Ntah kenapa, lately rinduku pada kampung halaman makin membuak-buak dan rasanya tak tertahan.. Sampai hari-hari masuk ke alam mimpi.. Rindu kat pasar malam, mau beli air tebu, mau minum abc & coconutshake yang sedap, mau beli kopok lekor yang panas-panas, mau makan nasi kerabu daging bakar ngn solok lada, mau beli jagung bakar/rebus, mau pekena char keuy yang rangup, mau beli rambutan dan durian, mau melantak murtabak yang menjilat jari, mau beli akok & kuih bakar, and the list goes on..
Rindu juga untuk drive keta MyVi daku yang kini sudahpun menjadi hak milik orang, mau pusing-pusing di sekitar KB, Kuantan dan JB. Rindu untuk window shopping di KB Mall, Megamall dan JJ Tebrau. Rindu untuk bersantai di Pantai Cahaya Bulan, Taman Gelora dan Danga Bay.. Rindu jua untuk menikmati air jagung spesel & mee goreng di Tesco KB, meratah ikan bakar di Tg. Lumpur dan minum petang dengan murtabak spesel di Kg Melayu Majidi.. Owhh, terlalu banyak tempat untuk ditulis..
Begitu jua dengan burger K. H------ yang sedap, begitu dekat ngan rumah kami, ayam spicy McD, pop corn chicken KFC, pizza & spaghetti di Pizza Hut, ayam extra hot di Nando's, pizza & roti telur di Vivo, chicken lasagna & nasi goreng Thai di SR, steamboat di Restoran Johnny's..uwaa.. apesal sumer makanan nih..hehehe..nampak sangat kuat makan..duk pk makan je kejenya..
Tapi yang paling saya rindu sekali ialah untuk hang out bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.. Rindu untuk bergelak ketawa dengan penuh perasaan, rindu untuk berkumpul ramai - ramai sambil bergosip, rindu untuk buat rombongan che kiah, rindu untuk borak-borak sambil masak-masak, rindu untuk bergurau senda dan sakat menyakat, rindu untuk makan ramai-ramai sambil berebut....ooppss, makanan lagi..wahahaha.. Yang terakhir sekali, saya amat rindukan nasi dagang my mum..
May 13, 2010
May 10, 2010
May 9, 2010
Selamat Hari Ibu
Kebetulan Suisse menyambut Hari Ibu sama dengan Malaysia.. Jadi kurangla kepelikan di situ sekiranya saya membuat entri ini.. (neway, Hari untuk Ibu kan x semestinya hanya disambut hari ini shj, malah bgs klu dirai setiap hari..!!!)
Walaupun saya baru dua tahun jagung bergelar ibu (tp Zahra ditrain pggl saya mama), masih cetek ilmu di dada, pengalaman pon x seberapa, tapi itu x bermakna saya tidak mengerti dan sedar betapa besarnya kasih sayang, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh mek kepada kami adik beradik, apatah lagi kepada saya sebagai anak bongsunya yang sudah pasti lagi banyak karenahnya. Jua kepada mok (ibu mertuaku....), yang mendidik en. Suami saya, bersama 6 adik beradiknya yang lain, yang sanggup mengorbankan karier demi menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan anak. Tidak lupa juga buat Mak M---, yang sudi menyayangi, mengasihi dan menjaga saya bagaikan anak sendiri, walaupun kami tiada pertalian darah.
Sesungguhnya, tiada intan berlian atas muka bumi ini yang boleh digunakan untuk membalas setiap titik keringat yang ditumpahkan oleh mereka, para ibu yang sanggup bersekang mata, memerah idea dan tenaga bagi menyediakan yang terbaik untuk anak mereka.. Jua bukan mereka mengharap timbunan emas dan permata yang dihulurkan, tetapi ingatan tulus ikhlas dan doa dari anak yang soleh/solehah..

Selamat Hari Ibu buat mek, mok, mak m---, buat diriku (hahaha..nak masukkan jugak..), kakak2ku, sahabat2ku yang bakal/sudah menjadi ibu dan semua ibu di seluruh pelusuk dunia.. Buat ibu-ibu muda seperti saya, semoga hari ini menaikkan semangat lagi supaya kita menjadi ibu yang mithali/terbaik untuk anak-anak generasi akan datang..
May 5, 2010
Eyeliner Tutorial
Hehehhe...skang nih saya telah dilanda angin berjangokss (wahahaha..ayat x hengat punyer..) bkn jangok per, tp saya cam suka tgk orang pakai eyeliner.. cam chumel jek.. Teringat plak kt my fren, N---, yang suka pakai eyeliner.. Hari-hari pakai eyeliner, x sah klu nampak dia without eyeliner..
As uols know, bnyk jenis eyeliner nih, tp rasanya setakat nih saya prefer eyeliner pencil (cheh..cam pernah try sumer je..) bkn pe, sbbnyer saya masih beginner lg, x retila nak pakai yg liquid, tgn pon terketar-ketar cam parkinson je bile nak taruk kt mata tuh.. So skang nih saya sedang bz mengusha (huhuhu..usha kt inet je..) pencil eyeliner mana yang seswai utk saya.. Tapi yang x behnyer, x bnyk online shop yang courier ke sini.. Lagipon, saya rasa utk beli mende2 gini, kita kena gi kedai n try dulu.. Tapi tu la, sini bnyk choice ke? Huhu..
May 2, 2010
Numb3rs
Dah lama saya tak melayan Numb3rs.. Lately, baru sambung balik and I'm still at Season 4.. Huhu.. Xperla klu orang len sumer dah berlari, saya masih terkedek2 cam kura-kura, lamer2 nanti sampai jugakla saya ke Season 6 tuh.. Ni ringkasan citer ini..Walaupun saya ini bukan orang Matematik, jua bukan mahir dalam konsep Lagrange dan seangkatan dengannya, tp saya sangat suka dengan pendekatan yang digunakan utk menyelesaikan pelbagai jenis masalah..
Subscribe to:
Posts (Atom)


