May 27, 2010

Kempen 1 Juta

Jom pakat sign ramai-ramai utk kempen 90 Days for Mums, tak kira la anda gomen servant ataupun tidak, anda tergolong dalam kategori bapak, ataupun anda masih belum berpunya. Mana tau untuk bakal anak, cucu or cicit anda nanti supaya dapat menikmati cuti bersalin berbayar selama 90 hari.


Untuk makluman lebih lanjut, anda boleh layari website ini, malah anda leh sign di situ juga.. Kempen ini berakhir 6 Jun 2010, jadi apa tunggu lagi..

May 24, 2010

Happy 2nd Anniversary



Wah..sedar tak sedar dah 2 tahun kami berkongsi hidup.. Rasanya baru semalam kami mengikat janji untuk sama-sama melayari bahtera di depan tok kadi. Sungguh cepat masa berlalu, sedar tak sedar benih cinta kami sudahpun bergelar toddler.. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami, masih banyak lagi yang kami perlu harungi bersama..



Semoga cinta dan kasih sayang antara kita akan mekar selamanya. Dan semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkatiNya.. Untuk suamiku yang dicintai, thank you for being a wonderful husband, for being an amazing dad..




May 21, 2010

The Vampire Diaries


Mula melayan cerita ini di ITV2, program tv dari UK. Memang menarik cerita ini, sampai en. Suami pon melayan sama eventhough genre crite ini bukan dalam list favnyer.. Ini ringkasan cerita ini.. Nak kata cerita ini seram, xdela seram mana.. Tapi plot citernya menarik.. Skang dah abih season 1, x sabau nak tunggu season 2..

May 16, 2010

Happy Teacher's Day




Saya ingin amik peluang ini untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di atas muka bumi ini, terutamanya kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Othman Talib sesi 1988-1992, Sekolah Menengah Tendong sesi 1993 - 1996, Sekolah Menengah Sains Machang sesi 1997, MRSM Taiping 1997-1998, Universiti Teknologi Malaysia sesi 1999-2007, kakak-kakak saya dan juga kepada kawan-kawan saya... Lagu dari Mirwana ini ditujukan khas untuk mereka..


TERIMA KASIH GURU


Masih..jelas diminda...
Bisikan suaramu memanggil...
Di situ langkahku bermula...
Mengejari cita kau di sisi...
Lantas kuutuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...

Terima kasih guru...
Kerna hulur tanganmu...
Ku menghargai setulus jiwaku...
Bicaramu guru kan kuingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya...

Guru… ibarat pelita…
Sentiasa menyinar kamar hidupku…
Guru…kau pewaris ilmu…
Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan…
Kan ku petik bintang-bintang…
Ku jadikan hadiah untukmu…
Moga Tuhan merahmatimu…
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

May 14, 2010

Oh! My Lady


Sekali lagi, my fav actress, Chae Rim berlakon dalam cerita ini. N of course cerita ini memang menarik..hehehe.. Ini pon merupakan cerita cinta perempuan dengan lelaki yang lebey muda, tapi lain sket jalan ceritanyer. Ini adalah ringkasan cerita ini