Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Feb 3, 2011

Akibat gatal tangan, akaun Nuffnang menjadi 0!

Hohoho.. Salah siapa tu? Tangan yang gatal ke, atau tuan tangan tu yang tak sabor? Agagaga.. Memula kekononnya nak kumpul sampai riban-riban bulan 5, tapi dek kerana duk baca entri kenkawan, sumer pakat-pakat cash out, membuatkan saya pon rasa gataii je nak cash out...

Hehehe, kalau nak kira, saya dah tekan button cash out tu pada 31hb yang lepas, tapi takdan nak buat entri..ngeee.. Macam saya gitau kat entri Saya dah, Anda bila Lagi?, saya menjadi ahli Nuffnang sejak 5 bulan yang lalu.. First time dapat BE dalam bulan November 2010, iaitu 2 bulan selepas bersama Nuffnang.. 


Sehingga 31 Jan, terdapat 14 bijik ketul ME bagi blog Ma Belle Conway (Ma Belle Histoire) dan semuanya berjumlah XX.XX (hahahaha..hangpa kirala..den malas..agagga) Oklah tu kan.. Paling sikit adalah ME AMP KK Launch Era berjumlah RM0.09 dan paling banyak adalah ME 1 Day Acuvue dengan jumlah RM23.04.. (Bila nak merasa 1 BE dapat sampai RM100 ni...wuwuwuwu) 


Yang CPC saya malas nak kira..huhuhu.. Yang pasti, saya bakal mendapat RM 158.91 (selepas ditolak RM1). Alhamdulillah, walaupun tak berkepuk-kepuk cam orang lain, tapi saya tetap bersyukur.. Adakah akan merasa RM12K dalam sebulan nanti-nanti, tahun depan ke? Hohoho, tak pernah saya berangan sampai ke situ dan masih jauhhhh lagi untuk saya capai tahap macam RedMummy tu.. Tapi itu bukan sesuatu yang mustahil kan? Antara nak ngan tak nak aje, kalau nak, kenalah berusaha lebih, yer dak? Agagaga..


Dan inilah jumlah earning saya skang..huhuhu.. Dengan bergantung kepada satu je BE yang segan bebenau nak muncul, lalu menyebabkan earning dalam sehari RM0.02 sen jaa.. Jadi encik Nuffnang yang baik hati, jangan biarkan BE DiGi kesepian, bagilah BE baru untuk teman BE DiGi tu.. barulah bertambah happy..hihi..

A million thanks buat Ma Belle visitors yang sering berkunjung ke sini, dan memberi sokongan pada blog Belle ini.. A million thanks juga pada yang sudi klik ads di blog Belle ini.. Muahss berbijik-bijik kat uols..


p/s : Bila ek dapat cek dari Nuffnang ni, akhir bulan 2 ke?


Jan 26, 2011

Blogger Prihatin | Respons Nuffnang mengenai Isu Iklan Arak MilkADeal di Blog

Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tidak perasan.. Saya dapat tahu pon 2 hari yang lepas, melalui blogwalking ke blog kenkawan, ada yang bagitau iklan arak keluar di blognya dan juga di blog-blog yang mereka kunjungi..

Nuffnang

Memula saya ingatkan mereka terlupa untuk tick di setting pemilihan iklan, coz saya tengok kat blog saya takde pon, malah certain2 blog yang saya kunjungi tak nampak pon iklan ni.. Tapi, saya bukan online 24 jam pon kan, jadi tak surelah.. Sehinggalah saya dapat tau yang even dah tick no alcohol pon, iklan ni terpapar juga di blog. Selepas tu, saya tengok respons Nuffnang di twitter yang bagitau mereka betul-betul kesal dengan apa yang berlaku dan mereka telahpon remove iklan ini..

Dan semalam, sewaktu saya berblogwalking, saya terjumpa blog KaizenShinobi.com yang menjelaskan lagi respons Nuffnang mengenai perkara ini.. Ni saya copy paste aje dari blog KaizenShinobi.com.

Hi Khairunnizam,

Hope this email finds you well.

We happened to come across your blog post regarding the publishing of alcohol-related ads on your blog, and would like to apologise for this oversight. MilkADeal is a group buying site that promotes deals from various businesses in general such as clothes, gadgets, food and drinks but it so happens that the deal they are currently having is alcohol brand related. It was saddening for us to find out that you were affected by this despite our efforts to filter the ads so that none of our bloggers who are not comfortable with this carry the ads in their blogs.

