Feb 4, 2011

Slogan Para Peserta Yang Mahu Menang.. Layan!!

Kenapa untuk Cute Baby with a Book Contest me minta uols buat slogan yang kreatif? Tujuan tak lain tak bukan, untuk tengok betapa tingginya kemahuan uols untuk memenangi hadiah utama, especially free seat ke Early Child Education Seminar (ECE) yang dianjurkan oleh Genius Baby On Board (GBOB) yang bernilai RM199. 

Salah satunya ia menandakan yang uols memang benar-benar mahu menghadiri seminar yang sangat bermanfaat ini dan bukan semata-mata mahu memenangi contest ini.. Dan kalau boleh saya nak bagi pada yang betul-betul mahu pergi ke seminar ini..ngee.. Slogan-slogan uols saya dah pon bagi kepada juri yang akan menilai slogan uols ini berdasarkan kekreatifan di mata beliau.. 

Jadi, jom cekidaut slogan-slogan yang telah direkacipta oleh para mummy yang menyertai contest Cute Baby with a Book ini.. Kalau ada silap, bagitau cepat-cepat ek..


Peserta 1
dalam usia damia yang makin meningkat besar..dia suka sangat membaca..pendek kata damia pantang jumpa buku..memang dia suka...walaupun buku katalog IKEA sekalipun...dia akan baca dengan kyusuk, padahal dia tak tau apa yang dia baca hahaha...dengan BUKU juga...ianya boleh meningkatkan hubungan batin ibu & anak...

buku sebenarnya..dapat mengajar komunikasi kepada anak kita, selain dari memperkenalkan konsep angka, huruf, warna dan bentuk objek dalam cara yang menyenangkan....
buku juga membentuk kemampuan mendengar, mengingat, dan berbicara serta memberi mereka informasi tentang dunia di sekeliling

Peserta 2
GBOB Seminar memang menjadi target utama saya! Erfan diberi nama bermakna bijaksana. Dan saya percaya dengan bimbingan yang betul, matlamat mendapat anak genius akan tercapai. InsyaAllah.

Peserta 3
Sepertimana ibubapa lain saya juga mahukan yg terbaik untuk anak saya.
Siapa tidak mahu anaknya pintar, bijak, cerdas, genius bukan?? 
Pakej seminar, produk pendidikan & permainan yg bakal dimenangi ini sedikit sebanyak membantu kecerdasan minda anak saya. Siapa tahu anak saya bakal menjadi insan cemerlang di masa hadapan.
Perfume dari PFA? Benda free siapa tolak???

Peserta 4 & 5
i opt 2 b a good mother... every now & then...
bkn sng nk didik anak kan?... tmbh2 dlm zaman siber serba canggih nih...
spa yg x nk anaknyer genius kan?... pakej yg sgt penting utk survive... mama aed pn bknnyer ader harta yg leh tinggalkan utk aed, hanyer la ilmu & kasih sayang... (",)"

Peserta 6
tiada harta yang bernilai dapat ibu berikan pada anakanda tercinta melainkan secebis ilmu yang ibu perolehi melalui program GBOB ..yang mungkin dapat kita kongsikan bersama..sekiranya impian menjadi nyata..pasti ianya merupakan kenangan terindah bagi diri anakanda di suatu ketika kelak..betapa ibu berusaha dalam apa jua cara agar dirimu sentiasa memperolehi manfaat yang baik dari yang terbaik..Insyaallah.."

Peserta 7
HADIAH INI AKAN MAMA HADIAHKAN BUAT RIFQY SAYANG. BECOZ TODAY..THe day me submit This entry..ITS Rifqy's Besday !
The Gorgeous PRIZE is ONLY for a GOrgeous Baby.HAndsome BB LIKE  RIFQY on his besdaY 15 januari..
The HOT perFume is ONLY for ME as a HOT MAMA for GORgeous RIFQY during mYbesday ON 17Januaari..ANAK RIANG,MAMA HAPPY =)

Peserta 8
sebagai seorang isteri yang mementingkan gaya dan keunggulan diri, sudah tentulah perfume menjadi koleksi utama.
 sebagai seorang ibu yang berdedikasi, ilmu keibubapaan dan pendidikan anak-anak menjadi agenda utama.
sebagai seorang guru yang berwibawa, saya dapati bahawa cara pembelajaran sambil bermain adalah cara terbaik untuk menarik minat dan merangsang daya kreatif para pelajar.
Dengan itu tidak syak lagilah kenapa hadiah utama itu menjadi PUJAAN HATIKU....!

