Showing posts with label Swiss Trip. Show all posts
Showing posts with label Swiss Trip. Show all posts

Nov 26, 2010

Jenjalan di Hari Raya ke 5..

Semalam, saya dah story mory pasal aktiviti di hari raya keempat. Pada hari raya kelima pula, kami gi jenjalan kat Bern, bandar terbesar yang keempat, yang juga merupakan federal city bagi Swiss.. Ha, embassy Malaysia ada kat sini la.. Bern ni ada Old Town ngan New Town.. Tapi untuk trip kali ni, kami sempat pi yang Old Town je.. Kalau nak cerita details pasal Old Town, leh skodeng my entry yang ini.. Kalau nak tengok entry pasal New Town, leh tengok kat sini.. Tapi yang ni hanya separuh je criternya..agagaga..

view otw ke Bern..
kat atas terowong pon leh ada rumah..
Swiss yang famous ngan lakes dan mountains..
Subhanallah!!
err...tak pasti kat mana (sbbnyer den tdo..agaga) yang pasti menuju ke Bern..
Saja letak banyak2 gambar, bagi cuci mata uols..hehehe.. Lagipun, ni trip terakhir kami sempena cuti hari Raya AidilAdha kali ni.. Kiranya, penutup bagi episod beraya sakan di Hari Raya AidilAdha 1431H.. Hehehe.. Dah puas ke layan gambo? Nak lagi? Ok, jom skodeng gambar2 di Old Town Bern City..

depan bulding menteri2 bersidang (kalau tak silap..miahaha)
kat tapak market..banyak yang dah tutup gerai sbb dah kul 6..
berposing dengan tram sebelum balik..

Nov 25, 2010

Jenjalan di Hari Raya ke4!!

Last time dah story mory pasal juadah 'spesel' di pagi raya pertama dan tempat kami beraya pada hari raya kedua & ketiga, kali ni saya nak citer pula tempat yang diziarahi pada hari raya keempat, di mana, kami telah pergi jenjalan ke Geneva, bandar kedua terbesar selepas Zurich..

Di Jardin Anglais.. Tak silap 1st time saya datang dulu bunga kat jam kaler lain..
mak mertua gitau kat Jeddah pon ada jugak air pancut camgini..
Sesampai je kat Geneva, kami pusing2 dulu sekitar Jardin Anglais sebelum jenjalan kat city centre. swwu Yang bestnyer, Jet D'eau tengah on, siap nampak rainbow lagi..( Last year, time kami pi, air pancut ni tak on.. Leh baca full story trip kami last year kat sini..)

sekitar Geneve city centre..
ramai jugak orang walaupun weekday ni..
First time jugakla saya terperasan ada moto BMW kat sini..agagaga.. Selama ni, tak amik pusing pon brand moto ni, tapi bila pak mertua mention, baru notice..agagaga.. nak tengok moto BMW tu? Siap ada roof tu..

nampak tak brand moto kat tepi tu?
Dah abih story mory pasal raya keempat.. Ingatkan nak combine je ngan raya kelima, tapi nanti panjang berjela-jela lah pulak.. So, terpaksalah saya asingkan.. Nak tahu ke mana kami beraya pada hari raya kelima? Tungguuu... ^_*


Nov 24, 2010

Jenjalan di Hari Raya kedua & ketiga..

Skang baru sempat nak update aktiviti sempena cuti Raya AidilAdha yang lepas.. Kalau orang lain duk bercerita tentang menu-menu makanan yang best, tapi saya hanya mampu bercerita tentang tempat2 yang kami lawati pada cuti raya lepas..

sekitar di city centre of Zurich
Hari raya kedua, kami pergi jenjalan ke Zurich.. Maklumla Zurich kan the largest city in Swiss.. Memang banyak tempat menarik kat sini (nak tau lebih lanjut, leh tengok trip pertama kami kat sini..), dan yang paling best, shopping mall kat sini bukak sampai kul 8 - 9 malam.. Tu kira dah paling lewat tutup dah kat sini.. Pastu, even dah kul 8 malam pon, masih ramai lagi yang bersantai di city of Zurich ni..

weekday pon ramai jugak orang..
Hari raya ketiga, kami gi jenjalan ke Montreux.. Walaupun saya, en. Suami dan Zahra pernah mai sini (nak tengok view otw ke Montreux leh klik sini..), tapi masa tu tengah peak Autumn, jadi suasana agak berbeza pada kali ini.. Kat mountain tu dah nampak snow.. Bestnyer, rasa tak sabau pulak nak main snow..

di tepi Lake Leman aka Lake Geneva
nampak tak snow kat atas bukit tu?
Kalau datang ke Montreux ni, jangan lupa untuk singgah ke Chateau de Chillon. Castle ni tersangatlah glamor, tapi kami tak masuk pon.. Agagaga.. Pertamanya, sebab mahu kejar masa, maklumla time Autumn ni siangnya pendek, kul 5 tu dah macam kul 8++.. Keduanya, sebab saya, en. Suami dan Zahra pernah masuk..miahahaha..

zoom bagi nampak snow..agagaga
Zahra yang pantang jumpa air..
Ok itu aje setakat ni.. Nanti saya update pulak untuk raya keempat & kelima.. Chowww...

