Showing posts with label Mr. Hadi. Show all posts
Showing posts with label Mr. Hadi. Show all posts

Feb 28, 2011

Contest Gambar Kahwin

Kali ni me nak join contest ini, duenya 28 Feb ini.. Nak join klik sini..



Gambar perkahwinan kami..


Definisi perkahwinan bagi saya ialah perkongsian hidup antara dua insan yang saling menyayangi antara satu sama dan sama-sama berusaha menjadi insan yang terbaik agar hidup diberkati..
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Feb 17, 2011

contest anak & ayah serasi bersama

Kali ni me nak join contest anak & ayah serasi bersama, duenya 20 Feb ini.. Nak join klik sini.. Me nak tag

eB
Nana
Cute Mum
Mama Adam
Mama Zharfan



Oleh kerana puan penganjur tak nyatakan satu gambar je, me letak tiga gambar yang me berkenan & rasa bertepatan dengan tema..ngee..

gembira bermain bersama-sama
ceria bersama
hijau serasi together-gether

Nama anak : Nuryn Zahra Ab Al-Hadi
D.O.B : 15 Mac 2009
Nama Ibu : Haszuraidah Ishak

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Feb 13, 2011

Crazy Love Contest

Kali ni saya nak join Crazy Love Contest, duenya 14 Feb ini.. Nak join klik sini.. Saya nak tag

Ekin
Cute Mum
Mama Zharfan



Gambar love kami..


Gambar yang paling besar tu diambil semasa hunimun di Singapura dan yang dua gambar kecil tu diambil semasa hunimun di Bali..ngee..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!




Feb 6, 2011

Pantai Contest by Mr.K


Jom ramai-ramai memeriahkan Pantai Contest by Mr. K, duenya 7 Feb ini.. Nak join klik sini.. Saya nak tag

Ekin
Cute Mum
Mama Zharfan


Oleh kerana encik penganjur tak gitau yang hanya perlu letak satu je, saya nak letak 2 gambar mengikut tema yang paling saya suka..


Gambar kat atas ni diambil semasa honeymoon kami di Singapura.. Suka sangat dengan gambar ni sebab pokok kelapa ni cantik je condong ke arah pantai yang biru kehijauan dan ada dua merpati sejoli bertenggek pulak kat atas pokok ni..ngeee



Gambar ni pulak diambil semasa jenjalan ke Saint Sulpice, Switzerland.. Suka sangat ngan gambar ni sebab viewnya sangat cantik, ada ranting-ranting yang togel takde daun, air pulak sangat jernih dan membiru, happy teramat sangat sampai kaki tak cecah pasir..ngeee



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Jan 31, 2011

My Anniversary Giveaway

Kali ni saya nak join My Anniversary Giveaway, duenya 31 Jan ini.. Nak join klik sini..



Gambar our anniversary..


Takpe kan puan penganjur saya letak 2 gambar dalam 1 collage.. Kira satu gambar gak kan? Hehehe, bukan apa, saja nak buat kenang-kenangan selain dari menampakkan perbezaan raut wajah kami selepas menempuhi 2 tahun perkahwinan..

Gambar yang kat atas tu, masih baru bergelar suami isteri, tetapi meraikan ulangtahun yang ke 3 kami menjadi kasih-kekasih..ngeeee.. Gambar ni diambil semasa jenjalan ke Singapura merangkap honeymoon kami yang ke-2.. Kami ambil sendiri ni gambar ni, tu yang boleh meliuk lentok..ngeee..

Gambar kat bawah tu pulak diambil semasa makan angin ke Vevey, Switzerland.. Yang ni ada photographer tak bergaji tlun ambilkan..ngeee.. Jadi segan nak meliuk lentok.. Diambil sebagai kenangan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-2, sekaligus meraikan birthday encik suami yang ke 29..ngeee.. Nampak dah tua matured ke kami bebanding ngan gambar atas tu?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!