Peserta 9
"Kerana berminat dengan hadiah utama yang ditawarkan iaitu Free Seat to GBOB Seminar worth RM 199 ... sebenarnya saya telah lama mengikuti Blog Watie dan mengikuti tentang GBOB... cuma saya belum berkesempatan untuk join ... saya tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh GBOB iaitu 'All Babies Are Genius'... dan saya ingin mengikuti Early Learning Education yang telah diparktikkan oleh Watie since Qarissa kecil lagi... lagi-lagi kalau dapat produk pendidikan dari GBOB... memang besttt dan saya ingin cuba praktikkan untuk anak saya Adam Zikry ... Selain itu, hadiah perfuma dari PFA adalah menarik untuk mamanya... pasti saya akan wangi sentiasa hihi "

Peserta 10
hadiah dari Early Child Education Seminar (ECE) at Genius Baby On Board (GBOB) Worth RM199,kita boleh tahu perkembangan anak2 dan segala yang penting tentang tumbesarannya dan setakan mana dia berkemampuan untuk merangsang diri n pemikirannya dengan seminar ini.
produk pendidikan yang ditawarkan spt cd dr GBOB  boleh memberangsangkan n mengstimulasi otak kanak-kanak dengan lebih baik lagi,kerana kanak2 lebih bijak bila di awal2 usianya dan boleh menerima dengan lebih baik..melalui permainan yang kita dapatpula sangat sesuai dengan daya imiginasi n humaira mesti suka dengannya..ianya pasti hebat untuk bayi seusianya..

dengan adanya hadiah2 diatas saya boleh sedikit sebanyak jadi mummy yang baik pada maira dalam menerapkan unsur2 pembelajaran sekaligus dengan permainan yang membina mindanya untuk terus berkembang dengan baik..

mengenai perfume pula wangian yang segar dan harum membuatkan saya lebih yakin untuk kepejabat dan otak lebih tenang dengan baunya yang menarik.husband pula mesti sangat suka dengan baunya=)

Peserta 11
ingin menjadi sebahagian komuniti "genius parents" dengan GBOB dan merasai keharuman berpanjangan dengan perfume PFA...

Peserta 12
hadiah yang ditawarkan sangat lumayan dan saya mahu pergi ke seminar ECE tajaan GBOB memandangkan saya mahu jadi anak yang genius, so saya mahu mommy saya memenangi tempat pertama seterusnya berpeluang menambah ilmu bagaimana mahu menjadikan kami anak yang genius!

Peserta 13
hadiah yang ditawarkan memang sangat berbaloi untuk dimenangi
dan kalu aku menang kompem la jadi
berbaloi-baloi
bulih bagi kat si izhar ni produk GBOB tu
perfume bagi aku, budak kecik takyah perfume

Peserta 14
hadiahnya yang begitu lumayan dan yang paling penting saya inginkan yang terbaik buat baby Fateh dan generasi saya yang seterusnya dalam membentuk mereka menjadi seorang yang GENIUS!!"

Peserta 15
sebolehnya sebagai ibubapa, saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.
Anak kita dilahirkan seumpama kain putih yang bersih tanpa sebarang calitan.
Maka, kita sebagai ibu bapa berhak mencorakkan masa depannya dengan sesuatu yang bernilai dan mampu membawanya kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Melalui hadiah ini, ianya merupakan method yg berguna untuk saya dan suami melatih Husna untuk belajar dan berfikir dengan bijak.
Usaha tangga kejayaan kan, kalau tidak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya.

Diharapkan, hadiah ini akan dapat membantu kami menjadi ibubapa yang cemerlang dalam mendidik anak sejak dari awal lagi.

SEDIKIT-SEDIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT!
PRACTICE MAKES PERFECT!

Peserta 16
semua ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya....begitu juga dengan aku...
kaedah genius baby on board ni memberi peluang kita sebagai ibu untuk mendidik anak kita dari rumah (homeschool)...baby boleh 'membaca' dengan persekitaran sejak lahir lagi...kita sebagai ibu perlu memainkan peranan untuk mendorong baby membaca dan membaca sehingga peka pada sekeliling mengikut peringkat umur dan kemampuan anak itu...malah hubungan antara anak dan ibu menjadi lebih erat dan seronok ketika bersama-sama untuk mempelajari sesuatu. dengan kaedah genius baby on board ini menjadikan hari-hari yang dilalui lebih exciting & bersemangat untuk menghabiskan masa bersama-sama

Peserta 17
sebab dak setot pun dah beso,dah reti nak membaca and membelek dan belajo..
jenuh sebenarnya bile dia asyik nak mencilok buku -buku aku.
sekurang - kurang sebagai pendedahan awal untuk perkembangan otak dia seiring dengan betapa kembangnya badan dia,.
sekian..

