Feb 15, 2011

Contest Showing Your Love

Salah satu gambar yang teristimewa dalam hidup saya, adalah gambar bersama anak saya iaitu Zahra..


Nama : Haszuraidah Ishak
Nama kesayangan : Nuryn Zahra Ab Al-Hadi


Sangat suka dengan gambar ni, jadi saya pertaruhkan gambar ni coz rasanya macam bertepatan ngan tema contest ini..ahakss.. Gambar ni diambil masa Zahra baru 4 bulan lebey, on the way nak ke Johor, singgah jap kat Masjid Selat Melaka untuk solat dan stretching.. Kebetulan pulak jumpa spot yang menarik, matahari pon ala-ala nak sunset gitu, maka apa lagi cayang mama nih trus ditimang tinggi-tinggi untuk diabadikan saat yang indah ini..

 Dan kenapa Zahra begitu istimewa dalam hidup saya selain encik suami? Kerana setakat ini, Zahralah the one and only permata hati, pengarang jantung saya. Setiap kali mendengar gelak tawanya, setiap kali itulah hati saya turut gembira sama.. Rasanya kalau tak dapat dengar gelak tawanya dalam sehari, mesti kurang ceria hari saya tersebut..

Dan saya mengetahui khabar berita yang saya confirm pregnantkan Zahra adalah 4 hari selepas ulangtahun kelahiran saya.. Ianya adalah hadiah hari lahir yang paling bermakna dalam hidup saya, satu anugerah yang terindah dari Ilahi..

Dan yang terakhir, dua kali saya mengalami pendarahan di awal bulan kandungan, memang berdebar coz ada juga kawan saya yang mengalami pedarahan lalu kehilangan zuriat yang dikandungnya.. Yang saya mampu adalah memohon agar zuriat dalam kandungan saya ini akan terus membesar dengan sihat.. Dan alhamdulillah, kandungan saya selamat dan kini, Zahra telah pun berusia 1 tahun 11 bulan, membesar dengan cergas dan cerdas, menjadi cinta hati kami dan menyerikan lagi hidup kami. Kehadirannya melengkapkan hidup saya.. Semoga saya dapat menjaga amanah ini dengan sebaiknya..

(gambar ni saja ditayang..bukan untuk contest yer..ngeee..)

Wahai anakku, permata hatiku.. Comel pulak tu.. ;p
Keletahmu memang mencuit jiwa nuraniku.. Kekadang menguji perasaanku.. ;p
Tanpamu, kurang berserilah duniaku.. Juga kurang sepahlah rumah tanpamu.. ;p
Dikau adalah kesayanganku.. I love u!!

Wahai anakku, jiwa nuraniku
Semoga membesar dengan sihat, cerdas dan kuat
Moga-moga menjadi anak yang solehah, itu doaku
Dan juga berjaya di dunia dan akhirat

Mama sayang Zahra!!


Entri ini dibuat untuk menyertai Contest Showing Your Love, duenya 15 Feb ini.. Nak join klik sini..


Dan penaja utama contest ini adalah http://www.kufishoppe.com/ yang meyediakan perkhidmatan design Kufi Art yang sangat cantik dan menarik sekali, bertemakan ancient, kotemporari malah modern juga ada.. Nak tengok hasil rekaan dari World of Kufi Art ini, silalah terjah http://www.kufishoppe.com/..(nak tepek gambo kat sini tak dapek..copyright protected..ngee)


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!





No comments:

Post a Comment