Showing posts with label Point to Ponder. Show all posts
Showing posts with label Point to Ponder. Show all posts

Jan 26, 2011

Blogger Prihatin | Respons Nuffnang mengenai Isu Iklan Arak MilkADeal di Blog

Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tidak perasan.. Saya dapat tahu pon 2 hari yang lepas, melalui blogwalking ke blog kenkawan, ada yang bagitau iklan arak keluar di blognya dan juga di blog-blog yang mereka kunjungi..

Nuffnang

Memula saya ingatkan mereka terlupa untuk tick di setting pemilihan iklan, coz saya tengok kat blog saya takde pon, malah certain2 blog yang saya kunjungi tak nampak pon iklan ni.. Tapi, saya bukan online 24 jam pon kan, jadi tak surelah.. Sehinggalah saya dapat tau yang even dah tick no alcohol pon, iklan ni terpapar juga di blog. Selepas tu, saya tengok respons Nuffnang di twitter yang bagitau mereka betul-betul kesal dengan apa yang berlaku dan mereka telahpon remove iklan ini..

Dan semalam, sewaktu saya berblogwalking, saya terjumpa blog KaizenShinobi.com yang menjelaskan lagi respons Nuffnang mengenai perkara ini.. Ni saya copy paste aje dari blog KaizenShinobi.com.

Hi Khairunnizam,

Hope this email finds you well.

We happened to come across your blog post regarding the publishing of alcohol-related ads on your blog, and would like to apologise for this oversight. MilkADeal is a group buying site that promotes deals from various businesses in general such as clothes, gadgets, food and drinks but it so happens that the deal they are currently having is alcohol brand related. It was saddening for us to find out that you were affected by this despite our efforts to filter the ads so that none of our bloggers who are not comfortable with this carry the ads in their blogs.

Thus, we have canceled the ad for the deal concerned as soon as we found out to ensure there will be no more conflict of interest for you and your readers or any other blogs out there while we look into the system to ensure that this does not happen again in the future.

Thank you for sharing this with us as it takes active bloggers such as yourself to improve our blogging community. Only with bloggers like yourself, are we able to strive to be a better blogging community in Malaysia. Thank you.

--
Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

Ni ada satu lagi reply yang diterima oleh KaizenShinobi.com setelah menghantar tiket kepada Nuffnang..

Hi Nizam,

A thousand apologies as this was a technical error on our end. We have taken the necessary action to stop serving the ad campaign and working on a better solution to prevent this from happening again. Rest assured that no earnings from this CPA ad will be credited to anyone as it has been voided on our end.

Apologies again for this matter.


Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

Mujurlah ada ramai blogger yang prihatin dan bro KaizenShinobi.com salah seorang darinya, dan sudi berkongsi mengenai perkara ini kepada orang ramai.. Maklumlah, benda ni takleh dipandang enteng, silap-silap terambil benda haram..

Selepas ni, pihak Nuffnang perlu lebih berhati-hati dalam perkara sebegini. Walaubagaimanapun,  syabas juga kepada pihak Nuffnang kerana mengambil tindakan yang sewajarnya sepantas yang mungkin dan terus berusaha menjadi blogging community yang peka kepada sensitiviti ahli-ahlinya..  Ni yang buat makin sayang pada Nuffnang ni.. Nuffnang sayang tak kat saya? Ngeee...


Oct 31, 2010

Khas Buat Kamu & Diriku yang Bergelar Wanita...

Dapat info ni semasa berblogwalking ke blog kenkawan.. Walaupun info ni 'common', tetapi buat orang macam saya yang mudah alpa ni, sesekali terbaca info macam ni, membuatkan saya lebih menghargai diri saya sebagai seorang wanita kerana diriku begitu berharga dan juga menambahkan semangat untuk lebih berbakti kepada keluarga coz kalu diikutkan memang penat melayan karenah budak dan pak budak.

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”


9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.




"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu" An Nisa


p/s : Huhu.. tapi bila tengok2, ada beberapa perkara tak pernah buat..i.e, 2, 6, 7, 8..

Oct 13, 2010

Mari Berdoa dengan Menadah Tangan secara Betul

Sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama agar menjadi panduan buat saya dan kawan-kawan


Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

Mari mencari keberkatan doa dengan memperkemaskan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada

2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) pastikan urat tangan bertemu, dan ia akan menjadi seperti huruf ba seperti yang diperjelaskan di atas.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya. jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-Razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi Muhammad SAW

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya Allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

sumber : C2U

Oct 10, 2010

Sungguh me tak sangka..

Masa duk membuat kunjungan ke blog-blog sahabat, saya terbaca mengenai Senarai Restoran Terkenal yang disahkan HALAL dan ditarik balik sijil halal oleh JAKIM. Antara yang mengejutkan saya adalah Chicken Rice Shop tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. Walaupun saya bukan peminat tegar restoran tu, tapi rasa tersentak jugakla coz ramaiii sangat yang makan kat restoran ni..

