Jom ramai-ramai memeriahkan contest ini.. Duenya 8 Mac ini.. Nak join klik sini.. Saya nak tag
Ekin
Mama Adam
Mama Zharfan
Kali ni saya nak ceritakan mengenai my kesayangan yang sorang lagi, iaitu my lovely daughter, Nuryn Zahra ataupun panggilan manjanya, Zahra.. Mengapa saya pilih Zahra untuk LoveForever Contest ini? Sememangnya saya sangat sayangkan Zahra, sampai bila-bila dan satu lagi reason adalah kerana bersempena dengan hari istimewa iaitu hari lahir Zahra yang ke 2, yang bakal menjelang pada 15 Mac nanti..ngee
Bahagian muka yang buat saya tertarik dan gerammm sekali? Semestinya mata yang bolat, mulutnya yang comel bila tersenyum dan last sekali pipinya yang kini dah kurang tembam berbanding dulu.. Memang syoklah cubittt..wahaha..
Kenangan yang paling indah? Hmm.. kalau nak kira setiap saat bersamanya adalah saat yang indah.. Maklumlah telatah kanak-kanak ni unpredictable dan comel je.. Yang paling best sekali, apabila saat special kami berdua sahaja iaitu saat breastfeeding.. Memang bestlah masa 'khas' kami ni, terasa kasih sayang antara kami turut mengalir dengan lajunya.. ^_* Nak-nak lagi lepas Zahra menyusu tu, dia terlelap, owhh.. Perasaan memang best je, betapa damai, tenteram dan tenangnya perasaan serta ada taman bunga dalam jiwa apabila melihat wajah mulus yang suci tido dengan syoknyer.. Tapi, kalau nak kira yang paling indah dan paling best, sebaik sahaja Zahra dilahirkan dan saat pertama Zahra diletakkan di sebelah saya untuk disusukan. Memang takleh nak describe perasaan saya masa tu, semuanya bercampur, sebak, terharu, syahdu apabila mulut kecil comel ni mula nyut-nyut..ngee..
No comments:
Post a Comment