Thus, we have canceled the ad for the deal concerned as soon as we found out to ensure there will be no more conflict of interest for you and your readers or any other blogs out there while we look into the system to ensure that this does not happen again in the future.

Thank you for sharing this with us as it takes active bloggers such as yourself to improve our blogging community. Only with bloggers like yourself, are we able to strive to be a better blogging community in Malaysia. Thank you.

--
Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

Ni ada satu lagi reply yang diterima oleh KaizenShinobi.com setelah menghantar tiket kepada Nuffnang..

Hi Nizam,

A thousand apologies as this was a technical error on our end. We have taken the necessary action to stop serving the ad campaign and working on a better solution to prevent this from happening again. Rest assured that no earnings from this CPA ad will be credited to anyone as it has been voided on our end.

Apologies again for this matter.


Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

Mujurlah ada ramai blogger yang prihatin dan bro KaizenShinobi.com salah seorang darinya, dan sudi berkongsi mengenai perkara ini kepada orang ramai.. Maklumlah, benda ni takleh dipandang enteng, silap-silap terambil benda haram..

Selepas ni, pihak Nuffnang perlu lebih berhati-hati dalam perkara sebegini. Walaubagaimanapun,  syabas juga kepada pihak Nuffnang kerana mengambil tindakan yang sewajarnya sepantas yang mungkin dan terus berusaha menjadi blogging community yang peka kepada sensitiviti ahli-ahlinya..  Ni yang buat makin sayang pada Nuffnang ni.. Nuffnang sayang tak kat saya? Ngeee...


Jan 21, 2011

Yeayy.. Dapat BE Lagi..

Hihihihi..suka..suka..suka.. Alhamdulillah.. Murah rezeki blog Belle bulan Januari ini.. Semoga terus diperbanyakkan rezeki (err..ni ayat berbaur tamak ke?agagaga..) Me juga pasti, ramai blog kenkawan yang murah rezeki di bulan ini kan, dengar2nya ramai juga yang menerima BE dari Nuffnang, cam blog Miza, Cute Mum, Mama Zharfan, Nana dan ramai lagi lah..

Senangnya dalam hati
Dapat BE lagi
 Terima kasih en. Nuffy
Jangan lupa beri lagi

Terima kasih diucapkan buat penaja yang baik hati iatu DiGi dan Nuffnang kerana sudi menambahkan BE yang sedia ada buat blog Belle ini.. 
Hohoho, macam yang uols leh tengok tu, tinggal 1 je lagi BE yang tengah running kat blog Belle ini.. BE Acuvue baru je bertukar menjadi Oltromen ME, walaupun gembira kerana setakat ini BE Acuvuelah yang paling lama bertahan, sekaligus paling masyukk sekali, namun agak sedey di situ sebab tinggal satu je lagi BE. Harap-harapnya BE ini bertahan lebih lama kat blog Belle ini..

p/s : Terima kasih juga buat Ma Belle visitors yang sudi mengklik ads di blog Belle ini dan tak jemu-jemu bertandang ke teratak Belle ini.. Muahsss kat uols!!

p/s/s : Cash ke tak cash? Cash ke tak cash? Alahaiii..susahnya nak buat keputusan..


Jan 19, 2011

Uwaa.. Hanya 10 hari BE Maxis Bertahan..

Huhuhu..kusangkakan akan panas sampai ke petang bertahan hingga tahun depan (wakaka..melampaulah tu..), rupanya hanya 10 hari sajork BE Maxis bertahan, lalu bertukar menjadi Kesatria Baja Hitam ME..

Walaupun kubahagia melihat jumlah earning yang bertambah (walaupun takdela banyak mana), tapi kusangat kasihan pada BE Acuvue tu. Sorang-sorang je dia kat kotak atas tu, takde BE lain yang teman.. Tapi takmola sebab encik Nuffnang pon kasihankan BE Acuvue tu lalu tukarkan ia menjadi ME. Nanti kasihan pulak kotak BE tu, akan menjadi kosong, tidak berseri lagi.. Ewaaahhh..

kalau segan nak bagi satu, dua tiga pon den terima..kuikuikui

 Jadi, wahai encik Nuffnang, jangan biarkan BE Acuvue kesepian, bagilah BE baru untuk teman BE Acuvue tu..hihi..

Oh ya, berkenaan dengan cash tu, rasanya ku mahu cashkan la.. Tapi, dengar-dengarnya, ada juga yang tak cash, memang nak simpan sampai riban-riban..Fuhyoo.. Nak tanya ni, BE tetap masyukkk dak walau tak cashkan? Jangan malu jangan segan untuk berkongsi pengetahuan..ngeeee..




