Feb 7, 2011

Baby & Me Shopping Style Contest

Baby & Me


Jom ramai-ramai memeriahkan Baby & Me Shopping Style Contest, duenya 7 Feb ini.. Nak join klik banner..


Gambar me with my daughter ketika bershopping..


Nama : Haszuraidah Ishak
Nama anak & umur : Nuryn Zahra Ab Al-Hadi berusia 1 tahun 11 bulan
Hubungan : Anak kandung

Oleh kerana sekarang ni musim sejuk, jadi semestinya kami memakai sweater dan shoes.. Dan kebiasaannya, pakaian ketika bershopping adalah kasual, agar memudahkan kami untuk bergerak ke sana sini mencari barang..

Oleh kerana setiap kali shopping, saya mesti keluar bersama dengan suami, jadi tiada masalah untuk bershopping dan dalam masa yang sama melayan karenah Zahra, dengan syarat pastikan terlebih dahulu pampers telah ditukar dan telah kenyang sebelum bershopping. Pendek kata, anda dan bayi anda selesa semasa bershopping. Berikut adalah cara-cara yang biasa saya gunapakai ketika bershopping dengan si manja..

  • bila di bahagian sayur dan buah, saya akan memperkenalkan nama buah atau sayur tersebut kepada Zahra, dan memberi peluang kepadanya untuk merasai tekstur buah tersebut..sayur jarang saya bagi pegang.. Kadang-kadang saya akan bertanyakan padanya apakah nama buah tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja menghilangkan rasa bosan Zahra sementara saya memilih barang basah, tetapi Zahra juga berpeluang untuk mengenali buah2 dan sayur yang ada, seolah olah macam games untuknya.. Kiranya education dalam bentuk games..
mari mengenai buah dan sayur
  • jika shopping mall tersebut menyediakan trolley for kids, saya akan menggunakan troli tersebut kerana Zahra suka bermain dengan stereng dan butang-butang bunyian yang terdapat di dalam troli tersebut seperti gambar di bawah ni.. Kebiasaannya dia akan leka bermain di dalam troli tersebut sehingga habis shopping..

  • kalau takde trolley for kids yang bentuk kereta, biasanya saya letak Zahra di  tempat duduk troli yang biasa tu dan berikan permainan ataupun buku yang menarik yang kami bawa. Tapi kekadang guna aje yang terdapat di shopping mall tersebut.. Tapi yang ni kena pantau bebetul tak macam trolley for kids, satunya sebab senang untuk dia bangun dan keduanya, supaya barang mainan ataupun buku yang diambil dari shopping mall tersebut tidak rosak in case kalau tak jadi beli..ngeee.. Kekadang saya akan biarkan Zahra menolak sendiri bakul yang beroda supaya dia merasa juga pengalaman bershopping, coz budak-budak kan suka tiru gaya parents. Untuk trolley for kids yang jenis tolak tu saya tak bagi try lagi, sebab nak tunggu 3 tahun dulu, time dia dah paham dan cekap untuk tolak supaya tidak berlaku eksiden.. Kalau uols ada anak yang dah besar sikit, cubalah bagi diorang tolak troli tu, diorang really enjoy it..
bakul beroda yang boleh ditarik
gambar google..untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas..
  • kebiasaannya kat bahagian pakaian, bahagian yang banyak ambil masa untuk memilih dan bershopping..ngee.. Biasanya Zahra akan dibiarkan bermain di ruangan permainan yang disediakan (normally akan ada satu port untuk budak-budak bermain) dan dipantau oleh suami sementara saya sakan mencuci mata memilih baju untuk Zahra dan saya.. Baju untuk suami, biasanya suami suka memilih sendiri..ngee.. Kalau takde ruangan permainan, biasanya akan ada token car yang bersebelahan dengan kedai baju tersebut, dan Zahra memang akan meluru ke arah token car tersebut.. So, saya biar Zahra bermain di situ dengan suami sahaja tanpa turut sama bershopping dalam kedai..
token horse dalam kedai

token car luar kedai
  • dan tips yang terakhir ni, saya amalkan bila menunggu suami beratur untuk membayar bil shopping.. Kekadang bila ramai orang, dan lane sangat panjang, saya dan Zahra akan bermain games, supaya Zahra tidak merayap ke tempat lain akibat bosan menunggu abahnya yang sedang beratur untuk membayar bil.. Biasanya kami akan menyanyi lagu nursery songs dengan perlahan, mengira jari dan mengambil gambar (jarang-jarang lakukan time bawak kamera aje..). Kekadang kalau ada objek yang berdekatan, biasanya ada tong sampah dan membungkus barang, saya akan menerangkan apakah objek tersebut dan fungsinya.. Macam games di bahagian basah tadi.. Kalau ada token car yang berdekatan, lagi senang kerja saya, bagi dia main token car je sementara menunggu suami..ngeee
lepas je ambil gambar, Zahra akan datang untuk tengok gambar sendiri..hehe, pastu sambung posing lagi..

Baby & Me Shopping Style Contest
dianjurkan oleh 
Dengan hadiah-hadiah menarik daripada
Photobucket
Photobucket
 
 
 

No comments:

Post a Comment