Nov 17, 2010

Kami Beraya di Lausanne City Centre!

Wah..wahh..wahhh.. Orang lain duk sebok berhari raya di kampung halaman, kami pulak duk beraya sakan di Lausanne City Centre..hehehe.. Maklumla, sempena meraikan kedatangan orang dari jauh ni, mestilah bawak jenjalan kat bandar halaman, dak gitu? Agagaga..bandar halaman lah sangat, padahal banyak lagi tempat yang saya dan en. Suami tak explore kat sini..

tetap ceria walau beraya di negara orang..hoho
Kalau tahun lepas, kami beraya AidilAdha hanya bertiga sahaja, tapi alhamdulillah, tahun ni meriah sikit.. Sekurang-kurangnya terubat jugakla rindu kat keluarga dan sanak-saudara.. Yang paling best, Zahra la coz ada cik Su ngan cik Teh yang suka melayan karenah dia.. Ha, nak tau apa menu istimewa kami di pagi (er..tengah hari dah sebenarnyer..ehehe) raya ni?

orang lain duk makan daging korban, kami makan crepe-coklat-banana secara berjemaah..
Di kesempatan ini juga, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat keluarga di tanah air, sanak saudara dan juga rakan taulan serta buat Ma Belle visitors.. Maaf Zahir Batin.. Makan daging korban tu, ingat-ingatlah kami kat sini..hehehe.. ^_*

Nov 9, 2010

Apa Ada Dengan Lugano...

Wahh.. berjamangg baru nak buat full entri pasal trip gi Lugano nih..hihihi.. Sabau ajela.. Macam yang saya bagitau kat entri ini, kami stay kat Lugano selama 3 hari 2 malam.. Kami menginap di Hotel Campione yang lokasinya sangat menarik coz dekat dengan tasik dan mengadap Lugano city.. Macam biasa, kami menggunakan booking.com untuk dapatkan harga yang lebih murah..

Agak2 nape ye ada flag Thai, Jepun & Itali?
Kalau nak tengok more gambar kat depan hotel ni, leh tengok kat sini. 1st day, gi jenjalan kat bandar Lugano, cuci-cuci mata kat Parco Civico, taman yang glamer kat Lugano ni.. Agak besau dan penuh dengan bunga-bunga cinta gitew.. Ramai yang lepak kat sini sambil makan eskrem.. Sejuk2 pon depa ni makan eskrem gak coz sini tempat ni glamer ngan eskrem.. Kami yang curious ni pon bantai jugak eskrem, memang sodap dan menggigil selepas tu..hehehe..

Zahra dah tak sabau nak petik munge..
nice huh?
Uols leh jugak skodeng kat entri ni untuk tengok gambar2 lain sekitar Lugano city.. Hari kedua, kami gi jenjalan kat Swiss Miniatur. Apa yang ada kat sini? Mostly, buildings yang glamer2 kat Swiss ni dipamerkan kat sini secara miniatur. So, kalu tak sempat nak jenjalan kat semua tempat yang glamor2 kat Swiss ni, mai ajela kat sini..hohoho..

khusyuk Zahra nengok cable train yang bergerak..
sudah lupa building ape ini..hehe
yang ni pon lupe juga..agaga
Tak puas tengok gambar miniatur tu? Kat sini ada a few gambo lagi.. Pehtu, kami pi window shopping kat Lugano Foxtown, ala.. yang glamer ngan tempat shopping branded stuffs tu, yang outlet punyer.. Nak apa, Gucci, Prada, Versace, Salvatore Ferragamo, Valentino, Dolce & Gabbana, Trussardi, Adidas and Nike, semua ada.. So, bagi orang2 yang kayo tuh akan kata sini dirt cheap punyerr!! Tapi bagi me, hanya mampu tengok aje ler..huwahuwahuwa.. Tak cayer? Kat sinila saya mentry kasut yang rega RM600++ tu..hehehe.. Tapi kalu nak kira, maybe harganya murahla kalu diukur pada jenamanya dan dicompare pulak ngan rega kat Malaysia.. Ha, kalau mai sini jangan lupa mentorai eskrem yang paling sodap kat sini.. Leh tengok gambo kedai eskrem tu kat sini..