Dzazue 4th Anniversary Giveaway 2011

Kali ni me nak join Dzazue 4th Anniversary Giveaway 2011, duenya 31 Jan ini.. Nak join klik sini..


Ni gambar kenangan semasa majlis perkahwinan di Johor..


Gambar candid ni..hihihi..maklumlah, gelak cover malu sebab comot sangat makan kek, ada icing kat tepi bibir, pastu hubby tulun lapkan.. Nak-nak depan orang ramai..perghh..dah kata makan mengadap ke beradap ek? kekeke..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Jan 30, 2011

Saatku Milikmu Contest


Jom ramai-ramai memeriahkan Saatku Milikmu Contest. duenya 30 Jan ini.. Nak join klik sini..

Majlis akad nikah kami dilakukan di masjid.. Tapi gambar yang saya nak kongsikan ini adalah post majlis akad nikah yang berlangsung di rumah..ngee..

agak-agak saya berbisik ape ye..ngeee

Meh nak story serba sedikit cemana me leh kenal dengan my chenta hati nih.. Malu actually nak habaq..kuikuikui.. Actually, kami ni satu fakulti.. Dipendekkan cerita, 1st time kami keluar berdua pada 14 Feb 2005.. Keluar makan-makan..hihihi.. Tapi masa tu hanya sebagai kawan ajela.. Start declare kasih kekasih pada 11 Dec 2005..ngee.. Dan menjadi tunangan my chenta hati pada 21 Dec 2007. Tanggal 24 Mei 2008, me telah pon sah bergelar cikpuanhady..

Jan 20, 2011

Kelakar ke?

Kali ni saya nak join Kelakar ke? Duenya 20 Jan ini.. Nak join klik sini.. Saya nak tag

Ekin
Mama Adam
Mama Zharfan


Gambar paling kelakau sekali di mata den..agagaga


Syok sungguh makan sampai tak sedar dirakam..ngeh ngeh ngeh.. Tapi siriyes, pizza tu memang sedap.. Tu yang sampai ada aksi mulot muncong tu..kikiki..


Pandangan saya mengenai eybizz ni, templatenya sangat simple dan kemas.. Ada classs gitew, lain dari yang lain.. Memang jauh bebenau dengan blog saya yang sarat-lagi-kurang-kemas ni.. Sesuailah coz eybizz kan menyediakan perkhidmatan design-mendesign (maafkan saya cikgu BM & BI) watermark, header, card dan macam-macam lagilah..


Dec 10, 2010

All The Best & Good luck!!!

Hehehe.. Nak menyelit entri pasal en. Suami kejap.. Bagi can glamerkan dia kat sini..agagaga.. Esok (err..by the time entri ni publish hari ni laa..) en. Suami akan ada presentation lagi.. Waduh-waduh, presentation lagi, aritu baru je lepas candidacy presentation..


Dah namanya student kan, takkan lepas dari presentation, nak-nak student Pengajian Habis Darjah ni, lagi la presentation memang takkan habis-habis selagi tak grad kan.. Bezanya, kali ni takdela segenting macam candidacy presentation haritu.. Cumernya, yang best kali ni, akan ada seorang student dari seramai 71 calon yang akan dianugerahkan Best Poster Award..

Perghh..memang sengit tu.. Oh, lupa nak gitau, poster presentation ni sempena EDMI (Ecole Doctorale Microsystems and Microelectronics) Research Day yang memang diadakan setiap tahun khas untuk student Pengajian Habis Darjah ni.. Nak tengok poster yang dibuat oleh en. Suami?


Jangan ditanya mengenai isi poster ini, walaupun saya adalah bekas student Elektrik, namun ini bukan bidang kepakaran saya (ecehh..macam pakarlah sangat..) Amacam, agak2 dapat dak title Best Poster Award nih? Miahaha..

Untuk adik-adik yang sedang menempuhi SPM juga, gambatte neihh...

Oct 24, 2010

Double Trouble!