Jan 9, 2011

BE Baru di Tahun Baru.. Thanks Nuffnang!

Wahh, tak sangka baru je hari tu buat entri gitau yang tinggal 1 je lagi BE, blog Ma Belle Conway dapat satu lagi BE baru.. BE yang pertama bagi tahun 2011 ni, dan moga-moga akan ada BE baru lagi selepas ini..ngeee..

Ha, nak tau penaja mana yang bermurah hati nak bagi BE kat blog Belle ini? Semestinya dari Maxis dan juga Nuffang. Ini adalah kali pertama blog Belle ini menerima BE Maxis. Sudilah kiranya menerima pantun dua kerat dari me..


Terima kasih daun keladi
Lain kali, berilah lagi..
 

Hihihi.. thanks juga buat semua Ma Belle visitors yang sudi bertandang ke blog ini, walaupun blog ini sudah dijadikan blog khas untuk join conway.. Terima kasih juga buat yang sudi mengklik ads di blog Belle ini.. Muahhss berbijik-bijik kat uols..ngeee..

Cumernyer, skang ni me konpius sket, nak cashkan ke tak.. Dari apa yang me baca, better cashkan, supaya BE baru akan datang dengan lebatnya..hihihi.. Ke ada yang tak pernah cash, tapi BE lebat juga datang? 
 
credit
 
Kalau ikutkan me takmo cashkan lagi, satu sebabnya duk jauh, kalau berlaku apa-apa hal susah plak nak follow up.. Lagi satu, plan asal time nak balik Malaysia nanti, nak wat teka teki jumlah earning dari Nuffnang. So ingat nak kumpul sampailah bila nak balik baru nak cashkan. Tapi, bila duk baca ramai yang kata better cashkan, serba salah pulak jadinyer.. Apa pandangan uols untuk orang-yang-tengah-dalam-dua ni? Ngee...


Jan 5, 2011

Tinggal 1 je lagi BE.. Yang lain semua dah jadi ME, nak BE baruuu!!!

Hikhik, dengan muka tak malunya saya buat entri ni.. Wahai Nuffnang yang baik hati, bagilah blog kesayangan saya ni BE baru.. Nak jugak BE baru cam kenkawan saya yang lain.. Nak jugak merasa BE baru di tahun baru ni..ngeee..

wahai encik Nuff, bagila BE baru kat saya..

Balik-balik dari bercuti hari tu, tengok-tengok earning dah bertambah, dah boleh cash pon.. Rupa-rupanya banyak BE blog ni dah menjadi ME, dan sekarang ni tinggal satu je lagi BE yang tengah menayangkan diri.. Uwaaa, sian BE Acuvue tu sensorang, takde BE lain yang teman.. Jadi, wahai encik Nuffnang, jangan biarkan BE Acuvue kesepian, bagilah BE baru untuk teman BE Acuvue tu..hihi..

Cumernya, skang nih masih konpius nak cash ke nak peram sampai riban-riban..haha, ayat koya di situ..^_*

Dec 20, 2010

BE dari ERA dan Info Mengenai Nuffnang

Yeayy... Ini BE kedua bagi bulan Disember ini bagi blog Belle ini.. Terima kasih diucapkan buat penaja yang baik hati iatu ERA.FM dan Nuffnang kerana sudi menambahkan BE yang sedia ada buat blog Belle ini.. Semoga lepas2 ni, pihak Nuffnang dan penaja sudilah memberi buffered earning lagi buat blog Belle ini..


Ada yang bertanya, berapa lama BE itu akan berada di blog kita.. Tak silap saya, berapa lama tu bergantung kepada berapa banyak penaja membeli jumlah unique visitor bagi blog uols. Ok, contohnya macam ni, let say untuk BE AMP KK Launch (Era) LB, mengikut tarikh kempennya adalah satu bulan. Tapi tidak semestinya ads ini akan berada satu bulan di blog  uols.

Boleh jadi hanya berada seminggu sahaja jikalau penaja beli trafik blog uols selama seminggu sahaja. Biasanya yang dapat full kempen ni blog yang mempunyai trafik yang meletops gituuu (ni tekaan sayalah..agagaga), contoh terbaik blog Redmummy.com. Sebab tu lah, kalau uols tengok ada setengah BE tu dah tak keluar kat blog uols, earning pon dah tak meningkat, tapi masih belum menjadi ME. Sebabnya, tempoh kempen bagi ads tersebut belum tamat lagi, tapi untuk blog uols dah mencapai limit UV yang dibeli.


p/s : Terima kasih juga buat Ma Belle visitors yang sudi mengklik ads di blog Belle ini dan tak jemu-jemu bertandang ke teratak Belle ini.. Muahsss kat uols!!

