Jul 30, 2011

GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG!


Jom ramai-ramai memeriahkan GA ini, duenya 30 Jul ini.. Nak join klik sini..


Owwhhh..saya sangat sangat sangat sangat sangat sayangkan mek saya.. Sape tak sayang mak kan? Oh ya, mek itu adalah panggillan kepada ibu @ bonda @ mak @ mama saya.. Ngee.. Rasanya itu gelaran yang biasa bagi orang Kelantan, ke tak ek? Agagaga.. coz ada jugak my fren yg panggil mak dia mok.. Hohoho, dalam family saya pulak, mok tu untuk nenek..agagaga.. Ok, tersasar sudaa..

Sebelum saya bercerita panjang mengenai mek saya, meh saya nak perkenalkan orang yang sangat saya sayangiiiii ni.. Nama mek saya adalah Hamidah Ahmad, dahpun berusia 63 tahun, dah tua kan, maklumlah saya anak bongsu, tapi jangan main-main masih gagah kuat dan sihat lagi.. Alhamdulillah..


Oleh kerana saya ni anak bongsu, jadi manjanya lain sikit berbanding dengan keempat-empat orang kakak saya tu.. Ye, kami semua perempuan, ada 5 adik beradik.. Jadi, kiranya banyak jugaklah saya menyusahkan atau ayat yang lebih sedap didengar, banyak karenahlah berbanding kakak-kakak saya (yeke? maybee..ngeee) Tapi saya anak yang baik tau, kan mek kan? Ngeee.. Maklumlah, anak bongsu tak anak bongsu, kalau buat salah tetap kena hukuman..

Kejadian nakal sehingga mek menitiskan airmata? Hohoho..ada.. Masa tu saya tak sekolah lagi, suka sangat main jongket-jongket kerusi, kebetulan belakang tu ada bucu tiang.. Ala, tiang seri rumah tu, tahu kan..kan bentuknya 4 segi, kan tepinya ada 4 bucu aka penjuru kan.. Mek dah larang jangan main jongket-jongket kerusi, nanti jatuh.. Tapi saya degil tidak mendengar kata mengambil perhatian, tiba-tiba kerusi tu terjatuh ke belakang.. Lalu kepala saya terkena penjuru aka bucu tiang tu, keluar banyak darahhh.. Mek sangat terkejut dan risau sesangat sampai menitis air mata, bukan kerana marahkan saya, tapi sebab sayangkan saya, risau takut jadi apa-apa yang tak elok..

Kenapa saya sangat sangat sangat sayangkan mek saya? Sebab mek saya pon sangat sangat sangat sangat sayangkan saya dan anak-anaknya yang lain.. Rela dia yang bersusah payah daripada biarkan anaknya merasa susah.. Sanggup bersekang mata menjaga saya dan kakak-kakak saya, malahan anak saudara saya aka cucu-cucu mek saya, bilamana kami tidak sihat.. Banyaklah pengorbanan-pengorbanan yang mek saya lakukan.. Takkan cukup page ini jika ditulis satu-satu.. Dan reason yang terbesar sekali, kerana mek telah melahirkan, menjaga, mendidik dan menyayangi kami dengan setulus hati, dan bersabar dengan setiap karenah kami..


Nak-nak lagi setelah saya sendiri menjadi ibu aka mama, merasai sendiri cabaran ketika mengandung, kesakitan semasa proses kelahiran dan cabaran menjaga anak yang kecil apatah lagi dalam proses mendidik anak sehingga dewasa, membuatkan saya berfikir panjang bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang mithali. Ini baru anak sorang ni... Betapa besarnya kasih sayang, kesabaran, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh mek kepada kami adik beradik.

Azam saya, saya ingin menjaganya seperti mana beliau menjaga saya dengan penuh kasih sayang, dan ingin menunaikan cita-citanya yang mahu ke Mekah sekali lagi.. Dan semoga saya dapat membahagiakan mek saya sebagaimana mek saya membahagiakan saya, kalau boleh lebih lagi dari mek saya membahagiakan saya.. Semoga tercapai impian saya ini.. Aminnn..

Sesungguhnya, tiada intan berlian atas muka bumi ini yang boleh digunakan untuk membalas setiap titik keringat yang ditumpahkan oleh mek malah semua ibu di dunia ini, yang sanggup bersekang mata, memerah idea dan tenaga bagi menyediakan yang terbaik untuk kami.. Jua bukan mereka mengharap timbunan emas dan permata yang dihulurkan, tetapi ingatan tulus ikhlas dan doa dari anak yang soleh/solehah..

Puisi ini daku cipta khas untuk insan yang bergelar Hamidah Ahmad..

Mek,
Tak dapat ku bayangkan hidupku tanpa dirimu
Tak dapat ku hitungkan jasa-jasamu pada diriku
Tak dapat ku balas segala penat lelahmu menjaga diriku

Mek,
Betapa besarnya pengorbananmu
Betapa hebatnya kesabaranmu
Betapa tingginya ketulusanmu

Mek,
Sungguh aku menyayangimu
Sungguh aku rindukanmu
Sungguh aku dambakanmu

Mek,
Engkaulah pelita hidupku
Engkaulah sumber inspirasiku
Engkaulah ratu hatiku


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak tengok Eason Chan dan DUO Concert? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

1 comment:

  1. sALAM,
    TERIMA KASIH SERTAI GIVEAWAY 4by4 Shikin Sayang
    Semoga bahagia dan dirahmati Allah selalu
    . Sila tinggalkan alamat untuk urusan penghantaran hadiah.Terima kasih..

    ReplyDelete