Dec 1, 2010

Belle of November


Ha, skang dah tiba masanya untuk anugerahkan crown Belle of The Month bagi bulan November, yang jatuh kepada... trumm..trumm.. (ni ke bunyi drum roll ek? agaga..)



MISS SUZIE



Nak kenal dengan cik Suzie yang manis dan berlesung pipit ni? Meh nak introduce serba sedikit.. Suzie ni berasal dari Kota Bharu, Qelate.. (aww..samo negerilah kito..) Walaupun tak pernah bertentang mata, tapi rasanya Suzie ni orangnya baik hati, peramah lagi ayu gitew.. Awal2 perkenalan nampak cam brutal, tapi ternyata Suzie ni lemah lembut orangnya.. Jom berkenalan dengan Suzie Rahman..


Inilah header blog Suzie.. Sebelum ni Suzie guna header cartoon yang kiut miut tu.. Suka sangat!! Tapi sebab nak mesra SEO, Suzie bertukar ke template yang smart ni.. Memang kemas template ni, loading pon cepat.. Follower Suzie pon makin bertambah dari sehari ke sehari.. Tahniah Suzie.. Tunggu apa lagi, jom terjah blog adik Suzie yang comey ni..


Mom's Birthday by Baby Sarah n Mom Shoppe

Kali ni saya nak join Mom's Birthday by Baby Sarah n Mom Shoppe, duenya 3 Dis ini.. Nak join, klik sini.. Saya nak tag..

Kak Teratai
Ekin
Cute Mum
Nana


Jangan lupa jadikan me as ur referral kay..


Kenapa Saya Mahu Berada Di Bloglist Eyriqazz.com

Wahhh.. Semestinyalah saya (er..sebenarnya blog saya) mahu berada di bloglist Eyriqazz.com, semestinyalah saya tak mahu lepaskan peluang ini.. Kenapa?


1. Mahu menumpang glemer, tak banyak pon sikit pon jadilah...agagagaga..

2. Owww, saya memang suka exchange link ni..

3. Mesti hati lagi berbunga-bunga tiap kali masuk blog Eyriqazz.com, tengok ada blog saya tersenarai kat bloglist Eyriqazz.com tu..

4. Sudah lama blog Eyriqazz.com disenaraikan cantik2 kat my bloglist tu...miahahaha..


Eyriqazz.com tengah buat offer sekarang ni.. Cepat, sapa mahu duk dalam bloglist Eyriqazz.com klik sini..


Senarai Bloglist Belle of November

Seperti yang dimaklumkan dalam Mengenai Belle of The Month, kali ini tiba giliran untuk ngetop Commenters yang dinobatkan sebagai Belle of November, iaitu cik Suzie.. Tahniah buat Suzie.. Memang pengomen tegar bagi blog Belle ini..cayalah.. Dan jangan tak tahu, cik Suzie juga menjuarai carta paling ngetop dalam Top 10 Members.. Bravo dear!!!


Berikut adalah Top 3 bagi pengomen tegar bagi blog Belle ini bagi jumlah kiraan bulan Oktober & November, dan Top 3 dari carta Top 10 Members bagi blog Belle mengikut perbezaan jumlah visit terbanyak antara bulan November dengan Oktober (ada sape2 yang penin dengan statement ni..hahaha)..

Carta Paling Kuat Ngomen dijuarai oleh :
  1. Suzie
  2. Ardini Humaira
  3. Kak syamila

Carta Paling Kuat Skodeng dijuarai oleh :
  1. Suzie
  2. Hidayaida
  3. Mishoneyz (tak jumpa link blog kamu)
Tahniah buat uols dan terima kasih kerana turut memeriahkan blog Belle ini dengan komen2 yang memang de' best lah, dan tanpa jemu melepak di blog Belle ini.. Muahss berbijik-bijik kat uols.. Sayang uols ketat-ketat la..agagaga..


p/s : Untuk Nadia dan Suzie, akak tak buat2 lagi award utk hangpa..tunggu na..agagaga.. Ke ada sape2 yang baik hati nak tlun designkan? Miahaha..

Hari Ini Hari Bermarathon!!!

Errr...sebenarnya, hari semalam yang bermarathon (by the time entri ni publish kan..) Hari ni dah kurang sket.. Marathon apa ni? Adakah berkaitan dengan Sukan Komanwel? Hehehe..bukan..bukan.. 

Sebenarnya, kalau perasan, semalam entri saya penuh dengan entri join contest...agagaga.. Dah rasa cam belog untuk contest pon yer.. Bukan apa, semalam banyak sangat contest yang due..uiss..mahu kena pecut nih, bermarathon menjoin contest..hehehe.. Ada ke sampai camgitu skali?


 Tapi ada jugak yang tak sempat join.. Buat mana yang sempat aje ler..hihihi.. Kalau giveaway ke lucky draw, cepat je saya join.. Tapi kekadang kalu due lambat saya hold jugak dulu, coz nak selesaikan yg due lagi awal.. Maklumla nak kena seimbangkan dengan entri luahan perasaan berpok pek jugak kan..

Kalau yang contest, biasanya saya hold dulu..agaga.. Bukan apa, nak kena perah idea lagi.. Pehtu, nak kena mengarang lagi.. Kalau yang bergambar, nak kena godek2 album dulu.. Jadi, senang citer hold dulu.. Bila dah nak due, mula lah kalut ribut..agaga..


Kekadang rasa cam nak buat satu lagi blog, blog khas untuk conway, baru tak bercampur baur ngan entri syok sendiri, pehtu sesuka hati je dalam satu hari tu nak join 10 conway pon takpe.. Takdelah orang mai kul 10 pon entri conway, kul 5 pon entri conway, dak gitu? Apa pendapat uols, patutkah saya buat satu lagi blog untuk contest?