Lagi satu, Rotiboy Bakeshoppe di KLCC, tidak mendapat pengesahan halal JAKIM? Huhuhu..dulu masa duk KL, selalulah jugak me singgah beli rotinyer yang sedapp tu...(kalu line beratur tak berapa pjg..tak ingat nama pe dah..)yang ramai giler beratur tu.. Huhu..

Baru-baru ni pulak Restoran Burger King ada wat promotion kan, RM1 untuk satu burger kalu tak silap, dengar2nya ramai jugak yang berpusu-pusu, yelaa coz murah bebenor kan, mana nak cari burger RM1. Tapi sehingga kini, JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal kat restoran ni.. Jom tengok kedai makan mana lagi yang tidak HALAL..

Tolong sebar luaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. 

Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. 

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . 

Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal

Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. 

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. 

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. 

King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapiStarbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
 
 
sumber dari UmiAlya, sumber asal : Hanieliza Cooking

Sep 9, 2010

Amalan Sunat Di Hari Raya

Sempena hari raya yang akan menjelma esok hari, sukalah saya untuk share ngan kawan-kawan akan amalan sunat di hari raya.. Renung-renungkan dan selamat beramal..

  • mandi sunat hari raya sebelum pergi ke masjid untuk solat sunat hari raya
  • makan buah kurma dalam bilangan ganjil (makanan lain pon boleh..) sebelum pergi menunaikan solat hari raya
  • melaungkan takbir ketika keluar rumah sebelum menuju ke masjid, sehinggalah solat hari raya bermula. Untuk hari raya AidilAdha, takbir diteruskan pada hari2 tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  •  mengucapkan selamat dan tahniah seperti Taqabbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima daripada kami dan kamu amalan-amalan baik)
  • memakai minyak wangi (bagi lelaki) dan pakaian terbaik (yang ada & mengikut kemampuan) yang menutup aurat
  • jalan yang dilalui ketika pulang dari masjid berbeza (yakni jalan lain) dengan jalan yang dilalui ketika pergi ke masjid

Sumber rujukan.

Jun 20, 2010

Happy Father's Day



Selamat Hari Bapa buat ayoh, aboh, ayah M---, buat en. Suamiku, abg-abg iparku, sahabat2ku yang bakal/sudah menjadi bapa dan semua bapa di seluruh pelusuk dunia. Buat bapa-bapa muda seperti en. Suami saya, semoga hari ini menaikkan semangat lagi supaya menjadi bapa yang mithali/terbaik untuk anak-anak generasi akan datang.

Untuk renungan bersama di hari yang berbahagia ini, saya petik a few words dari sini

Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah. Justeru, bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakannya.

Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar. Maka dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan keikhlasan, kesediaan, kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semua aspek ini mempunyai pendekatan berbeza yang wajar dilakukan oleh setiap bapa dengan perasaan yakin dan tenang. Setiap aspek memerlukan kemahiran dan kemampuan khusus yang perlu dikuasai oleh kaum bapa. Kemahiran kebapaan bukan lahir secara ‘kebetulan’ apabila bergelar bapa. Semuanya memerlukan usaha ke arah itu. Seorang bapa dapat mendalami ilmu kebapaan dengan menghadiri kursus, berkongsi pengalaman, pembacaan dan penghayatan terhadap tugas.

Tugas bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada anak-anak. Bahkan belum sempurna tugas tersebut biarpun telah berjaya memberi kemewahan material kepada anak-anak. Keperluan bapa melaksanakan tanggungjawab adalah meliputi keperluan fizikal dan rohani. Kedua-dua keperluan itu sama penting.

Sebenarnya memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT adalah satu jihad bagi seorang bapa untuk mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT. Setiap masa yang diluangkan untuk mendidik dan bermesra dengan anak dan ahli keluarga juga adalah sebahagian daripada jihad. Apa yang dilakukan tidak sia-sia. Setiap tenaga yang dicurahkan dan wang yang dibelanjakan untuk keluarga adalah sedekah. Balasan pahala yang disediakan amat besar. Bapa mithali mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Sebenarnya, bapa wajar sentiasa mengambil pendekatan terbaik untuk membentuk hubungan mesra dan ceria dengan anak-anak. Ajarkan kepada anak apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Beritahu mereka mengapa begitu dan begini terjadi. Malah, bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik. Di waktu itulah juga masa yang sesuai dijelaskan kaitan larangan dengan kehendak agama dan undang-undang kerana semua yang betul dan salah mempunyai alasan yang perlu diperjelaskan kepada anak. Jika ada perkara yang belum mampu mereka fahami, beritahu mereka “apabila dewasa nanti baru
faham. Sekarang ini cukuplah tahu kena buat, jangan buat, boleh dan tidak
boleh buat”.

Amat penting bagi bapa agar sentiasa berpegang bahawa konsep mendidik anak hendaklah berterusan. Bapa adalah contoh ikutan untuk membentuk peribadi anak. Oleh itu anak memerlukan masa bersama-sama bapa untuk memerhati dan mencontohi apa yang dilakukan oleh bapanya. Bapa adalah guru yang paling berkesan. Anak mudah ‘percaya’ apa yang diberitahu oleh bapanya.

