Jul 9, 2010

Chuck


Ini adalah salah satu series yang saya dan en. Suami layan together-gether.. Hehehe, memang kelakolah citer nih.. X kering gusi laa.. Kekadang tu leh geram laks ngn Chuck nih.. Nak tau intipati citer nih leh click kt sini.. X abih lagi nih kami melayan season 3.. X sabar nak tau next episode.. Choww..

Jul 3, 2010

Summer sudaaa...

Skang nih dah masuk Summer, act dari 21 Jun aritu lagi.. Cumer skang nih makin terasa ke'hot'an summer yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang.. Kalau ikutkan saya, saya lagi suka time Spring dan Autumn sbb nyaman dan selesa giteww.. Malah klu suh dipilih antara Summer ngan Winter, saya pilih Winter..hehehe..

Memang weather time Summer sronok untuk berjalan-jalan, it's sunny and bright, compare ngn time Winter, it's windy and cold. Tu memang saya x nafikan. Cumenyer, bagi kes saya yang bnyk spend masa kt umah compare ngn en. Suami yang bnyk spend masa duk ulang alik rumah-school, saya x rase sgt kesejukan time Winter. Nyaman je sbb heater kt umah ni tip top.. Tapi yang tak behnya, klu time Summer, kt dalam umah lg rasa panas dari kt luar (sbb kt luar klu ade angin kurang sket rs panas) Maklum sajala umah nih xde aircond or kipas.. Dari pengalaman kami yang bnyk pindah randah nih (malah pernah duk 2 hotel b4 settle down..), smuanya xdek aircond or kipas. Kata en. Suami, aircond kan menyumbang kpd air pollution, oleh krn Swiss nih famous ngan clean air country, maybe that's the reason nape xde aircond. Kot ye pon xmo pakai aircond, pasangla kipas siling ke, kipas dinding ke.. Jangan tak tau, kt opis en. Suami langsung xdek aircond /kipas.. Watla keje sambil menahan bahang panas n peluh.. Xleh bayang canela nak wat keje yang memerah otak dalam keadaan panas dan x selesa.. Owwhh..tak sanggup mak nokssss.. Yang duk lepak santai kt umah nih pon tak selesa canela ngn org yg bekerja..hohoho..

Lagi satu, time Summer nih bnyk plak benda2 terbang/merayap aka serangga yang cube masuk rumah...owhh..saya dahla kurang suker ngan serangga2 nih..huhuhu.. Pantang bukak pintu/tingkap, ade je yang akan cuba untuk masuk.. Ni yang buat tak sabar nak Autumn nih..hahaha..

Jun 25, 2010

Criminal Minds

Citer nih pon best, tp kekadang tu leh masuk mimpi and membuatkan lg cautious ngn surrounding.. Nama pon citer thriller kan.. Cumenyer, btoi ke seseorang tu bleh born as sociopath or psychopath? Tak ke they choose to become what they have become.. Apapun, ini ringkasan citer nih..


Jun 22, 2010

Masakan Di Hari Spesel..

Oleh kerana dah lame x masak spesel, maka sempena Hari Bapa nih, inilah juadah spesel di hari yang spesel..hehehe.. Ikan masak tiga rasa..

Jun 20, 2010

Happy Father's Day



Selamat Hari Bapa buat ayoh, aboh, ayah M---, buat en. Suamiku, abg-abg iparku, sahabat2ku yang bakal/sudah menjadi bapa dan semua bapa di seluruh pelusuk dunia. Buat bapa-bapa muda seperti en. Suami saya, semoga hari ini menaikkan semangat lagi supaya menjadi bapa yang mithali/terbaik untuk anak-anak generasi akan datang.

Untuk renungan bersama di hari yang berbahagia ini, saya petik a few words dari sini

Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah. Justeru, bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakannya.

Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar. Maka dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan keikhlasan, kesediaan, kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semua aspek ini mempunyai pendekatan berbeza yang wajar dilakukan oleh setiap bapa dengan perasaan yakin dan tenang. Setiap aspek memerlukan kemahiran dan kemampuan khusus yang perlu dikuasai oleh kaum bapa. Kemahiran kebapaan bukan lahir secara ‘kebetulan’ apabila bergelar bapa. Semuanya memerlukan usaha ke arah itu. Seorang bapa dapat mendalami ilmu kebapaan dengan menghadiri kursus, berkongsi pengalaman, pembacaan dan penghayatan terhadap tugas.

Tugas bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada anak-anak. Bahkan belum sempurna tugas tersebut biarpun telah berjaya memberi kemewahan material kepada anak-anak. Keperluan bapa melaksanakan tanggungjawab adalah meliputi keperluan fizikal dan rohani. Kedua-dua keperluan itu sama penting.

Sebenarnya memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT adalah satu jihad bagi seorang bapa untuk mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT. Setiap masa yang diluangkan untuk mendidik dan bermesra dengan anak dan ahli keluarga juga adalah sebahagian daripada jihad. Apa yang dilakukan tidak sia-sia. Setiap tenaga yang dicurahkan dan wang yang dibelanjakan untuk keluarga adalah sedekah. Balasan pahala yang disediakan amat besar. Bapa mithali mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Sebenarnya, bapa wajar sentiasa mengambil pendekatan terbaik untuk membentuk hubungan mesra dan ceria dengan anak-anak. Ajarkan kepada anak apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Beritahu mereka mengapa begitu dan begini terjadi. Malah, bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik. Di waktu itulah juga masa yang sesuai dijelaskan kaitan larangan dengan kehendak agama dan undang-undang kerana semua yang betul dan salah mempunyai alasan yang perlu diperjelaskan kepada anak. Jika ada perkara yang belum mampu mereka fahami, beritahu mereka “apabila dewasa nanti baru
faham. Sekarang ini cukuplah tahu kena buat, jangan buat, boleh dan tidak
boleh buat”.

Amat penting bagi bapa agar sentiasa berpegang bahawa konsep mendidik anak hendaklah berterusan. Bapa adalah contoh ikutan untuk membentuk peribadi anak. Oleh itu anak memerlukan masa bersama-sama bapa untuk memerhati dan mencontohi apa yang dilakukan oleh bapanya. Bapa adalah guru yang paling berkesan. Anak mudah ‘percaya’ apa yang diberitahu oleh bapanya.

Bapa mithali akan sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama dengan anak dan ahli keluarga. Bahkan anak menjadi inspirasi kepada seseorang bapa untuk terus berusaha lebih gigih dan sentiasa mengutamakan keluarga. Sebab itulah keletihan dan tekanan kerja akan hilang apabila melihat wajah anak-anak serta mendapat layanan mesra daripada isteri.

Oleh itu para bapa janganlah mengambil mudah kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh anak. Para bapa tidak boleh beranggapan bahawa sudah memadai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu.