Dec 30, 2011

Tips | Aktiviti Menarik dan Simple untuk Meransang Anak Bijak

Ok, sebenarnya terdapat 50 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama bayi anda dan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan.. Tapi saya hanya senaraikan beberapa aktiviti yang mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa yang anda inginkan, sebab nak jadikan ia simple dan menarik.. Nak full activities leh klik sini..

Ransangan anak bijak dan ceria..

Saya dapat ni melalui rantaian email, lalu saya abadikan di blog tersebut.. Jadi takleh nak bagi creditla..ngeee.. Saya sertakan sekali aktiviti-aktiviti yang disyorkan dan dalam kurungan tu adalah pengalaman serta hasil setelah saya amalkan bersama anak saya, Zahra yang kini berumur 2 tahun 10 bulan..

1-BERTENTANG MATA - Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya. (ya, masa kecik-kecik dulu suka sangat tengok mata Zahra, nak-nak matanya agak bulat.. Sampailah skang ni kami masih bertentang mata, especially bila menyusu, and she really enjoys it, dah besar nih pandai main mata and gurau-gurau buat ekspersi dengan mata..)

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA - Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. (dari kecil, especially semasa menyusu, saya suka letak tangan saya kat hidung dan bagitau hidung, then letak kat pipi dan bagitau pipi, dahi dan seterusnya kening.. Sampailah besar, Zahra dapat pick up word dan tunjuk kat mana bahagian anggota tersebut dengan cepat.. Saya nak cuba upload video Zahra yang bercakap, yang diambil semasa 4 bulan, tapi tak dapat.. Kalau nak tengok leh klik SINI..)

3-JELIRKAN LIDAH - Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia. (hehehe..saya memang suka membuat mimik-mimik muka, mengenyitkan hidung dan menjelir lidah.. dan buktinya Zahra suka membuat mimik-mimik muka.. and it's fun!!)

aksi Zahra menjelir pada usia 2 bulan

4-GELETEKLAH BAYI ANDA - Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku. (saya sangat suka dengar gelak tawa Zahra, so cheeky.. Membuatkan saya turut tersenyum dan ketawa.. Dan saya suka ajar dalam dua bahasa, peek a boo and cikucak.. And guess what, she can understand both language and do the action..)

5-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA - Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik. (yang ni saya fail sikit..ngee..sebabnya saya duk nyanyi lagu sama je..hihihi..banyaknyer saya pasang nursery songs, and she's really like it.. Dia akan turut sama menyanyi tapi dalam bahasa dialah..ngeee.. tapi tiap kali tukar pampers ke, time mandi ke, saya akan nyanyikan lagu ABC dan Mari Mandi (yang ni sesuka hati tibai..ngee.. Klik SINI untuk tengok video rakaman sulung Zahra menyanyi)

5-BERI KEJUTAN - Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya. (ohh.. i love to sakat Zahra..hahaha..and she like it.. Tengah duk berdua-dua atas kerusi, kekadang saya akan ambil kakinya dan geletek kat tapak kaki.. Memula kegelian tapi pastu bagi lagi kakinya.. Kekadang saya sorokkan barang kesukaannya, contohnya ball, then saya tanya, mana ball, dia akan cari then bila dah mula ala-ala konpius saya akan tunjuk ball tu kat dia...mengekek-ngekek gelak)

6-LATIHAN MENEKA - Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya. (owhh..yang ni saya guna tangan je, biasanya benda-benda kecil ajela leh sorokkan dalam genggaman tangan then suh Zahra teka kat tangan yang mana.. It's fun u know!!)

7-GOYANGKAN BADAN - Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. (hehehe..yang ni banyaknya saya gunakan vcd for education kids, bila pasang, kekadang kami akan lakukan bersama aksi-aksi sebegini.. Ni pulak aksi Zahra goyang yang dirakam ketika video nursery dipasang, klik SINI)

Sokong dan dorongilah anak anda supaya membesar dengan cergas dan cerdas

Post ini adalah untuk penyertaan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang ini dianjurkan oleh Keluarga Ibu 3A, dan diTAJA oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collideDe’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio. Nak join klik banner..



Saya berminat untuk memiliki buku Kamus Adik dari FB Islamic Books for Kids sekiranya terpiliih sebagai pemenang.

Banner penaja:
  Amira Studio

Nak menang RM100, jom join Contest Amira, Klik SINI

Nak tengok Michael Schumacher, Klik SINI

Stress, bosan, meh layan video yang kelakar ni, Klik SINI 

Nak menang iPad2, Klik SINI 

Nak tahu rahsia awet muda, Klik SINI

Nak insentif tunai, Klik SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

4 comments:

  1. datang sini menjengah.. ;)

    tips yg bagus ni utk bayi dari usia dalam hari.. :)

    btw, perenggan ke2 tu.. mcm kena edit jer umur zahra.. now dah 2 tahun lebih kan...

    ReplyDelete
  2. dtgmenjengah lg..babay memang suka dengan setiap aktiviti yg disenaraikan.selain berhibur ia sebenarnya merangsang minda baby kan

    ReplyDelete
  3. Bagus tips tips ni. Senang dan mudah. Bayi anda mesti seronok.

    Saya pun ada entry pasal aktiviti dengan anak-anak. Jemput baca ye

    souqvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete