Sesampai je kt Madrid, kami cek in kt Agumar Hotel, 4 star dan ratenya jauh lg murah dr 1 star hotel kt Swiss, tp x sebest hotel kt Barcelona. Stafnya x brape friendly dan blk dia x seluas n seluxury hotel Torre. Kami bagi 3*. Then we off to Santiago Bernabeu stadium, ape laiee stadium football.. Tapi kali ni x masuk eventhough entry fee EU15. Pada pandangan saya, stadium ni nampak lagi modern n canggih buildingnya compared to Campnou stadium..
Pas puas en. Suami menatap stadium nih, kami gi makan kt tmpt yg x plan, sedap gak,tp dh lupe amende, yg ingatnyer ade california..hihih..nama makanan yg kami amik pon x ingat tp mmg sodappla.. Then we went to Prado Museum (nak tau ape dia tgk link ni..!) Punyerla ramai org beratur, sket punyer pjg lane dia, tp sbb esok dh ade plan lain, nk tak nak beratur jugak.. Sib baik sbb ada Zahra, kami dpt skip lane.. Bila nak byr rega tiket, skali dia kata arini free.. Pttla ramai bebenor, memang rezeki btollaa.. Museum ni tersgtla besau, even dh sampai nak ttp pon, kami x abih lagi jelajah museum nih.. Pastu kami gi makan paella kt tempat yg disyor kt inet, namanya ???, tapi bagi kami xdela sedap mane pon, nasi dia agak masin sedikit..huhuhu..ke memang paella camgini?
Soknya kami jenjalan kt bandar Madrid, pi park yg luas gler (walaupun ari Ahad ramai gle org, siap bnyk performance laie.. antaranya puppet show, magic show pon ade..) Pastu kami gi Plaza del Mayor. Kat sini lagi macam-macam performance ade, siap ade org lumpur lagi.. Yang paling tak tahan skali ialah kat Plaza del Sol, kt sini klu x pegang anak or bdak kecik btol2 (mak bdak pon leh gak) skali terlepas mau x dpt cr dah.. Memang sesak btol sampai berlaga bahu, nk jalan pon cam pakai kimono.. Malamnya kami cdg nak makan restoran Siam, tp x jumpa. Last2 makan dekat The Wok, bes banget!! Tapi sayang, kt Madrid je ade..huhuhu..
Last day, kami gi soping, en. Suami nak cari jeans kt El Corte Inglais, tp mak aii bapok mahal. Yang agak x mahal xdek size la plak.. Oleh kerana dah penat berjalan, so kami naik ronda2 dalam bas shj.. Hehehe.. Tapi menarik gak, leh tgk pelbagai tmpt..
Sempena cuti Xmas sminggu, kami plan utk pi jenjln, kuar dr Swiss yang sejuk nih.. Oleh kerana easyJet menawarkan harga yg agak murah utk ke Barcelona (klu tempah lg awal lg murah), so kami bercuti ke Barcelona selama 3 malam.. Kami stay kt Hotel Torre Catalunya.. Memang best hotel nih, walaupun 4 star, tapi rate dia lagi murah dari 1 star kt Lausanne. Friendly staff, kiranya dapat 5* dari kami..
1st tempat yg kami pi ialah stadium bola Campnou (the largest stadium in Europe). Ni kes en. Suami fanatik bola.. Tapi memang best gak dpt tgk stadium bola secara live.. Plak tu, ade history, jersi & piala psl team Barcelona dari 18th century.. 2nd place we went to Sagrada Famillia, gothic architecture tp syg tgh ade kren, maybe ade renovation. Pastu dinner kt Batik Restaurant (ni. en. Suami search kt inet highly recommended) tp xdela best manapon.
