Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Jan 26, 2011

Blogger Prihatin | Respons Nuffnang mengenai Isu Iklan Arak MilkADeal di Blog

Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tidak perasan.. Saya dapat tahu pon 2 hari yang lepas, melalui blogwalking ke blog kenkawan, ada yang bagitau iklan arak keluar di blognya dan juga di blog-blog yang mereka kunjungi..

Nuffnang

Memula saya ingatkan mereka terlupa untuk tick di setting pemilihan iklan, coz saya tengok kat blog saya takde pon, malah certain2 blog yang saya kunjungi tak nampak pon iklan ni.. Tapi, saya bukan online 24 jam pon kan, jadi tak surelah.. Sehinggalah saya dapat tau yang even dah tick no alcohol pon, iklan ni terpapar juga di blog. Selepas tu, saya tengok respons Nuffnang di twitter yang bagitau mereka betul-betul kesal dengan apa yang berlaku dan mereka telahpon remove iklan ini..

Dan semalam, sewaktu saya berblogwalking, saya terjumpa blog KaizenShinobi.com yang menjelaskan lagi respons Nuffnang mengenai perkara ini.. Ni saya copy paste aje dari blog KaizenShinobi.com.

Hi Khairunnizam,

Hope this email finds you well.

We happened to come across your blog post regarding the publishing of alcohol-related ads on your blog, and would like to apologise for this oversight. MilkADeal is a group buying site that promotes deals from various businesses in general such as clothes, gadgets, food and drinks but it so happens that the deal they are currently having is alcohol brand related. It was saddening for us to find out that you were affected by this despite our efforts to filter the ads so that none of our bloggers who are not comfortable with this carry the ads in their blogs.

Thus, we have canceled the ad for the deal concerned as soon as we found out to ensure there will be no more conflict of interest for you and your readers or any other blogs out there while we look into the system to ensure that this does not happen again in the future.

Thank you for sharing this with us as it takes active bloggers such as yourself to improve our blogging community. Only with bloggers like yourself, are we able to strive to be a better blogging community in Malaysia. Thank you.

--
Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

Ni ada satu lagi reply yang diterima oleh KaizenShinobi.com setelah menghantar tiket kepada Nuffnang..

Hi Nizam,

A thousand apologies as this was a technical error on our end. We have taken the necessary action to stop serving the ad campaign and working on a better solution to prevent this from happening again. Rest assured that no earnings from this CPA ad will be credited to anyone as it has been voided on our end.

Apologies again for this matter.


Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

Mujurlah ada ramai blogger yang prihatin dan bro KaizenShinobi.com salah seorang darinya, dan sudi berkongsi mengenai perkara ini kepada orang ramai.. Maklumlah, benda ni takleh dipandang enteng, silap-silap terambil benda haram..

Selepas ni, pihak Nuffnang perlu lebih berhati-hati dalam perkara sebegini. Walaubagaimanapun,  syabas juga kepada pihak Nuffnang kerana mengambil tindakan yang sewajarnya sepantas yang mungkin dan terus berusaha menjadi blogging community yang peka kepada sensitiviti ahli-ahlinya..  Ni yang buat makin sayang pada Nuffnang ni.. Nuffnang sayang tak kat saya? Ngeee...


Dec 13, 2010

Ohh.. Monday Blues..

Wah..wahh..wahhh.. Bukan setakat pekerja je yg mengalami monday blues.. Blogger aka saya pon mengalami monday blues..

Walau ada 1-2 perkara yang leh dijadikan as entri, tapi dek kerana monday blues punyer pasal, saya hold dulu.. Hehe, salahkan monday blues pulak..

Sebenarnya, skang ni saya tengah tak puas hati.. Terkilan pon ada, geram pon ada.. Perasaan saya skang ni berkecamuk, membuatkan saya takleh nak perah idea untuk berblog.. Kes apa ni yang buat saya tak puas hati? Tak pernah2 lagi saya war-warkan ketidakpuashatian saya kat sini..

Ni lain tak bukan kerana si Terry Jones lah ni.. Hari tu dia buat hal untuk buat pembakaran Al Quran secara beramai-ramai sempena memperingati tragedi 9/11 tapi mujurnya tak menjadi cadangannya.. Dan baru-baru ni pulak dia dijemput untuk berucap tentang 'menentang kejahatan serta kebinasaan Islam'.. 

Semalam, masa saya tengah tengok berita, ada wawancara dengan Terry Jones, yang paling menyirap darah saya ialah apabila dikatakannya Islam is Evil, malah siap ada website lagi pasal ni, dan siap jual mug, baju yang bertulisan camtu.. 

