Showing posts with label Vote. Show all posts
Showing posts with label Vote. Show all posts

Feb 12, 2011

Jom, vote Zahra yang tengah syok tido ni..

~Melekat sehingga 12 Feb~

Oleh kerana saya menjoinkan diri dalam Contest Baby Tido yang memerlukan undian dari anda, maka terbitlah entri sebegini dengan muka tak malunya.. Hehehe.. Sekali lagi, saya mohon jasa baik uols untuk sudi-sudikan diri vote Zahra.. 


Baru 15 hari ni.. Tido ala-ala senyum

Caranya senang aja, klik 'like' kat SINI (kat gambar tu).. Siap suda.. Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.. ^_*


p/s : Kalau nak tukar-tukar like pon boleh..just leave your particular link..

Jan 9, 2011

Jom Afundi No. 26.. ^_*

 ~Entri melekat~

Hehehe, dengan muka tak malunya saya nak minta jasa baik uols untuk vote saya bagi contest Gambar Kenangan Percutian 2010.. Kalau nak tengok entrinya, leh klik sini.. Cara-cara untuk vote :

  • Klik link entri Deqlis di sini..
  • Mesti undi 2 peserta, kalau saya sorang je tak dikira ye..
  • Vote no. 26 (cikpuanhady, sayalah tu) dan another number..

Segala jasa baik uols saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.. Muahhss!!

Dec 20, 2010

Maila Vote Zahra.. ^_*

~Entri melekat hingga 20 Dec~

Oleh kerana saya tiada idea untuk update entry (puas duk tenung lappy..tak kuar2 jugak idea..huwahuwa.. Ni mesti kes Monday Blues..agagaga), maka terbitlah entri sebegini dengan muka tak malunya.. Hehehe.. Sekali lagi, saya mohon jasa baik uols untuk sudi-sudikan diri vote Zahra..


Caranya senang aja, klik kat SINI, sila 'like' Sinar Raudah dan klik 'like' kat SINI kat gambar tu.. Siap suda.. Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.. ^_*


p/s : Kalau nak tukar-tukar like pon boleh..just leave your particular link..

Dec 8, 2010

Maila Vote Saya.. ^_*

~Entri melekat sehingga 8 Dis~

Wahhh.. baik sungguh hati cik Efa kerana mahu bagi satu lagi tiket untuk peserta Jom Sertai & Menang by Efa Nur.. Jadi dengan rendah hati, saya memohon jasa baik uols semua untuk vote entri yang saya buat khas untuk menyertai contest ini.. Untuk vote, uols leh tinggalkan komen di blog Efa (klik sini..) dan boleh pilih 2 orang. Contohnya

  1. Haszuraidah Ishak (aww..cik penganjur taruk my full name..kena ikut skema laa..)
  2. Hamba Allah (hihihi..terikut ayat Suzie)
Berikut adalah entri saya bagi contest ini..

Slogan saya dalam pantun bersahaja yer..

Tajuk : Kalau saya jadi jutawan, saya akan..

Buat kenduri kesyukuran selama 2 hari
Jemput orang kampung, kenkawan dan famili
Meraikan nikmat kegembiraan ini
Tanda syukur atas kurniaan Ilahi


Bawak keluarga menunaikan haji
Keluarga mertua dan keluarga sendiri
Itulah hajat pertama dihati
Sekiranya jutawan berjaya dimiliki


Pergi melancong bersama family
Tempat2 menarik pasti dilawati
US, Greece, France dan Italy
Sebut aja di mana, pasti pergi


Rasanya cukuplah kot berimaginasi
Nanti sampai ke pagi esok pon tak habis lagi
Tak dapat jadi jutawan pon saya pasrahi
Asalkan dapat tiket ke genting ini..



p/s : Jom pakat-pakat vote saya di blog Efa.. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih..

 

Nov 12, 2010

Pertama Kali menjadi Kaunselor tak Bertauliah..

~ Entri melekat sehingga Jumaat, jam 12 tengahari~

* Entri ini adalah untuk menyahut cabaran ke 4 dari Atok, yang memerlukan saya untuk memberi nasihat ala-ala kaunselor gitew.. Kaunselor yang diberi nama Tok Wan, yang berasal dari Negeri Sembilan.. Meh kita tengok, isu ape yang perlu saya selesaikan, adakah isu-isu semasa? Isu-isu panas? Ataupun isu-isu rumahtangga..awww.. Layan ajolaa... Zasss (lalu bertukar menjadi seorang kaunselor yang bergelar Tok Wan macam dalam belog Atok) Dalam episod ini sekali lagi sey kena koba dalam bahaso Nogori.. Jangan terkujat!!!

apo masalah ekau..meh Tok Wan torai bantu..