Bapa mithali akan sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan anak dan ahli keluarga. Bahkan anak menjadi inspirasi kepada seseorang bapa untuk terus berusaha lebih gigih dan sentiasa mengutamakan keluarga. Sebab itulah keletihan dan tekanan kerja akan hilang apabila melihat wajah anak-anak serta mendapat layanan mesra daripada isteri.

Oleh itu para bapa janganlah mengambil mudah kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh anak. Para bapa tidak boleh beranggapan bahawa sudah memadai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu.

Jun 1, 2010

Bantu Mereka..


Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"


USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita.

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.


Doa Qunut Nazilah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.


Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Ameen Ya Rabbal A'lamin.


sumber : http://www.zaharuddin.net/content/view/789/95/ & Ummu Ammar

Dec 11, 2009

Juste Pour Vous

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

Teringat pesan ayah di suatu petang...
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

  1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
  2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.



YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
"Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata.
"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini."

Oct 31, 2007

Bagi Yang Baru Berkahwin

Wachhaa..Hihihi..dah lame wa x updatekan blog..Bukan bz ke ape, tp kekeringan idea & musim kemalasan yg melanda..Hahaha..Xtau nak tulis ape & mls nak memerah idea..Tapi disebabkan ade yang mendesak utk dimeriahkan blog wa ini, maka wa terpaksala put an effort sket utk memenuhi permintaan ramai (cheewaah..yeyeje..ramai ke?? dalam nada sengau ek..) Memandangkan sekarang ni kite masih berada dalam bulan Syawal, maka berduyun-duyunlah jemputan perkahwinan sampai ke peti pos (ecece..padahal kt tgn je..!!) Tak tahula nape trend skang ni klu nak kawin je, mesti nak bulan Syawal.. Nape ek? Kalu wa la.. Wa nak...... Ntahle,xde perancangan lagi ar..Huhuhu..K,back to the story, oleh kerana ramai sgt kwn wa yg akan dan telah memasuki alam berumahtangga, maka di sini dengan sukahatinye wa nak bagi tips. Inipon wa dapat dari majalah. Tajuknya ialah RAHSIA PERKAHWINAN TIDAK KAMU KETAHUI. Jeng..jeng..jeng..

Bagi yg akan berkahwin, persediaannya akan bermula seawal 12 bln sebelum tarikh majlis. Dlm tempoh ini, hati akan berbunga2,teruja & tidak sbr menunggu tarikh keramat tersebut. Dan sesudahnya berlangsung, hidup kamu tiba2 kosong,dan kamu mulai murung akibat dr keterujaan melampau selepas bertungkus-lumus sebelum majlis tersebut. Malah ada yg berasa sedih sebaik majlis gilang-gemilang dilangsungkan. Ada yang hilang motivasi & arah tuju. Jika dibiarkan, ia blh membawa mslh kpd hubungan dlm tempoh jangka pjg.
Cara untuk mengatasi mslh ini? 1st, ingatkan diri bahawa anda baru berkahwin. Rancanglah xtvt utk dilakukan bersama hubby menjelang hjg minggu. Jika melarat, dapatkan bantuan profesional.

Itulah dia sedikit-sebnyk yg wa leh kongsi. Ape komen wa? No komen..Hahaha..Sbbnye wa blom kawin..Klu nak tahu, tungguuuu lepas wa kawin..Hihihi..Tapikan bak kata pepatah,klu sayang bini,tinggal2kan,syg ank,tgn2kan (btol ke nih??huhuhu..bm lemah..)Kaitannyer? Erm..heheh..Klu teruja sesgt tu, ingat2kanlah diri pd tanggungjawab yg akan dipikul slps kawin,baik suami mahupon isteri. Yang penting,sederhana dalam apa juga perkara. Okeslasss..wa nak sambung keje sket..(ade keje ke??Hahaha)..


Sep 24, 2007

Hidup Kita Cuma Di Dalam 3 Hari


1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


Hehehe..ni wa amik dr wanyer x-blog..hihihi.. Kebetulan artikel ni wa pos ms lan posa gaks..

Kelebihan membaca 7 surah..

1. SURAH AL-KAHFI

> Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
> "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
> bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.
> Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

2. SURAH AS-SAJDAH

> Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
> "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan
> Al-Mulk"

3. SURAH YAASIN

> Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata:

> "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat
> dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas
dari
> dibawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan
> surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".

4. SURAH AD-DUKHAN

> Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
> "Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya
> 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".

5.SURAH AL-WAQIAH

> Rasulullah saw bersabda:

> " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan
> menjadi miskin selama-lamanya"

6.SURAH AL-MULK

> Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
> "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan
> semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu
> dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di
> hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya
> Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga
selamat
> dari siksaan kubur!"
> Dan Nabi saw bersabda:
> "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

7. SURAH AL-HASYAR

> Nabi saw bersabda:
> "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah
> swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga
> waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"


BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,

ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.