mahei.. Tren dia siap leh bwk masuk basikal (cool, plus xde tollgate cam putra.. sesape je leh naik even klu xde tiket pon) Plus, kt sini boleh dikatakan agak ramai yg bertudung, so xdela rasa alienated sgt. Rasa cam curious plak, depa beli tudung kt ne ek.. Hehehe.. Cume ape yang menjadi barrier ialah BAHASA. Huhuhu, ingatkan depa leh speak English, rupenyer x ramai yg ingin (or boleh) speaking Anglais. Sib baekla en. Suami taula jugak although still in beginner level, kekdg amik masa nak phm ape orang tu cakap. And me of coursela, satu hape pon tak paham, just rely on my hubby. Tu yang buatkan wa rasa handicapped. Nak beli barang pon nak kena rujuk ngn en. Suami kot2 ade bahan yang xleh makan. Ingatkan adela jugak tulisan kot English, skali ada bahasa French, German ngan Itali. Sadis btol. Okla, sambung lenkali utk Part 2. Nak pi smyg sat. Cdgnya nak kuar ptg ni pas en. Suami blk (even though cuaca makin sejuk..)

Oct 1, 2009

Au Revoir

Esok, ku + suamiku + anakku akan bertolak ke Switzerland. Dalam hati ni, bermacam - macam perasaan. Sekejap rasa tak sabar, sekejap rasa sedey, sekejap rasa berdebor, sekejap rasa x mboh pi, sekejap rasa excited.. Huhuhu.. Kekadang tu rasa cam beshnya kalu ada sehari dua lagi kt sini, ada bnyk lg benda nak wat.. Hehehe.. Antaranya makan kt Tesco Food Court for the last time b4 fly, depanyer desserts best btol.. Sampai meleleh ayaq liur klu imagine.. Kt bahagian mee & laksa pon besh gak, tp wa br try mee goreng.. yang tu gerenti menjilat jari..

Rasanya makanan adalah antara perkara UTAMA yang akan wa miss sesgt nnt. And of course, our beloved famillies + relatives + friends + neighbours.. For Zahra, maybe she'll miss her ayam + burung + cousins.. No longer bunyi ayam + burung, no longer didukung oleh TOK MEK around the house and yard..

As for me, yang paling nervous skali ialah wa langsung tak paham bahasa French nih.. Huhuhu.. Tu la mase cuti lame aritu malas nak blaja. Skang dh terkapai - kapai bila nak fly, kt sana nnt for sure terkebil - kebil laa.. Dahle depa tu speaking sket punyer laju, hampir nk ngalahkan bullet train.. Huhuhu.. Skang ni baru nak pick up a few words, tu pon dh naik pening kepalo ngn pinar2 bijik mata den nengokkan perkataan dia.. Tu blom blajo pronounce lagi, mesti terbelit lidah den..

But, life must go on.. Just do & hope for the best.. Doakan keselamatan kami, semoga dipermudahkanlah urusan kami dan semoga kita dapat berjumpa lagi.. Aminn..

Sep 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Rasanya x sabar nak beraya tahun ni.. Semua persiapan almost done.. Tinggal nak ngemas rumah sket2 lagi.. Kalau tahun lepas kami beraya berdua + both family, kali nih kami beraya bertiga + my family je.. coz family mertua dah pi Jeddah (bapak mertuaku dah start keje kt sana dari pertengahan puasa aritu)

Tapi, dalam x sabar tu, rasa cam sedey juga ader.. Kenapa? Kerna tahun ini merupakan tahun terakhir kami beraya bersama families + sanak saudara + rakan taulan (tapi tak taula kot2 ade rezki lebey kami leh balik beraya nnt!!) Tak dapat imagine cemana la gamaknya berpuasa + berhari raya di perantauan.. Huhuhu.. Almaklum sajala wa x pernah beraya selain di Malaysia..

Apapun, wa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin buat semua, doakan kepergian dan kepulangan kami dengan selamatnya..

Sep 16, 2009

Ceriteraku..

Jan - Feb : Basically for these two months, wa setelkan keje2 dan apa yang patut sebelum bercuti lama, antaranya mengemas dan meng'clear'kan bilik opisku yang tersyg spy lepas ni klu ada orang nak masuk, xdela penuh dgn brg2 wa. (wa juga terpaksa mengemas & meng'clear'kan rumah untuk disewa orang nanti)

Mac : Mula bercuti untuk maternity leave. Tak sangka my baby nak kuar awl sgt, sib baik dh ade kt kampong. Kalu kt kontan, tak ke kes haru tu.. Huhuhu.. 15/03/09 adalah antara tarikh keramat dalam hidup kami

Apr - Mei : Ni masih bercuti (maternity leave plus mengabihkan cuti tahunan), boleh dikatakan masih dalam pantang. Banyak kenangan manis dan kurang manis. Yang manisnyer, of course dah bergelar seorang mama, tp yang krg manisnya, this new mama x biasa lagi nak jln sopan santun, lemah gemalai, mesti sumer nak cepat, trun katil pon main lompat je.. Hahaha.. Sib baikla tak terbuka bnyk sgt.. Huhuhu.. Lagi satu nak kena control makan.. Huhuhu.. dahla weather panas, teringinnyer nak minum ayaq aisss..

Jun - Ogos : Skang dh secara rasmi bercuti MENGIKUT SUAMI (which is tanpa gaji, tu yg x besh tu..!!) even still kt Malaysia n xdela ikut dia (instead en. Suami yang kena ulang alik Jb - Klate) Besh jugak jadi surirumah ni.. Hahaha, even yg ngemas rumah, masaknyer adalah EMAK tercinta, keje den nonton tv ngan jaga Zahra je.. Kekadang (ke sokmo?) tdo skalik ngan Zahra. Mana x besnyer.. Sampaikan rasa bestnyer kalu camni forever (tp kekdg buhsan gaks, cam xde life!)

Sep 10, 2009

Revive!!

Haaluuuu... A very long time wa tak mencoret di sini. Mari kita lihat apakah penyebabnya,

(a) Adakah terlalu bz?
(b) Adakah terlalu malas?
(c) Adakah terlalu kekeringan idea?
(d) Adakah semua di atas betul?

Yaa.. mari kita lihat.. Mana yang kena.. Sebenarnya, semua di atas adalah tak tepat tapi hampir. Hahahah.. Sebenornyer, klu buang TERLALU tu mmg akan ku pilih (a) & (b) coz (c) tu tak btol, mmg bnyk sgt idea & bahan, tp dek kerana (a) & (b) terlalu dominan, maka tak dapekla den nak nulunggg...

Mungkin di entri yang lain akan wa ceriterakan mengikut kronologi. Untuk entri ini, wa nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak walaupun tinggal 9 hari saja lagi. Semoga kita dapat mengimarahkan bulan ini dengan sebaik yang mungkin.

p/s: Sedey sbb thn nih x dapek nak gi terawih kt masjid..