Dec 18, 2010

Jipaban - My 2010 Santarina



Tiba-tiba.. tingg...


Buka-buka tengok, ada email dari Nuffnang mengenai Jipaban, the customizable online shopping mall..




Semestinya saya mahu berikan hadiah Pink Bear yang comel ini buat my lovely daughter yang sangat sukakan soft toys dan really enjoy beautiful songs..
Kerana setiap senyuman dan kegembiraan my lovely daughter, membuatkan saya turut tersenyum dan gembira..
Untuk itu, thanks buat Jipaban, kerana menyediakan laman web yang interaktif, user-friendly dan hassle-free..


p/s : Entri ini dibuat untuk contest yang dibawakan oleh Nuffnang dan Jipaban. Due hari ni, nak join klik sini..

Dec 11, 2010

Mana Lagi Bagus, Ada 2 Akaun Nuffnang, atau 1 je?

Err..sebelum tu.. Nak tanya, boleh ke ada 2 akaun Nuffnang? Mesti uols tertanya-tanya kan, apesal pulak nak dua akaun, dah tamak ke hape? Hehehe..

Bukan, bukan.. Sebenarnya macam ni, saya berangan-angan ni nak ada satu lagi blog (amboi..lagi 2 blog tak terjaga..nak tambah lagi satu..huwahuwahuwa..) Dan blog tu akan mempunyai akaun gmail yang lain.. Kiranya bukan under akaun gmail yang sekarang ni, dan takkan berkongsi dashboard yang sama..


Jadi bolehkah saya register under akaun yang sedia ada, or perlu buat akaun lain? Dan soalan cepu mas, yang mana lagi bagus, ada 2 akaun nuffnang ke ataupun satu je?

Bagus di situ bermaksud, sekiranya kita register under akaun yang sama, adakah Nuffnang akan berkata
Ooo..ni pengguna setia nih, jadi kita bagi banyak-banyak cpc & cpm campaigns.. (Wah..wahh..mata duitan di situ..agagaga)
Ataupun yang tak bestnya adalah, sekiranya kita register under akaun yang sama, adakah Nuffnang akan berkata macam ni pulak..
Ooo.. dia nih dah banyak cpc & cpm campaigns, jadi kita bagi kat orang lain lah pulak.. (Aissyy..tamak haloba di situ...agagaga)
Jadi kenkawan, saya nak tanya pendapat uols ni, especially yang ada lebih dari satu blog dan mendaftarkan kesemua blognya dengan Nuffnang, apa pendapat uols tentang ni?

Dec 4, 2010

BE DIGI Terbaru bagi blog Belle..

Kali terakhir blog Belle menerima BE adalah dari Nokia, tak silap dalam 1-2 minggu lepas.. Agak lama juga tu..hohoho..

Alhamdulillah, rezeki di hujung tahun ni, blog Belle menerima satu lagi BE dari DiGi dan Nuffnang yang baik hati. Terima kasih diucapkan kerana sudi bagi BE kat blog Belle ini..


Macam biasa, DiGi iPhone ni malu-malu nak keluar time me buat entri ni, so tak dapatlah nak print screen.. Takper, asalkan tak malu-malu nak menayangkan diri time Ma Belle visitors berkunjung dahla yer.. Hihi.. Terima kasih juga diucapkan buat semua Ma Belle visitors yang sudi bertandang ke sini dan memberi sokongan kepada blog Belle ini.. Muahss!!

Oh ya, sebelum terlupa, untuk blogger2 yang baru nak berjinak-jinak dengan Nuffnang, boleh tengok entri Mengenai Nuffnang, manalah tahu dapat memberikan sedikit input untuk uols.. Sharing is caring.. ^_*

Nov 27, 2010

Mengenai Buffered Earning, Metered Earning dan Nuffnang

Entri ini dibuat kerana ramai (ramai ke? agagaga..lebih dari sorang tu kira ramai laa..miahahaha) yang bertanyakan mengenai BE dan ME. Alang-alang saya buat entri mengenai BE dan ME ni, nak jugak saya compilekan pengisian2 mengenai Nuffnang ni..

Entri Saya dah.. Anda Bila lagi? adalah entri pertama yang menceritakan bagaimana saya leh terbuka hati untuk join Nuffnang.. Dah register ngan Nuffnang, uols bolehlah memasang ketiga-tiga ads tu di blog uols.. Saya ulangi, ketiga-tiga yer!! Heheh, tu pun kalau uols nak duit lebih masyukkk..hehehe.. Cara nak pasang, leh rujuk kat entri ini..