Then the next day, we went to the Old Town and Port Vell. Kat port ni ade L'Aquarium de Barcelona, lebey kurang cam KLCC Aquaria je.. Malamnya kami makan kt Udon (inet recommended),tp bese jek.. Hari ke-3, kami pi Montjuic, kat sini leh naik cable car utk tgk view the whole Barcelona city.. Then we went to Magic Fountain yang x magik pada hari tu, sbbnya tgh restoration dan Nadal day (maybe!) In the morning, we set off to Madrid by Renfe tren, dpt spesel price, 3 hours journey.. Tren ni best, comfortable plus ade seating n very laju, almost 300km/h (x cam tren ke Luzern)
Memang agak beza Barcelona ngan Swiss, pttla org kata Swiss lagi best.. Tapi kat sini makanannya sangat murah banding ngan Swiss, dan mcm2 pilihan ada.. Metro kat sini pon agak bagus, cover bnyk tempat, tp syg it's underground.. So tak nampak viewla (rugi sesgt kami travel guna metro) Better guna bus (tiket metro leh guna utk bus gaks..)
Entri ni khas untuk M---, yg curious bebenor akan kepakaran saya dalam bidang masak memasak.. Hahaha..Frankly speaking, memang jauh lagi untuk bergelar pakar, malah xde dalam kamus cita-cita saya utk menjadi pakar memasak..hahaha..janji boleh ditelan..hihi..
Cumenyer, hati mana yg tak kembang klu masakannya dipuji, nak2 lagi dari orang yg terchenta, yer dok?
Tomyam Seafood - 4*
terlalu bnyk sayur (en. Suami x gemor sayur mane..)
Udang Masak Merah - 2*
terbanyak kuah
Daging Goreng Cili - 5*
Sup Sayur - 3*
sayur terlebih masak
Ini adalah rate dan komen dari en. Suami.. Untuk next masakan, akan diupload kendian.. Xleh upload bnyk2..hahaha..(padahal xdan amik gambo sbb x sabo nak makan..huihui)..
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."
Teringat pesan ayah di suatu petang... "Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
Kamu kufurkan kebaikan suami."
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG "Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. "Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata. "Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini."
Hari ni en. Suami mengambil day off, sbbnya kami bersama-sama ngan BILs mau naik cable car kt Luzern utk menikmati pemandangan atas bukit, nk2 lagi skang nih dah snow kt atas mountain.. Tapi hari ni cuaca tak best, ujan n cloudy.. So, aktiviti utk naik cable car tu kiv dulu..
Harga tren return trip CHF61/person with half fare card, dan ini merupakan the longest journey tren ever yang pernah kami naik, which is lebey kurang 2 jam setengah.. Tapi x rasa sangat sbb sepanjang perjalanan viewnya menarik.. Kat area mane ntah, dah ade snow kt tepi2 jalan.. Bestnyer, rasa cam nak trun jap utk jamah.. Hehehe..
Tapi sayangnya, bila sampai Luzern, masih hujan n cloudy, so x nampak sangat mountain2 yg ada kt sini.. So we all decide utk jln2 kt Old Town je.. Pas makan pizza yang teramatla besau, we all decide nak naik plak cable car tu, memandangkan hujan dah makin reda plus dah x cloudy dah.. Tapi bila gi tny kt Tourist Counter, sis tu advice baek xyah naik, coz lg sejam dah nak kena trun (coz last cable car kul 4), nnt tak psl2 br je sapa atas, dah kena trun.. So, at the end we all gi soping kt Migros, Coop n Manor plus cari2 souvenir.. Cume yang x bestnyer, hujan makin lebat, nk bergambau pon x syok.. Nampak gaya, kena mai lagi nih.. Hihihi..
Oleh kerana BILs mai, so kami bawak pi jenjln kt sini.. Memang Vevey antara tempat yg kami nak pi, tp tak berkesempatan lagi nak berkunjung.. Ni 1st time kami kuar jenjalan ari Ahad, besenya kami kuar ari Samedi je.. Bukan pe, takut sejuk nnt tak dapat nk masuk kedai klu ari Dimache sbb bnyk kedai ttp.. Tapi kali ni, weather sangat menarik, kurang sejuk dan sunny..