Hehehe..tajuk ni en. Suami yang kasik.. Sebab entri ni totally & definitely berkaitan ngan dia. Saya tak bersabit.. Nak tahu ape yang double troublenyer? Meh nak citer.. Act, bukan ade trouble pon.. Cume nak gitau, skang ni kan season baru Champions League dah start. So, dalam satu hari ade 8 game on, serentak pulak tuuu.

Kat sini, kami ada a few channels dari Swiss, UK, France & German. So, kalu nak tengok game dari 4 teams ni biasanya leh tengok kat tv je.. Selain tu, jawabnyer kena streaming laa.. Alkisahnya, pada suatu hari (act. bnyk kali dah..) akan berlakulah episod tak tahu nak fokus yang mana satu, sebab semua nak layan. Jadi, kat tv pon layan, kat lappy pon layan..

 
Bagi saya, tak pernah dibuat dek orang (or lebey tepat lagi..me tak pernah tgk orang macam ni..) Ni dah lebey dari tahap gila bola ni.. hehehe..Tak ke penin tu, kejap tgk kat tv, kejap tgk kat lappy.. Nak fokus pon takleh (klu me tgk citer mesti nak fokus, br syok & faham).. Tapi kata en. Suami, ade je golongan seperti dia ni (ayat coverline nihh..) Siap gitau ramai pulak tu..

Saya tak kisah pon, janji time tu xde criter best kat tv.. Kalu ade..ngeh ngeh ngeh.. Ade ke orang gila suka bola ni, layan kat tv sambil2 layan kat lappy jugak, cam en. Suami saya ni?

Oct 7, 2010

Congratulations & Thank You Allah

Akhirnya, debaran yang menghantui en. Suami terlerai sudaa.. Persoalan2 yang menyesakkan kepala sudah terjawab..

Alhamdulillah, en. Suami berjaya mara kehadapan dan layak untuk bertarung sehingga ke garisan penamat. Penyudahnya, adakah gembira atau duka? Kena tunggu lagi 3 tahun..Hihihi.. Tapi untuk candidacy exam dah lepas dengan jayanya...

Hooreeyy, maka kita boleh minum enjoy duluuu.. Mahu ke mana kita? Venice? Milan? Hahaha..dalam mimpi aje lorr.. Tabung untuk jalan-jalan belom mencukupi lagi.. Kita layan lagu ni la dulu.. Nak pi konsert Maher Zain (jeles aii ngan warga IIUM), takde orang nak sponsor..Huhuhu.. mesti best kan dapat dengar secara live giteww.. Tak dapat dengar secara live, kita layan kat youtube pon jadi lerr.. Layansss..


1st lagu sempena kejayaan kecik en. Suamiku.. Last song tu, one of my fav songs, awal2 jatuh chenta kat Maher Zain (er..means suka ngan lagu dia..bukan tuan dier..tapi suka gak kat tuan dier pon..ngeeee) sebab lagu ni laa..

Oct 4, 2010

Good Luck yaa..

Hari yang ditunggu-tunggu bakal menjelang tiba.. Debaran kian memuncak (awat ayat semacam je nihh..) Inilah detik yang menentukan segalanya.. Inilah saat yang mengesahkan, samaada berjaya mara ke hadapan, ataupun terpaksa mengundur dan bermula dari garisan yang baru..


 
Hehehe..ayat poyo kan kat atas tu..bukan ape, nak kasi debar lebey sket kat en. Suami saya.. Esok en. Suami akan present proposal Pengajian Habis Darjah depan Supervisornya, kalu dah dapat green light dari spvr, maka hari Rabu kena present depan panel2 pulak..

Kalu pass, kami staylah kat sini lagi 3 tahun. Kalu dak, jawabnyer kena bungkuslah sumer kain baju, siap2 utk balik semula..kwang kwang kwang.. Mesti berdebar kan nak present? Huhu..takleh imaginelah kalau saya di tempat en. Suami.. Chaiyok, chaiyok!!!



p/s : All the best juga untuk adik-adik yang bakal menghadapi PMR.. Fighting!!!