Jom ramai-ramai memeriahkan GA ini, duenya 20 Aug ini.. Nak join klik sini.. Saya nak tag
eB
Nana
Cute Mum
Mama Adam
Mama Zharfan
Buat Mummy Danny dan keluarga, dan kenkawan sekalian, terimalah ucapan beserta kad Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada kami, yang dibuat menggunakan bait-bait lagu-lagu raya dan diubahsuai sikit-sikit..
Selamat Hari Raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda, keluarga dan keluarga mertua
Yang berada di nun jauh di sana
Selamat Berhari Raya
Ucapanku untuk semua
Sahabat handai dan sanak saudara
Yang jauh di mata
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Allah akan memberkati
Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kuucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda, keluarga dan keluarga mertua
Yang berada di nun jauh di sana
Selamat Berhari Raya
Ucapanku untuk semua
Sahabat handai dan sanak saudara
Yang jauh di mata
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Allah akan memberkati
Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kuucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Sambil-sambil tu, meh dengar lagu Suasana Hari Raya yang besh ni..
Kalau terasa nak buat kek untuk hari raya, tapi masa agak terhad, meh cuba resepi Kek Batik yang sempoi tapi lazat ni.. Pasti menjilat jari..hehehe..
Amacam, meleleh ayaq liuq dak? |
BAHAN - BAHAN
- Biskut Marie - 1 bungkus
- Buttercup 250g
- Milo - paket kecil 200g
- Susu pekat manis - setengah tin (kalau suka kurang manis, boleh kurangkan kuantiti)
CARA-CARA
- Pecahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian dan ketepikan dahulu
- Panaskan butter di dalam kuali/periuk sehingga cair
- Masukkan susu pekat dan dikacau sehingga sebati. Kemudian masukkan milo dan dikacau sehingga likat.
- Masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati
- Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat
- Sejukkan ke dalam peti ais,
- Dah sejuk boleh potong dan ngapp..hehehe
Oleh kerana saya ni peminat setia kismis, untuk kek batik saya (macam gambar kat atas tu..), saya ada masukkan kismis yang telah dipotong dua.. Sedaapp.. Uols boleh juga masukkan serbuk badam ataupun pecahan kecil badam untuk mempelbagaikan rasa..hehehe.. Selamat mencuba!!
meleleh liuq tgk resepi tu..ahaks!
ReplyDeletebtw ada keputusan giveaway..maaf lambat umum http://syuwaistory.blogspot.com/2011/08/pemenang-ga-lets-go-green-save-earth.html