yukk.. berski yukk...
Last day, weather tidak begitu ceria, penuh ngan kabus kat atas bukit. Tapi oleh kerana en. Suami beria-ia mahu naik funicular, layankan ajela.. Dah dia yang sponsor kan? Agagaga.. Tapi macam sayang jugakla, coz naik2 satu hape tak nampak viewnyer.. Funicular San Salvatore ni memang femes ngan view yang tersangatlah menarik..awww..

bergambo dulu sebelom naik..
paras ni masih clear lagi..
dah mula berkabus..
kat atas...dah tak nampak ape dah..
Nak layan gambar kabus lagi leh tengok kat sini... Maka, tamatlah trip kami buat kali ini.. Yang bestnya, on the way balik tu, nampak snow...awww..tak sabornyer..coz tahun lepas saya tak main snow secara sakan..hehehe..sebab masa tu Zahra tecik lagi, skang Zahra dah leh jalan, maka tahun ni saya nak main sampai kebas..hehehe.. ^_*

Oct 18, 2010

Skodeng di Hari Terakhir!!!

Dah sampai pon kat umah.. Sib baik tak terbuat plan B..hihihi..almost dah nak mengulor lagi.. Tapi oleh kerana dompet makin nipis, Isnin (which is arini ler..) dah kena masuk koje, maka ngulor kat umah aje ler..hihihi.. Jom skodeng dulu gambar2 di hari2 terakhir trip singkat ini..

sungguh berkabus kat atas bukit nih..tak nampak ape dah!!
i loike autumn..tapi daun dah mula berguguran..
nun di puncak umah2 depa nih..menarik ke mengerikan?
wahhh..dah ade snow!!!
Mengulor ke mana? Tak letak pulak gambo tempat tuh kat sini.. Kami just lalu je.. Huhu..yang pastinya mesti membuat saya termimpi-mimpi, tak sabau den nak poie sana..hihihi.. Buildingnya ala-ala Paris gitew.. Dah namanya pon one of shopping heavans kat Europe nih..hihihi.. 


p/s : Bila mau pegi bang, tapak tangan kanan & kiriku udah gatalll nih.. Hehehe..

Oct 17, 2010

A Quick Glance at Day 2

Aawww, tak prasan pulak piccas yang saya post before this takleh nak magnify lah pulak.. So, kali ni saya letak besaq2 trus..hehehe.. Cam biasa, takleh nak story-mory lebey2, kita layan aje piccas ni.. Zass..

pemandangan di depan hotel
hotel ni dekat btol ngan border Itali
 
di Swiss Miniatur
blakang tu model gunung tertinggi di Swiss.. Ada snow all year round!!
depan Swiss Federal Parlimen
best aiskrim in town!!slurrpp..
Plan asal, pas pusing2 kat Swiss Miniatur, mahu naik furnicular kat Paradiso. Tapi oleh kerana cuaca tidak mengizinkan, terpaksa lorr tukar plan kepada window shopping kat Foxtown!!! Harap2 esok cuaca kembali cerah...

Oct 16, 2010

Day 1 : Sneak Peek

Takmo citer2 panjang, hanya nak gitau kami dah selamat sampai di Bandar Lugano!!! Perjalanan dari rumah amik masa selama 4 jam, fuhh..lenguh gak m*nt*t...huhuhu.. Zahra di jam yang terakhir dah mula menunjukkan tanda2 bosan..hohoho..sib baik ade umpan.. Jom layan piccas ini!!!

view selepas masuk canton Ticino
dalam hati ada taman di Parco Civico..




tugu yang unik berdekatan dengan tasik..
Zahra dah kempunan nak main air..
sukelah ngan pokok ni..
tugu peringatan sempena pengisytiharan Lugano as Swiss city..
Stori-mori yang lebey details, kena tunggu sampai aii balik dulu.. Choww!!!

Sep 19, 2010

Hijau Mata Hitamku...

Sungguh poyo itu tajuk, kan? Tapi memang btol.. Semalam kami gi berjalan-jalan naik funicular kat Gurten Park di Wabern (area sini cakap German). Waahh.. padangnya sungguh hijau, luas pemandangan plak tu.. Nak golek-golek dari atas bukit sampaila ke bawah bukit pon boleh (bukitnya landai...harap maklum..) coz rumputnya tebal dan sangat best untuk golek-golek landing, macam karpet pon yer.. Nak tahu ape itu Gurten Park, leh klik kat sini..


Hijau kan? Ade yang duk ber'barbecue', ade yang duk main sepak2 bola ngan anak. Bukan tu je, kat sini pon ade ala-ala cam taman permainan untuk kanak-kanak. Memang menjadi tempat riadah sekeluarga la..



Oleh kerana kami ade half fare card, maka dapatlah harga CHF5 return ticket per person.. Kejap aje pon naik funicular nih, lebey kurang 10 min camtu.. Yang bestnyer, leh tengok view bandar Bern kiri dan kanan sepanjang turun dan naik..