Entri untuk Mendapatkan BE Nuffnang pula saya menyentuh mengenai apa itu BE, ME dan beza di antara CPC Campaigns dan CPM Campaigns. Masa saya buat entri tu, saya masih belum lagi menerima BE. Jadi kali ni, saya nak detailkan sikit mengenai Buffered Earning.

Kalau dalam entri tersebut, saya ada ceritakan yang CPM Campaigns iaitu BE, earningnya adalah mengikut jumlah unique visitor yang datang semasa ads tuh tengah menayangkan diri. Tidak perlu klik. Tapi saya kurang tepat di situ, jika ada unique visitor yang klik pada BE tersebut, uols akan mendapat Click Tru Ratio (CTR) Bonus berbentuk earning juga sekiranya peratusan jumlah klik melebihi 0.2%. Pendek kata, uols akan dapat extra money jika ada yang mengklik BE uols, macam kat bawah ni..


*Selingan sekejap... Buat penaja yang baik hati, iaitu Nokia dan Nuffnang, terimalah ucapan terima kasih daun keladi (lain kali berilah lagi..hehehe) kerana sudi bagi buffered earning buat blog Belle ini.. Terima kasih juga buat Ma Belle visitors yang sudi mengklik ads di blog Belle ini dan tak jemu-jemu bertandang ke teratak Belle ini..ok, selingan dah tamat!*

Yang kat hujung BE tu ada shortform SS, LR, LB. Itu maknanya Skyscraper, Large Rectangle dan Leaderboard, yang menandakan BE tu akan menayangkan diri di sama ada di bahagian tepi (SS), tengah (LR) ataupun atas (LB), mengikut kedudukan yang uols letak iklan Nuffnang tu..

Apa lagi ek yang uols nak tahu? Ada lagi a few entries mengenai Nuffnang yang saya tak masukkan kat sini, uols leh godek2 kat entri under category Nuffnang tu.. Yang saya letak ni, yang penting2 aja la.. Semoga entri ini dapat membantu uols.. Chowww..

Nov 25, 2010

Jom Twitt Twitt & Churp Churp!

Adakah anda suka bertwitt-twitt?


Adakah anda suka melayari Facebook?



Jom join Churp Churp sekarang.. Kenapa nak join Churp Churp?



Ya, dengan join Churp Churp :
  • anda boleh berkenalan dengan ramai orang dari serata tempat secara online
dapat berhubung dengan ramai orang..
menambahkan kenalan dan berhibur dengan aktiviti yang menarik
  •  dan yang paling best sekali, anda boleh menjana pendapatan sampingan melalui Churp Churp tanpa mengeluarkan apa-apa modal. Memang lumayan!!
hanya dengan bertweet sahaja..
  •  nak lagi best, saya dan anda boleh cadangkan aktiviti apa yang ingin Churp Churp anjurkan..
barbeku di tepi pantai

bowling tournament
adakan pelbagai acara sukaneka

Jadi, apa tunggu lagi.. Jom berdaftar ngan Churp Churp kat sini.. Untuk yang takde twitter, jangan bimbang.. Daftar dulu twitter kat sini.. Sangat senang!! Jangan lupa untuk add saya di http://twitter.com/has_ishak, dan do let me know so that, saya boleh add kamu juga.. ^_*


p/s : Saya pernah buat entri pasal Churp Churp ni, nak tahu lebih lanjut, leh klik kat sini.. Entri ini dibuat untuk contest yang dibawakan oleh Nuffnang dan Churp Churp..


Nov 23, 2010

Triple BE!!!

Senangnya dalam hati
Dapat tiga BE
 Terima kasih en. Nuffy
Jangan lupa beri lagi

Agagaga..habis rosak lagu orang dikerjakan oleh me.. Nak buat lagu mana, kena sesuaikan ngan entri ini.. Semenjak dua menjak ni, cepat je tangan nak cek Earning kat dashboard Nuffnang tu.. Nak-nak, skang ni dah free sket.. Sekali hari ni tengok, eh..eh, ada BE baru la.. 

Memula perasan 2 je, sekali bila nak print screen untuk buat entri ni, eh..eh, ada tiga la.. Yang satu tu kat atas dari BE MTVMusic yang me publish aritu.. Jom tengok penaja mana yang baik hati bagi BE kat blog Belle ini..


