Jun 25, 2010
Criminal Minds
Jun 22, 2010
Masakan Di Hari Spesel..
Jun 20, 2010
Happy Father's Day
Untuk renungan bersama di hari yang berbahagia ini, saya petik a few words dari sini
Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah. Justeru, bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakannya.
Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar. Maka dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan keikhlasan, kesediaan, kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Semua aspek ini mempunyai pendekatan berbeza yang wajar dilakukan oleh setiap bapa dengan perasaan yakin dan tenang. Setiap aspek memerlukan kemahiran dan kemampuan khusus yang perlu dikuasai oleh kaum bapa. Kemahiran kebapaan bukan lahir secara ‘kebetulan’ apabila bergelar bapa. Semuanya memerlukan usaha ke arah itu. Seorang bapa dapat mendalami ilmu kebapaan dengan menghadiri kursus, berkongsi pengalaman, pembacaan dan penghayatan terhadap tugas.
Tugas bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada anak-anak. Bahkan belum sempurna tugas tersebut biarpun telah berjaya memberi kemewahan material kepada anak-anak. Keperluan bapa melaksanakan tanggungjawab adalah meliputi keperluan fizikal dan rohani. Kedua-dua keperluan itu sama penting.
Sebenarnya memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT adalah satu jihad bagi seorang bapa untuk mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT. Setiap masa yang diluangkan untuk mendidik dan bermesra dengan anak dan ahli keluarga juga adalah sebahagian daripada jihad. Apa yang dilakukan tidak sia-sia. Setiap tenaga yang dicurahkan dan wang yang dibelanjakan untuk keluarga adalah sedekah. Balasan pahala yang disediakan amat besar. Bapa mithali mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Sebenarnya, bapa wajar sentiasa mengambil pendekatan terbaik untuk membentuk hubungan mesra dan ceria dengan anak-anak. Ajarkan kepada anak apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Beritahu mereka mengapa begitu dan begini terjadi. Malah, bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik. Di waktu itulah juga masa yang sesuai dijelaskan kaitan larangan dengan kehendak agama dan undang-undang kerana semua yang betul dan salah mempunyai alasan yang perlu diperjelaskan kepada anak. Jika ada perkara yang belum mampu mereka fahami, beritahu mereka “apabila dewasa nanti baru
faham. Sekarang ini cukuplah tahu kena buat, jangan buat, boleh dan tidak
boleh buat”.
Amat penting bagi bapa agar sentiasa berpegang bahawa konsep mendidik anak hendaklah berterusan. Bapa adalah contoh ikutan untuk membentuk peribadi anak. Oleh itu anak memerlukan masa bersama-sama bapa untuk memerhati dan mencontohi apa yang dilakukan oleh bapanya. Bapa adalah guru yang paling berkesan. Anak mudah ‘percaya’ apa yang diberitahu oleh bapanya.
Bapa mithali akan sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan anak dan ahli keluarga. Bahkan anak menjadi inspirasi kepada seseorang bapa untuk terus berusaha lebih gigih dan sentiasa mengutamakan keluarga. Sebab itulah keletihan dan tekanan kerja akan hilang apabila melihat wajah anak-anak serta mendapat layanan mesra daripada isteri.
Oleh itu para bapa janganlah mengambil mudah kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh anak. Para bapa tidak boleh beranggapan bahawa sudah memadai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu.
Jun 15, 2010
Zurich
Seperti biasa, kami gi naik tren, dengan half fare card, return trip ke Zurich adalah CHF67 per person. Sesampai je kt Zurich HB (setelah 2 jam perjalanan ye..), kami lunch kat Nordsee, restoran seafood yang ada kat tren station nih.. Tak sangka sedap pulak makanan kat sini. Macam-macam ada, buffet ade, fast food ade even nak beli ikan/udang/sotong utk wat balik masak kt umah pon boleh.. Pas check in hotel, kami gi pusing2 kt city of Zurich. Ramai yang tengah lepak kat Zurichsee, siap ade yang mandi lagi.. Memang besarla city of Zurich nih, cam KL rasanya, compared to Lausanne yang agak kecik cam Kuantan.. Mula-mula nk masuk Swiss National Museum, tp sbb dah tutup (kul 5 dah tutup..), maka kami lepak kt park sebelah museum nih.. Ramai gak yang duk baring atas rumput aka padang kecik kt sini, ade gak yg duk atas benteng sambil tgk air sungai yang membiru.. Malamnya kami mencari kedai utk dinner (maklumla kt hotel agak mahal klu nk makan..) terjumpala Mishio, kedai Asian, dan sekali lagi makanan kat sini memang variety dan sedap..