Soalan : Kepada Tok Wan yang Raina ingati sampai mati. Macam biaso lah, Raina ado masalah sikit nak kongsi dengan Tok Wan. Mungkin Tok Wan ado jalan penyelesaian.  Macam ni, Raina baru sajo habis pengajian dan telah ditawarkan kerja. Kira oklah tu kan. Masalah eh Tok Wan, Raina ado masalah kurang skill untuk bersosial. Untuk pengetahuan Tok Wan, Raina ni memang jenis pendiam dan kurang peramah. Takkanlah Raina nak huha kat opis tu padahal Raina bukannya orang macam tu. Raina tak mahu jadi orang lain. Ni lah Raina sebona eh. Tapi kalau Raina terus jadi kayu tunggul kat opis ni, Raina takut Raina akan dipinggirkan oleh opismate. Camno Tok Wan, tolonglah Raina.

Jawapan : Ha itu dio soalan berani mati dari Raina yo. Wah, sampai mati Raina ingat an Tok Wan yo. Nak nangih kojap. Ha, ok2.  Macam ni, bagi Tok Wan lah kan, skill-skill untuk bersosial ni bukan dapek dalam sehari duo yo.. Nak-nak kek tompek baru, mesti Raina raso sogan, terasing, ado yo serba tak kono, kekok, macam-macam laie laa.. Takpo, itu perkaro biaso.. Asai jangan jadi tunggol kayu sudohlaa..

Tapi, Raina sayanggg.. Kalu jumpo opismate yang lain, sonyumlah sikit kalu Raina takdo idea nak koba mondo.. Senyum tu kan sodokah.. Sonang-sonang yo Raina dapat pahalo..

kan makin cute bilo senyum ni..
Laie satu, bukan Tok Wan suh Raina berhuha tak tontu pasal.. No..no..no.. Tu bukan cara untuk bersosial yang sihat.. Maksud Tok Wan kat sini, Raina kenola beramas tamas beramoh-tamoh dengan teman sekerja, berbalas senyuman, berbalas tegoran.. Raina takleh berdiammm yo kalau ade orang tegur Raina.. Kang orang ingat Raina ada bisul dalam mulot bisu ke hape.. Raina balaslah balik tegoran tu yo dengan muko yang manehh.. Paling tidak, Raina bagi salam atau selamat pagi yo bilo jumpo tu.. Raina tak porlu nak molompat sambil cakap selamat pagi kat semuo orang.. Haishh, no..no..no.. Lainle kalu Raina nak buat eksesais melompat bintang.. Tu pon jangan kat opis, buek kek umoh dahle yo..

melompat bila di rumoh yo..bukan di opis!!
Rasanyo takat ni ajola buoh pikiran dari Tok Wan untok hari ni.. Raina acu cubo torai test cadangan Tok Wan ni dulu.. Kalau berjaya, syukur alhamdulillah.. Kalau dak, Raina mai jumpo Tok Wan laie, Tok Wan akan bagi laie next-next step yang lagi drastik dan bombastik supayo Raina tidok lagi menjadi kayu tunggul, malah disukai ramai macam Susu Pokat Maneh cap Junjung..aww..cakap pasai susu cap junjung nih, Tok Wan nak poie minum teh lah dulu.. Adios Amigoosss..


p/s : Moh vote sey di blog Atok, ekau boleh klik LIKE, undi di POLL atau klik UNDI MASUK sebelum hari Jumaat, 12/11 jam 12 petang..

Nov 4, 2010

Inilah resepi Spaghetti Kong Fu den..Korang cubolah..

* Entri ini adalah untuk menyahut cabaran ke 3 dari Atok, yang memerlukan saya untuk berkongsi resepi masakan dalam bahasa Negeri Sembilan.. Sey torai ajola yor Atok, walaupon sey tak ponah laie jojak kaki kek tompek Nogori ni haaa.. Walaupun ghamai yor kawan sey dari Nogori, tapi dio tok koba Nogori ngan sey, takut nanti sey koba balik bahaso Qelate yor..ekekeke..