Terima kasih buat Mitsubishi ASX, Dutch Lady, Taylors University dan juga buat Nuffnang kerana bermurah hati untuk menambahkan lagi list BE bagi blog Belle ini.. Setakat ni, me hanya berjaya print screen Dutch Lady je, yang lain, masih malu-malu kucin nak muncul time me wat entri ni..


Terima kasih juga buat Ma Belle visitor yang tak jemu-jemu bertandang ke teratak Belle ini dan memberi sokongan padu buat blog Belle ini... Muahsss kat uols!!


Nov 19, 2010

AidilAdha 1431H Bertambah Meriah dengan BE MTVMusic dan 1st ME AMPHitz.fm

Fuhyooo...sikit punyer panjang tajuk.. Kalau ikutkan nak taruk AidilAdha 1431H Bertambah Meriah dengan BE MTVMusic, tapi Menjadi Sedikit Kurang Meriah dengan 1st ME AMPHitz.fm, tapi tak ke lagi panjang berjela-jela tu.. Maka, takat itulah tajuk yang boleh dikontotkan, tu pon dah lari makna sikit2..

Kenapa bertambah meriah dengan BE MTVMusic tu? Sudah semestinyalah sebab itu adalah BE yang terbaru diberi oleh penaja yang baek hati kepada blog Belle, iaitu MTVMusic dan Nuffnang. Terima kasih.. ^_*

Dan, kenapa pula me kata kurang meriah dengan ME AMPHitz.fm? Bukan kerana ia sudah menjadi ME, tapi disebabkan jumlahnya yang... Uols tengoklah sendiri berapa jumlahnya.. Me segan nak cakap, coz rasanya ni boleh masuk Nuffnang Record Books, bukan bahagian the highest, tapi bahagian the lowest..huhuhu..


Tapi takpo, me tetap bersyukur jugak, coz at least dapat jugak earning dari AMPHitz.fm walaupun ciputtt yo.. Semoga AMPHitz.fm dan Nuffnang tidak serik untuk berikan lagi BE, terutamanya di bahagian LB tu, coz itu adalah satu-satunya BE untuk LB bagi blog Belle ini.

Kali ni juga me tak berjaya untuk snap BE MTVMusic ni, masih sogan yo.. Takpo, takpo asal tak sogan ngan Ma Belle visitors sudahh.. Sekali lagi, me nak ucap ribuan terima kasih kat uols yang sokmo menziarah blog Belle ini, walaupun pada tika ini empunyer belog ini masih sakan lagi beraya sampai crammed kaki (orang lain crammed prot sbb makan dgg korban) ^_*


Nov 12, 2010

Trafik Tertinggi Setakat Ini..

Hehehe.. mungkin bagi yang dah biasa dapat trafik tinggi, i.e 300 ke atas tu beranggapan bahawa setakat 100-200 UV tu takat petik jari ajela.. Maybe..!! Tapi bagi saya, ini adalah pertama kali dalam sejarah trafik blog Belle berjaya mencapai sehingga 244 UV, dan ini merupakan permulaan (harap2nya bukan pengakhiran..hehehe) yang baik dan memberangsangkan.. Moga-moga trafik blog Belle ini maintain (hehehe..dapat ke dak ek?) dan terus meningkat dan meningkat lagi..


Teringat pertama kali blog Belle mencapai UV melebihi 100 orang dalam bulan September.. Perasaan memang seronok.. Maklumlah 1st time nengok carta melebihi 100 UV kan.. Hehehe.. Dan semua ni takkan tercapai tanpa sokongan dari uols.. A million thanks to Ma Belle visitors!!.. Jom, sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam berblogging!!

Me Menang Contest Ben Ashaari & Rizi Biz Shop, dan juga..

Wahhh..sungguh me tak sangka, me adalah one of the winners bagi contest Jom Shopping di Rizi Biz Shop anjuran bersama Ben Ashaari dan Rizi Biz Shop. Terima kasih buat Rizi Biz Shop kerana telah memilih me as one of the winners, dan terima kasih juga kepada bro BA kerana menganjurkan contest ini.. Tahniah juga kepada Ummi Alifya & Faizah.


Macam entri saya untuk contest ini (sila klik sini kalau nak tahu..), Rizi Biz Shop menjual pelbagai produk untuk wanita, lelaki mahupun kanak-kanak, dengan harga yang sangat berpatutan. Malah dapat jimat lebih lagi jika uols beli dalam kuantiti yang banyak (sesetengah produk tu beli dua dah dapat diskaun!!) Jadi apa tunggu lagi, silalah memborong di Rizi Biz Shop..