Keesokkannya, kami gi Zurich Zoo yang sememangnya terkenal dengan the largest zoo in Suisse.. Kami gi naik tram (kat sini mmg bnyk tram..), otw tuh nampak ETH Zurich dan Universitat Zurich. Cantik gak buildingnya, x cam uni..hehehe.. Kat zoo ni, ade Masoala Rainforest, kekononnya macam rainforest kt Malaysia (act nak bg sama cam kt Masoala, Madagascar) gitu in terms of humidity, temperature etc.. Then we off to Uetliberg, kt sini leh nampak panoramic view of Zurich. Memang berbaloi panjat bukit sebab time kami pi, ade wedding ceremony, whereby the newlywed naik chopper..waa..kelasss gitewww.. Malamnya sebelom gi makan kt Mishio (again..hehehe..coz malas nak cr kedai lain..), nampak ade funfair and night market.. Wahh, ape lg memang kami singgahla sbb x payah nak jupe event during the night kt sini.. Nak kata murah barang-barang kt night market, xdela jugak sbnornyer..huhuhu..
Last day, kami nak pi ke Rheinfall, the largest waterfall in Europe, tapi tersesat sampai ke Stein Am Rhein. Building kt sini agak unik, ade lukisan yang seolah-olah menceritakan sesuatu. Lagi satu, selamba aje bdak2 kt sini (i guess..coz takkan guest plak kan..) terjun dari bridge untuk mandi..memang nampak seronok pon..sampai rasa besnyer klu terer berenang..hehhe.. Sesampai je kt Rheinfall tu, kami terjumpa ngan 3 family Malaysia.. Yes, orang MALAYSIA.. Hahaha..sronot btol.. Rupanya diorang dari Geneva, bekerja kt WTO.. Wah, ade geng lah ni even agak jauh...hohoho.. mesti W------ kenal coz gomen servant gak.. Memula saya berangan lehla mandi air terjun (kan kt Malaysia klu gi ari terjun bese motif utamanya utk mandi), sekali hampeh...naik bot bolehlaa..huhuhuh.. Memang lain la air terjun kt sini.. Hanya utk tatapan..hohoho..
Basically, ape yang saya leh kata, Zurich lagi happening dari Lausanne, brape kali saya gitau kt en. Suami, sayang dia tak apply ETH Zurich, eventhough this side speak Allemand (that's the reason nape en. Suami tak apply) tapi kan ke ramai yang gitau bahasa German senang nak blaja (walaupun kt telinga saya cam xleh nak terima soundnyer..) Malam-malam pon masih ade ramai orang duk lepak2 kt luar restoran, kedai pon tutup lagi lambat dari Lausanne, malah ari Ahad pon ade some of kedai yang bukak..
Some of countryside view along the journey
Jun 10, 2010
Private Practice
Berkemungkinan sape yang minat citer Grey's Anatomy akan berminat juga ngn citer nih.. But saya x pernah layan Grey's Anatomy, tapi saya suka layan crite nih.. Sbb ianya xdela 100% crite psl hospital, org sakit and pembedahan, malah i could say it's not even 50%. Yang buat saya tertarik ialah series nih it's all about relationship, friendship and life yang sometimes very twisted and complicated, membuatkan saya tak sabar nak tau what will happen next..hehehe.. Okla, kt sini leh tgk ringkasan series nih..
Jun 7, 2010
Give Away "Cayang Ibu"
Jun 1, 2010
Bantu Mereka..
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"
USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita.
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
Doa Qunut Nazilah
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
sumber : http://www.zaharuddin.net/content/view/789/95/ & Ummu Ammar