Dia diundang oleh EDL, sebuah kumpulan pelampau yang baru dibentuk pada 2009 bagi menyekat penyebaran Islam dan undang-undang syariah di Britain.
Akhbar The Guardian memetik paderi itu sebagai berkata di laman webnya, dia berhasrat melawat Luton, sebuah bandar di utara London yang dihuni masyarakat kecil Islam semasa satu demonstrasi EDL pada bulan Februari ini.
Malas nak cakap bebanyak.. Uols bacalah kat Utusan nih.. Klik sini.. 



p/s : I LOVE ISLAM.. Allahu Akbar!!

Nov 18, 2010

Read Only Mode?

Huhuhu... semalam semasa blogwalking, ada jugak 1-2 blog di mana shoutmixnya berstatus read-only-mode.. Kali ini, tiba giliran blog Belle pula, shoutmixnya berstatus read-only-mode..


Katanya, sebab tengah maintenance on progress. Maka, mesti uols tak dapat nak tinggal jejak kan? Me pon tak dapat jugak nak jerit kat shoutbox uols (bnyk jugak blog yg mengalami kes sama cam Belle hari ni) Tapi, mestila me tetap menyapa uols, kat mana lagi kalau bukan ruangan komen.. First time rasanya sepanjang me guna shoutmix, ada maintenance cam gini.. Ke me je yang tak perasan before this? Harapnyer sekejap aje la..

Nov 16, 2010

Akhirnya Saya Memilih Untuk Bersuara..

Hehehe.. bersuara tentang apa ya? Tajuk cam serius je, tapi intro poyo lah pulak.. Hmm.. Sebenarnya, masih dalam dua lagi nak publish entri ini, ataupun tidak.. Maklumlah, entri camgini bukan menjadi pilihan saya.. Entri apa ya?

Rasanya, ramai yang sudah tahu mengenai kes Cinta Syhhh tu..huhuhu.. Saya pon baru jugak tahu, semalam (eh kalau ikut waktu entri ni publish, dah 2 hari la..), dari Blog Sensasi.. Yang menjadi persoalan awal2 bila tengok tajuk tu, saya terpaku sekejap, siapa Uncle Seekers ni? Hahaha..boleh tak, saya tak kenal? Maklumla walaupun saya peminat no. satu criter Twillight ngan Vampire Diaries, tapi saya tak berapa gemor tengok citer2 mencari hantu ni..

Lepas baca, macam biasa, saya memang tak amik port sangat, benda2 camgini saya tak berminat nak berkongsi ngan Ma Belle readers, sebabnya ape ek? Bukan saya kedekut ilmu (coz bagi saya takde pekdahnya benda ni..) Biarlah uols dapat tahu dari blog yang lain2..

Tapi kenapa tetiba saya berubah hati nih? Hoho.. Sebabnya selepas baca ngan entri Joegrimjow ni, saya seakan-akan terpanggil untuk berkongsi dengan Ma Belle readers, supaya menjalankan tanggungjawab sebagai blogger, untuk report abuse 'blog tu'.. Nak tau cane nak report abuse, leh rujuk entri joe kat atas tu..huhuhu..

Oct 26, 2010

Jom Derma.. Adik Nur Anis perlukan RM44k!

Marilah sama-sama kita hulurkan bantuan, meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga adik Nur Anis Emelia Mohammad Zambri yang memerlukan RM44 000 dengan kadar yang segera bagi menampung kos pembedahan akibat penyakit jantung berlubang.



Adik Nur Anis Emelia Mohammad Zambri yang baru berusia 3 minggu memerlukan RM 44 000 untuk menampung kos pembedahan kerana adik ini menghidap penyakit jantung berlubang. Bapa kepada bayi ini merupakan seorang operator kilang dan hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM 750 sebulan. Manakala ibunya seorang suri rumah. Mereka perlu menyara lagi dua orang anak yang berusia tiga dan sembilan tahun.

Buat masa sekarang keadaan adik Nur Anis Emelia agak kritikal dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Adik Nur Anis Emelia juga perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera kerana masalah jantung yang agak kronik.

Orang ramai yang ingin menderma, boleh menghantar cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ke Bahagian Kewangan / Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak itu di belakang cek berkenaan – Sumber Berita Harian.


p/s : Tak dapat tidak, RM10 pon boleh juga mengurangkan beban mereka. Bayangkan kalau dah 1000 orang, dapat gak kumpul RM10k.. Selain tu, titipkan juga doa semoga kesihatan adik Nur Anis Emelia bertambah baik..