Rasanya, takdek orang dalam dunia blogging ni yang tak kenal Ben Ashaari, kan? Me pon pernah buat entri khas utk BA ni..hehehe.. Semua dah tahu apa yang ada kat blog BA ni.. Cumer me nak cakap, teruskan dengan usaha-usaha murni bro tu untuk membantu blogger2 especially yang baru berjinak2 ngan dunia blogging walaupun ranjaunya penuh onak dan duri (eceh..ayat cam hape je..) Jika ada yang mengatakan bahawa BA mempergunakan kami, malah kami juga mempergunakan BA untuk bertapak lebih teguh di arena blogging ni.. Win-win situation gitew.. Jom pakat2 gayut kat mempergunakan lengan yang berketul2 BA secara berjemaah..hahaha.. *Ok, jom kembali kepada tajuk entri yang asal*



Pehtu, ingat lagi dak my entry, World's Coolest Intern tu? Tak ingat? Yang ni ha.. Hehehe.. nak bagitau ni.. Ada berita best nih (bestla bagi me..bagi korang taktau la..agagaga) Cuba teka apa dia? Apa? Me menang contest tu? Agagagaga.. Dah nak dekat dah tu, tapi tak berapa tepat..hikhik.. Me berjaya untuk menjadi 50 peserta terawal, maka me dapat RM20 dari Nuffnang..yeayyy..sonang2 yo dapek RM20 (tapi act. tak sonang jugak..me stay up tuuu utk wat entri tu, sebab nak anto cepat..berbaloilaaa..)


Terima kasih Nuffnang.. Tapi yang me tak berapa nak faham tu tang cashout date.. Adakah itu duedate untuk cashout, ataupun starting date untuk cashout?

Nov 10, 2010

Yeayy.. Belle dapat BE lagi!!!

Alhamdulillah.. Murah rezeki blog Belle bulan November ini.. Semoga terus diperbanyakkan rezeki (err..ni ayat berbaur tamak ke?agagaga..) Me juga pasti, ramai blog kenkawan yang murah rezeki di bulan November ini kan, dengar2nya ramai juga yang menerima BE dari Nuffnang, ada yang pertama kali cam blog Suzie dan blog kak Heze.. (Err..kalu nak kira me pun baru je lagi merasa BE ni..pertama kali merasa BE bulan ni la jugak.. Tak cayer, tengok sini..) Ada yang makin bertambah-tambah list BEnya, alhamdulillah.. Semoga kita sama-sama berusaha dan terus berusaha untuk meningkatkan usaha dalam berblogging ni..
Ha, nak tau penaja mana yang bermurah hati nak bagi BE kat blog Belle ini? Semestinya dari Acuvue, Olay, Ikea dan juga Nuffang. Sudilah kiranya menerima pantun dua kerat dari me..

Terima kasih daun keladi
Lain kali, berilah lagi..


Err..tapi sayang, me hanya berjaya print screen iklan dari Ikea & Acuvue je.. Yang Olay tu, malu-malu nak muncul time me buat entri nih..huhuhu.. Me bukan pilih kasih ya.. No..no..no.. Semua me sayang dan suka..hehehe.. Nak-nak me memang pengguna Olay, muka memang clean dan berserila.. Kalau tak cayer, leh baca kat sini.. Skang ni baru nak try Total Effects tu..

jom shopping di Ikea..
tunggu apa lagi..jom try c.lens dari Acuvue..free laks tu!!


p/s : A million thanks buat Ma Belle visitors yang sering berkunjung ke sini, dan memberi sokongan pada blog Belle ini.. A million thanks juga pada yang sudi klik ads di blog Belle ini.. Muahss berbijik-bijik kat uols..


Nov 6, 2010

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga!!

Walaupun saya mula berblogging pada Ogos 2007 (waahh..dah lama rupenyer..agagaga), tapi masa tu lebey kepada syok sendiri (sekarang pon...tehehehe) Walaupun blog tak diprivatekan, tapi memang tak berhubung la ngan blogger2 lain kecuali kawan2 yang memang kenal kat alam nyata yang ada blog.. Masa tu pon masih tak mengenali dunia blogging yang begitu luas ni, istilah blogwalking ke, ape ke, malah otai-otai dalam blogging ni pon satu orang tak kenal.. Kiranya saya dalam dunia saya sahaja..ngehngeh.. Bahasa pon memang lain la..tehehe.. Kalau baca balik, tersenyum sorang-sorang..

err..ni bukan saya yer..