Hari ni, sey nok kongsi Spaghetti Kong Fu.. Dah hongeh2 berkong fu ngan budok dan pok budok, maila mentokodaghah Spaghetti Kong Fu ni, memang sodap!! Sey cilok resepi ni dari resepi Kuey Teow Kong Fu yor.. Nak buek lagu mano, kek sini payoh nok jumpo kuey tew ha.. Mako, spaghetti la jadi mangsonyo eh..

BAHAN-BAHAN

Bahan A (Kuoh)

2 uleh bawang putih
4 geleh ayor
3 sudu topung jagung
Isi udang, sotong - ikut suko, sey tak suko campur lauk daghat ngan lauk seafood
Sayor - ikut suko
Garam - secukop raso yo.. 
Lado - ikut suko ekaula..nak podeh, tarukla banyok sikit..
Soy sauce -  nak letak boleh, tak nak pon takpo, nak bagi kaler golap sikit yo..

Bahan B ( Spaghetti colup telur )

1 paket spaghetti
3 biji telur - ikut suko

CARO-CARO

1. Tumeh bawang putih sampai kekuningan dan hidung ekau ada bau-bau wangi gitew
2. Lopeh tu, masukkan 4 geleh ayor. Ekau tunggu hinggo mendidih
3. Dah mendidih tu, ekau masukkan udang, sotong, sayur, lado, soy sauce dan garam secukop raso, biarkan sehingga masok.

 
4. Bancuh tepung jagung dongan sedikit ayor sahajo dan tuangkan ke dalam kuoh tadi, lopeh tu ekau
tunggu hinggo kuoh menjadi pokat. Siap.
5. Gaulkan spaghetti bersamo telur dan gorengkan pada minyok paneh.


6. Siap sedio, apo laie, poie copek amik pinggan, moh kito makan ghamai2, ajok waghih2 semuo.. Jangan riso, memang berdaso lah masok Spaghetti Kong Fu ni.. ^_*




p/s : Moh vote sey di blog Atok, ekau boleh klik LIKE, undi di POLL atau klik UNDI MASUK sebelum hari Khamis, 4/11 jam 12 petang..

Oct 28, 2010

Saat Yang Memaluuuuukan..

Masa aku remaja dulu, pernah sekali aku merasa malu yang amat sangat. Nak tahu nape? Kejadian ni berlaku masa zamanku muda-muda dulu, masa masih bergetah, cun melecun single-mingle lagi.. Kiranya waktu masa hormon remaja masih membuak-buak lagi.. Di suatu universiti 'tuttt', dekat fakulti 'tuttt', ade sorang jejaka malaya nih, memang menjadi pojaan bualan ramaila especially gals yang gedik-gedik dek kerana wajahnya yang ensem, gayanya macho malah bermotosikal harley lagiii... Hanya dikenali sebagai Jay (bukan nama sebenar!!)

Satu hari dalam kelas 'tuttt', last kelas untuk 2nd sem, aku duk kat line tengah, selang lima orang ade Jay ngan machonyer duk kat situ (duduk pon maintain macho gak!!) Tiba-tiba dia ngan machonyer melambai-lambai ke arah aku.. Pastu mulut gerak2 cakap ape ntah, tak dapat nak tangkap sbb kelas bising (paham-paham ajela dah di minit-minit terakhir kelas) Aku ngan konpidennya sengih kambing dan melambai balik, sambil jerit, "Ape die, tak dengar la.." Pastu siap buat isyarat tak dengar ngan gerak2 tangan ke atas cam Mami Jarum (cume takde gelang sampai ke siku je..)

Sekali, dia bangun ngan machonyer menuju ke arah aku. Aku dah mula nak control ayu dah, tangan dah btol-btolkan tudung bagi nampak lagi comey, kaki mula nak menguis-nguis tanah lantai dah.. Makin dia dekat, makin berdegup kencang jantung aku, muka dah naik tegang sebab duk maintain senyum ayu, sekali selamber ajer dia berjalan melepasi aku.. Chesss, rupenyer dia melambai kat Kay (bukan nama sebenar!!!) bespren dia, yang duk selang 2 orang dari aku.. Siap dua orang tu sengih kerang lagi kat aku.. 