Oct 21, 2010

Jeng..Jeng..Jeng..Ada Berita Baekk untuk Uols!!!

Wahhh..tak sangka, akhirnya dapat jugak me merealisasikan angan-angan me dalam dunia blogging ni.. Tak sangka secepat ini!!! Terima kasih buat Watie kerana sudi memberi peluang ni kat me.. Muaahhsss sejibik kat u.. Hehehe..

Semoga projek me & Watie yang bakal dilancarkan ni, mendapat sambutan hangit hangat dari uols yer..  Kompom best punyer.. hihihi, sayang me tak dapat nak join.. Me memang dah tergedik-gedik gatal tangan nak jugak ni.. Tapi nak wat cane, tak boleh.. Nanti pilih kasih pulak.. Nak tau pojek ape, tunggu!!!

Mahu cuti bersalin 60 hari atau 90 hari?

Masa awal2 keluar laporan bajet 2011, saya takdela beria-ria sangat untuk ambil tahu... Malah, sebelom2 ni pon takdela bersungguh-sungguh mengadap tv untuk mendengar pembentangan bajet tahun-tahun lepas (haha..kantoi di situ) Kenapa? Hmm.. soalan cepumas tu.. Sape leh tlun jawabkan? Ngeh ngeh ngeh..

Pada awalnya, bila semua duk heboh pasal cuti bersalin bergaji selama 90 hari, dalam fikiran saya ni, wahh... bagus!! Nampaknya Malaysia pon dah macam Thailand, Indonesia dan Laos yang membenarkan pejawat awam wanita untuk cuti bersalin bergaji selama 90 hari.

err..gambar selingan..masih dalam cuti bersalin..hihihi
Tetiba terbaca pulak kat blog Mama Rifqy pasal desas desus ada yang mengeluh mengenai cuti bersalin 90 hari. Kenapa? Rupanya walaupun kerajaan dah membenarkan cuti bersalin bergaji sehingga 90 hari, tapi jumlah hari cuti bersalin bergaji sepanjang tempoh perkhidmatan tetap sama iaitu selama 300 hari.

Kiranya, kalau nak guna 90 hari, hanya sempat untuk 3 orang sahaja dan berbaki selama 30 hari.. So yang ke-4 tu hanya bergaji selama sebulan aje ler.. Kalau nak guna 60 hari, dapatla 5 orang anak.. Dah kalau kes yang nak anak sampai 10 orang cemana? Jawabnyer cuti tanpa gaji lorrr!!!

Bagi saya, nak kata tak berpuas hati tu takdela.. Nak kata berpuas hati sangat pon tak jugak.. Sebolehnya memang saya mahu cuti bersalin bergaji selama 90 hari sampai 5 orang anak (cam ye ye je nak 5 anak.. Mang, ko jangan gelak ek..hehehe) Tapi tak semua ape yang kita nak tu, dapat terus kan? Pelan-pelan la.. Rezeki tahun depan takat ni aje, mana tahu rezeki tahun2 akan datang, gomen bagi tambah pulak jumlah cuti bersalin bergaji? Yang penting, kita berterusan buat memorandum ke, kempen macam Kempen 1 Juta ke.. Agar suara rakyat terus didengari oleh gomen..

Kalau uols, nak yang mana, cuti 60 hari ke 90 hari? Kalau me nak amik 75 hari, boleh dak? ^_^


p/s : Cakap2 pasal cuti bersalin ni, teringat pulak peruntukkan cuti jaga anak tu, bila ek gomen gubal dasar tu? Hahahaharu disitu!!!

Sep 18, 2010

Mari Sedekahkan Al-Fatihah..

Salam takziah buat sanak saudara dan keluarga M. Rajoli yang menghembuskan nafas terakhir setelah terlantar sakit selama 4 tahun akibat penyakit tumor di bahagian kepalanya. Semoga roh Allahyarham M. Rajoli dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.
Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.
“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.
“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.
- UTUSAN

Sep 15, 2010

Di Mana Perikemanusiaan Mu?

Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak

15/09/2010 6:45pm

SIBU 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah. Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi. Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara pukul 9 hingga 10 malam. – Utusan


Kot ye pon tak mahu bayi itu, janganlah buat macam tu sekali.. Bagilah kat orang lain, klu segan letakla bayi itu elok-elok kat tempat yang selamat & mudah ditemui. Banyak lagi cara, nape cara terkutuk itu diguna utk get rid of that baby? Sudah hilangkah hati perut mu?