Memang menarik tempat nih, ada lake dan mountain.. Nak- nak skang nih dah ade snow kt mountain dan nampak dengan jelas.. As usual, datang sini naik tren, CHF9.60/person return ticket with half fare card.. Kat sini ade tempat nak skating, bestnyer klu dpt skate..huhuhu (cam pandai je..)
Pastu kami nak tren ke Mount Pelerin, harga CHF7/person return ticket with half fare card.. Kat atas nih lagi clear n very nice viewnya.. Kami siap meneropong utk tgk mountain, x sangka ade rumah kt atas mountain yg dah bersnow tuh..
Setelah lama tidak melayan crite2 series dari Japan dan Korea (seingat sayala dr awal thn 2008), maka berputik kembali bunga2 kemaruk dalam melayani crite2 sebegini.. Kalau dulu, saya tgk cd/dvd, skang saya tgk online.. Hihihi.. Lagi save budget, tapinyer pilihan terhad plus kualiti gambonyer takdela sebest cd/dvd..
Setelah melihat sinopsis di sini, saya interested utk tgk crite nih. Hasilnya, saya memang melekat dan hampir tak terbuat keje2 lain.. Nak2 lagi saya memang suke main tenis.. (huhuhu..tringat zaman mude2 main ngn M---, L---, Y-- ) Memang kaki tenisla, pepagi pas subuh dah terpacak kat court.. X kirala weekdays ke weekend..
Crite nih ala-ala seangkatan Slam Dunk, dan saya memang suke btol ngn Ueto Aya (1st time tgk dia dalam crite Attention Please, trus jatuh cinta!)
p/s: Jadi kalu blog ni x diupdate selalu, pepaham la ye.. Hehehe..
Actually dah lame nak wat entri nih, tapi tak terbuat je.. Since ramai yang tanya, cemana cost duk sini, buah murah ke tak, senang ke nak dapat makanan yang halal, etc.. So, kt bawah ni barang2 yg bese kami beli..
Susu CHF1.25/liter
Jus CHF2.30/liter
Nescafe CHF8.90/180gram
Milo CHF18.50/kg
Gula CHF4/kg
Yogurt CHF1/125gram
Aiskrim CHF9/liter
Chocolate CHF1.40/100gram - ni yang basic, xde nut bagai laa.. ada jugak yang lagi mahal
Cereal CHF4.80/375gram
Pizza CHF5.50/350gram
Croissant CHF0.55/piece
Roti coklat CHF4.80/8 pieces
Spagetti CHF3.30/kg
Beras Jasmin CHF18/10kg
Minyak CHF3/liter - yg paling murah
Bawang besar CHF1.95/kg
Bawang putih CHF12.25/kg
Carrot CHF2/kg
Brokoli CHF3.95/kg
Cauliflower CHF3.95/kg
Tomato CHF3.95/kg
Banana CHF3.60/kg
Apple CHF4.50/kg
Pear CHF4.50/kg
Grape CHF7.95/kg
Ayam CHF12/ekor - tapi saiznya sama cam RM6-7 kt Malaysia
Udang CHF20/kg - ni kt kedai Cina, murah sket berbanding Migros & Coop
Ikan Salmon CHF30/kg
Daging CHF30/kg
Telur CHF4.90/10biji
Basically, ade yg murah dan ade yang lagi mahal berbanding ngan Malaysia.. Cumenyer, ayam halal kt sini lagi mahal dari ayam kt soping (dalam RM6/kg) Tapi kat sini, ayamla yang paling murah berbanding dengan ikan dan daging.. Huhu teringat daging kt Kelantan RM15/kg.. Kat sini ade Asian store, pernah beli timun (CHF4/piece saiz M) dan babycorn (CHF4/kotak yang kecik tu, ade dalam 10 piece je..), sangat mahal..