Saat tu aku taktau nak buat ape dah, rasa panasss je kat muka ni.. Takyah nak pakai-pakai blusher lagi dah, memang merah satu muka!!! Nak masuk bawah meja, mejanya kecik aje (ala..meja yang attach to kerusi tuuu..) Nak sorok muka bawah kain, pakai t-shirt ngan sluar la plak.. Last-last ajak member sebelah kuar kelas cepat2.. Sib baikla my bespren tu tak sedor akan kes kemaluan yang memaluuukan aii tadi.. Siap tanye, nape muka nampak merah, demam ke? Huhu.. Dalam hati ni sib baik dah nak cuti sem.. Kalau tak, owwhh tidak!!!!



p/s : Entri ini adalah untuk Challenge kedua bagi ANTI contest. Marilah vote saya di blog Atok, sama ada klik LIKE, undi di POLL atau klik UNDI MASUK sebelum hari Khamis, 28/10 jam 12 petang..

Oct 21, 2010

Unikkah Aku?

Unikkah aku jika masa kecik2 dulu (time blom bersekolah) aku dan kawan2 suka main tarik pacat panjang-panjang, tapi bila dah besar ni kemain geli, pantang nampak pacat..trus melarikan diri?

Unikkah aku jika masa kecik2 dulu suka merempit dengan geng2 basikal ketika pulang dari sekolah sambil menikmati pemandangan indah di jalan2 kampung?


Unikkah aku jika masa muda remaja dulu2 gemar berkongsi cerita bersama bff mengenai orang yang yang disukai secara senyap2 walaupun berlainan bangsa (hoho..kantoi di situ..)?

Unikkah aku jika masa muda remaja dulu2 sanggup stay up, together with bff, kami layan chatting tak hengat donia..bukannya untuk study sampai lebam (maklumla bukan time exam..hihihi)?

Unikkah aku jika bergelar ibu muda (muda ke??) tapi masih suka main2 di funfair, beach & recreation park bersama keluarga, lagaknya mengalahkan kanak2 mendapat permainan yang disukainya?


Unikkah aku jika bergelar ibu muda tapi gemar melayan anime, tambah best kalau dapat bertukar cerita bersama geng2 anime lover?

Kalau dari kaca mata sepetku ini.. Aku hanya seorang insan biasa.. Yang suka berkongsi suka, duka bersama keluarga & kawan-kawan. Yang gemar menikmati setiap saat itu dengan sepenuhnya bersama orang-orang yang tersayang.. Bersama mereka, hari-hari yang dilalui terasa begitu indah dan unik.. Dengan mereka, terasa diriku ini seorang yang istimewa dan unik.. Kerana mereka, i am unique, and i'm proud of it.


p/s : Maaf bagi penggunaan 'aku' di atas..hehehe.. Entri ini dibuat bagi memenuhi challenge pertama bagi contest ANTI.. Sekiranya uols suka ngan entri ini, mahupon dengan gambar gedik aii, ataupon suka kat aii (apekahhh??), sila ringan-ringankan tangan yang rajen itu untuk mengundi di sini samada klik LIKE, undi di POLL atau klik UNDI MASUK sebelum hari Khamis, 21/10 jam 12 petang..

Oct 19, 2010

Me one of the ANTM candidates?

Hehehe.. bukan ANTM, tapi ANTI.. Nak buat striketru tak dapat, so jadi cenggitu la tajuknyer.. Tak sangka pon me layak untuk ke peringkat akhir.. Maklumler, yang bertanding sumer cun melecun, ensem jambu hebat2 belaka.. Terima kasih buat juri yang sudi pilih me as one of the ANTI candidates.. 6 orang tu yang berjaya mara ke peringkat akhir.. Nak tengok entri yang berjaya memikat hati juri, leh tgk kat sini..

Untuk dinobatkan as an ANTI, ade beberapa challenge yang perlu dijuarai..hohoho.. Nak tau ape challenge yang pertama? Sila tengok kat bawah ni..


Oh atok..ko memang hebat!! Idea superb ko ni telah membuat den jadi 'neves', sampai jammed otak nak update blog.. Ni dah jadi cam realiti blogging show nih..hehehe.. Debarnya mengalahkan nak jadi artis pulak..kuikui.. Maklumle omak den very the low profile..

Tapi dah namanyer join untuk suka-suka, den buat ape yang termampu aje lorr.. Nantikan entri den untuk challenge ni yer.. My frens, if uols suka ngan entri (or gambo posing me ke..hahaha) yang me akan wat nanti, jangan lupo undi yer.. AFMasuk Has ^_^