Peserta 18
saya bersungguh mahu mengetahui cara-cara pendidikan awal dan segala yang berkaitan dengan perkembangan otak kanak-kanak bagi memudahkan saya mendidik anak supaya menjadi bijak dan genius satu hari nanti. Ianya amat penting untuk kita sebagai ibu bagi melahirkan generasi-generasi yang berguna dan berpotensi untuk agama, bangsa dan negara. Pentingkan kualiti bukannya kuantiti.

Peserta 19
hadiah itu amat bermakna buat tatapan dan bimbingan untuk anak saya semasa hari-hari pembesarannya, mudah-mudahan berkembanglah minda dan bertambah cergas dan cerdasnya dia.

Peserta 20
buku di baca setiap hari
buat masa depan pastinya ada
hadiah utama jadi pilihan hati
buat bekalan akhirat dan dunia

Peserta 21
sebagai ibu yang baru mempunyai anak, ilmu mendidik anak masih kurang.. Dengan menyertai Program Early Child Education Seminar di GBOB ini mungkin dapat membantu saya untuk memastikan anak saya menjadi insan yang bijak dari awal lagi. Ilmu ini adalah bekalan untuknya di Dunia & Akhirat. Wangian dari Pati Perfume pula akan menambahkan keyakinan dan melengkapkan penampilan saya sebagai seorang isteri dan ibu.

Peserta 22
saya meyakini konsep kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam membentuk insan yang GENIUS di masa hadapan."

Peserta 23
hadiah ditawarkan menarik sekali,
ECE seminar banyak benda boleh me pelajari,
utk menambah ilmu keibubapaan demi zuriat2 yg me kasihi,
cd utk my baby pun ingin me menangi,
kalau dpt hadiah perfume2 PFA yang semerbak mewangi, 
me sangatlah suka hati senyum2 dpn lappy - sepanjang hari!

Peserta 24
saya mahu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya melalui galian ilmu di Early Child Education Seminar (ECE). Saya percaya setiap anak adalah genius tetapi tanpa ilmu, rangsangan, teknik dan bimbingan yang betul, anugerah genius itu akan jadi sia-sia

Peserta 25
saya juga mahu anak saya GENIUS!!! Saya percaya pendidikan bermula sejak dari dalam perut lagi. Dan kini saya perlu meneruskan ideologi2 utk mengembangkan minda anak saya. Dan saya juga percaya, andai saya memenangi hadah utama, semestinya saya akan cuba menggunakan peluang yang ada untuk Memaksimumkan potensi anak saya!!

Peserta 26
saya begitu teruja untuk mengikuti seminar Early Child Education Seminar (ECE) at Genius Baby On Board (GBOB) yang semestinya memberi saya peluang & ruang dalam menambahkan ilmu bagi dimanfaatkan untuk anak kesayangan saya dalam mementuknya menjadi seorang yang cemerlang dalam kehudupannya:-)

Peserta 27
tugas seorang ibu untuk mendidik anak anak tidak pernah mudah bagi saya,oleh itu saya perlukan bimbingan dari seminar ECE,saya perlukan bantuan dari produk pendidikan dan permainan dari GBOB yang sangat sesuai untuk perkembangan otak dan fizikalnya..Dengan wagian dari PFA pula,saya bertambah yakin,hasrat  untuk melihat anak anak membesar dengan perkembangan yang maksimum tercapai! Semoga ia dapat memberi panduan pada saya supaya lebih berilmu  dan kreatif dalam mendidik anak anak,sekaligus melahirkan anak anak yang genius! thank you!"


Peserta 28

saya mahu Sofiyyah menjadi genius seperti Qarissa & Quzayra..."

Hehehe, ni me kopipes je ni, tu yang ada center, tepi.. Tu pon me dah samakan kaler dan jenis tulisan.. Amacam, yang mana paling menarik perhatian uols? Kendian-kendian me akan uploadkan gambar-gambar baby yang comel-comel beraksi dengan buku masinng-masing..


p/s : Untuk cek senarai peserta, klik SINI.. Buat yang belum memenuhi syarat, sila perbaiki segera.. Sayang je korang join tapi nanti disqualified sebab tak cukup syarat..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

No comments:

Post a Comment