Oppss, melalut sudaa.. Nak citernyer pasal benda lain..agagaga.. Ha, nak bagitau yang saya dah dapat buffered earnings...Waa..sonotnyer!!! Dapat tau dari semalam lagi, tapi tak dan nak buat entri..ekekeke.. Tak sangka akhirnya dapat jugak saya merasa be dari Nuffnang setelah 2 bulan setia bersama Nuffnang.. Biasa duk tumpang gembira bila baca blog kenkawan yang dapat be.. Meh tengok penaja mana yang baik hati sudi bagi buffered earning kat blog Belle ini..


Terima kasih buat Digi, Amp Hitz FM dan Citibank, juga buat Nuffnang kerana sudi bagi buffered earning kat blog Belle ini.. Tapi sayang, me hanya berjaya printscreen iklan Citibank je.. Digi Broadband tu pernah nampak, tapi yang Amp Hitz tu blom pernah nampak lagi rasanya..



p/s : Thanks juga buat Ma Belle visitors yang tak jemu-jemu memeriahkan blog picisan ni.. Tanpa uols, takdenyer blog Belle ni nak dapat BE.. Err..dia tak gitau ek date bermulanya BE ni..nak gak tau bile dapat ni, coz me jarang cek earning nuffnang..

Oct 28, 2010

♥ Jatuh Chenta Pandang Pertama ngan Blackberry Torch 9800 ♥


Cuba pandang sekali design Blackberry Torch 9800 ni..
Ada terasa jantung berdegup dak? ^_^ 
Stylenya begitu elegant yet smart untuk wanita mahupun lelaki..
Bukan itu sahaja, telefon bijak pandai smartphone Blackberry Torch ni boleh disesuaikan mengikut gaya hidup uols, sama ada uols penggamer tegar ataupun busy bizzman/woman yang sentiasa on the go, ataupun a social networking maniac like me..hohoho


Antara feature Blacberry Torch 9800 yang buat saya gila bayang :
  • smartphone yang pertama dengan Blackberry keyboard, but comes together with full touch screen (3.2 inci tuuuu..), so pilih aja, nak guna keyboard boleh, nak guna touch screen pon boley.. awesome!!

  • if uols tengah syok2 duk guna touch screen then tetiba gatai nak guna trackpad ataupun interface keyboard pulak, kekdahnya sangat senang, malah untuk browse dengan handset dan aplikasi yang lain memang sempoiii..   
  • screennya yang besar ditambah lagi dengan operating system yang terbaru, 5 MP camera dilengkapi pulak dengan 8 GB memory expandable with a micro SD card, kompom syok melayan lagu sambil tengok muka penyanyi yang ensem tu melihat foto2 gedik yang diambil secara spontan, begitu jelas lagi sharp sampai nampak lubang idung segala bagai.

  • dan yang paling penting, Blackberry Torch 9800 ni ada integrated social feeds, di mana untuk kipas susah mati die hard fan tweeterer, facebookers & internet seperti saya, memudahkan untuk update dengan single post. Malah, nak bukak website banyak2 pon boleh coz ia ada tabbed browsing. Nak bookmark laman web kegemaran uols pon boleh..   

Dah ada smartphone, nak kena ade line dak.. Now line apa yang makin banyak kita guna, makin banyak yang boleh jimat.. Yela, dah ade feature2 best seperti email, text & instant messaging, gps lagi.. Kekadang tak jumpa tempat free wifi, dan memerlukan kita menggunakan data plan, mestilah nak cari yang menjimatkan tapi coverage yang meluas, dak gitu? Saya ada proposal untuk uols, which is Celcom Exec 50. Tak caya, tengok ni..


Ha, kalu masih ragu-ragu, sila tengok kat bawah ni..

Tak dapat nak calculate lagi berapa RM yang boleh uols jimat? Tengok lagi kat bawah ni..

Lagipun, esok Celcom akan melancarkan Blackberry Torch 9800, dan akan ada amazing deals bagi uols yang mendaftar dengan Celcom, HANYA terdapat pada acara tersebut. Jangan lupa untuk melayari website Celcom untuk mengetahui apa yang tawaran ini!

Lagi, Jika uols adalah 100 pelanggan pertama yang pra-mendaftar & membeli BlackBerry Torch 9800 9800 dengan Celcom plan exec, uols boleh dapat secara PERCUMA:
- Jabra Bluetooth Headset worth RM125
- 8GB Micro SD Card worth RM68
- Energizer Portable worth RM58

Jadi apa tunggu lagi..


p/s : Entri ini adalah bagi menyertai contest yang dibawakan oleh Nuffnang bersama dengan Celcom